shalehudin |
- Pakat2 jadi gila babi habih...
- Keislaman Mahathir Sudah Terbatal-Ust Azhar Idrus
- Takkan semua nak boh ataih kepala Anwar kot...
- PAS Kedah ada masaalah sungguh rupanya...
- Amboii, bersopannya Guan Eng depan Polis... haha...
- AWASI senjata baru bangsa UMNO...
- Aku sokong mufti Perlis nih...
- Kesian la kat hang Hassan Ali oiii... kahkahkah...
- PANAS: Ustaz Azhar Idrus didakwa bagi orang keliru...
- Mangkuk mana yang Azizan dakwa sebagai diperguna nih...
- 3 jam dengaq ceramah Umno baru dapat RM500
- TAHNIAH: Mawi dapat anak pompuan...
Pakat2 jadi gila babi habih... Posted: 29 Feb 2012 10:00 AM PST Ringkas dan padat... Memang gila babi habih la mengkalu ada lagi sesapa yang tak mau nak paham2 betapa wajibnya Hudud dilaksanakan sebagai undang2 unggul menggantikan undang2 lemah ciptaan manusia... |
Keislaman Mahathir Sudah Terbatal-Ust Azhar Idrus Posted: 29 Feb 2012 08:35 AM PST Oleh: siasahkini Di atas adalah rakaman kenyataan yang dilontar oleh Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah. Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek.. |
Takkan semua nak boh ataih kepala Anwar kot... Posted: 29 Feb 2012 07:40 AM PST Krisis Politik Kedah: Anwar Tidak Terlibat Dimana-mana SUDAH sah memang kabinet negeri Kedah menghadapi masalah. Walaupun tidak setepat jangkaan penulis (4 kosongkan pejabat, 1 letak jawatan), tapi 2 yang enggan dilantik semula ini sudah membuktikan dengan sendirinya perantakan itu memang berlaku. Sekaligus, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menafikan perkara ini sejak krisis mula dicium media, adalah tidak benar sama sekali. Penulis tidak mahu menyimpulkannya dalam bentuk negatif, tapi bukankah penafian itu bererti Azizan menipu rakyat? Begitu juga dengan 2 Exco yang terlibat (Datuk Phahrolrazi dan Datuk Dr. Ismail Salleh), masing-masing menafikan pada mulanya ada berlaku krisis tapi dengan sempurnanya majlis angkat sumpah semalam, semua sudah jelas – pergeseran itu memang berlaku. Kenyataan masing-masing Azizan dan 2 Exco terbabit boleh dirujuk disini. Tujuan penulis membangkitkan hal ini ialah untuk membuktikan bahawa dalam soal krisis politik di Kedah ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat mana-mana. Kesemua 5 Exco yang disebut-sebut pada awalnya berantakan dengan Azizan dan 2 yang menolak perlantikan semula diakhirnya, adalah terdiri Exco dari parti PAS sendiri. Jika 3 Exco dari PKR yang memberontak, itu mungkin boleh dikatakan Anwar terlibat, tapi jelasnya sekarang semua mereka adalah Exco dari PAS!! Oleh itu, tidak usahlah Azizan cuba menyembunyikan kelemahan sendiri dengan mengaitkan Anwar di dalam hal ini. Belajarlah menerima kelemahan sendiri, itu adalah lebih baik. Yang nyata, permainan politik Azizan begitu jelas, walaupun katanya bersedia menerima 2 anggota Exco yang enggan dilantik semula, tapi jelasnya tidak ada lagi portfolio yang tinggal untuk diserahkan kepada mereka. Kesemuanya sudah dibahagi-bahagikan antara Datuk Ir. Amirudin Hamzah, Datuk Dr. Hamdan Mohamad Khalib dan Abdul Ghani Ahmad. Ini semua merumuskan bahawa kelemahan dalam cara mentadbir itu memang wujud di Kedah, sebab itu PAS pusat terpaksa masuk campur walaupun Azizan dikhabarkan pada awalnya sebagai berkata "berhak melantik Exco tanpa perlu merujuk kepada Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang", rujuk disini. Apa pun penulis meminta semua pihak akur kepada arahan pucuk kepimpinan parti PAS yang mahu semua ahli Exco kerajaan negeri sedia ada dikekalkan dalam jawatan masing-masing. Tidak usahlah memanjangkan lagi hal ini kerana ia hanya memberi gambaran yang tidak baik. Lagipun penulis dimaklumkan oleh sumber dalaman parti PAS bahawa Azizan tidak akan dilantik semula Menteri Besar jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Kedah dalam pilihanraya akan datang – yang mana adalah juga antara syarat-syarat yang ditetapkan Phahrolrazi untuk menerima kembali jawatan Exco Kedah.- SPR |
PAS Kedah ada masaalah sungguh rupanya... Posted: 29 Feb 2012 05:30 AM PST PAS Kedah: versi org bawah Malam tadi, pertama kali rasanya dalam sejarah PAS cawangan kami di sebuah penjuru kecik di negeri Kedah ini, kehadiran untuk mesyuarat agong menjangkau lebih 40 orang, sedangkan di tahun-tahun yang lepas boleh bilang dengan jari saja. Bila wakil dari kawasan mula berucap bagi ucapan perasmian, semua yang hadir khusyuk bagi sepenuh tumpuan – sebab utamanya, nak dengar cerita terbaru apa yang dinamakan sebagai krisis kepimpinan PAS Kedah ini. Malangnya, semuanya jadi anti-klimak bila mana Ustaz yang diutuskan utk mai rasmi cawangan kecik kami ini memilih untuk tidak menyentuh secara terbuka isu ini; sebaliknya beliau memilih untuk melontarkan persoalan kat kami bukannya kami yang tanya soalan kat dia. Kata Ustaz: "Isu kepimpinan di atas sana, biarlah kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak pimpinan untuk selesaikannya, kita yang kat bawah ini cuba tanya diri kita masing-masing, kalau sungguh kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti ini, sayangkan kemenangan yang dianugerahkan Allah SWT hasil usaha penat lelah doa air mata dan keringat kita semua ini, berapa orangkah antara kita yang ada di sini ini, yang sudah pun bangun malam, solat sorang2 tengah malam, tadah tangan kat Tuhan minta Tuhan tolonglah selesaikan secepat mungkin kemelut yang sedang melanda kita ini. Ada kita buat macam tu?" Tanpa diundang, terlintas di kotak pemikiran saya, alangkah baguihnya kalau MB, Ustaz Azizan dan barisan-barisan EXCOnya ada sekali bersimpuh atas lantai bersama-sama kami malam ini. Kalau depa ada sekali, saya nak angkat tangan tanya direct kat depa: "YB MB dan Exco-Exco sekelian, tuan-tuan ada ka buat apa yang sahibul samahah Ustaz tanya tadi?" Malangnya kami hanyalah soldadu-soldadu kecil yang hanya jadi tukang pelekat poster dan tukang bancuh air di musim-musim p.raya; hanyalah mimpi kalau nak tengok MB dan EXCO2 nya turun mai jenguk kami kat bawah-bawah ini. Kalau depa ada baca blog ini, ketahuilah rata-rata soldadu kat bawah ini kesal yang teramat dengan apa yang sedang berlaku ini; kami cuma berharap ianya hanyalah seperti kemuncup di tengah padang, cuma gatal-gatal buat sementara dan tidak menjadi kurap buat jangka masa panjang. Habis mesyuarat, kawan-kawan mai berhimpun keliling saya; isu hangat MB dan EXCO2 nya belum reda lagi. Depa insist minta saya cerita versi saya pula; inilah masalahnya bila wakil kawasan tak mau bagi penerangan terperinci, membiarkan ahli-ahli dan penyokong kat bawah ini mendapat berita palsu dari suratkhabar dan media arus perdana. Bila depa tanya saya, saya kata memanglah Ustaz Azizan tu cengei (garang nak mampuih), seantero Kedah dah tau cerita tu, tapi kalau saya jadi dia pun saya akan jadi garang jugak, kalau tak garang dah lama dah Kedah jadi Perak. Saya kata, yang pentingnya kita kena tengok pencapaian Kedah sejak Ustaz Azizan memerintah ini; ok ka tak ok. Depa kata, tadi masa mesyuarat tadi waktu usul berbangkit dan bab usul, banyak ditimbulkan tentang ketidakpuasan hati bab Majlis Bandaran, bab jalan-jalan berlopak, longkang tersumbat dan sebagainya. Ha, yang itu kita kena tengoklah pula EXCO mana yang jaga. Hari tu saya dengan memba-memba dari Penang nak pi Pondok Bandar Hilir di SIK, Kedah lalu ikut Padang Serai- Kuala Ketil. Nak cepat, saya ambik short-cut ikut Bukit Selambau terus ke Tembak menghala ke Parit Panjang. Masyaallah nak habag kat hangpa, malu sungguh saya kat kawan-kawan saya dari Penang nu, gedebum gedebam kereta dia langgar lopak. Siapa dia EXCO in-charge bab-bab jalan ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah. Macam itu jugak dengan isu 3L di kawasan-kawasan pekan, sorang sahabat saya berbangsa Cina tauke kedai gambaq sibuk nak jadi Ahli Majlis PKR, sebab utamanya kata dia kjaan Negeri ini gagal menangani isu 3L yg jadi isu utama org2 Cina kat pekan-pekan. (3L – Longkang, Lampu Jln, Lubang/Lopak kat Jln). Dia nak jadi Ahli Majlis supaya dia boleh perjuangkan isu 3L ini. Siapa dia EXCO yang in-charge bab 3L ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah. Ringkas ceritanya, kalau semua orang buat kerja, MB buat kerja EXCO buat kerja, sibuk bekerja, tak ada masa lah untuk berpolitik, nak merajuk nak bawa diri tak puas hati ini tak puas hati itu, maka tak adalah timbul isu krisis kepimpinan ini. Sebetulnya, UMNO lama dah dok cari point buruk nak jatuhkan kjaan Negeri Kedah, tapi semuanya tak menjadi. Bukan dia tak mau jadi, tapi sememangnya Negeri Kedah ini dah improve banyak sejak PAS memerintah hari itu. Ini saja nak cerita, baru-baru ini tugasan kerja membawa saya pi interview sorang Professional seorang pakar dalam bidang yg dia ceburi, anak jati Kedah berketurunan Cina, seorang scorer masa kat sekolah dulu, sebab SPM/STPM dia baguih sangat, dia dapat offer dari kjaan Singapura pi sambung belajar di Univ Nanyang, Spore. Habis belajar, dia dapat offer kerja di Singapore dengan gaji yang lumayan. Lama juga dia bekerja di Singapore, sekarang terbuka hati nak balik Kedah. Hish, kalaulah Kedah teruk sangat di bawah pemerintahan Ustaz Azizan ini, saya rasa orang Professional macam beliau ini tak akan memilih untuk kembali ke Kedah. Itu saya tak habag lagi resume2 bertaraf PhD yg masuk ke inbox saya dari Professional-Professional dari India, Filipina, Singapore dan mana lagi tu; berebut-rebut depa nak mai kerja di Kedah khususnya di kawasan Industri Kulim Hi-Tech, tempat saya cari makan sejak 15 tahun yang lalu ini. Bercakap pasal Kulim Hi-Tech, kalau hangpa nak tau, sejak PAS ambik alih Kedah pada tahun 2008, KHTP telah berjaya membawa masuk pelaburan baru sejumlah 10.3 Billion Ringgit (RM10,300,000,000) – satu jumlah yang bukan sedikit. Dalam 20,000 orang yang bekerja di KHTP, mungkin ada adik beradik tuan/puan yang bekerja di sini. Bulan Mac2012 ini pula, satu lagi kompeni (PANASONIC) nak naik di KHTP dengan pelaburan RM1.84 billion. Dengar kata akan tambah jadi RM4.5 billion bila siap sampai fasa 3 nanti. Ringkas ceritanya, KHTP di bawah kerajaan Negeri Kedah begitu pesat berkembang, kawasan yang dok ada la ni (4000 ekar) dijangka akan bertambah lebih 2 kali ganda (10,000 ekar). Tak lama lagi, stesen Petronas kat Sungai Seluang tepi BKE hi-way itu silap-silap akan masuk dalam area KHTP, dan pokok getah dan kelapa sawit sepanjang BKE menghala ke Padang Meha itu silap-silap dah tak wujud lagi. Semua ini akan menunggu anak-anak kita yang sedang berada di Univ dan IPT untuk ramai-ramai mai kerja di sini, di negeri Kedah negeri Hijau Kunin kesayangan kami ini. Opss, cek lah pula siapa dia EXCO yang jaga KHTP ini. Point nak habagnya – kalau semua EXCO sesibuk EXCO yang jaga KHTP ini, tak merajuk bila Ustaz Azizan dengan cengei dan garangnya mengenepikan pandangan dia waktu SADA menjadi mangsa politik dalam isu menyekat air ke kawasan industri KHTP hari tu – malu dan tebal muka tak kira dia bila kami kami yang menyokong PAS ni dok pi SMS dia minta bantuan tapi dia tak boleh buat apa sebab itu keputusan MB – kalau semua orang sesibuk YB Amirudin, rasa tak timbul kot isu panas di peringkat pimpinan Negeri ini. Semua di atas tadi pendapat saya aja lah – mungkin ada isu lain yang lebih besar yang melibatkan kelaku peribadi MB sendiri yg payah nak dengar pendapat/saranan orang, termasuklah saranan politik jangka panjang dari PAS Pusat – hat tu, saya tak mau kata apa. Saya cuma boleh kata, MB pernah bermadah, kalau org PAS nak expect PAS Kedah jadi mcm PAS Kelantan, awal-awal lagi MB habag, PAS Kedah tak sama dengan PAS Kelantan. Yang ini saya setuju 100%, PAS Kelantan ada TGNA. Tuan Guru tak hisap rokok, tapi di Kedah kita tak ada seorang pemimpin sewibawa TGNA ini, maka sebab itulah PAS Kedah ini jadi macam dok ada lanie.. Kot mana pun, mai pilihanraya nanti jangan hangpa dok pi tukaq undi UMNO pula, nanti tanah kat KHTP yang harga RM23 satu kaki persegi itu depa nanti mark-up berpuluh-puluh kali ganda, silap-silap hat seluas kandang lembu itu pun boleh pi mencecah RM250 JUTA. Teruslah undi dan sokong PAS, insyaallah selepas ini kita akan dapat MB dan barisan EXCO baru yang lebih baik dan lebih hebat drpd yang dok ada. Tak apa haih, ini semua kemuncup dalam perjuangan ja...gatal sekejap ja, lepas ni insyaallah akan pulih seperti sedia kala, insyaallah. |
Amboii, bersopannya Guan Eng depan Polis... haha... Posted: 29 Feb 2012 03:39 AM PST Lim: Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. "... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. "Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya." Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang. Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang. Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang. "Melihat keganasan oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA, walaupun hampir dua hari berlalu, saya masih rasa terancam," kata Lim. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP merangkap ADUN Teratai Jenice Lee mengutuk tindakan ahli Umno yang didakwa mengunakkan keganasan terhadap Lim. Katanya, pada acara 26 Februari lalu, semasa ketua menteri itu menyampaikan ucapan, sekumpulan ahli Umno menganggu acara itu dengan membuat bising menjerit secara berterusan "Satu Malaysia" dan "Hidup Najib". "Saya juga berasa amat kecewa terhadap pihak polis Pulau Pinang. Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim dan pemberita diserang oleh ahli Umno tetapi polis berdiam sahaja. I "Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip 'double standard', satu untuk ahli Umno dan satu untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat," kata Lee. Justeru, beliau mahu Ketua Polis di Pulau Pinang memohon maaf kepada semua rakyat kerana gagal melindungi Lim dan menjaga keselamatan orang ramai. |
AWASI senjata baru bangsa UMNO... Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST Umno Arah Soldadu Upahan Perhebat Serangan Kerana untuk bertindak sendiri sudah tidak berdaya dan membawa apa-apa kesan, Umno dikatakan telah mempertingkatkan mengupah soldadu upahan untuk menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat dengan apa cara sekali pun. Pengupahan ini terpaksa dilakukan kerana rakyat sudah tidak mempercayai kepada apa juga penerangan dan penjelasan dari pihak Umno dan oleh para pemimpin mereka. Semakin kerap pemimpin Umno bercakap ia menjadi tambah buruk. Dosa yang terpalut di leher mereka menjadikan rakyat tidak menyakini apa yang mereka lakukan. Ada tiga entiti atau puak yang menjadi soldadu upahan Umno. Pertama, ialah dari beberapa orang yang menubuhkan Ngo kemudian bersatu tenaga. Mereka ini menggunakan slogan Melayu dan Islam. Kedua, dari kalangan mereka yang kecewa ataupun gagal melonjakkan diri dalam parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat hari ini. Manakala unit ketiga dari kalangan cerdik pandai terdiri daripada peguam, pensyarah, artis dan juga veteran politik yang mencari seringgit dua untuk pelihara anak dan isteri. Unit pertama kebanyakan mereka asalnya Umno tetapi dipecat oleh parti dengan pelbagai kesalahan. Merka cuba menjual muka kepada parti-parti Pakatan tetapi tidak laku kerana maruah dan moral mereka tercemar. Mereka juga dikenal pasti sebagai 'pengandar tahi' dalam parti. Unit atau puak kedua ialah mereka yang selama ini bergabung dengan parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka disingkir disebabkan tidak sehaluan dan berpuas hati dengan aspirasi parti. Mereka ini kebanyakan pernah menyertai Umno dan masih menerusi budaya Umno dalam parti baru. Pertentangan pembawaan dan stail merka menjadikan mereka tidak betah untuk bersama dalam politik baru Pkatan Rakyat. Ada setengahnya berkedudukan penting termasuk menjadi wakil rakyat. Kelemahan diri mereka sendiri tidak dapat membawa diri dalam parti akhirnya mereka menyisih diri menjadikan diri sebagai kera sumbang. Manakala yang ketiga pula golongan intelektual pencen yang tidak cukup wang. Mereka terpaksa memilih kerjaya baru sebagai soldadu upahan. Mereka sedia melacurkan ilmu dan kajian mereka untuk mengelirukan rakyat bagi menunjukkan Umno masih relevan Tiga puak atau unit soldadu upahan ini telah dikerah oleh Umno mempertingkatkan usaha provokasi mereka, menyerang peribadi dan membuat kacau pada majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat. Di bawah mereka ada unit-unit kecil yang memainkan peranan masing-masing. Difahamkan satu mesyuarat dan perbincangan dengan ketiga-tiga unit ini diadakan untuk menerima arahan dari masa ke semasa. Mereka juga dijanjikan jaminan dan pembelaan sekiranya menghadapi apa-apa implikasi undang-undang. Ketiga unit yang menjadi soldadu umpahan ini tidak termasuk dengan unit perang saraf Umno yang terdiri dari bloger dan cybertrooper yang menerima upahan dari Umno yang bermukim di sebuah bangunan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu. Kesemua mereka katanya telah diperuntukan kewangan yang tidak ada hadnya. |
Aku sokong mufti Perlis nih... Posted: 28 Feb 2012 10:00 PM PST Mufti Perlis: The Star patut digantung KUALA LUMPUR, 28 Feb — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya(gambar) telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam. "Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama," tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. "Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu. "Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai. "Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain," katanya lagi. Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak. Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya. |
Kesian la kat hang Hassan Ali oiii... kahkahkah... Posted: 28 Feb 2012 08:00 PM PST Kalau Bas Tak Angkut, Ceramah Hassan Ali Lengang Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi tentang Dr Hassan Ali, tetapi kerana ceramahnya di Cukai, Kemaman, maka saya tulis artikel ini. Banner besar mengenai ceramah Dr Hasan Ali memenuhi seluruh Kemaman. Siang di Stadium negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan malamnya di Padang bandar Chukai, Kemaman. Malam ceramah itu sebenarnya ada 2 ceramah. Ceramah Adam Adli anjuran MTD Cukai di Kampung Dusun Nyior dan ceramah Hassan Ali di Padang Astaka Chukai. Usai merasmikan mesyuarat agung sebuah cawangan malam itu, saya meronda sekitar tempat ceramah. Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato' Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato' Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Tema ceramah Himpunan Sejuta Umat mengajak umat menjaga aqidah. Siapa sebenarnya penganjur ceramah? NGO atau Umno Kemaman? Umno cakna kepada aqidah? Jauh panggang dari api. Dr Hassan Ali mungkin teruja dengan sambutan. Rupanya selepas tidak menjadi ahli PAS, sambutan masih banyak. Cuma yang banyak itu dari siapa ya? Kalau nak uji pengaruh, boleh uji di kawasan DUN yang Dr menjadi wakil rakyatnya. Letak jawatan dan bertanding di atas tiket JATI atau BN. Dr Hassan Ali sebut bahawa pemecatannya kerana Islam, perjuangkan Islam. Lantas beliau memberikan justifikasinya. Saya tak fikir Presiden PAS memecat Dr Hassan Ali kerana Islam atau perjuangkan Islam. Di sana ada pelbagai isu lain yang berlaku. Mungkin Dr Hassan Ali mahu menuding jari kepada beberapa orang sahaja di dalam PAS tetapi apabila ceramah dan roadshow yang dibuat, maka ia menjadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, atau beruang menampar lalat di pipi tuannya. Dasar perjuangan PAS tidak lari hanya dengan sebab ada beberapa orang yang kurang disenangi tadi kerana PAS tetap dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Kita juga punya Dewan Ulama yang tidak akan mendiamkan diri jika perjuangan PAS dibawa secara salah. Apatah lagi MursyidulAm dan Presiden PAS sendiri ialah ulama haraki yang berpengalaman. Di atas kapasiti seorang pakar motivasi, mungkin ucapan Dr Hassan Ali ada yang mengiakan seLURRUH ucapannya. Mungkin ada sedikit kebenarannya, dan banyak juga yang perlu dijelaskan kembali. Mungkin juga ada orang atas yang terpengaruh lalu tidak lagi mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi banyak roadshow yang dibuat lagi banyak ucapan dibuat. Lagi banyak ucapan lagi banyak kekeliruannya. Peluang untuk kembali kepada PAS belum berakhir. Presiden PAS pernah mengimbau seorang tokoh dalam PAS yang aktif menulis dan aktif juga mengkritik secara berlebihan. Beliau akhirnya kembali kepada PAS di hujung umur. Bagi Dr Hasan Ali, sekarang suara masih kuat dan lantang. Adakah Dr akan kembali kepada PAS di hujung umur juga atau bagaimana? |
PANAS: Ustaz Azhar Idrus didakwa bagi orang keliru... Posted: 28 Feb 2012 06:00 PM PST Ustaz Azhar Idrus mengelirukan? Oleh: Abdullah Ngah Tulisan saya ini tidak punya niat untuk memperlekeh dan mempertikaikan ilmu agama sesiapa, hatta Ustaz Azhar Idrus yang masih mendapat sambutan menggalakkan itu. Ia sekadar ingat mengingat dan nasihat manasihati agar segala penyampaian ilmu agama tidak mengelirukan umat Islam. Jika penyampaian yang keluar dari mulut ustaz ustaz Umno tidak mengapa, kerana mereka memang mengikut kemahuan kerajaan yang memerintah sehingga membuat umat Islam haru biru. Tetapi ustaz Azhar Idrus mengajar diatas pentas PAS yang jauh berbeza dengan kaedah yang disampaikan oleh ustaz ustaz Umno. Jika ustaz Azhar Idus mengajar atas pentas umno mungkin tak mengapa, walaupun mengelirukan kerana sememangnya itulah kemahuan kerajaan yang memerintah. Keanya satu soalan yang ditanya oleh peminat Ustaz Idrus yang berbunyi: Apakah hukum orang ( mereka) yang menikah di golok (Thailand)? Jawapan yang diberi pendek saja dan berbunyi: "Tak sah" saya percaya jawapan ini mengelirukan ,kerana dari segi syarak ada pengantin lelaki dan ada pengantin perempuan, ada saksi, ada wali, ada mas kahwin nikah di golok itu sah. Cuma tak sah dari segi kerajaan, kerana tidak berdaftar. Jikalau ustaz Azhar Idrus jawap dengan jawapan tak sah dari kerajaan jelas tak mengelirukan. Tapi dijawab dengan jawapan tak sah tanpa sebarang penjelasan, sedangkan tak sah nikah digolok itu kerana tak berdaftar dengan kerajaan bukan dari segi hukum syarak. Kalau nikah digolak tak sah, maka semua pasangan yang lama dan belum berdaftar dengan pihak jabatan agama islam berkeluarga haram, malahan mereka berzina sepanjang perkongsian hidup. lamanya, kerana nikahnya tak sah. Anak yang lahir juga adalah haram (zina), kerana lahir tanpa nikah yang sah.Persoalan yang timbul, siapakah ustaz Azhar yang mengajar diatas pentas sejak sekian lama itu. Suatu masa dahulu saya pernah mempertikai Profesor Abdul Aziz Bari berdasar beberapa kenyataan yang dibuat mengenai hala tuju PAS sangat bercanggah dengan dasar yang diperjuangkan PAS. Alhamdulillah sekarang ini ramai sudah tahu dan faham siapa sebenar Profesor Abdul Aziz Bari.Namun begitu siapakah sebenarnya ustaz Azhar Idrus kerana cara penyampaannya ada persama dengan ustaz ustaz umno yang sangat mengelirukan sehingga antara pasangan terpaksa dipisahkan. Dan paling malang sekali perempuan yang dikatakan tak sah itu bernikah dengan lelaki lain juga dikatakan tak sah pula oleh pihak jabatan agama islam Terengganu suatu ketika dulu. Mungkin mereka masih isteri orang yang masih belum habis idahnya.Sebab itu nikahnya tak sah pasangan tersebut diperintah oleh mahkamah syariah negari tinggal berasingan.kes kecuh seketika kerana mengelirukan. |
Mangkuk mana yang Azizan dakwa sebagai diperguna nih... Posted: 28 Feb 2012 04:00 PM PST Azizan dakwa pemimpin PAS diperguna pihak dalam pembangkang ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengecam pihak dalam pembangkang yang cuba menyingkirnya daripada jawatan itu dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS. Beliau berkata, pendirian dua EXCO, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang tidak mahu dipilih semula tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksa beliau turun daripada kerusinya. Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang. Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya. - BeritaHarian |
3 jam dengaq ceramah Umno baru dapat RM500 Posted: 28 Feb 2012 02:00 PM PST TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia. "Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat. "Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdulllah. Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500. Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri. "Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini," katanya. Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat. "Sedangkan wang bantuan tersebut milik kerajaan dan bukannya hak Umno," katanya pada ceramah isu semasa di Wakaf Baru malam tadi. Hadir sama Adun Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi, anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah dan Ketua Cabang PKR Tumpat, Che Awang Che Mat. Beliau juga berkata, perjuangan PAS dan Umno berbeza jauh biar pun pemimpin kedua-dua parti ada yang memakai serban dan digelar ulama. Katanya, ulama dalam Umno hanya digunakan pada musim-musim tertentu menjelang pilihan raya diadakan. "Tindak tanduk mereka tidak ubah seperti kukur kelapa hanya digunakan pada musim kenduri sahaja. "Selepas kenduri diletak di bawah rumah sehingga menjadi tempat cicak dan ayam bertelur," katanya. Lau yang juga bekas guru besar berkata, sebahagian besar penjawat awam termasuk guru, askar dan pegawai kerajaan takut kalau tidak sokong Umno kerana tidak dinaik pangkat dan ditukar ke kawasan pedalaman. Namun katanya selepas pencen mereka beramai-ramai melompat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Menurutnya pengalaman sepanjang lebih 20 tahun bersama dengan BN didapati perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja. "Contohnya ada di hadapan kita sekarang, peruntukan projek menternak lembu sebanyak RM250 juta diguna untuk membeli kondominium mewah, kereta mercedes dan buat makan angin," katanya. |
TAHNIAH: Mawi dapat anak pompuan... Posted: 28 Feb 2012 12:00 PM PST Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa. Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama. Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin. "Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin). "Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut. Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu. Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.- mStar |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan