SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 19 Feb 2012 04:14 PM PST Program Ustaz Azhar Idrus meletup di mana-,mana. Orang Pas datang. Orang Umno datang. Anak muda rock pun datang. Maaf cakap, program Pas dan Anwar pun boleh kalah dibuatnya. Mengapa program Azhar Idrus meletup? Antara sebab utamanya ialah ada sessi soal jawab. Ada interakasi dua pihak- yang menyampai dan yang mendengar. Pendengar nak tanya apa yang tidak faham atau nak tanya subjek yang tidak disentuh oleh penyampai. Ini adalah konsep dan amalan komunikasi yang baik dalam berdakwah. Alangkah baik program politik pun buat begitu. Jangan buat satu hala. Seorang cakap setengah jam sudahlah. Kekadang tokoh kecil pun nak bercakap walaupun tokoh besar ada. Buang masa aja. Isinya akan berulang-ulang. Maka tak hairanlah para pendengar pekena sup gear box di ujung padang ceramah. Ha ha. Ya, kita cadangkan supaya diadakan sessi dailog atau soal jawab selama satu jam selepas ceramah politik disampaikan. Kita nak tengok sejauh mana kemampuan tokoh politik mengulas akan soalan yang ditanyakan oleh para pendengar. Setakat berair ayat al quran dan hadis belum cukup untuk mengupas persoalan politik negara. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan