ALHUSSEYN |
Kisah Konspirasi Musa Dan Gani Patail Posted: 16 Mar 2012 09:03 AM PDT
Hello pembaca, minta maaf banyak-banyak ya, itu cerita lama dulu. Saya kutip dari sini Tetapi sekarang ini, Datuk Mat Zain, bekas Ketua Pegawai Penyiasat kes "Mata-Lebam" sudah desak Najib tubuhkan tribunal bagi menyiasat kes ini dan beliau sendiri sanggup untuk tampil sebagai saksi . Amacam Najib? Surat Terbuka |
Mahu Tribunal Siasat Gani Patail dan Musa dalam kes 'mata lebam' Posted: 15 Mar 2012 11:51 PM PDT Kita ucapkan syabas dan patut menyokong tindakan Datuk Mat Zain Ibrahim , bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur yang terus menerus mendesak pentadbiran PM Najib menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan dalam isu memalsukan keterangan dalam insiden "mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.". Agak janggal juga kerana sehingga ke hari ini, pentadbiran Najib tidak pernah memberikan respon terhadap dakwaan Mat Zain tersebut walaupun telah mengadu melalui surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan disalin kepada Najib. Skandal pemalsuan bukti oleh dua lelaki tersebut telah mengakibatkan Anwar telah dipenjara dan menjadi mangsa sehingga ke hari ini.Hukuman penjara yang Anwar telah lalui itu adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua. Rakyat patut bangun dan membangkitkan skandal 'pemalsuan bukti' tersebut supaya Gani dan Musa dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Menurut Mat Zain, jika mereka berdua dibuktikan bersalah, kemungkinan dipenjarakan sehingga 21 tahun. Perlukah Najib menjadi pembela kepada dua penjenayah tersebut? Nampaknya tiada pilihan lain baginya kerana Najib sendiri menyedari hakikat bahawa kredibiliti kerajaan pimpinannya akan turut musnah akibatnya. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan