WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- BAGAIMANA ANWAR BERJAYA SEBAGAI MENTERI KEWANGAN
- Anwar Akan Sertai Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan
- Khalid Samad: "Siapa Taja Hasan Ali"
- BN Perlu Hentikan Sikap Pura-Pura Berhubung Israel
- PKR Sokong Tuntutan CUEPACS
- Himpunan Hijau 2.0 Pindah Ke MPK 4
BAGAIMANA ANWAR BERJAYA SEBAGAI MENTERI KEWANGAN Posted: 24 Feb 2012 05:17 AM PST Apa sahaja pandangan anda ,Anwar telah berjaya mengurangkan belanjawan defisit negara. Whatever you may think of Anwar, he did manage to reduce the country's budget deficit (as a percentage of GDP) and later even presided over surplus years. Anwar was appointed Finance Minister in 1991 in the Mahathir administration and deputy PM in 1993. He was ousted from power in 1998. Anwar teah dilantik sebagai menteri kewangan dalam era mahathir dan juga sebagai Timbalan Perdana Menteri 1993.Dia kemudiannya disingkirkan pada tahun 1998. Some (including me) may have reservations about what they perceive to be his neo-liberal inclinations, but it has to be said that we haven't seen a surplus since Anwar was unceremoniously thrown out of office. Apa sahaja yang dikatakan, beliau telah berjaya dan kerajaan hingga ke hari ini melakukan belanjawan secara defisit. In fact, those five years of surpluses are the only years the government has achieved a surplus from 1970 until now. No kidding – look at the figures from 1970 (figures from Bank Negara). Ini bukan cakap-cakap kosong, akan tetapi lihatlah jadual dibawah. |
Anwar Akan Sertai Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan Posted: 24 Feb 2012 05:04 AM PST SHAH ALAM, 24 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta memberi sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya menggesa seluruh pimpinan PKR serta seluruh pimpinan parti disemua peringkat untuk turut serta dalam himpunan tersebut. Sebelum ini Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek radiaoktif Lynas di Gebeng, Pahang. Malah, Temurapat Pimpinan PKR pada 24-26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak telah dipindahkan ke Kuantan, Pahang bagi membolehkan semua pimpinan parti diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0. "Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas." kata Saifuddin Dua hari lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan yang sama terhadap PAS supaya semua ahli PAS Pahang serta negeri-negeri berhampiran menyertai himpunan tersebut. Himpunan Hijau 2.0 pada Ahad ini dijangkakan akan dihadiri lebih 100,000 orang bagi membantah projek radioaktif Lynas tersebut. |
Khalid Samad: "Siapa Taja Hasan Ali" Posted: 24 Feb 2012 05:00 AM PST SHAH ALAM, 24 FEB : Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar.
Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang. "Di antara yang berkemungkinan ialah Puncak Niaga dan Syabas kerana kadar tarif air akan naik sebanyak 71 peratus sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor. "37 peratus untuk tahun 2009 dan 25 peratus untuk tahun 2012. Jika didarabkan 1.37 dengan 1.25 maka jawapannya ialah pendapatan Syabas dan Puncak Niaga naik sebanyak 71 peratus," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Selain itu, Khalid juga memberitahu sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan Selangor, Syabas berkemungkinan memperoleh kelebihan untuk menjalankan rundingan luar mahkamah berhubung kes saman RM 1 billion terhadap Kerajaan Negeri. "Kerajaan Negeri sekarang disaman kerana tidak benarkan kenaikan harga air pada 2009 dan 2012, maka Syabas bertindak saman Kerajaan Pakatan sebanyak RM 1 billion. "Kalau Kerajaan BN naik, mereka pasti akan lakukan 'out of court settlement' dan duit sebanyak itu akan diserahkan pada Syabas dalam apa bentuk sekalipun yang dipersetujui bersama," tambah Khalid lagi. Selain Puncak Niaga dan Syabas, Khalid turut memberitahu kemungkinan ada kontraktor-kontraktor berkepentingan lain yang membiayai Dr. Hasan Ali. "Di bawah Pakatan Rakyat, mereka tidak berpeluang merasai keuntungan seperti dahulu kerana semua peluang adalah 'open tender' dan tiada lagi 'direct negotiation' serta tiada lagi projek diberi sebagai 'political payback'. "Oleh kerana itu ada kemungkinan kontraktor-kontraktor yang lain ini membiayai Dr. Hasan Ali," jelas Khalid dalam satu sidang medianya di pejabatnya di Seksyen 13 disini pagi tadi. Bagaimanapun, Khalid menjelaskan sekiranya perkara ini tidak benar, pihak-pihak yang berkaitan dapat memberi penafian berhubung 'cakap-cakap kedai kopi' ini dan Dr.Hasan Ali dapat memberi penjelasan berkenaan sumber yang diperolehinya. "Kita mahu beri peluang kepada Puncak Niaga, Syabas, Dr. Hasan Ali untuk menjawab segala andaian ini. Mungkin juga Hasan Ali sudah menggadaikan harta mahupun keretanya demi perjuangan politiknya. "Tetapi jika tidak, yang kita mahu tahu ialah dari mana sumber kewangan yang beliau perolehi ini," ulas Khalid. |
BN Perlu Hentikan Sikap Pura-Pura Berhubung Israel Posted: 24 Feb 2012 04:58 AM PST SHAH ALAM, 24 FEB : Kerajaan Barisan Nasional diseru untuk menghentikan sikap hipokrasi dan double standard berhubung isu hubungan dagangan dengan negara haram Israel.
Demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang mendakwa penjelasan Kerajaan Pusat berhubung isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang tidak boleh diterima sama sekali. "Lebih-lebih lagi dalam keadaan kononnya negara Malaysia adalah juara memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan kononnya Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. "Jadi kita sangat terkejut dengan pendedahan kapal Israel yang biasa berlabuh di Pelabuhan Klang," ujar Khalid sambil menambah alasan anak kapal Israel tidak dibenarkan menjejakkan kaki di pelabuhan sebagai penjelasan 'main-main' oleh Kerajaan Umno/BN. Lebih mengejutkan, Malaysia berada di kedudukan bawah 20 bagi negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, beritahu Khalid dalam sidang medianya pagi tadi. "Rekod ini adalah berdasarkan laporan yang telah didedahkan oleh beberapa pihak dan ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagangan yang 'kuat' dengan Israel. "Dan antara produk terpenting ialah minyak kelapa sawit. Saya percaya peneroka-peneroka Felda akan merasa dikhianati kerana tanpa disedari hasil mereka menjadi bahan dihantar ke Israel," jelas Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam. Sehubungan itu, Khalid mendesak agar BN menghentikan sikap kepura-puraan mereka berhubung isu Israel-Palestin seterusnya melaksanakan tiga perkara sekiranya benar Kerajaan Pusat menghormati aspirasi rakyat Palestin seperti yang selalu dilaungkan mereka. "Sekiranya kamu benar-benar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, maka zahirkanlah dalam tindakan kamu. "Yang pertama, hentikan kemasukan kapal-kapal Israel melalui perairan Malaysia, kedua hentikan perdagangan dengan Israel dan yang ketiga tamatkan perkhidmatan APCO sebagai penasihat kamu," tegas beliau |
Posted: 24 Feb 2012 04:57 AM PST SHAH ALAM, 24 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan tuntutan CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM 700 hingga RM2500 bagi penjawat awam sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Menurut laporan United Nations (UN) Public Administration Network Public Service pada 2006, Malaysia merekodkan jumlah nisbah gaji tertinggi dan terendah di rantau ini dengan nisbah sekitar 19.5:1." kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah. "Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. "Oleh itu, PKR menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini," ujar puteri sulung Ketua Pembangkang ini. Selain itu, Izzah juga menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, PR akan menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama selain insentif khas RM 500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana termaktub di dalam Buku Jingga. "Sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. "Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 Katanya segala komitmen Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan cadangan SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier layak menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu hanya sebanyak RM1.70 sebulan. "PKR menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat. "Kita juga menyarankan agar semakan gaji dapat dilakukan setiap 5 tahun supaya mudah diselaraskan dengan kadar inflasi semasa," ujar beliau.
|
Himpunan Hijau 2.0 Pindah Ke MPK 4 Posted: 24 Feb 2012 04:56 AM PST KUANTAN, 24 FEB: Himpunan Hijau 2.0 yang mulanya akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) akan berpindah ke padang MPKT 4 Kemunting kira-kira setengah kilimeter dari lokasi asal.
Keputusan tersebut dicapai setelah rundingan dilakukan antara Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 dengan pihak polis. Jawatankuasa Himpunan Hijau diwakili MP Kuantan, Fuziah Salleh, Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani bersetuju supaya himpunan tersebut dilakukan dilokasi baru yang dicadangkan. Mmenurut Harakahdaily kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi. Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan. Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi. Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini. Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis. Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang. Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa. Perhimpunan Hijau 2.0 dijangka akan disertai 100,000 setelah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa seluruh ahli PAS di Pahang dan negeri-negeri berhampiran menyertai himpunan tersebut. Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga membuat kenyataan yang sama hari ini. Dalam kenyataan medianya hari ini, Saifuddin memaklumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menyertai himpunan tersebut pada Ahad ini. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan