Addin |
- Penduduk Sg Lembing Demo Tolak MB Samseng
- Rupa-Rupanya Sebab Ini MB Pahang Naik Angin Semalam
- Najib Akui BN Bakal Kalah PRU 13?
- Kenapa Melayu Perlu Undi Pakatan Rakyat.. Ini Jawapannya
- Lima Lelaki Aceh Yang Didapati Berjudi Dirotan Di Khalayak Ramai
Penduduk Sg Lembing Demo Tolak MB Samseng Posted: 11 Mar 2012 04:00 PM PDT Penduduk Sg Lembing dekat Kuantan hari ini mengadakan perhimpunan membantah cadangan pembuangan sisa radioaktif di lombong tinggal di kawasan mereka. Disertai kumpulan anti Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) -- Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) -- kira-kira 300 orang berkumpul di pasar pagi kawasan itu sambil melaungkan pelbagai slogan seperti "Hancur Lynas, hidup rakyat" dan "Stop Lynas, save Malaysia" (hentikan Lynas, selamatkan Malaysia). Bantahan itu berlangsung sehari selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggelar wartawan harian Cina sebagai "bodoh" kerana melaporkan kenyataannya berhubung isu itu. Menurut SMSL, penduduk tempatan bimbang cadangan itu menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan setempat yang baru berkembang di Sg Lembing. ~malaysiakini |
Rupa-Rupanya Sebab Ini MB Pahang Naik Angin Semalam Posted: 11 Mar 2012 08:32 AM PDT Adnan Yaakob nih memang terkenal dengan sikap biadapnya.. Dari pilihanraya kecil Sanggang lagi umum dah tau.. Tapi ramai masih yang terlupa dengan sikap MB Pahang nih sehinggalah sikap biadap nih terkeluar lagi bila ternampak wartawan akhbar Cina nih. Mungkin ler akhbar cina yang banyak mainkan isu Lynas nih dari akhbar bahasa Melayu (media pencacai).. Tu yang dia panas telinga.. Pape hal buat wartawan Cina ini adalah satu peringatan baik buat mereka semua.. Jangan disangka pemimpin Umno nih baik-baik belaka, bapak samseng pun ada.. Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp). Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas. "Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan. "Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya. Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing. Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi. Dalam kenyataannyu hari ini, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. ~malaysiakini |
Najib Akui BN Bakal Kalah PRU 13? Posted: 11 Mar 2012 03:49 AM PDT PASIR GUDANG, 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi ujian yang dihadapi ketika ini sekali gus menjamin akan mengembalikan semula kekuatan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau berkata sejarah telah membuktikan UMNO dan BN sejak mula ditubuhkan lagi telah diuji pelbagai ujian, namun kesemuanya berjaya dihadapi sehingga BN mampu meneruskan kelangsungan pemerintahan sehingga kini. Katanya, parti telah mengalami lima krisis besar sejak penubuhannya termasuk pengasasnya Datuk Onn Jaafar keluar dari UMNO dan penubuhan parti Negara, tragedi berdarah 13 Mei dan parti UMNO diharamkan. Selain itu, gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan pada tahun 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menguji kekuatan parti selain tsunami politik dalam PRU 2008 yang menyebabkan BN kehilangan lima negeri serta majoriti dua pertiga. "Sejarah parti ada beberapa detik sebelum ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran setiap kali kita berdepan dengan krisis iaitu dengan kembali kepada asas kekuatan kita. "Situasi ini hampir sama dengan keadaan pada 1999 di mana kita terpaksa melakukan pemulihan UMNO dan BN, jadi dalam situasi seperti itu kita kena melakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasa kita kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita BN, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini, yang dihadiri oleh hampir 20,000 orang terdiri daripada Wanita UMNO dari peringkat cawangan di seluruh negara serta sayap wanita BN. Turut hadir isterinya Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Najib yakin BN akan melepasi ujian dalam PRU kali ini dan parti kini sedang melakukan pelbagai usaha untuk menambah kekuatan dalaman termasuk kekuatan hubungan dengan rakyat. "Kekuatan kita dengan rakyat bergantung kepada keyakinan rakyat sebab itu kita buat pelbagai usaha yang patut dilakukan," katanya. Sementara itu mengulas mengenai ucapan Shahrizat dalam majlis itu yang mahukan wanita diberikan lebih kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Najib berkata pemilihan calon bukan dilakukan atas faktor jantina. Sebaliknya, katanya ia dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kawasan serta faktor calon yang dipilih itu mampu menang di kawasan yang ditandingi. "Kita kena tengok keadaan, kena tengok mikro juga walaupun nak tambah kerusi (wanita), kena tengok kesesuaian kawasan berdasarkan calon yang boleh menang dan kena memastikan sesiapa saja yang jadi calon boleh menang," katanya. Ditanya sama Menteri Besar dan Ketua Menteri dari BN telah diarahkan menyerahkan nama calon yang difikirkan layak bertanding pada PRU ke-13, Najib berkata ia merupakan rahsia parti. ~bernama Addin : Cepatlah BN tidur.. asyik main tipu je.. |
Kenapa Melayu Perlu Undi Pakatan Rakyat.. Ini Jawapannya Posted: 10 Mar 2012 08:06 PM PST Johor dilihat sebagai kubu kuat Umno dan Melayu. Sama ada ia akan dirobohkan Pakatan Rakyat pada masa depan, itu tidak diketahui lagi. Wajah-wajah pengkhianat Melayu dikatakan dari sana juga. Umno ada sejarah panjang menodai bahasa Melayu. Sebagai termaklum, Perdana Menteri Najib Razak telah menukar nama stesen bas Puduraya kepada Pudu Sentral. Ini adalah bukti pengkhianatan Najib ke atas bahasa Melayu. Yang bergelar pejuang bahasa masih memberi undi kepada Umno walaupun banyak pengkhianatan Umno ke atas bahasa Melayu. Itu cerita bahasa Melayu. Orang Melayu juga peka ke atas masalah tanah. Di Johor, khasnya Pasir Gudang, dilaporkan 290 buah keluarga di Kg. Plentong Tengah, seolah-olah sudah kehilangan hak ke atas tanah sendiri. Walhal ratusan buah keluarga itu mendiami kawasan itu sejak 30 tahun lalu. Kalau Umno membela maruah dan harga diri Melayu hal ini pasti tidak akan berlaku. Itulah wajah Umno terhadap Melayu di Johor, walaupun negeri itu kubu kuat Umno. Itu cerita di selatan tanah air. Di utara pada 1993 timbul laporan tentang kira-kira 1,000 ekar tanah Rizab Melayu di Kerpan di Kedah. Tanah yang asalnya tanah sawah bendang, telah dialirkan air masin dari laut untuk membuat projek ternakan kolam udang harimau. Seorang penulis berjiwa rakyat, Azizi Abdullah tampil menuang detik peristiwa ini lalu membancuh segala isi pahit maung cerita derita pesawah itu lewat novelnya yang berjudul - Harga Sebuah Maruah. Umno, di dalam novel ini, bersama pihak pemaju, dengan segala macam muslihat sudah mengambil apa yang dicitakan selama ini; tanah! Begitulah, bagaimana sedikit demi sedikit, tanah-tanah ini terjual, sama ada secara rela, terpaksa atau kerana gelap mata bangsa Melayu sendiri. Ketika ini, yang paling parah adalah usaha rakyat membela tanah kaum peneroka Felda di samping tidak melupakan kedudukan bahasa Melayu itu. Agak ganjil bagi sesetengah orang jika mereka mahu fikirkan bagaimana Umno mengkhianati Melayu dengan mengorbankan tanah mereka ini. Di Perak, sebelum BN mengguling kerajaan Pakatan Rakyat, sudah ada 200 ekar tanah rizab Melayu yang lama diberi kepada kapitalis Cina. Yang kerap melalui Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat lebuh raya Utara Selatan PLUS tentu terserempak tapak kilang simen YTL. Ia dahulunya dikenali Perak Hanjoong. Ya, tanah inilah juga pada asalnya tanah rizab Melayu yang terhampar seluas 200 ekar itu. Rupa-rupanya sejak merdeka daripada belenggu British, kita dapati bukanlah tanah Melayu itu kekal. Malah ia menyusut sedikit demi sedikit dan wilayah Malaysia semakin berkurangan dan hidup kita menjadi terhimpit. Apabila disemak sejarah, pada 1957, dilaporkan bahawa kita ini memiliki kira-kira 3 juta hektar tanah rizab Melayu. Ini menunjukkan bahawa, pada suatu sudut lain, walaupun penjajah British dianggap perompak tetapi dalam kes tanah rizab Melayu ini, masih ada saki-baki kemanusiaan di jiwa British. Lalu, Malaya pun akhirnya merdeka, secara politik. Namun, ada kejutan berlaku pada 1995. Ketika disemak kedudukan tanah rizab Melayu ini, didapati 43 peratus tanah rizab Melayu sudah hilang melesap dalam tempoh 38 tahun, sejak merdeka. Jumlah kehilangan tanah rizab Melayu yang disebut dalam nisbah peratusan itu bersamaan 1.3 juta hektar tanah. Jelas, yang tinggal 'kekal' kini cuma 1.7 hektar tanah saja. Demikianlah politik Umno menjahanamkan tanah sebagai lambang maruah dan harga diri Melayu. Kini ketika berada pada 2012, 16 tahun setelah Melayu kehilangan 1.3 juta hektar rizab tanahnya pada 1995, kita seolah-olah terdengar jerit pekik arwah Sultan Johor yang mahu mengambil Pulau Batu Putih yang terlepas ke Singapura itu. Bayangkan, kalau Sultan Johor (negeri yang dianggap tebal Melayu itu) gagal mendapat kembali tanah hingga hujung nyawanya, untuk bela 290 keluarga di Kg Plentong Tengah pun tidak terdaya kerana Umno sudah bertukar rupa sebagai pengkhianat, maka terhadap siapa mereka berharap selain Tuhan? Satu jawapan yang ada buat masa sekarang adalah - Pakatan Rakyat! ~lidahrakyat |
Lima Lelaki Aceh Yang Didapati Berjudi Dirotan Di Khalayak Ramai Posted: 10 Mar 2012 07:36 PM PST LANGSA, Indonesia – Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam. Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam. Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur. Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah. Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu. Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali. Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan. Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. ~ agensi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan