Ahad, 19 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


AJAIB: Imej debu 10 tahun cahaya dari bumi di rakam...

Posted: 19 Feb 2012 10:00 AM PST

Teleskop rakam imej debu 10 tahun cahaya dari Bumi

FLORIDA, Amerika Syarikat (AS) - Gambar yang dirakamkan teleskop di Chile menunjukkan satu pintalan debu kosmos yang terletak sejauh lebih 10 tahun cahaya dari Bumi.

Debu tebal gas itu hampir berkecai untuk membentuk lebih banyak bintang. Gambar itu disiarkan Balai Cerap Selatan Eropah pada Isnin lalu.- AFP

Sedap gak baca nih, Dr Asri dah tibai Hassan Ali...

Posted: 19 Feb 2012 08:00 AM PST

Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

"Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya.

Jelas beliau, sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

"Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

"Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi," katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi.

"Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

"Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

"Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?" katanya.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. -TMI

Depa lompat pasai Harussani yang tembak, Asri oii... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 07:30 AM PST

Asri mengujar pembangkang lawatan Thaipusam PM supaya berlaku adil

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan 'double standards' kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu.

Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam "Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik."

"Bagaimanapun, apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang serupa di Ipoh, mereka berkata gambar perlu diperiksa oleh sebab ada kemungkinan imej Anwar telah ditindih (superimpose)."

Asri (gambar) berkata, adalah jelas bahawa pengkritik Najib telah menggunakan agama demi agenda mereka sendiri dan beliau telah memberi amaran kepada kumpulan minoriti umat Islam ini bahawa mengeksploitasi Islam untuk menyokong politik mereka yang berat sebelah adalah satu "dosa besar".

Amalan seperti ini akan memberi kesan yang besar terhadap umat Islam dan ia merupakan satu ancaman kepada Islam, tambah beliau.- Seterusnya...

PANAS!! Najib kantoi teruk kali nih... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 07:17 AM PST

Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M?

Oleh: amkns

Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan.

Ini menunjukkan terdapat banyak kelemahan dalam pemprosesan permohonan BR1M dan pengagihan BR1M tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan kemungkinan seseorang yang mendapat baucer RM500 BR1M ini boleh mendapat lebih dari dua kali baucer tersebut apabila agihan dibuat secara manual seperti yang dilaporkan di: http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.html

Fisherman returns one BR1M voucher

17 February 2012 , KUCHING: A fisherman and his wife are now a celebrated couple in the northern district of Lawas, in Sarawak for their honesty.

Awangku Ludin Pengiran Jini and wife, Rainie Ali, were the talk of the town after the former returned the RM500 he received from 1Malaysia People's Aid because he felt he did not deserve it.

The couple applied for the assistance separately without each other's knowledge. "We didn't realise that both of us had applied for the aid. In the end, both our applications were approved and we want to return one," Awangku Ludin said.

http://www.nst.com.my/local/general/fisherman-returns-one-br1m-voucher-1.47891

Mai tengok Anwar buat lawak... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 03:30 AM PST

Anwar Persenda Logo 1Malaysia Di Barang Subsidi

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

"Rakyat akan lihat logo itu dan sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.- SPR

WAJIB TAU: Ni la lebihnya PR dari BN Hassan oiii... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 02:20 AM PST

Suara Nik Aziz Bukti Ulama Boleh Tegur Anwar

SHAH ALAM : Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin adalah "satu perkara yang jarang-jarang timbul" dalam sistem parti itu mempersoalkan Ketua Pembangkang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Nik Aziz supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau dalam Wall Street Journal (WSJ), adalah bukti pemimpin ulama Pas mampu menegur Anwar.

Beliau turut memuji kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa adalah haram menyokong negara haram, yang disifatkan beliau sebagai satu pendirian tegas pemimpin Pas.

Namun, Hasan mempersoalkan mengapa golongan parasit dalam Pas masih tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Anwar.

"Kenyataan yang ditunggu-tunggu adalah dari golongan profesional ataupun golongan parasit dalam Pas. Sehingga hari ini, tiada seorang pun, yang mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap Anwar, rakyat ingin mendengar bilakah parasit ini akan bersuara dalam isu ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Nik Aziz menggesa Anwar menarik balik kenyataan beliau berhubung sokongan terhadap keselamatan Israel, sebelum ini.

Bekas Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor itu berkata, rakyat masih tertanya-tanya mengenai kenyataan Anwar itu, sama ada benar ataupun tidak.

Hasan berkata, ramai rakannya di Eropah dan negara Arab juga menyatakan kerisauan dengan apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu."Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

Kita mahu Anwar menerangkan sama ada Pakatan Rakyat tidak menjalinkan hubungan langsung dengan Israel. Ini sangat penting ataupun PR mesti mula usaha-usaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Kedua-duanya jelas. Rakyat tertanya-tanya," katanya.- SPR

Jelabaih betoi Cina Guan Eng nih... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 12:00 AM PST

LGE gesa Najib contohi mereka dan debat dengan Anwar

Dengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.

Chua yang turut hadir berkata, ia terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.

Bagaimanapun, presiden MCA berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat semula dengan Lim, kali ini dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang dijangka diadakan bulan depan.

"Masa dan tarikhnya akan diputuskan tetapi tajuk akan berbeza," katanya.

Perdebatan hari ini, yang berlangsung di penghujung persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara, disiarkan seara langsung.

Ditanya sama ada mereka berdoa mengelak menjawab soalan dari hadirin, Chua mempertahankan Lim dan dirinya, dengan berkata: "Hanya ada tiga minit, bagaimana kita boleh menjawab lima soalan dalam masa yang singkat."- M'kini

Nampak sangat dia ni lebih NAJIB dari Najib... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 10:30 PM PST

Ada gerakan guling kerajaan

MELAKA - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman.

Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.

-Utusan

Sapa ni yang berani tampar Rosmah haa... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 09:40 PM PST

Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik diri dari menggunakan istilah FLOM

Dalam satu langkah yang bakal menjatuhkan layar isteri Perdana Menteri Najib Razak, Universiti Curtin di Australia telah memohon maaf kerana merujuk kepadanya sebagai "First Lady of Malaysia" (FLOM), yang menurut perlembagaan negara ini adalah satu gelaran yang dikhaskan untuk Permaisuri.

Curtin telah membuat kesilapan itu apabila ia mengeluarkan kedoktoran kehormat kepada Rosmah Mansor yang tidak popular itu. Walaupun ia tidak berkata demikian, universiti tersebut tentu mendapat lebih daripada daripada apa yang ia minta apabila ia baru-baru ini menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada beliau. Banyak aduan yang membanjiri halaman Facebook universiti itu dan walaupun ia dituduh cuba untuk mendapatkan ganjaran atau telah menerima beberapa bentuk rasuah ataupun apa-apa yang lain untuk memberikan Rosmah PhD, dan menganggap beliau sebagai "First Lady of Malaysia".

"Kami juga menerima bahawa penggunaan istilah "First Lady" telah menyinggung sesetengah pihak, dan memohon maaf di atas perkara ini. Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu, dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan membuat perubahan tentang perkara ini, "Jeanette Hacket, Naib Canselor Curtin,berkata dalam satu kenyataan.

Ia mesti diberi perhatian bahawa hujah berhubung siapa yang patut menjadi FLOM telah meletus beberapa tahun dahulu, dan perbahasan itu telah sampai hingga ke Parlimen. Tetapi Permaisuri yang baik budinya dan coretan agresif Rosmah sendiri membantunya untuk berpegang kepada gelaran yang diberi kepada dirinya sendiri – Rosmah merupakan orang pertama di kalangan isteri-isteri perdana menteri Malaysia yang pernah berbuat demikian.

Tidak akan menarik balik PhD


Penarikan balik penggunaan istilah FLOM merupakan sejenis kompromi dari Curtin kepada alumni dan badan pelajarnya, yang telah menjadi riuh rendah berikutan mereka mengkritik alma mater mereka kerana tidakmemeriksa latar belakang Rosmah sebelum menganugerahkan PhD tersebut. Malah, Rosmah telah terlibat dalam banyak skandal termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dimana dia telah menafikan sebarang penglibatan. Namun dua bekas pengawal peribadi beliau sedang terseksa kerana pembunuhan tersebut, dengan salah satu daripada mereka secara terbuka mengatakan bahawa dia cumalah catur yang digunakan dalam permainan yang dimainkan oleh ahli politik berkuasa. Rosmah juga telah dituduh bersikap tamak dan terlibat dengan rasuah.

Walau bagaimanapun, Hacket mempertahankan keputusan universiti untuk memberikan PhD kepada Rosmah, yang katanya adalah untuk "perkhidmatan unggul" kepada university tersebut, kepada masyarakat atau orang-orang yang telah membuat sumbangan yang cemerlang kepada bidang dan usaha akademik.

"Kami mengakui bahawa terdapat pelbagai pandangan mengenai penganugerahan ini, tetapi Universiti tetap dengan keputusannya untuk memberikan Ijazah Kehormat Kedoktoran," kata Hacket.

"Datin Sri Rosmah telah diiktiraf sebagai pengasas dan penggerak di sebalik pusat pembelajaran kanak-kanak Permata yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun untuk mengalami pembelajaran awal yang berkualiti. Inisiatif ini menyedari kepentingan pendidikan awal untuk kanak-kanak dan akhirnya untuk komuniti mereka. Kini terdapat lebih daripada 600 pusat Permata yang mencecah puluhan ribu kanak-kanak. "

Dicaci


Pada umur 60, Rosmah sering mendakwa kritikan yang memburuk-burukkannya adalah disebabkan taktik memburuk-burukkan orang dari pihak pembangkang.

Walaupun kerana PhD itu, beliau menyelar pengkritik "cemburu" kerana mengadu kepada Curtin. Namun, beliau adalah Flom yang paling selalu dicaci. Beliau dikenali kerana membeli-belah secara mewah dan pembelian beliau didakwa termasuk cincin berlian AS $ 24juta dan juga beg tangan Birkin.

Digelar Imelda-Rosmah, beliau juga merupakan ahli perniagaan yang licik dan ketua-ketua korporat sering mengadu bahawa cadangan mereka harus melepasi beliau sebelum mereka dapat berjumpa dengan PM.

Malaysia Chronicle

PANAS!! Berseni sungguh cara Nik Aziz tibai Anwar

Posted: 18 Feb 2012 07:46 PM PST


Jaga perasaan, Palestine Bumi Kiblat Pertama Islam

Isu yang menyentuh kenyataan Datuk Seri Anwar mengenai keselamatan Israel yang dikatakan menyentuh perasaan Palestine masih hangat dibincang. Saya dan PAS juga turut diasak menyatakan pendirian mengenainya. Meskipun pada awalnya saya anggap ia adalah hal peribadi Datuk Seri Anwar. Sehingga ada seorang timbalan menteri mengesyorkan agar saya 'ditarbiah semula'.

Lalu saya bersuara pada 16 Rabi'ulawal (9 Februari) lalu atas pandangan serong timbalan menteri itu.Kemudian pihak Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi pun (17 Rabi'ulawal) menyatakan secara jelas sikap dan pendirian atas isu Palestine. Maka PAS tetap berpendirian kena jaga perasaan umat Islam. Tambahan pula, sekian lama umat Palestine dizalimi regim Yahudi-Israel.

Apa pun atas kenyataan Datuk Seri Anwar (seperti disiar oleh Wall Street Journal) perlulah tampil menjelaskan pendirian agar ia tidak terus diputar oleh pihak tertentu. Ia penting sebagai asas untuk dilihat 'berpihak' kepada umat Palestine dan tidak 'menyokong' Israel.

Justeru, saya selaku Al-Mursyidul Am bersama Majlis Syura Ulama' PAS telah mengeluarkan suatu kenyataan yang mengharapkan Datuk Seri Anwar tampil menyatakan pendirian 'sebenar' antara mohon maaf atau menyamanWall Street Journal.

Kandungan kenyataan itu adalah sebagaimana berikut:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama' menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Secara tegas, jiwa dan perasaan umat Islam perlu dijaga. Lebih utama lagi menyokong perjuangan Palestine kerana bumi Palestine adalah bumi mulia. Di situ letaknya Masjid Baitulmuqaddis. Ia kiblat pertama umat Islam dan paksi penting sejarah kenabian. Lebih-lebih lagi di sisi Nabi Muhammad SAW, ia menyentuh mukjizat Israk dan Mikraj. Ia peristiwa yang mengangungkan Allah SWT.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan dan ketenangan untuk semua umat Islam bila keamanan berlaku di bumi Palestine.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
http://www.blogtokguru.com

Mai tengok cara Nik Aziz tibai Anwar...

Posted: 18 Feb 2012 05:48 PM PST

Jaga perasaan, Palestine Bumi Kiblat Pertama Islam

Isu yang menyentuh kenyataan Datuk Seri Anwar mengenai keselamatan Israel yang dikatakan menyentuh perasaan Palestine masih hangat dibincang. Saya dan PAS juga turut diasak menyatakan pendirian mengenainya. Meskipun pada awalnya saya anggap ia adalah hal peribadi Datuk Seri Anwar. Sehingga ada seorang timbalan menteri mengesyorkan agar saya 'ditarbiah semula'.

Lalu saya bersuara pada 16 Rabi'ulawal (9 Februari) lalu atas pandangan serong timbalan menteri itu.Kemudian pihak Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi pun (17 Rabi'ulawal) menyatakan secara jelas sikap dan pendirian atas isu Palestine. Maka PAS tetap berpendirian kena jaga perasaan umat Islam. Tambahan pula, sekian lama umat Palestine dizalimi regim Yahudi-Israel.

Apa pun atas kenyataan Datuk Seri Anwar (seperti disiar oleh Wall Street Journal) perlulah tampil menjelaskan pendirian agar ia tidak terus diputar oleh pihak tertentu. Ia penting sebagai asas untuk dilihat 'berpihak' kepada umat Palestine dan tidak 'menyokong' Israel.

Justeru, saya selaku Al-Mursyidul Am bersama Majlis Syura Ulama' PAS telah mengeluarkan suatu kenyataan yang mengharapkan Datuk Seri Anwar tampil menyatakan pendirian 'sebenar' antara mohon maaf atau menyamanWall Street Journal.

Kandungan kenyataan itu adalah sebagaimana berikut:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama' menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Secara tegas, jiwa dan perasaan umat Islam perlu dijaga. Lebih utama lagi menyokong perjuangan Palestine kerana bumi Palestine adalah bumi mulia. Di situ letaknya Masjid Baitulmuqaddis. Ia kiblat pertama umat Islam dan paksi penting sejarah kenabian. Lebih-lebih lagi di sisi Nabi Muhammad SAW, ia menyentuh mukjizat Israk dan Mikraj. Ia peristiwa yang mengangungkan Allah SWT.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan dan ketenangan untuk semua umat Islam bila keamanan berlaku di bumi Palestine.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
http://www.blogtokguru.com

Tukang tilik wanita mati ditetak

Posted: 18 Feb 2012 02:30 PM PST

ALOR SETAR . - Seorang tukang tilik wanita maut akibat ditetak dengan parang oleh bekas suaminya manakala dua anak perempuan mereka parah dalam kejadian amuk di Taman Saga, Alor Mengkudu di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, Ung Siew Lin, 46, mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat cedera parah di kepala, tangan dan perut.

Anak angkat mangsa, Chn'g Sheve Mei, 26, cedera di kepala serta patah tangan kanan manakala anak kandungnya, Wong Chiew Ying, 26, patah tangan kiri.

Dua adik perempuan Chiew Ying, Wong Chiew Shen, 22, dan Wong Shene Mei, 21, sempat menyelamatkan diri serta meminta pertolongan orang ramai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek yang berusia 54 tahun tidak bekerja dan telah berpisah dengan mangsa tiga tahun lalu.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan memanggil bekas isteri dan anaknya supaya keluar dari rumah namun semua mereka tidak mempedulikannya.

"Berang dengan keengganan ahli keluarganya itu, suspek dikatakan bertindak membakar kereta Perodua MyVi milik bekas isterinya itu yang diletakkan di depan rumah sebelum masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Baharom memberitahu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan bekas isteri dan anak-anaknya.

"Semasa bertengkar, dua anak mangsa lari meminta pertolongan manakala mangsa serta dua lagi anaknya lari ke tempat letak kereta depan rumah mereka.

"Di situ, suspek dikatakan menetak isterinya. Anggota bomba dan penyelamat yang sedang memadamkan kebakaran kereta MyVi kemudian segera menyembur air ke arah suspek," ujarnya.

Tambahnya, suspek yang cuba melarikan diri selepas menetak isteri dan mencederakan anaknya diberkas oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

"Suspek diserahkan kepada pihak polis dan dia yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut. Dua anak suspek yang cedera kini dirawat di hospital yang sama.

"Motif kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah mangsa sejak berpisah dengan mangsa," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung turut melawat dua mangsa yang dirawat di HSB. - Utusan

Tiada ulasan: