Jumaat, 9 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dokumen yang membuktikan Najib guna wang Rakyat biaya Majlis Pertunangan Anaknya..

Posted: 09 Mar 2012 07:57 AM PST

Ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.

"Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," katanya.

"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan."


Menurut Rafizi, majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

***********************************************

PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU?

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792

~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975

~Kos pengendalian = RM81,000

Jumlah = RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 MAC 2012

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas





Pejabat Perdana Menteri bayar RM409,767 untuk katering majlis pertunangan anak Najib?

Posted: 09 Mar 2012 01:59 AM PST



Seorang pemimpin PKR, Dr Tan Kee Kwong pernah mempersoalkan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya?


Majlis tertutup itu telah dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.





Ianya diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan.

Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan' – laporan penuh sila baca di SINI.

Hari ini persoalan Dr Tan dan juga ramai rakyat Malaysia terjawab dengan pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli .. tetapi jumlahnya bukanlah RM81,000...


*******************************************

PKR dakwa PMO biaya majlis bertunang anak PM

PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Rafizi berkata, jumlah itu mungkin hanya RM409,767 namun ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan duit pembayar cukai untuk kemewahan peribadi," kata Rafizi.

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.

Malaysiakini

Skim Rumah Pertamaku dilabel sebagai dasar "Tidak Bijak" Najib.. err.. tidak bijak tu sama dengan BODOH kan?

Posted: 09 Mar 2012 12:12 AM PST



Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Najib, ianya bertujuan untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.


Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah Pertamaku sebagai dasar "tidak bijak" selepas dilaporkan pada minggu ini ia bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah.

Tidak bijak tu sama dengan bodoh kan?? Jadi bolehlah kita kata macam ni..

"Bagaimanapun Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah Pertamaku sebagai dasar "BODOH" selepas dilaporkan pada minggu ini ia bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah."


*******************************************

Harga Skim Rumah Pertamaku Najib 'tidak munasabah', kata kumpulan pembeli rumah
Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah Pertamaku sebagai dasar "tidak bijak" selepas dilaporkan pada minggu ini ia bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah.

Skim yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu berdepan dengan masalah kerana bank-bank enggan memberi 100 peratus pembiayaan hartanah mencecah RM400,000 kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong memberitahu The Malaysian Insider penyediaan pembiayaan pinjaman RM400,000 di bawah skim itu untuk "perumahan mampu" adalah "tidak munasabah dan seseorang perlu memberitahu perdana menteri tentang fakta yang salah."

"Ia jelas perdana menteri kita tidak bijak dengan kepentingan diri kerana menyediakan harga setinggi RM400,000 untuk pekerja berpendapatan bawah RM3,000," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dengan bank dan mendapati kebanyakan pemohon merupakan individu yang disenarai hitamkan atau tidak mempunyai bukti pendapatan sahih.

"Maklum balas mengatakan jika rakyat tidak mampu membelinya, maka jangan beli. Bagaimana anda boleh mengambil pinjaman 100 peratus pinjaman seperti itu tanpa komitmen?" katanya.

Chang berkata bagi 20-tahun pinjaman untuk RM400,000 mengikut standard industri dua peratus di bawah kadar pemberian pinjaman asas memerlukan satu ansuran bulanan RM2,552 atau 85 peratus daripada RM3,000.

Beliau menambah untuk 30-tahun perjanjian memerlukan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,051 atau 68 peratus daripada RM3,000.

Laman web skim itu juga mengatakan untuk layak menyertai program itu, pembayaran balik tidak boleh melebihi 55 peratus daripada pendapatan kasar pemohon.

"Ia tidak mengejutkan terdapat kelulusan sifar kerana peminjam-peminjam mampu hidup melebihi kemampuan mereka."

Beliau berkata berdasarkan garis panduan Bank Negara pembayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga pendapatan, pinjaman bagi skim itu sepatutnya di antara RM150,000 hingga 180,000.

Perdana menteri mengumumkan pada Oktober lalu ketika membentangkan Belanjawan 2012 bahawa pinjaman permulaan skim itu akan dinaikkan sehingga RM400,000 sebagai harga hartanah.

Kerajaan terlebih dahulu berkata agensi pembiayaan dan gadai janji milik kerajaan negeri akan menyediakan deposit 10 peratus bagi membeli rumah.

Chang mencadangkan jika kerajaan serius tentang kemampuan perumahan, ia sepatutnya "memasuki satu usaha sama dengan pemaju bukan kroni" yang mahu harga mencecah RM400,000.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya menghapuskan kos tanah dengan "menyediakan lokasi strategik" seperti tanah di Sungai Besi dan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh.

"Daripada mahu lot tanah ini menjadi 'nilai tinggi,' cuba dapatkan perumahan mampu milik," katanya.

Chang menambah pemohon yang berkelayakan mesti menetap di rumah yang dibeli sekurang-kurangnya 10 tahun dan hanya dibenarkan menjual balik kepada kerajaan jadi ia boleh diberikan semula kepada "generasi pembeli berikutnya yang memerlukan perumahan mampu milik."

Harga hartanah di kawasan bandar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat sehingga 40 peratus pada 2010 dengan kadar faedah yang rendah dan pertambahan dalam pembelian spekulatif, walaupun harga meningkat lebih perlahan tahun lepas kerana langkah-langkah mengawal kelembapan sentimen seperti satu kenaikan cukai keuntungan harta.

Beberapa laporan juga menganggarkan harga hartanah akan meningkat dari 5.9 kali pendapatan pada 1989 kepada 10.9 kali pada 2010.

Kajian Demografi Rumah Mampu Milik Global menyifatkan harga pasaran, iaitu harga hartanah berada di 5.1 kali pendapatan kelas pertengahan atau lebih, sebagai "tidak mempunyai kemampuan."

HBA tahun lalu mengingatkan anak muda akan berdepan risiko dihalang memasuki pasaran hartanah disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi.


The Malaysian Insider

Bumbung Sekolah pun nak runtuh?

Posted: 08 Mar 2012 07:50 PM PST



KUANTAN – Keadaan bumbung salah satu bangunan sebuah sekolah kebangsaan di sini yang hampir tercabut menjadikan ibu bapa tidak senang duduk selepas menghantar anak-anak ke sekolah.


Lebih membimbangkan, bahagian bawah bumbung yang rosak itu menjadi tempat permainan pelajar-pelajar ketika waktu rehat atau waktu pulang sekolah.

Seorang penjaga, Abdul Majid Ahmad, 63, berkata, dia yang setiap menghantar dan mengambil cucunya, Noor Aina Shafiqah Mohamad Shukri, 9, di sekolah berkenaan tidak mahu ada murid yang tercedera akibat kecuaian orang lain.

"Saya bimbang jika dibiarkan, satu hari nanti ada yang tercedera kerana saya lihat semakin hari bumbung itu sudah semakin jatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kawasan bahagian bawah bumbung itu juga tidak diletakkan tanda amaran supaya pelajar tidak menghampiri tempat itu.

Abdul Majid berkata, sebelum ini, ibu bapa pernah membuat aduan berkaitan masalah itu ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pun begitu katanya, sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab.

"Saya kesal, kerana hingga kini keadaan bumbung masih tidak dibaiki sedangkan aduan sudah dibuat tahun lepas.

"Takkanlah mahu tunggu sampai ada yang cedera baru nak ambil tindakan. Masa itu, semuanya sudah terlambat," katanya.

Selain itu katanya, pelajar sekolah berkenaan turut berdepan dengan bahaya kerana longkang di hadapan sekolah yang tidak mempunyai pengadang.

"Saya minta pihak bertanggungjawab supaya lebih peka dengan keselamatan pelajar sekolah supaya ibu bapa rasa senang hati bila hantar anak ke sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Yahya Zainal Abidin berkata, pihaknya sudah menyemak senarai nama sekolah yang memerlukan penambahbaikan bangunan sekolah dan mengakui menerima aduan berkaitan sekolah SK Pandan.

"Kita akan menjalankan kerja-kerja membaiki bangunan sekolah secara berperingkat-peringkat.

"Insya-Allah, masalah di sekolah ini akan selesai setelah tamat cuti persekolahan ini kerana kita akan membaiki kerosakan tersebut sepanjang tempoh penutupan sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian

Siling pejabat tanah dan galian Perlis runtuh..

Posted: 08 Mar 2012 05:43 PM PST



Selain Stadium runtuh, Jambatan gantung baru dibina runtuh, Bangunan sekolah runtuh, siling sekolah runtuh, siling Dewan Parlimen bocor semalam Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa kerja-kerja pembinaan dalam negara ini lebih hebat dari negara lain..


Jadi dengan pencapaian terbukti sebegini kita tidak perlu risau akan kualiti binaan Projek Lynas, yakinlah ianya pasti selamat!!!


Siling pejabat tanah dan galian Perlis runtuh

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.

Runtuhan dipercayai berpunca daripada masalah saluran paip di bahagian bumbung tersumbat menyebabkan air melimpah dan memasuki ruang siling pejabat sehingga mengakibatkan siling itu runtuh.

Mat Rawi ketika ditemui pemberita lewat semalam berkata kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan telah memaklumkannya kepada kakitangan pejabat itu.

Katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mengambil tindakan segera membaiki segala kerosakan dan mengkaji tahap keselamatan bangunan yang berusia hampir tiga puluh tahun itu.

Kerja-kerja awal seperti pembersihan lantai bangunan dijalankan serta merta termasuk kawalan sistem elektrik sementara kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

"Akibat kejadian itu, sistem pendaftaran berkomputer seperti hak milik, pindah milik dan gadaian serta sistem pungutan hasil tanah diberhentikan seketika atas nasihat Bahagian Letrik JKR untuk mengelak berlaku litar pintas," kata Mat Rawi yang diiringi Pengarah tanah dan Galian Perlis, Hisan Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu hanya menyebabkan gangguan tugas pada Unit Pendaftaran kerana rangkaian komputer di situ telah terjejas manakala bahagian-bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.

- Bernama

Tiada ulasan: