MIMPI SENJA |
- Bongkar lagi ... 'Lembu Shahrizat' beli supermarket mewah pula di Singapura
- Gempar !!! .. Menara 1 KLCC terbakar
- “Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz, orang fitnah" kata perempuan yang didakwa khalwat dengan Dr Badrol Amin
- Aksi terlampau tepi surau ... Kereta Myvi beryoyang
- [Video] : Majlis resepsi Iman Muda Hassan dan Ulfah
- Rumah, pejabat pemimpin PKR dipecah masuk
- Himpunan Hijau Kuning pula dirancang (Lynas + Bersih)
- [Video] : Ceramah DSAI - Kuantan 25/2
Bongkar lagi ... 'Lembu Shahrizat' beli supermarket mewah pula di Singapura Posted: 27 Feb 2012 09:53 PM PST Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura. Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua. Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura. Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi. Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta. - Mkini STONE: Macam ni punya terang-terang penyelewengan pun Hj Najib masih boleh buat dekkk jer lagi? ...... Beli kondo (2 buah pulak tu), beli kereta dan sekarang beli pasaraya pulak ... semua menggunakan duit RM250 juta tu, terang-terang menyeleweng dah .... tapi Najib masih tak kata apa-apa tak buat apa-apa ... takut? Takut Shahrizat bongkar rahsia may be? CCID Director Datuk Syed Ismail dah kata ada kes pecah amanah dalam urusan perjalanan NCF ... dan kini kita tunggu apakah laki Shahrizat akan didakwa atau kes ini akan senyap begitu saja ... |
Gempar !!! .. Menara 1 KLCC terbakar Posted: 27 Feb 2012 09:03 PM PST Aku masuk pejabat agak lewat hari ini ... keluar saja aku dari lif parking Tower 1, terjegat PB Petronas mengarahkan aku dan kakitangan lain agar tidak memasuki pejabat ..."ofis terbakar bang ... abang kena ke Taman (KLCC), semua dah berkumpul di sana" beritahu beliau Di lobi sibuk dengan kakitangan yang diarahkan turun. Semua menuju ke arah Taman KLCC di belakang (tempat berkumpul bagi kakitangan PETRONAS jika berlaku sebarang kecemasan di kedua-dua Menara 1&2) Kelihatan banyak kenderaan dan kakitangan dari Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Perubatan, Polis, Rela dan Polis Bantuan PETRONAS. Sebenarnya itu hanyalah satu Latihan Kebakaran Tahunan yang perlu diadakan bagi setiap bangunan tinggi .... sorry yer saja nak buat gempaq sikit ...:-:-) |
Posted: 27 Feb 2012 05:29 PM PST ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu. Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau. "Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! "Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! "Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. "Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya. "Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. "Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. "Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain. "Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini. "Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah. "Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya. Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan. Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya. "Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. "Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya. Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. - SinarHarian |
Aksi terlampau tepi surau ... Kereta Myvi beryoyang Posted: 27 Feb 2012 03:50 PM PST 28 Februari 2012 - KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat. Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi. Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut. Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang. "Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta," katanya.- SH |
[Video] : Majlis resepsi Iman Muda Hassan dan Ulfah Posted: 27 Feb 2012 06:14 AM PST |
Rumah, pejabat pemimpin PKR dipecah masuk Posted: 27 Feb 2012 04:19 AM PST Ketika pemimpin PKR berhimpun di Kuantan untuk temurapat atau permukiman parti itu, hujung minggu lalu di Kuantan, pejabatnya di Wangsa Maju dipecah masuk. Mendedahkan perkara itu, hari ini, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kejadian disedari pagi ini apabila mereka mendapati pintu pejabat telah diumpil dan terbuka. "Dua komputer, kamera, beberapa dokumen dan wang tunai RM750 dicuri," katanya. Menurut Nurul Izzah, rumah penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong juga cuba dipecah-masuk tetapi gagal. Beberapa pemimpin PKR tempatan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, pagi ini. Adalah dipercayai kejadian yang disedari pagi ini berlaku di antara Jumaat lalu dan pagi tadi, ketika pemimpin PKR bermesyuarat di Kuantan bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 akan datang. Nurul Izzah berkata demikian pada sidang akhbarnya bagi menceritakan kejadian malam semalam apabila beliau dan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berceramah di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang. "Semua ini kelihatan seolah-olah sesuatu yang dirancang, (cubaan serangan) ini tidak boleh dipisahkan daripada kejadian pecah masuk di pejabat Wangsa Maju dan rumah Tan," katanya. |
Himpunan Hijau Kuning pula dirancang (Lynas + Bersih) Posted: 27 Feb 2012 02:40 AM PST Sehari selepas Himpunan Hijau 2.0, jawatankuasa penganjur mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan yang digelar 'Himpunan Hijau 3.0' akan diadakan kerana kegagalan kerajaan menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng. Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 2.0 Wong Tack berkata Himpunan Hijau 3.0 tidak dapat dielakkan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan BERSIH 2.0 untuk mengadakan protes "hijau kuning". Katanya, pihak mereka juga tidak puas hati dengan kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak yang berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi itu dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Wong semalam memberi Najib 24 jam bagi menutup loji pemprosesan sisa radioaktif itu. "Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar. "Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang. Mengulas bantahan hampir 15,000 rakyat itu, Najib semalam berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. Tetapi setelah fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat, katanya, kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas dengan mengenakan syarat yang cukup ketat. Antaranya, sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. - MALAYSIAKINI |
[Video] : Ceramah DSAI - Kuantan 25/2 Posted: 27 Feb 2012 02:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan