Jumaat, 9 Mac 2012

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Kasihan Lynas Corp... Syabas Rakyat Malaysia!

Posted: 09 Mar 2012 01:15 AM PST


Teman kesian pulak dengan Lynas Corp nie...
Pastinya mereka telah diberikan kebenaran dengan sepenuh keyakinan dan kepercayaan untuk membuka kilang yang sangat sangat sangat berisiko ini!

Kalau tidak manakan mungkin mereka berani melabur sebanyak itu sehinggalah kilang mereka kini hampir siap dan boleh beroperasi!

Mungkin Lynas nie merasakan tiada tentangan daripada rakyat kot?
Atau Kerajaan Malaysia/Pahang berjaya meyakinkan Lynas yang tentangan rakyat boleh diatasi secara 'internal'??

hahahaa!
Suara Rakyat Suara keramat!!!

Lawan sampai berambussss!!

budakbalun 09032012

Lynas: Rayuan tak ubah rancangan operasi

Seorang jurucakap syarikat perlombongan nadir bumi Australia, Lynas Corp berkata, syarikat itu masih berharap supaya kilangnya di Malaysia akan dapat dibuka menjelang Jun walau menerima tentangan daripada aktivis setempat.

Kenyataan itu timbul ekoran rayuan yang difailkan oleh sekumpulan aktivis supaya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyemak semula keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen sementara kepada Lynas (M) Sdn Bhd untuk beroperasi.

"Lynas telah memberi petanda bahawa rayuan ini tidak akan mengubah rancangan projek ini," kata jurucakap itu seperti dilaporkan Reuters hari ini.

Rayuan yang dikemukakan mengikut Sekysen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) itu akan didengar pada April.-mkini

Tiada ulasan: