Isnin, 27 Februari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KES US BADRUL AMIN - BENAR TETAP BENAR, SALAH TETAP SALAH

Posted: 27 Feb 2012 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERKEJUT !!  Menipu kalau aku kata aku tidak terkejut apabila diberitahu Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP di sebuah hotel di Kuantan pada 25 Feb yang lalu.  Terkejut kerana ditahan untuk siasatan kes khalwat pada malam itu bersama seorang wanita berstatus isteri orang.  

Memang kita tahu, status seseorang bukan jaminan seseorang itu mempunyai moral yang baik atau tidak.  Begitu juga status Ustaz mahupun seseorang Mua'lim sekalipun kerana semakin kuat ilmu agamanya semakin kuat pula dugaan yang dihadapinya.  Maka sesiapa sahaja boleh diuji dengan berbagai ujian untuk menentukan tahap keimanannya termasuk Us Dr Badrul Amin.

Ramai kawan-kawan aku baik dari PR mahupun Umno mahu tahu apa pula yang aku mahu komen tentang isu yang melanda Us Dr Badrul Amin.  Aku lambat untuk mengulas isu ini, pertamanya pada waktu kejadian aku agak sibuk membantu parti di dalam program ceramah DS Anwar di Pejabat Keadilan Pahang dan selama dua hari aku boleh dikatakan berkampong di pejabat tersebut tanpa sempat membuka laptop untuk `update' blog mahupun facebook.  Maklumlah, notis untuk mengadakan program ceramah DS Anwar amat singkat dan kami terpaksa bekerja sepenuh masa sepanjang tempoh tersebut.

Cerita tentang Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP aku terima sewaktu aku berada di Ibu Pejabat Keadilan, lokasi DS Anwar berceramah pada 25 Feb iaitu hari Us Dr Badrul Amin ditahan.  Aku terperanjat besar kerana siapa sangka peristiwa ini menimpa ke atas beliau?  Hati kecil memang tidak percaya, tetapi akhirnya dengan pengakuan daripada beberapa pimpinan parti akhirnya aku percaya bahawa Us Dr Badrul Amin memang telah ditahan oleh JAIP atas kes khalwat.  Aku percaya beliau memang telah ditahan, betul atau tidak beliau melakukannya?  Wallahu Aklam.

Awal pagi 26 Feb, aku sempat SMS Us Dr Badrul Amin bertanyakan kisah tersebut.  Beliau membalas SMS aku.  Beliau berkata beliau ok dan bertanya pada aku samada sudahkah aku membaca kenyataan media yang telah beliau hantar kepada Harakahdaily?  Aku pun kata aku akan lihat kenyataan media yang beliau sebutkan itu.  Itu saja SMS aku dengan Us Dr Badrul Amin dan aku telah pun membaca kenyataan media beliau.

Bagi aku, itu kenyataan media beliau dan kenyataan media bukan sebagai bukti beliau tidak bersalah.  Tahanan oleh JAIP juga bukan bererti beliau memang bersalah.  Aku tetap mempunyai pendirian yang sama seperti pendirian aku terhadap kes DS Anwar, iaitu perbicaraan mestilah dibuat secara adil.  Us Dr Badrul Amin mesti diberi hak untuk membuktikan beliau tidak bersalah manakala JAIP pula mesti diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya secara profesional.  Ini sejajar dengan kenyataan resmi Keadilan yang mahukan perbicaraan mesti adil dan profesional, iaitu adil kepada yang dituduh, adil kepada pihak JAIP.

Sehingga kini aku tidak anggap JAIP mempunyai konspirasi kerana setakat ini aku belum nampak kepincangan JAIP, tetapi selain dari JAIP aku tidak pasti samada memang wujud konspirasi atau tidak.  Urutan peristiwa kelihatannya banyak versi.  Ada yang sebut ditahan sewaktu Us Dr Badrul Amin bersendirian di dalam bilik, ada yang sebut ditahan ketika beliau hanya bertuala dan bersama wanita itu.  Itu yang diceritakan di dalam beberapa blog, bukan dari mulut Us Dr Badrul Amin dan bukan juga dari kenyataan JAIP.  Ertinya, mungkin benar mungkin tidak.

Apabila situasi ini berlaku dengan berbagai cerita, maka adalah adil dan wajar kita serahkan kepada JAIP yang bakal membuat laporan hasil dari siasatannya untuk ditimbangkan samada kes ini perlu dibicarakan atau tidak.  Sekiranya kes ini dibicarakan, srtiap babak di dalam perbicaraan itu nanti amat penting.  Pihak yang menuduh dan menahannya perlu tampil dengan segala saksi atau bukti yang ada manakala si dituduh akan tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau merasakan beliau tidak bersalah.

Tindakan KEADILAN yang menggantung Us Dr Badrul Amin dari jawatannya di dalam parti amat tepat dan adil sehingga kes beliau selesai.  Tindakan KEADILAN yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan selanjutnya juga adalah bukti menunjukkan KEADILAN profesional di dalam menghadapi kes ini.  Aku turut bersetuju jangan sesiapa pun cuba `cover' kes ini atau cuba `mencipta cerita baru atau nasi tambah' untuk tujuan tertentu di dalam isu sebesar ini.  

Kebenaran mesti kita bela, kesalahan pula mesti kita tentang tidak kira sesiapa pun dan apa jua statusnya di dalam parti./wfauzdin.blogspot.com


MEREKA BUKAN SAHAJA TAKUT KEPADA ANWAR, NURUL IZZAH PUN MEREKA KECUT

Posted: 27 Feb 2012 09:23 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun.  Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.

Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution.  Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar.  Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat.  Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.

Dua beranak ini digeruni Umno
Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu.  Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem.  Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu.  Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur.  Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya?  Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.

Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya.  Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini?  Jika pemimpin  mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini.  Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin  Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar.  Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral.  Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.

Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini?  Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini. 

Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir?  Jawapannya tidak.  KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama.  Apakah yang akan berlaku pula selepas ini?  Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.

Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program.  Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: