ALHUSSEYN |
PAS Kedah - Masih Bergolak Lagi ... Posted: 01 Mar 2012 12:49 AM PST |
Mahathir cuba lacurkan Umno dan Negara kepada Israel Posted: 29 Feb 2012 08:18 PM PST Hari ini Utusan Meloya telah menyiarkan 3 surat Mahathir berhubungan dengan Israel. Dihujung entri ini saya ada siarkan dua daripadanya.Yang satu lagi itu, pandai-pandailah tengok kat Utusan Meloya tu! Tapi saya lebih minat untuk siarkan satu surat yang sudah lama bertebaran di internet yang tidak mampu atau berani Utusan Meloya siarkan.Minta puak-puak Umno nafikan adanya surat ini dan dakwa ini adalah surat palsu!
Umno tak boleh persoal Anwar tentang Israel Oleh : Subky Latif 1 MAC — Media pro Barisan Nasional dan Umno begitu ghairah dan gembira apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang dikira boleh menyenangkan Israel. Sumber-MIAnwar bercadang untuk menjamin keselamatan Israel dengan syarat Israel memenuhi beberapa perkara: menjamin pembentukan negara Palestin, tidak mengganggu dan mengancam keselamatan Palestin yang merdeka, dan mengiktiraf hak orang Palestin dan Islam ke atas Baitul Maqdis. Buat Umno, Anwar sudah mengkhianati umat Palestin dan dia juga sudah melanggar sikap Malaysia terhadap isu Israel itu. Apakah Umno seronok sangat dapat membantai Anwar dengan kenyataannya dan Umno adalah pihak yang betul dan benar dalam pendirian tentang Israel? Yang boleh marah terhadap sebarang niat untuk mengiktiraf Israel hanya PAS. PAS saja yang mempunyai sikap jelas bahawa negara Yahudi itu adalah negara haram yang tidak dapat diampun dan tidak boleh ditolak ansur. Umno tidak berhak untuk kata begitu dan begini tentang kenyataan Anwar itu kerana Umno pun adalah seperti ayam jalan yang kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Dr Mahatahir Mohamad juga ikut membidas Anwar atas perkara itu, tetapi secara tidak sedar membuat kenyataan bahawa apa yang dibayangkan oleh Anwar itu kira-kira sama dangan apa yang pernah dinyatakannya semasa dia menjadi Perdana Menteri dulu. Dia mengaku dia ada menerima surat dari Ehud Barak, Perdana Menteri Israel masa itu minta Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Dr Mahathir mengaku membalas surat Barak itu. Apa jawab Dr Mahathir? Kata Dr Mahathir, dia menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel "selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf." Apa maksud jawapan Dr Mahathir itu? Tiada sebarang hubungan dengan Israel selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf. Ertinya jika Israel mengiktiraf negara Palestin, maka logiknya, akan adalah hubungan diplomatik dengan Israel. Apa bezanya dengan maksud kenyataan Anwar? Anwar kata, jika pembentukan negara Palestin diterima, jamin kemerdekaan Palestin dan iktiraf hak Palestin dan Islam atas Baitul Maqdis, maka boleh dijamin keselamtan Israel. Dr Mahathir kata, tiada sebarang hubungan diplomtik dengan Israel selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf. Kedua-duanya tidak banyak perbezaan. Syarat yang Dr Mahathir beri itu semasa dia menjadi Perdana Menteri. Kalau Ehud Barak setuju dengan syarat Dr Mahathir itu, maka mungkin Malaysia sudah ada hubungan diplomtik dengan Israel. Anwar membuat kenyataannya ketika tidak menjadi Perdana Menteri dan belum menjadi Perdana Menteri. Kalau dia menjadi Perdana Menteri selepas ini barulah berbangkit jaminan itu kalau Israel bersetuju dengan syarat yang Anwar beri. Kalau Anwar tidak jadi Perdana Menteri, tidak berbangkitkan jaminan itu, kerana Perdana Menteri saja yang boleh membuat keputusan bersekongkol atau tidak dengan Israel. Dr Mahathir tidak senang kerana isi surat balasannya itu tidak disiarkan oleh media. Adakah ini tanda media menyorokkan syarat yang diberi Dr Mahathir itu? Mengapa? Tetapi media mendedahkan pula kenyataan bersyarat Anwar. Mengapa? Apa pula sikap terbaru media dan Umno terhadap syarat yang Dr Mahathir beri tentang kemungkinan sedia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kiranya ia mengiktiraf Palestin? Jika Umno dan media tidak pertikai syarat sama yang diberi Dr Mahathir kepada Israel, maka Umno tidak wajar dan tiada hak untuk mengecam Anwar kerana apa yang Anwar kata sekarang adalah sama dengan syarat yang Dr Mahathir beri dulu. Orang pun tidak fikir Umno dan Perdana Menteri Najib Razak ada sikap yang berbeza dengan Dr Mahathir dan Anwar dalam isu Israel dan Palestin itu. Justeru itu kalau Umno hendak marah sangat dengan kenyataan Anwar itu, ia boleh kata kepada Anwar "Kamu serupa aku juga!" Hanya PAS saja yang ada sikap tegas dan tidak berdolak dalik tentang hubungan dengan Israel. Lihat surat-surat Mahathir yang disiarkan Utusan Meloya hari ini.Apa bezanya pendirian Mahathir dengan Anwar? Apakah puak-puak Umno tidak reti bahasa? Klik dan baca surat-surat berikut : |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan