Isnin, 26 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Gambar Anwar Bersama Wanita Di Dalam Hotel mula disebar..

Posted: 26 Mar 2012 07:51 AM PDT



Berkatalah Ummi Hafilda yang cuba menumpang glamour ketika sidang Media Nallakaruppan, beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.


Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.

Jika gambar yang menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan dikatakan bukti Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin aku pasti gambar yang disiarkan diakhir entry ini sudah pasti lebih teruk lagi.

Ini kerana gambar-gambar yang dirakam secara kandid ini menunjukkan Anwar Ibrahim bersama wanita di dalam Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah..

Sebelum itu korang baca laporan dari Lidah Rasmi UMNO ini dulu..

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini mengisytihar 'perang nuklear' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa akan mendedahkan lebih banyak aktiviti tidak bermoral membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Bagi saya misi perang nuklear sudah bermula, lebih banyak pendedahan akan saya letuskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Pendedahan ini akan membuatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar lari tak cukup tanah," katanya pada sidang akhbar bersama Datuk S. Nallakaruppan di sini hari ini.

Ummi Hafilda berkata, beliau kini hanya menunggu masa dan saat yang sesuai untuk mendedahkan bukti-bukti yang boleh mengaitkan Anwar dengan kegiatan biseksual.

"Saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana mahu tunggu bila pilihan raya diumumkan, dalam tempoh itu saya akan tembak habis-habisan.

"Saya, Ezam dan Anuar akan bersama-sama mendedahkan salah laku Anwar. Sebab itu hari ini kami bersama bagi menyatakan sokongan kepada Nallakaruppan," katanya.

Sebagai 'permulaan' perang, Ummi Hafilda hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.

"Kita harap Anwar saman saya, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor dan Anuar Shaari supaya lebih banyak pendedahan dapat dilakukan," katanya - Lidah Rasmi UMNO


Berikut adalah gambar-gambar Anwar bersama Wanita di dalam hotel seperti yang dimaksudkan..


Hotel tempat gambar dirakam






Tiga orang wanita yang bergambar bersama DSAI diatas adalah Rakyat Singapura yang hadir ke Alor Setar bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara Singapura dan Kedah suatu ketika lalu..


Kah..kah..kah.. Anwar Bersama Wanita di Dalam Hotel lah tu kannn???

Adakah lagi manusia bengong yang akan mempercayai cerita rekaan Ummi Hafilda itu? Bila kecoh pasal video seks lelaki yang dituduh sebagai Anwar, Ummi Hafilda kata dia ada lebih banya video dan akan didedahkan..

Videopun dia tak dedahkan lagi.. ni dia kata ada bukti Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan Shamsidar pulak..

Hmm.. semoga Ummi Hafilda disambar petir ketika melemparkan fitnah terhadap DSAI dan Shamsidar diatas pentas hendaknya..


Inipun gambar Anwar bersama wanita juga.. Nallakarupan kelihatan di belakang.. he..he..

PANAS!! Inikah YB yang ditahan di Pusat Hiburan jam 2.40 pagi itu?

Posted: 26 Mar 2012 03:45 AM PDT



Identiti Wakil rakyat yang diperiksa dalam serbuan Polis disebuah pusat hiburan mula terdedah..


Dari info yang mula tersebar di alam maya ini, Wakil Rakyat diperiksa berasama 27 yang lain dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di Melaka merupakan seorang yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka.

Kalau dah dari negeri Melaka tu.. takkanlan YB yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka itu dari PAS.. dari PKR pula jauh sekali malah dari DAP pula jangan harap!

Jadi sudah tentulah lelaki yang dikatakan ditahan ketika sedang minum dan diapit oleh dua orang perempuan itu datangnya dari UMNO..

Memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka maka kita anggaplah beliau telah diserbu ketika sedang menjalankan tugas.

Manakala dua wanita yang mendampinginya itu ialah pengawal peribadi beliau dan air yang diminumnya itu pula adalah bekal yang dibawanya sendiri..

Korang baca berita ni dulu.. lepas tu klik kat link di akhir entry kalau berminat nak tahu YB UMNO yang mana satu…

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003) - Sinar Harian


Untuk mengetahui siapa YB dari UMNO yang dimaksudkan itu sila lihat di SINI

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan kata Shamsul Iskandar

Posted: 26 Mar 2012 02:17 AM PDT



Menurut Shamsul Iskandar "AMK difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.


Bagi aku ini tuduhan yang berat.. sebaiknya tuduhan sebegini sertakanlah sedikit bukti bagi menyokong dakwaan itu, jika tidak samalah kita dengan pihak sebelah sana yang sering melemparkan tuduhan tanpa sebarang bukti..

Jika sekadar mendengar saja tanpa sebarang kepastian janganlah menuduh sebegini rupa…

Ada isu lain yang lebih merbahaya bakal timbul jika diperhatikan sebaiknya tuduhan ini..

PDRM tolong pi tanya sat dari mana Ketua AMK ni dapata cerita macam ni...


*******************************************

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan- Shamsul Iskandar


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.

"AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

"Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim," kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

"Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

"Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia," kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

"Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=28542

Samseng Upahan UMNO baling batu di Karnival PR dicekup.. (Video Inside)

Posted: 26 Mar 2012 12:14 AM PDT



KUALA SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival "Terima Kasih Rakyat" semalam didakwa didalangi Umno-BN.


Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis 'Anwar Yahudi' dan 'Anwar sokong Israel' ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.

Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal.

Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri.

Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit.

Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat - Selangorku






Samseng Umno ditangkap ganggu sambutan Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR 26 Mac: Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam dicemari dengan insiden gangguan oleh samseng Umno, yang kelihatan seperti sudah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini.

Ketika pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi ucapan, seramai kira-kira dua puluh samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.

Hadirin bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kekecehon yang berlaku. Keadaan menjadi tegang untuk beberapa minit sebelum pengawal dan polis yang bertugas berjaya menyuraikan samseng-samseng berkenaan.

Pergaduhan mulut berterusan antara kumpulan itu dan hadirin di dalam stadium dan seorang daripada mereka ditangkap dan dibawa ke perkarangan stadium. Walau bagaimanapun, Unit Amal PAS cekap bertindak menyelamatkan pemuda itu daripada dipukul orang ramai.

Anggota Unit Amal dan juga penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Jamal mengesahkan samseng-samseng tersebut merupakan penduduk tempatan dan ahli Umno.

"Majoritinya berumur belasan tahun, dan tiga atau empat orang dewasa bertindak mengepalai mereka", jelas Jamal yang turut terlibat menyelamatkan pemuda terbabit.

Keadilandaily

Komik memburukkan Penyokong Pakatan Rakyat disebar di Uniten..

Posted: 25 Mar 2012 09:51 PM PDT



UNIVERSITI Tenaga Nasional (UNITEN) dilaporkan telah mengadakan Hari Terbuka UNITEN di kampus induknya di Putrajaya pada Sabtu 26 Mac lalu.


Dengan menyajikan pelbagai acara menarik untuk pengunjung dengan masing-masing berpeluang menikmati suasana kehidupan kampus yang begitu kondusif selain melihat sendiri pelbagai kemudahan pengajaran serta pembelajaran. Selain kemudahan peralatan canggih untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

UNIVERSITI Tenaga Nasional (UNITEN) mempelawa lepasan sekolah dan juga ibu bapa mengunjungi Hari Terbuka UNITEN.

Pameran dan taklimat kerjaya juga disediakan pihak pengurusan Kolej Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Bagi kemudahan pengunjung, penganjur juga menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bot pembiayaan pembelajaran.

Lepasan sekolah yang masih mencari program pengajian bersesuaian, bolehlah berinteraksi secara terus dengan pensyarah dan warga akademik UNITEN yang sentiasa menyalurkan maklumat mengenai pemilihan kursus berdasarkan kelayakan.

Melihat apa yang ditawarkan pada Hari Terbuka tersebut sememangnya ia adalah bertujuan baik…

Jika di Politeknik Seberang Perai, UMNO Permatang Pauh menggunakan Dewan Utama Politeknik tersebut sebagai tempat untuk melancarkan 'Gelombang Biru' mereka (baca di SINI).. di Uniten juga mereka menjalankan agenda politik mereka..

Disini mereka menyelitkan komik kartun propaganda mereka yang memburukkan penyokong Pakatan Rakyat pula..

Menurut seorang sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, komik ini telah diselitkan kedalam beg cenderahati untuk pelawat..


Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas..
























Rumah ADUN UMNO dirompak.. err.. depa kata negara ni paling selamat..

Posted: 25 Mar 2012 08:58 PM PDT



TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.


Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

"Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

"Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam - Kosmo


*******************************************

YB panik pisau di leher

TANJUNG MALIM: "Saya panik apabila seorang suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi amaran supaya tidak bising," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang berdepan saat mencemaskan selepas kediamannya disamun sekumpulan penyamun bertopeng bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka.

Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan.

Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya.

"Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil. -hm

Tiada ulasan: