Rabu, 21 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bila Pakar Dan Mufti Meludah Ke Langit

Posted: 21 Mar 2012 03:00 AM PDT

Kelmarin, Professor ini kata, "Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam." katanya di sini

Hari ini pula, Datuk Mufti Pahang, pula mengulas kenyataan TGHA di sini. Kenyataannya lebih kurang sama bangang macam Professor tu cakap.

Sebelum itu Musang berjanggut pun mai tumpang secebuk dengan katanya, ''Namun, Yahudi di Israel dewasa ini adalah kafir harbi yang wajib diperangi kerana golongan tersebut memusuhi umat Islam dan menjajah sebuah negara Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.Baca di sini

Masing-masing berebut-rebut mengutuk kenyataan TGHA yang kata, "Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," lagi di sini

Maksud TGHA itu amat jelas – berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) di haruskan sebagaimana amalan seharian kita sekarang ini.Setiap hari dalam kehidupan kita seharian ini, memang berurus niaga dengan bukan Islam.

Kita beli ikan dari orang China dipasar-pasar.Beli budu atau belacan dari orang Melayu.Beli kain ela di Kamdar kepunyaan orang India.Tiada masalahnya sejak dulu lagi.

Kalau ada orang Yahudi jual cincaluk, apa masalahnya kalau dia bukan seorang zionis?

Sudah semestinya kenyataan TGHA itu tidak bermaksudkan boleh berurusan niaga dengan negara Israel kerana itu adalah sebuah negara Zionis!Ini yang puak-puak bahalol tu kena faham!

Tetapi apasal Menteri Perdagangan mengaku, Malaysia ada hubungan dagang dengan Israel? Samada menteri ini hilang aqal atau bangang?

Lagi sekali saya ulangi, TGHA tidak pernah kata boleh berurus niaga dengan negara Israel.

Dan apasal puak-puak Mufti Umno ini senyap sepi terhadap pengakuan menteri bangang tersebut?

Bahawa diaorang ini, puak-puak penjilat bontot Umno/BN ini hanya melihat kenyataan TGHA dengan pandangan serong tanpa menghalusi kandungannya.

Kita mengalu-alukan kenyataan Maza yang mengulas kenyataan TGHA yang antara lain dia menyatakan,

"Kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan dengan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya." Lihat di sini

PAS Aniaya Rakyat Kelantan

Posted: 20 Mar 2012 07:01 PM PDT

Kalau baca Utusan Meloya sahaja, tentulah seseorang itu mudah terpengaruh. Kononnya Rakyat Kelantan dianiaya kerana tanah rizab dipajak kepada bukan bumiputera!

Buat tajuk besar-besar tapi dakwaan yang diwarwarkan tidak disertakan fakta. Itu yang disebut orang berita sampah - kotor dan keji. Korang beli lagikah Utusang?

Cumanya, berita tersebut bertujuan mempengaruhi pemikiran rakyat di negeri-negeri lain yang selain Kelantan.

Nampak sangat Umno Kelantan ketandusan isu untuk dimainkan. Kalau benar Umno simpati kepada rakyat Kelantan, lepaskanlah wang Royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan itu.

Rakyat Kelantan sudah tentu lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.Mereka akan baca berita yang benar, telus dan boleh dipercayai seperti akhbar berikut :



Tiada rizab Melayu tergadai di Kelantan

Pembangunan di Lembah Sireh.

KOTA BHARU, 19 Mac: Akhir tahun lepas akhbar Umno dalam beberapa siri laporan khas mendakwa masalah air di Kelantan kritikal, namun sehingga ke hari ini penduduk masih mampu melakukan aktiviti harian tanpa sebarang masalah.

Malah didakwa juga air tercemar dengan virus E.coli, malangnya belum ada laporan penduduk dirawat di hospital ekoran masalah tersebut.

Dan hari ini pula akhbar terbabit dalam siri laporan khas terbaru mendakwa tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.

Bagi ramai pemerhati politik, mesej segala laporan itu cukup jelas bagi menghodoh Kelantan sebelum 'wisel' pilihan raya umum ke-13 ditiup Perdana Menteri.

Beberapa pegawai kerajaan negeri menjelaskan tidak ada tanah rizab Melayu yang tergadai di Kelantan dan bagi mereka laporan akhbar tersebut tersasar jauh.

Kata mereka di Kelantan ada dua kategori tanah iaitu tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu.

Katanya, tanah rizab Melayu meliputi kira-kira 95 peratus keluasan bumi Kelantan.

"Tanah bukan rizab Melayu pula biasa terdapat di kawasan bandar dan penempatan yang mempunyai agak ramai penduduk bukan Melayu termasuk Kota Bharu, Kuala Krai, Tumpat, Bachok dan Gua Musang.

"Tanah bukan rizab Melayu boleh diduduki penduduk bukan Melayu apabila mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya di sini.

Tanah bukan rizab Melayu di Kota Bharu terdapat di beberapa lokasi termasuk Seksyen 5, Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 11.

Kata mereka juga tanah-tanah yang dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta merupakan tanah kerajaan yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Selain itu Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Katanya, tanah-tanah tersebut kebiasaan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

"Tanah tersebut tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat. Selain itu projek pembangunan yang dilaksanakan berdasar pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju," ujar mereka.

Misalnya pembangunan KB Mall di Jalan Hamzah di atas tanah milik PKINK diberi secara pajakan kepada sebuah syarikat. Selain itu PKINK turut mendapat bangunan KB Bazar.

Begitu juga projek pembangunan lain termasuk di Lembah Sireh diberi secara pajakan kepada sebuah syarikat di atas bekas tanah pertanian.

Tanah tersebut sebahagian besarnya telah ditebus guna sehingga menjadi bandar baru seperti sekarang.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

"Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta," katanya. - harakah.

Tiada ulasan: