Khamis, 9 Februari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


From tourist attraction to ghost town in Libya

Posted: 09 Feb 2012 09:11 PM PST

DAP: 'Hak' melabur NFC bercanggah PAC

Posted: 09 Feb 2012 09:05 PM PST

Kenyataan pegawai kanan Kementerian Kewangan November lalu berhubung skandal syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercanggah dengan dakwaan ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan bahawa beliau mempunyai hak untuk "melabur" wang daripada dana pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan kata DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Sidang media khas seminar 3 dekad kebangkitan PAS Kelantan

Posted: 09 Feb 2012 09:04 PM PST

Deadly shelling continues in Homs

Posted: 09 Feb 2012 09:01 PM PST

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

Posted: 09 Feb 2012 08:55 PM PST

Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Kelantan tolak serah tanah felda kepada FGVH

Posted: 09 Feb 2012 08:54 PM PST

Surat Terbuka : Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran

Posted: 09 Feb 2012 07:43 PM PST


Oleh Dr Maszlee Malik

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Rafizi keberatan tapi 99.9 peratus yakin jadi calon

Posted: 09 Feb 2012 07:36 PM PST

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau keberatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, namun "99.9 peratus" yakin akan berbuat demikian.

Kini, tiada lagi syarikat yang akan mengambil beliau bekerja di Malaysia, setelah tiga tahun berkecimpung di dalam PKR, kata bekas pegawai kanan Petronas dan Pharmaniaga itu.

NONEKetua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu juga berkata, beliau sekarang  bukan hanya seorang pembuat dasar untuk negeri Pakatan Rakyat tetapi PKR sendiri menaruh harapan besar supaya beliau bertanding.

"Saya keberatan, jika anda tanya saya (sekiranya akan bertanding), tapi ia juga kesalahan kami kerana tidak bertanding pada 2008 apabila diminta.

"Sebab itulah kita ada banyak masalah pada 2008, jadi ada 99.99 peratus peluang untuk saya bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat bergantung kepada wartawan bagi berita tepat

Posted: 09 Feb 2012 07:15 PM PST

Meskipun kemunculan komunikasi digital seperti portal berita Internet dan media sosial, orang awam masih bergantung kepada wartawan untuk memperolehi berita yang tepat, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Latiff - Ceramah Anak Muda Tolak UMNO (Manek Urai)

Posted: 09 Feb 2012 07:01 PM PST

Khir Toyo - Siapa dia itu Faekah ?

Posted: 09 Feb 2012 05:12 PM PST

Khir Toyo : PAS sudah hilang maruah

Posted: 09 Feb 2012 05:10 PM PST

Greeks March; Angry Despite Debt Deal

Posted: 09 Feb 2012 08:53 AM PST

Fresh debate over US mission in Afghanistan

Posted: 09 Feb 2012 08:50 AM PST

Al Jazeera's Jonah Hull reports on Serbia freeze crisis

Posted: 09 Feb 2012 08:13 AM PST

Not Only Change Is Coming, But We Must Change

Posted: 09 Feb 2012 08:12 AM PST

CEUPACS Minta BNM Kekal Syarat Pinjaman Lama

Posted: 09 Feb 2012 08:09 AM PST

alt
BANK Negara Malaysia telah menperkenalkan Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab dimana kelayakan permohonan pinjaman perlu berdasarkan pendapatan bersih dijangka memberi kesan tidak langsung kepada penjawat awam.

Garis panduan berkenaan dijangka memberi kesan baik kepada penjawat awam untuk jangka masa panjang, namun dalam masa sama ia boleh memberi tekanan sekiranya ada di kalangan mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak Membaca Dan Tiada Maklumat Tepat - Dr Dzulkefly Ahmad

Posted: 09 Feb 2012 07:56 AM PST

alt

KUALA LUMPUR - Jelas sekali menunjukkan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh PAS,sehubungan dengan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti dari bercakap soal agenda Negara Berkebajikan PAS.
 
Dr Dzulkefly Ahmad selaku AJK PAS Pusat mendakwa,begitu jelas bahawa Najib tidak faham."samada tak membaca atau tidak diberikan maklumat yang betul  tentang hal tersebut"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lelaki dakwa dipukul 20 polis selepas hadiri Thaipusam

Posted: 09 Feb 2012 07:53 AM PST

Kira-kira 20 anggota polis didakwa menyerang seorang lelaki di Penang Road malam tadi, selepas dia menghadiri perayaan Thaipusam.

Mangsa, S Morale,  30, dari Perak, hadir di ibupejabat polis di Dickens Street hari ini, selepas perintah reman empat hari diperolehi terhadapnya, sehingga 12 Februari.Read More / Baca Lagi >>

Umno, NGO diajak sertai demo bantah Syria esok

Posted: 09 Feb 2012 07:51 AM PST


KUALA LUMPUR, 9 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh pemimpin dan ahli Umno serta NGO-NGO di bawahnya seperti Perkasa dan Pekida untuk turut serta bersama PAS serta NGO-NGO Islam yang lain dalam himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad yang telah menyiksa dan membunuh ribuan rakyat mereka pada hari Jumaat, 10 Februari di hadapan kedutaan Syria.


Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor berpandangan, isu kezaliman tentera Syria ke atas rakyatnya sendiri merupakan isu sejagat dan wajib atas umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan.
Read More / Baca Lagi >>

7 prinsip dalam Akta Perlindungan Data

Posted: 09 Feb 2012 07:49 AM PST

Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) yang diwartakan pada Jun 2010 mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi bagi menjaga keutuhan data peribadi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Beliau berkata, dengan berkuatkuasanya akta itu, satu jabatan baru di bawah kementerian telah diwujudkan iaitu Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data supaya tidak disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan cadang sambutan Hari Suami Isteri

Posted: 09 Feb 2012 07:44 AM PST


KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih, Hari Valentine yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


"Pada masa depan, kita bersetuju untuk menukar Hari Valentine kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah negeri Kelantan di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Valentine's Day - Mereka Untung Atas Kerosakan Kita!

Posted: 09 Feb 2012 07:43 AM PST

Oleh: al-bahanj

"Ramai sudah maklum bahawa Valentine's Day HARAM disambut oleh ummat ISLAM (rujuk artikel JAKIM). Ia bukan sahaja mempunyai kesan negatif tersebarnya aktiviti maksiat, malah ia jelas mempunyai elemen tasyabbuh kepada perbuatan orang-orang kafir dan juga mempunyai nilai-nilai agama bukan Islam.

Tetapi, kenapa Valentine's Day masih tidak dapat dibuang dari sebahagian rakyat Malaysia yang beragama ISLAM? Malah, di negara lain juga? Kenapa ia masih berlegar di dalam masyarakat muslim, walhal banyak sudah penerangan dan teguran telah dibuat?

Read More / Baca Lagi >>

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

Posted: 09 Feb 2012 07:42 AM PST

Oleh: mahasiswa_united

"Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerintahan siapa lebih Islamik: Ustaz Azizan atau Lim Guan Eng?

Posted: 09 Feb 2012 07:35 AM PST


Oleh DINSMAN 
Mahu tak mahu, suka tak suka, orang hari ini sedang membandingkan imej PAS dengan imej DAP. Memang, soal imej ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan tepat. Kadang-kadang memang tak tepat pun.
Ada orang mengambil keperibadian dan ketokohan Tok Guru Nik Aziz sebagai imej PAS. Maka terbinalah gambaran PAS itu sebagai sebuah agama yang bertoleransi, baik sesama manusia, lembut, tidak ganas dan sebagainya.


Ada pula orang yang melihat ketokohan dan keperibadian Ustaz Azizan Ab Razak, Menteri Besar Kedah itu sebagai lambang atau imej PAS. Maka lainlah pula gambaran yang terbina hasil daripada itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: