Muslimeen United |
- [Dedah] Kapal Israel Di Pelabuhan Kelang Bukti UMNO Hipokrit Paling Nyata
- Najib Dah Jadi Macam Pengemis!
- Abdul Hadi juga sedia berdebat dengan Najib
- Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina
- Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar
[Dedah] Kapal Israel Di Pelabuhan Kelang Bukti UMNO Hipokrit Paling Nyata Posted: 20 Feb 2012 06:24 AM PST Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang. Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. "Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa. Menurutnya, saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk kebenaran belayar atau 'sailing clearance' dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia. Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang. "Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak," katanya. "Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?" katanya. -mk Doa kita supaya kebenaran itu terbuka akhirnya dimakbulkan Allah swt jua. Terdedah nyata kini bahawa Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel. UMNO menunjuk orang lain denagn satu jari tetapi tidak sedar empat jarinya menghala kepada diri sendiri. Dulang paku serpih - mengatakan orang sedangkan kamu sebenarnya yang lebih!. -GB |
Najib Dah Jadi Macam Pengemis! Posted: 20 Feb 2012 06:19 AM PST Beliau sering merayu, memberi logik mengikut kepentingannya, mengungkit jasa dan kadang-kadang melontarkan nada berupa ugutan. Beliau juga sanggup hadir ke pelbagai sambutan yang dianjurkan kaum Cina dan India, termasuk meraikan Thaipusam di Batu Caves, siap dengan berpakaian kurta kuning. Selain Itu beliau juga sering menghulurkan "bantuan segera" kepada komuniti Cina dan India, setiap kali ada kesempatan berbuat demikian. Untuk itu, sekolah Cina, NGO, pusat kebudayaan India dan sebagainya sering menerima "durian runtuh" daripada Najib. Kaum Cina dan India kini bagaikan "gadis pingitan" yang menjadi buruan serta igauan seorang jejaka kaya. Bukan saja kata-kata manis, pujuk rayu malahan bermacam-macam "hadiah" sanggup diberikan. Kadang-kadang apabila respon yang diharapkan tidak menjelma, taktik ugutan pula digunakan. Begitulah perumpamaan Najib dengan pengundi Cina dan India sekarang ini. Bagi Najib, pengundi bukan Melayu adalah umpama "gadis pingitan" yang mesti direbut cintanya meskipun si gadis mempunyai pilihan lain yang lebih "handsome" serta mampu menjanjikan kebahagiaan masa depan. Pelbagai cara dan taktik digunakan asalkan apa yang dihajatkan membuahkan hasil. Baru-baru ini Najib merayu lagi kepada kaum Cina agar terus memberi sokongan kepadanya dan BN untuk terus menerajui negara ini. Berucap di Persidangan "Cina Malaysia di Persimpangan" yang antara acaranya menyaksikan berlakunya debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Najib memberitahu, sokongan yang dimahukannya agar BN terus berkuasa dan dirinya kekal sebagai Perdana Menteri bukanlah untuk dirinya tetapi untuk membawa negara menjadi lebih maju lagi. Rayuanya kali ini amat jelas memperlihatkan beliau begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan kaum Cina. Najib seperti dapat merasakan dengan sokongan kaum Cina yang masih hambar kepada BN sekarang dan "cinta yang ditabur masih belum berbalas", kedudukannya di puncak kuasa kini umpama telur di hujung tanduk. Dua minggu sebelum itu di sambutan Thaipusam di Batu Caves di mana Najib hadir dengan berpakaian kurta kuning, beliau turut melaungkan nada yang hampir serupa. Beliau mahu kaum India mempercayainya dalam membantu meningkatkan taraf kehiduan mereka. Sambil menghulurkan sumbangan RM2 juta untuk pusat kebudayaan kaum India di Batu Caves itu, Najib kemudiannya meminta supaya apa yang dilakukannya itu dibalas dengan sokongan yang mampu memenangkan BN dalam pilihanraya umum nanti. Dengan nada yang sedikit mengugut, beliau berkata, "awak tolong saya, saya akan tolong awak balik." Di rumah terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan dan rumah terbuka anjuran Gerakan, dua minggu sebelumnya, Najib juga melontarkan nada yang sama kepada kaum Cina. Beliau berkata, kerajaan pimpinannya akan melakukan apa saja cara untuk memikat hati kaum Cina agar mereka terus meyokong BN. Sambil mengimbas lipatan sejarah masa lalu yang memperlihatkan sokongan kaum Cina agak membanggakan kepada BN melalui MCA, Gerakan dan pelbagai parti lainnya, Najib juga berkeyakinan bahawa kaum Cina akan kekal sebagai pengundi yang setia kepada BN. Sebenarnya tindakan Najib merayu, memujuk dan melontarkan nada berupa ugutan kepada pengundi bukan Melayu untuk memastikan BN kekal berkuasa bukanlah perkara baru. Dalam pilihanraya kecil Sibu pada 2010, Najib pertama kali melaungkan amaran serta ugutan kepada kaum Cina agar terus menyokong BN dengan mengungkapkan kata-kata "you help me, i help you". Kata-kata itu jika diteliti dengan mendalam bermaksud bahawa bantuan dan pertolongan kepada kaum Cina dan India hanya akan diberikan setelah sokongan dan undi diberikan terlebih dahulu. Ini bukan saja berupa ugutan tetapi juga menggambarkan ketidakikhlasan Najib dalam perjuangannya selama ini. Jika seorang jejaka, setelah gagal memujuk dan merayu, kemudian mengugut untuk mengambil semula segala hadiah pemberiannya kepada gadis pingitan yang cuba dipikatnya apabila mendapati cintanya tidak berbalas, ia bukanlah seorang jejaka budiman sebenarnya. Dengan beberapa rentetan peristiwa itu dan mungkin banyak lagi yang diucapkan Najib kepada kaum Cina dan India secara tertutup dan tidak kita ketahui, jelas memperlihatkan beliau amat terdesak. Dari menceritakan kebaikan dan jasa BN, merayu, memberikan wang, mengugut, cuba meniru cara berpakaian dan hadir di acara agama mereka, kemudian merayu dan merintih lagi, semuanya sudah dilakukan Najib tetapi nampaknya "gadis pingitan" yang diharap-harapkan masih juga belum membalas cinta yang diluahkan. Dengan pilihanraya yang semakin hampir, percayalah Najib akan terus merayu dan meminta-minta sokongan kaum bukan Melayu untuk memastikan dirinya kekal sebagai Perdana Menteri dan lagakya tidak ubah umpama seorang "pengemis cinta" yang begitu mengharap dan tergila-gilakan seorang "gadis pingitan". Selagi undi dan sokongan yang diharap-harapkan tidak menjelma, Najib akan terus menjadi "pengemis" kepada mereka. Dalam masa yang sama, tidak pernah pula Najib begitu mengemis kepada orang-orang Melayu supaya terus menyokongnya walaupun golongan Melayu yang tidak menyokongnya makin bertambah hari demi hari. Apakah Najib tidak begitu mempercayai dan mengharapkan sokongan orang-orang Melayu lagi atau pun beliau merasakan sudah memadai orang-orang Melayu ini dibelai dengan bantuan RM500 melalui BR1M, RM100 bantuan untuk murid sekolah, RM200 untuk pelajar universiti serta pemberian saham dan keuntungan kepada peneroka Felda sebaik Felda Global Ventute di senaraikan di Bursa Malaysia nanti. Atau mungkin ditambah lagi dengan pemberian sedikit duit kopi, kain batik dan kain pelikat semasa hari pengundian nanti. Dan kenapakah Najib tidak merayu, merintih serta berdoa kepada Tuhan agar kerajaan yang dipimpinnya sekarang terus diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan akhirnya beroleh kejayaan serta dalam masa yang sama berusaha menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang ikhlas, telus dan amanah dalam memperjuang dan membela kehidupan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Akhirnya tindakan Najib yang berterus-terus menjadi "pengemis" kepada undi dan sokongan bukan Melayu ini hanya meletakkan dirinya semakin hilang kredibiliti sebagai pemimpin dan peneraju. Tidak pernah mana-mana pemimpin Melayu merayu, merintih dan "mengemis" sebagaimana Najib ini. Sokongan biasanya akan muncul apabila ada keikhlasan, amanah, telus dan ciri-ciri kebaikan yang ditampilkan oleh sesebuah kerajaan atau kepimpinan itu dan ini tidak pula begitu dititik-beratkan oleh Najib. Beliau hanya tahu merayu dan "mengemis". Najib juga tidak seharusnya lupa untuk sentiasa bersikap budiman walaupun kadang-kadang "cintanya tidak berbalas". Sebelum Najib mengemis dan terus mengemis lagi, elok rasanya Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membisikkan slogan perjuangan Perkasa kepada kedua-dua belah telinga Najib, "Biar mati berdiri, asal jangan hidup melutut". (SH 20/02/2012). |
Abdul Hadi juga sedia berdebat dengan Najib Posted: 20 Feb 2012 06:18 AM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar. Dalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini. "Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz. "Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah." Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat. Pada masa itu, katanya, Profesor Diraja Ungku Aziz, juga telah dilantik bagi mempengerusikan perdebatan yang bertajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?", tetapi debat itu dibatalkan pada saat-saat terakhir. "Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin (kanan) untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya. Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno. -M'kini |
Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina Posted: 19 Feb 2012 05:05 PM PST Kuala Lumpur : Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini. Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk. Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS. Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar. Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam. Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang. Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu. Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia. "Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya. Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat. Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat. Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat. "Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian, audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini. Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini. "Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum. "Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau. -HD |
Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar Posted: 19 Feb 2012 05:03 PM PST Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'."Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu. Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. -KD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan