Ahad, 4 Mac 2012

Addin

Addin


Dr. Mashitah, Ustazah Pencukur Buku Kening Dan Pemfitnah

Posted: 04 Mar 2012 08:31 AM PST

Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.

Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah.

Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.

Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan peminpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!

Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya di sini.

~tranungkite


Shahrizat Bakal Di Lucutkan Jawatan Senator Bulan Depan?

Posted: 04 Mar 2012 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator.Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata terserah kepada Perdana Menteri sama ada melanjutkan tempoh penggal beliau sebagai senator yang akan berakhir bulan depan.

"Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, Ahad.

Shahrizat dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009.

Shahrizat terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan. ~bernama

Addin

" I Help You, You Help Me"... beranikah Najib melucutkan jawatan senator  Shahrizat bulan depan.

Zahid Hamidi Rasmi Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam

Posted: 04 Mar 2012 03:05 AM PST

MELAKA, 4 Mac – Ahli politik khususnya daripada parti pembangkang diingatkan supaya tidak lagi mempolitikkan aset angkatan tentera sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara.  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya.

Beliau berkata, pembangkang sebelum ini menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.

"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terbabit) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita sudah melakukan pendakwaan.

"Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri Melaka yang diwakili Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini. ~bernama

Addin :

Tadi sempat jugak tinjau sebentar..

Kisah Menarik Di Sebalik BR1M

Posted: 04 Mar 2012 01:26 AM PST

"Hallo! ni rumah(nama aku,xyah sebut la),royat dia gi ambik duit batuan(bantuan) 500.00 di Sekolah Menengah Kubang Telaga, Gunung(dalam daerah Bachok) pada 6 haribulan pukul 2.30 petang,pahtu undi UMNO deh.Ceh memang kurang sopan dan angkuh pemanggil ni main suruh undi Umno pulak,ingat ini duit bapak dia ke,ini perangai orang UMNO gamaknya,dah la tak bersalam cakap kasar pulak.

Bengap betul,nama kampong aku kampong mokkan apa kejadah dihantar ke Kampong Padang Mokkan,tak sekolah ke yang menghantar surat tu,tak pasal -pasal aku kena pergi ambil kat Sekolah Menengah Kubang Telaga...itu kisah pertama.

Kisah kedua.ini kisah kawan aku orang Terengganu tapi sekarang dia menyewa kat Kelantan dalam daerah Bachok.Penghulu telah menelefon dia mengatakan ada surat(BR1M),tapi surat tu sampai di Jelawat Bachok,tanya kawan aku dia kena pergi ambil ke,penghulu tu cakap biar dia pergi ambil.
Pada petang tu dia telefon cakap ada budak nak pergi hantar surat kat kawan aku jadi bagi la budak tu duit air,kawan aku tanya nakbagi berapa,kata penghulu tu ikut suka la berapa.Setelah surat diterima kawan aku bagi RM5 ringgit kat budak tu,tapi lepas tu tak pasal-pasal dia marah kat kawan aku cakap tak pandai bergaul dengan orang,macam -macam kisah puak -puak ni,semuanya nak pakai upah.Semua mungkin tak timbul kalaulah kerajaan hantar terus surat tu pada pemohon berdasarkan alamat,jadi tak la kecoh macam ni.

Kisah ketiga,
Ini kisah berlaku juga dalam daerah Bachok,pasal BR1M juga,ini kisah dari anak sedara aku.Kat kampong dia(malas nak sebut)penghulu ni seolah -olah memaksa pemohon yang dah berjaya dapat duit bantuan rakyat 1 Malaysia supaya bagi kat dia sebanyak RM50,aku cakap kat dia supaya kumpul bukti dan buat aduan kat SPRM kita tunggu dan lihat jika perkara ni betul berlaku.... ~kgmokkan


Daim Zainuddin Ramal PRU 13 - Parlimen Tergantung

Posted: 04 Mar 2012 12:05 AM PST

Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan 'Parlimen Tergantung' atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. ~mynewshub

Rosmah Dapat Anugerah Lagi, Universiti Nih Dapat Imbuhan Apa Pulak?

Posted: 03 Mar 2012 09:40 PM PST

Steven Institute Of Technology, universiti perdana pendidikan campuran swasta yang menumpukan pada penyelidikan dan keusahawanan dan komited dalam menerokai bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan menganugerahkan anugerah tertinggi universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, pada Jumaat.

Presiden universiti itu, Dr Nariman Farvardin, menyampaikan anugerah 'Distinguished Service Medal' kepada Rosmah sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkhidmatan awam khususnya dalam usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia.

Rosmah juga memainkan peranan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Children's Hope, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Jantung, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Program Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-kanak (ECEC), yang telah menubuhkan lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia; di samping sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara untuk generasi akan datang, katanya pada majlis yang berlangsung di universiti itu di Hoboken, di New Jersey.

Dr Farvardin berkata universiti itu hanya menganugerahkan anugerah itu kepada mereka yang telah berjaya memberikan impak besar terhadap kebajikan masyarakat.

Rosmah, yang berada di universiti itu untuk menghadiri majlis beramah mesra dengan lebih 200 pelajar Malaysia, dalam ucapannya berkata anugerah itu amat bermakna kerana Stevens amat terkenal dengan kecemerlangannya dalam program-program penyelidikan pendidikan dan pengkomersilan.

Stevens diiktiraf sebagai sebuah daripada universiti Amerika yang amat berjaya dalam mengetengahkan teknologi di pasaran, katanya.

Rosmah berkata universiti itu kini menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berkongsi kepakarannya dalam menjana kekayaan daripada inovasi penyelidikan menerusi keusahawanan.

"Banyak universiti di Malaysia telah mencontohi langkah Stevens dalam melancarkan syarikat permulaan sebagai satu cara perpindahan teknologi dan ia kini aktif mengendalikan keusahawanan secara online dengan pelajar tahun pertama UKM," katanya.

Rosmah berkata universiti-universiti perlu memainkan peranan sebagai peneraju dalam membangunkan sistem inovatif untuk membina modal insan secara holistik, meliputi pemerolehan pengetahuan, terutama dalam sains dan teknologi, nilai dan kemahiran termasuk kebolehan keusahawanan.

Pada majlis itu, 30 bakat muda Permata Seni tarian, koir dan muzik membuat persembahan bertenaga dan berwarna-warni yang mendapat sambutan menggalakkan daripada tetamu. ~bernama

Addin :

Bertuah Najib dapat Rosmah.. serba boleh

(Gambar) Ribuan Pelajar Sekolah Hadir Sempena Program Umno Kelantan

Posted: 03 Mar 2012 07:00 PM PST


Nih politik kelas ke berapa nih? Budak sekolah pun tau nih salah. Umno berpolitik dalam sekolah boleh tapi kalau Pakatan Rakyat tak boleh.

Apa kejadah undang-undang yang Umno pakai ni? Kalau perkara nih berlaku kat Pakatan Rakyat memang setengah abad citer ni berkumandang kat media-media pencacai.

Inilah wajah sebenar Umno yang hipokrit. Dengan tindakan seperti ini melihatkan Umno betul-betul terdesak untuk menghadapai PRU 13 nih yang menjadikan penentu hayat Umno di landskap politik Malaysia.







Bongkar!! Pondok Rondaan SRS Sebesar Ni Berharga RM75,000

Posted: 03 Mar 2012 06:40 PM PST

Pondok yang berharga RM75,000
KUANTAN, 4 Mac - Hari ini, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dijangka akan hadir merasmikan pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini.

Difahamkan, pondok terbabit akan menjadi pusat operasi SRS di kawasan terbabit. Bangunan berkenaan telah pun siap dibina sejak beberapa bulan lalu. Namun, kini banyak persoalan yang timbul terhadap projek ini. Apa tidaknya, PDO mendapat maklumat pondok terbabit yang harganya sekitar RM5,000 hingga RM10,000 itu telah dibina dengan harga yang lebih tinggi iaitu mencecah RM75,000.

Maklumat telah disalurkan oleh beberapa orang ahli SRS dan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) taman berkenaan. "Kami hairan, kenapa harga pondok tersebut boleh mencecah ke angka RM75,000?. Sedangkan ia hanya digunakan untuk kegiataan SRS sahaja.

Adalah lebih elok, peruntukan sebanyak itu diberika kepada KRT untuk jalankan berbagai aktiviti kemasyarakatan membabitkan penduduk setempat. Saya syak pasti ada orang dalam yang makan besar dengan projek ini", kata salah seorang daripada mereka.

Tinjauan kami ke lokasi petang semalam mendapati, pondok terbabit suidah tersergam indah di taman berkenaan dan menunggu masa untuk dirasmikan oleh MB Pahang. Melihat kepada reka bentuk bangunan pondok itu, ternyata harganya amatlah tidak munasabah sekali.

Namun, PDO akan mendapatkan maklumat lanjut untuk menyiasat isu ini. Jika benar dakwaan tersebut maka sahlah ada pihak yang kaut untung dengan projek ini. Namun, apakah mereka itu dari kalangan pemimpin pembangkang?

Sudah pasti tidak, kerana ia merupakan projek kerajaan UMNO BN. Maka, siapakah mereka yang terlibat itu agaknya? ~pahangdaily


Tiada ulasan: