WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! — Sakmongkol AK47
- JUMPA 26 FEBRUARI INI DI KUANTAN-SINGKIRKAN LYNAS
- Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar
- Hasan Ali Perlu Buktikan DAP Mahukan Negara Republik
- SIAPA YANG BERSALAH? LELAKI PELANGGAN ATAU PEKERJA?LIHAT DARI MULA
- JOHOR BERDAGANG DENGAN ISRAEL
- SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela
- Khalid Samad Sedia Berdebat Dengan Hasan Ali
Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! — Sakmongkol AK47 Posted: 09 Feb 2012 03:33 AM PST Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! — Sakmongkol AK47 February 09, 2012 9 FEB — Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Umno Kelantan akan meminta nasihat Tengku Razaleigh Hamzah menggenai usaha mereka merampas Kelantan. Kita tumpang gembira, Umno mempunyai keyakinan seperti ini. Tapi ramai orang juga tahu, bahawa Umno tidak ada pilihan lain kecuali bercakap besar. Jika tidak, semangat soldadu Umno akan berkecai. Belum lagi masuk gelanggang, kita sudah tewas. Tapi seperti kata orang Inggeris mungkin Datuk Mustapa "has bitten more than he can chew". Sesudah memberitahu satu dunia yang Umno akan rampas semula 23 kerusi, mungkin Tok Pa berfikir — bagaimana caranya? PAS dan para penyokongnya dan rakyat Kelantan bukannya lembu. Bagaimana meyakinkan mereka? Bolehkah rakyat Kelantan di sogok dan di rasuah dengan pemberian RM500? Mana mungkin mereka akan melupakan penganiayaan kerajaan Umno dan BN menafikan rakyat Kelantan hak keatas royalty minyak? Bayangkan apa dapat di manfaatkan jika pendapatan negeri bertambah 400-500 juta setahun diatas yang sedia ada? Kelantan akan membangun dengan pesat sebab negeri ini mempunyai asset yang termahal — rakyat yang kental semangat. Mengenai sifat keusahawanan mereka, tidak perlu di ceritakan. Ketika mengistiharkan bahawa mereka akan merampas 23 kerusi DUN di Kelantan, adakah Perhubungan Umno Kelantan yang di ketuai oleh Datuk Mustapha Mohamad meminta nasihat Tengku Razaleigh? Saya rasa tidak kerana kita juga membaca bahawa Tengku Razaleigh jarang di kehendaki hadhir di mesyuarat perhubungan. Jika saya memahami minda orang Umno, ketika mesyuarat itu di jalankan, jika Tengku Razaleigh tidak di jemput, lagi baik. Ini cara Umno menyelesaikan masaalahnya, mengenepikan sumber percanggahan pendapat. Umno simply can't manage difference of opinions kecuali dengan cara bermusuhan sampai mati. Datuk Mustapha atau Tok Pa adalah seorang teknokrat yang baik. Dia kuat berkerja. Saya juga yakin, Tok Pa orang yang baik. Namun dari segi personality, tiang lampu LLN atau TNB lagi banyak personality. As a politician, Tok Pa is colourless. Kita tak tahu dia marah atau gembira. Saya pernah bertanya dengan Tok Pa — adakah dia tahu bercakap loghat Kelantan? Jika kita dengar pertuturan Tok Pa, sukar kita mengagak dia berasal dari Kelantan. Muka dia bersehaja dan begitu sahaja. Jadi bila dia kata dia berkehendakkan nasihat Tengku Razaleigh, kita tak tahu maksud dia yang sebenar. Dia benar-benar hendak atau tidak? Adakah dia mengeluarkan kenyataan mahukan nasihat Ku Li untuk menutup kelalaian Umno Perhubungan Kelantan memastikan orang yang mempunyai pengaruh besar di Kelantan telah TIDAK di panggil untuk mesyuarat Perhubungan? Masaalah di Kelantan, setiap ketua bahagian Umno bersangkaan merekalah pemimpin besar sehinggalah tiba hari pilihanraya. Tapi cuba kita kaji keadaan negeri Kelantan dan jawab sama ada teriakan Tok Pa dan Umno Kelantan hanya omongan kosong. Saya baru sahaja balik dari Kelantan dan sempat meninjau keadaan di sana. Apa yang kita lihat? Kita lihat sebuah masyarakat yang vibrant dan segar. Kemajuan dan pembangunan berlaku secara organic. Organic ini maksudnya, datang secara majoriti nya dari usaha dan kudrat sendiri dengan galakan kerajaan yang minima. Kerajaan negeri Kelantan mungkin hanya berjaya mengadakan pendapatan negeri sebanyak RM400-450 juta setahun. Ini suatu jumlah yang sangat kecil. Bahkan jika di bandingkan dengan bajet sebuah university, university pun ada bajet 700-800 juta setahun. Bezanya ialah, rakyat Kelantan ada disposable income. Duit dalam tangan mereka sendiri. Pengajaran yang paling besar ialah, jika ada sesiapa yang terbaik untuk mengurus wang kita, maka sesiapa yang dimaksudkan itu ialah kita sendiri. Dengan wang boleh guna dalam tangan sendiri rakyat Kelantan telah memacu kemajuan dan pembanguan sendiri. Tapi ada penjaran politik yang ada disini. Dengan adanya otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mempunyai ruang pilihan yang lebih luas. Kepada saya ini suatu petanda besar bahawa rakyat Kelantan tidak memerlukan politik naungan sebuah pemerintah seperti Umno untuk membangun. Orang Kelantan telah lama belajar dan tahu bahawa kerajaan hanyalah suatu wadah yang melalui nya, mereka mencapai objektif kehidupan. Dengan otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mampu bersetia kepada pemerintahan yang di bina di atas nilai-nilai, diatas convictions dan diatas keyakinan. Kita yakin kepada perjuangan sebuah parti politik yang berjuang untuk suatu seruan. Dalam konteks ini, Umno itu berjuang untuk apa? Seruan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di ganti dengan perjuangan kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat yang di laungkan oleh Umno sebetulnya bermaksud kebajikan korporat besar. Tender di beri kepada mereka tanpa pembidaan terbuka atau melalui tender terhad. Tender terhad pun terdedah kepada pelbagai macam manipulasi dan putar belit. Kita mesti sedar mengenai resam Umno. Apabila terdesak dan tergugat, maka ketika itu sahajalah Umno bercakap mengenai perpaduan Melayu dan Islam serta kepentingan bangsa. Kita boleh menunjukkan suatu contoh yang amat mudah untuk mendedahkan hipokrasi Umno bila bercakap mengenai bangsa Melayu. Kalau sesebuah parti bercakap mengenai memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, pengucapan tersebut mestilah tidak bersyarat. Ertinya, kalau nak bantu Melayu, jangan mensyaratkan Melayu itu mesti Melayu Umno. Melayu DAP pun Melayu. Melayu dalam PAS tidak syak lagi, juga orang Melayu. Jadi bila Umno bercakap menggenai Melayu, itu suatu pembohongan besar. Untuk mengaku mereka mewakili orang Melayu pun, Umno sudah tidak mampu. Dalam tahun 2008, jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta. Calun-calun Umno hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu. Bererti 3.7 juta orang Melayu tidak menyokong Umno sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu. Kenapa terjadi demikian? Sebab bila Umno menyebut dia berjuang untuk orang Melayu, rakyat tahu itu suatu pembohongan dan penipuan. Umno hanya berjuang untuk kepentingan dan kebajikan syarikat besar dan Melayu yang terpilih. Kepada saya isiunya mudah — jika Umno benar-benar berjuang untuk orang Melayu megapa royalty minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu di nafikan? Sedangkan majoriti rakyat dalam dua negeri tersebut adalah orang Melayu. Jadi saya hendak ingatkan rakyat Kelantan dan Terennganu bahawa, ketika menerima BR1M sebanyak RM500( duit rakyat punya juga) jangan lupa kepada kezaliman dan penganiayaan yang di lakukan oleh Umno kepada rakyat Kelantan dan Terengganu. Jangan terima kepentingan jangka pendek yang bernilai RM 500 itu dengan kepentingan mendapatkan hak keatas royalty minyak. Harga masa depan anak cucu bukan RM500! Bolehkan kita percaya, sebuah kerajaan yang sudah pun memerteraikan perjanjian secara hitam putih, yang sekarang ini menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu? Kepercayaan, YAB Datuk Seri Presiden Umno, adalah sesuatu yang diusahakan, bukan di desak! Trust, Mr Umno President, is earned not demanded! — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). * This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. | ||||
JUMPA 26 FEBRUARI INI DI KUANTAN-SINGKIRKAN LYNAS Posted: 09 Feb 2012 03:30 AM PST | ||||
Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar Posted: 09 Feb 2012 03:24 AM PST SHAH ALAM 9 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang. "SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya. "Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri," "Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor. Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut "SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B. "Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya.
| ||||
Hasan Ali Perlu Buktikan DAP Mahukan Negara Republik Posted: 09 Feb 2012 03:22 AM PST
| ||||
SIAPA YANG BERSALAH? LELAKI PELANGGAN ATAU PEKERJA?LIHAT DARI MULA Posted: 09 Feb 2012 02:41 AM PST SIAPA PULA DAN DIMANA PULA PEKERJA INI NAK MENGADU?ADA KAH MEREKA JUGA TIDAK BERSALAH?DAN SEKIRANYA DI BELI ONLINE..ADAKAH ESOK SUDAH TIADA LAGI UNTUK DIBELI DAN DIMAKAN. KALAU DILIHAT KEPADA GAMBAR, PENGADU JUGA CUBA MENCABAR PEKERJA....LIHAT DARI MULA VIDEO DI ATAS. | ||||
Posted: 09 Feb 2012 02:17 AM PST Share
BERCANGGAH dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. | ||||
SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela Posted: 09 Feb 2012 01:09 AM PST
Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan. *Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal. | ||||
Khalid Samad Sedia Berdebat Dengan Hasan Ali Posted: 09 Feb 2012 01:07 AM PST SHAH ALAM 9 FEB : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedia mengadakan debat terbuka dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat , Datuk Hasan Ali sekiranya disiarkan secara langsung di media eletronik. Ia bertujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperjelaskan secara adil dan berfakta berhubung 'parasit" dalam PAS yang dicetuskan hasan sebelum ini. Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyifatkan bekas Exco Selangor itu sebagai 'musuh dalam selimut' ekoran beberapa kenyataan yang bercanggah dengan parti dan Pakatan Rakyat (Pakatan) sebelum dipecat. Katanya, keputusan pemecatannya dibuat sendiri oleh pimpinan tertinggi parti yang diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat khas tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak termasuk 'parasit' seperti yang di katakan Hasan. "Saya diberitahu bahawa walaupun majoriti ahli mesyuarat meminta dia pada asalnya tidak dipecat tetapi digantung keahlian dan semua jawatannya, tetapi pimpinan tertinggi telah memutuskan bahawa dia perlu dipecat. Maka setelah berbincang, kehendak pimpinan tertinggi itu diterima semua," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Datuk Hasan berhubung 9 sebab mengapa beliau tidak akan merayu pemecatannya. Jelas Khalid, ketika mesyuarat dibuat, beliau berada di Arab Saudi. Katanya, kenyataan Hasan yang mengatakan peranan parasit begitu menonjol merupakan satu penghinaan sekaligus tidak menghormati keputusan pemilihan yang dibuat ahli dalam Muktamar PAS 2011 dan kepimpinan yang diterajui Presiden PAS yang dilihat tunduk dengan desakan golongan tersebut. Tambah Khalid, sebelum ini Hasan berulang kali mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan walhal keputusan bersama Pakatan diputuskan dalam Muktamar dan pada ketika itu beliau sendiri tidak bersuara untuk mengatakan sebaliknya. Beliau turut mendedahkan terdapat pertemuan bersama Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)dan Datuk Seri Khir Toyo bagi membentuk kerajaan di Selangor yang membuka ruang supaya Datuk Hasan Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor namun usaha itu digagalkan. "Dalam tempoh sebelum dilantik Menteri Besar, telah diatur satu pertemuan dengan Tun Abdullah Badari dan Datuk Seri Khir Toyo sepatutunya dia (Hasan Ali) pergi tapi digantikan oleh saya atas arahan PAS Pusat. Dalam pertemuan itu Pak Lah telah sebut PAS ada 8 kerusi, PKR ada 15 kerusi (8 Melayu) dan 20 kerusi bukan Melayu(13 DAP). Awak ada minoriti Melayu, bagaimana ingin membentuk kerajaan. "Saya katakan, penyelesaiannya mudah. Umno ada 18 kerusi, 5 daripadanya dipinjamkan keapda PAS maka kita ada 21 kerusi Melayu dan masalah selesai. Dia (Pak Lah) kata tidak boleh. Dia mahu PAS lompat bersama dia (Umno), 20 kerusi yang ada pada BN dicampur menjadi 28 kerusi. PKR campur dengan DAP juga menjadi 28, maka bertemu dengan Sultan cepat-cepat dan lantik Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Kalau Umno tidak sanggup untuk memberikan 5 kerusi terbabit untuk menyelesaikan masalah majoriti atau minoriti itu. Maka habis di situ," katanya. Mengulas lanjut katanya, Hasan sebenarnya menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan pihak lain memandangkan beliau dengan dasar Melayu, Islam dan Raja selain latar belakangnya sebagai seorang pakar motivasi sebelum ini. Dalam konteks berkongsi kuasa katanya, semua pihak sepatutnya mendengar pandangan semua dan bukannya hanya bersandarkan keputusan sendiri semata-mata. Ujar beliau, Hasan sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor lebih awal memandangkan beliau mengakui mengahadapi kesukaran untuk mendaulatkan Islam dan bangsa Melayu dan bukannya selepas empat tahun mendapat manfaat dan kemudahan sebagai pemimpin negeri. Dalam pada itu, beliau turut mencabar Datuk Hasan supaya mendedahkan lokasi maksiat seperti dakwaan 'Shah Alam Kota Maksiat' dan bukannya 'cakap ikut sedap mulut'. "Gambaran sedemikian sebenarnya menempelak Datuk Bandar dan pihak lain seolah-olah hanya dia seorang yang melakukan tugas," katanya. Berhubung kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) di Shah Alam dengan Datuk Hasan Ali, katanya, segalanya terserah kepada parti memandangkan semua yang bertanding tidak mengetahui dan diberikan jaminan sama ada mereka akan kekal untuk bertanding. Katanya, beliau mendapat tawaran debat bersama Hasan melalui sebuah penganjur dan akan bersetuju dengan syarat ianya dilakukan secara 'Live'. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan