shalehudin |
- Madu dan racun versi politik... kahkahkah...
- Aku dok agak dahh... haha...
- Wajib baca: Pasai apa Najib takut sangat nih...
- AJAIB: Pengembala bergaji lebih RM35 ribu sebulan...
- Hassan Ali, tokey bundle yang GOPOH... kahkahkah...
- Macam ngan betoi ja khabar angin nih... hihi...
- Takkan Raja Nazrin tibai Nik Aziz kot... kahkahkah...
- PANAS!! Ni ka sebabnya Rosmah dapat Phd...
- PANAS: Nik Aziz kena mintak maaf kat Anwar?
- Kalaulah Karpal Singh berbangsa UMNO... kahkahkah...
- MENGEJUTKAN: Penerbit filem peluk Islam di Iran...
Madu dan racun versi politik... kahkahkah... Posted: 16 Feb 2012 10:00 AM PST Madu, ditangan kanan mu... (Pakatan...) Racun, ditangan kiri mu... (Be End...) Aku dah tahu, mana... satu... pilihanku... |
Posted: 16 Feb 2012 09:50 AM PST Mukhriz akui faktor 'anak Dr Mahathir' bantu karier politik ALOR SETAR- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata beliau menerima hakikat bahawa faktor beliau anak Tun Dr Mahathir Mohamad membantu karier politik beliau. Bagaimanapun, Anggota Parlimen Jerlun itu berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau sendiri. "Mahu tak mahu saya terpaksa terima hakikat itu satu faktor (anak Dr Mahathir) yang membantu. Bagaimanapun, saya sedang berusaha atas daya usaha saya sendiri untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Abdul Razak di sini, hari ini. Mukhriz berkata, beliau tidak kisah dibayangi bapanya yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan dianggap 'anak bapa' sebaliknya menganggapnya sebagai satu penghormatan. "Saya bangga dengan pencapaian ayah saya. Bukan tempat saya untuk menidakkan apa yang beliau usahakan. Saya takkan kata saya nak keluar daripada bayangan beliau. "Dah nama saya pun bin Mahathir...itu hakikat tak boleh saya ubah. Saya tak kisah orang nak kaitkan saya dengan beliau. Itu kaitan yang positif. "Kalau orang nak bandingkan saya dengan beliau, itu jauh sangat. Kita ini baru setahun jagung nak bandingkan dengan beliau," katanya. - Seterusnya... |
Wajib baca: Pasai apa Najib takut sangat nih... Posted: 16 Feb 2012 07:00 AM PST Kekalahan yang pasti adalah sebab Najib elak PRU 13 Pilihanraya umum yang seterusnya, ke 13 dijangka akan diadakan pada bulan Mei tahun ini dan April/Mei tahun depan setelah sampai tempoh berakhirnya 5 tahun Parlimen yang sedia ada sekarang. Tempoh 5 tahun itu dikira dari tarikh hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal itu. Setelah parlimen dibubarkan, pilihan raya akan diadakan dalam masa 2 bulan. Walaubagaimanapun, jika Parlimen tidak dibubarkan dalam jangkamasa 5 tahun itu, ia akan dibubarkan secara automatik pada penghujung tempoh itu. Jika itu adalah senarionnya, pilihanraya akan diadakan dalam masa 6 bulan. Inilah yang mungkin bermain difikiran Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kerana nampak gayanya beliau sangat terdesak untuk memanjangkan tempoh beliau memerintah. PRU 13 boleh diadakan pada pertengahan tahun 2013! Najib kelihatan sudah membuat kesimpulan, sungguhpun dengan rasa keberatan bahawa tiada jaminan beliau akan kekal menjadi PM selepas PRU 13. Itu mungkin sebab utama mengapa isterinya Rosmah Mansor sentiasa samada membeli-belah atau mencari-cari tempat bercuti menggunakan wang rakyat. Sama ada Najib akan menjadi pemimpin pembangkang atau dibenarkan oleh timbalannya, Muhyiddin Yassin yang berasal daripada dinasti Mahathir dan Mahathir sendiri adalah persoalan yang terbesar sekarang. Najib sendiri tidak mendapat mandat. Beliau tetap dengan tidak segan silu menumpang mandat yang diperolehi oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau pada tahun 2008. Mahathir berjaya menyingkirkan Badawi kerana Ahli Majlis Tertinggi Umno yang sudahpun diselubungi rasuah itu mengikut telunjuknya. Najib seharusnya mendapat mandat sendiri tetapi beliau takut mengharungi sendiri pemilihan itu kerana sebelum ini beliau sentiasa mendapat segalanya dengan cara mudah. Tiada lagi dalam sejarah kita mempunyai seorang PM yang penakut. Najib tidak berani untuk tidak menghiraukan Mahathir dan Majlis Tertinggi Umno dan melaksanakan PRU 13 serta menerima keputusannya seperti seorang lelaki sejati. Beliau juga tidak terfikir untuk membuat perjanjian dengan pakatan pembangkang untuk menerima kumpulan beliau sekurang-kurangnya dalam kerajaan mereka nanti dan menyelamatkan dinasti politik yang dibina oleh Arwah bapanya. Terlalu bahaya kepada BN untuk PRU 13 sekarang Tiada sahabat atau lawan yang kekal dalam politik, cuma kepentingan yang kekal. Itu tidak bermakna pembangkang akan menerima Mahathir juga. Mereka hanya menerima jika Mahathir setuju untuk meninggalkan negara dan segala faedah yang pernah diperolehinya dengan cara yang tidak benar. Terlalu bahaya untuk melakasanakan PRU 13 sekarang, bukan sahaja untuk Najib tetapi juga untuk Umno yang menghadapi bahaya akan pupus dan kebanyakkan ahlinya didakwa dan penjara untuk satu jangkamasa yang lama atau selama-lamanya. Ini adalah satu sebab mengapa Perdana Menteri mengumumkan bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuat oleh ayahnya, Perdana Menteri ke-2 Abdul Razak semasa berlaku rusuhan kaum antara orang bukan Melayu dan Melayu di Semenanjung pada 1969. Walaubagaimanapun, Najib cepat-cepat berkata bahawa beliau tidak akan lakukan yang sebegitu. Tetapi mengapa menyebut mengenainya jika beliau tiada rancangan untuk melakukannya? Adakah itu suatu amaran untuk memberi undi kepadanya? Najib merujuk kepada pengisytiharan darurat, penutupan Parlimen, penangguhan demokrasi, parti politik dan penubuhan Majlis Gerakan Negara dan di ketuai oleh Abdul Razak. Abdul Razak juga menubuhkan Majlis Konsulatif Kebangsaan setelah penutupan Parlimen. Majlis ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai latarbelakang tetapi bukan parti politik. Beliau mempengerusikannya. Abdul Razak kemudiannya menubuhkan Barisan Nasional, satu konsep yang menghadkan proses demokrasi dan menidakkan penyertaan ikut majoriti dengan melaksanakan perkongsian kuasa secara elit. BN yang ditubuhkan telah membawa sekali parti pembangkang yang telah menang besar semasa pilihanraya 1969. Peraturan terdesak dan paksa DAP masuk BN Ia adalah sesuatu yang ajaib sekiranya Najib tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ayahnya pada tahun 1969/1970 memandangkan beliau tiba-tiba merasa takut untuk melaksanakan pilihanraya terutamanya apabila Mahathir sedang memberi tekanan kepada beliau untuk mendapatkan sesuatu yang mustahil: dapatkan semula majoriti 2/3 BN dalam Parlimen. Terdapat percubaan untuk memaksa DAP masuk BN. Pada masa yang sama, Umno tidak merasakan bahawa pembuat keputusan mereka akan meninggalkan Mahathir untuk selamanya – walaupun dengan adanya buku 'Dosa Orang-rang Tertentu' yang ada padanya- dan melarikan diri ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas PRU 13 untuk membeli perlindungan politik seraya mengelak dipenjarakan, bankrap atau menjadi miskin. Apabila itu berlaku, Taib yang berada di Sarawak dan juga buku 'Segala Dosa Orang-orang tertentu' ayah saudaranya Abdul Rahman Yakub akan dengan segera menjadi pengkhianat dan bakal menjadi orang pertama yang merayu Anwar di Putrajaya untuk dimaafkan. Taib akan memecah pekung semua orang, walau ibunya sekali untuk dapatkan apa yang dia mahu. Faktor Mahathir Mahathir pun sudah menjangka bahawa Najib tidak akan mendapatkan majoriti 2/3 Parlimen, apatah lagi memenangi PRU dengan majoriti mudah serta menegaskan agar PRU dilewatkan. Alasan Mahathir adalah supaya Najib mendapatkan semula sokongan orang Cina. Bagaimana? Dengan menerima DAP? Apa yang Mahathir akan nasihatkan Najib selepas ini? Isytiharkan darurat dan paksa DAP memberi kata dua? Beliau tidak menyebut kaum India yang walapun tidak ada satupun kerusi majoriti satu etnik di Malaysia untuk menentukan pemenang dalam 67 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia. Mahathir juga tidak menyebut agar Taib Mahmud mendapatkan semula sokongan kaum Cina di Sarawak. Terdapat 7 kerusi Parlimen yang boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR). Malaysia Timur Sarawak dengan sendirinya akan mendapat bala yang sama memandangkan BN dijangka tidak akan dapat meningkatkan prestasi mereka sejak 2008 dan tidak akan mengulangi prestasi mereka di Sabah. Di Sabah, pemerhatian pembangkang adalah mereka boleh mendapat 40 kerusi dalam DUN iaitu 18 di kawasan Dusun bukan Islam termasuk Kadazan atau Dusun bandar dan Murut- 16 kerusi Islam termasuk Dusun Islam dan 8 kerusi Cina. Ini adalah sebanyak 20 kerusi di Parlimen dan termasuk 7 kerusi palimen di Sarawak. Pembangkan akan mendapat 27 kerusi Parlimen dari Borneo. Ini mengambilkira sekiranya pembangkang tidak akan mendapatmana-mana kerusi Dayak atau Melayu di Sarawak. Yang merosakkannya di sini adalah Parti Progressif Sabah (SAPP) yang mahu bertanding di 40 kerusi- sama dengan jumlah kerusi yang dijangka dimenangi oleh pembangkang di Sabah. Mereka kemudiannya mahu membenarkan pembangkang untuk bertanding di 20 kerusi lain yang tidak boleh menang- kerusi DUN dalam bahaya di Sabah dan juga membenarkan mereka bertanding di majoriti 25 kerusi Parlimen DUN. Labuan memberikan satu lagi kerusi Parlimen. Adalah sukar untuk tidak syak bahawa SAPP sedang bersekongkol dengan Umno untuk melenyapkan peluang pembangkang di Sabah. Reformasi pilihanraya Najib telah menyebut sebelum ini keperluan untuk reformasi piliharaya sebelum mengadakan PRU 13. Apa sebenarnya reformasi itu untuk beliau? Adakah ia termasuk tidak melakukan sesuatu yang memberi kelebihan kepada beliau pada pilihanraya kelak? Isu reformasi pilihanraya hanya timbul selepas pihak pembangkang mendakwa bahawa di Malaysia ia adalah suatu proses yang tidak adil dan bebas. Selepas reformasi pilihanraya ini, pilihanraya akan menjadi lebih teruk semakin tidak bebas dan adil kepada pihak pembangkang kerana mengalami perubahan kosmetik yang memberi bayangan bahawa ia telah diperbaiki. Ia hanyalah pemainan nombor. Najib juga menyebut tidak lama dahulu bahawa beliau mahu Program Transfomasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Key Performance Indicator (KPI) untuk dimantapkan sebelum pilihanraya diadakan. Semua ini adalah gimik dan kosmetik yang berada di atas kertas Cuma. Permainan beliau yang terdesak baru-baru ini adalah pemberian wang kepada rakyat yang hanya atas kertas -masalah membeli undi rakyat: gaji baru kepada penjawat awam yang sudahpun terlampau banyak dan tidak ada kerja yang berjumlah 1.4 juta; RM 100 untuk pelajar sekolah, RM 500 untuk isi rumah yang berpendapatan kurang RM 3000 sebulan, dana-dana yang tidak cukup –juga atas kertas untuk kuil India, sekolah Tamil, sekolah Kristian, Cina dan sebagainya. Umno akan kehilangan kuasa Hanya tuhan yang tahu apa yang akan terjadi kepada negara kita dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang. Kita semua harus berdoa untuk negara kita! Ini adalah masa untuk membayar balik segala kejahatan yang telah dilakukan dalam masa separuh abad ini dan mereka yang memegang kuasa sebaik sahaja pihak British meninggalkan kita untuk selamanya dahulu. Walaubagaimanapun, kebaikan hanya akan datang daripada kekacauan yang timbul sebelumnya. Dr Stephen Hawking, seorang ahli fizik terkenal dari Universiti of Cambridge yang mengingatkan kita bahawa satu-satunya elemen yang boleh dijangka dalam alam semesta dalah kekacauan. Malaysia tidak akan berada di bawah Bn dan Umno selamanya. Negara ini tidak akan mampu untuk mencapai keamanan, kemajuan dan kelestarian selamanya memandangkan ketidak adilan yang berleluasa di negara ini hasil usaha mereka yang memerintah. Segalanya sama ada yang baik atau buruk, cantik atau jahat akan beraakhir apabila sampai waktunya. Tiada yang dapat melepaskan diri daripada karma- undang-undang saintifik yang menentukan segala sebab kepada apa yang berlaku dan hasilnya. Ia neutral tetapi dilihat dalam minda manusia sebagai baik, buruk, hodoh, cantik atau jahat. Hanya mereka yang dapat menerima karma mereka yang dapat meneutralkannya. Samalah dengan sebuah negara dan parti politik, terutamanya Umno yang sudah pun menikmati 55 tahun masa yang terbaiknya. Malaysia Chronicle |
AJAIB: Pengembala bergaji lebih RM35 ribu sebulan... Posted: 16 Feb 2012 05:05 AM PST Pengembala profesyen terhebat masa kini Jangan terkejut jika ada remaja masakini menyimpan cita-cita tinggi untuk menjadi pengembala lembu apabila dewasa. Masakan tidak masuk akal kalau diberitahu, gaji seorang pengembala lembu masa kini adalah sekitar RM35,000 – RM45,000 sebulan. Belum lagi sekiranya menjadi ketua gembala atau kepala mandur, boleh cecah RM100,000 sebulan. Waduh enak sekali! Yang pasti tidak perlu ribut-ribut pasal belanja petrol dan tempat tiduran. Kalau gembala lembu di lembah Praire atau lembah Canterbury diberi kuda baka terbaik untuk mengawasi lembu-lembu di padang ragut, kini di Malaysia, profesyen gembala lembu akan diberi kereta Mercedes seorang sebijik untuk memudahkannya menjalankan tugas mengawasi keluar masuk lembu dari kandang. Pengembala lembu di Malaysia juga akan diberi kad kredit sehingga limit RM182,000 sebulan bagi tujuan-tujuan entertainment profesyennya terutama sekali dalam soal untuk membelanja minum-minum tukang sembelih lembu dan tukang kumpul taik lembu untuk dibuat baja. Pengembala lembu di Malaysia kini juga layak diberi sebuah kondominium mewah sebagai tempat tiduran dan bukannya seperti di zaman P. Ramlee yang tidurnya di dalam kandang. Bagi tujuan menenangkan fikiran, pengembala lembu di Malaysia juga diberi kemudahan kondo percutian di luar negara. Hingga setakat ini, pilihan destinasi percutian dengan kondo sophisticated terkini adalah di Marina Bay, Singapura dan bakal menyusul di lain-lain negara di masa hadapan. Dengan tawaran gaji lumayan beserta kemudahan tempat tinggal kondo eksklusif, benz, kad kredit dan peluang percutian ke luar negara, sekaligus menjadikan kerjaya sebagai pengembala lembu adalah profesyen paling hot dan paling diminati oleh remaja dan lepasan kolej masakini. Hebat-hebat, jika ada sesiapa daripada parti keris bersilang yang keras kepala tidak setuju dengan faedah-faedah sebagai pengembala lembu seperti yang dinyatakan di atas, bersedialah dengan alasan yang benar kerana jika tidak, akan dibaling dengan tahi lembu oleh pengembala-pengembala lembu nanti. Dan tentunya informasi yang paling hot, ialah bagi setiap kandang lembu yang berjaya dibina oleh mana-mana pengembala lembu di Malaysia masakini, layak menerima bantuan pinjaman mudah disebut soft loan sehingga RM250 juta sekandang daripada kerajaan parti cap dacing. Hingga kini dikatakan, tempoh pinjaman dan amaun bayaran pinjaman sebulan yang perlu dibayar juga masih belum jelas untuk dimuktamadkan. Yang pasti setiap kandang lembu yang siap, layak mendapat soft loan tadi dalam tempuh yang singkat. Wah! Betapa beruntungnya profesyen sebagai pengembala lembu masakini. Dan berada di dalam kerugianlah manusia-manusia yang ada ijazah atau sarjana dan mempunyai pengalaman bekerja dengan lembu-lembu di Malaysia jika tidak bertukar kerjaya segera menjadi pengembala lembu di Malaysia. http://syamkaze.blogspot.com/ |
Hassan Ali, tokey bundle yang GOPOH... kahkahkah... Posted: 16 Feb 2012 01:30 AM PST Orang gopoh tak mampu bertahan dalam jemaah Oleh ZULKIFLI YAHAYA TARIKH 8 dan 9 Januari lalu, di bumi Malaysia ramai orang bertahmid. Alhamdulillah pertama kerana Dato' Dr Hasan Mohd Ali dipecat daripada PAS. Alhamdulillah kedua kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat. Media talibarut BN yang selama ini menuduh PAS sesat, menyeleweng dan mengikut telunjuk DAP dan KeADILan, tiba-tiba memfokuskan isu bahawa Dr Hasan dizalimi dan tidak diberi hak membela diri lalu dipecat daripada PAS. Sepatutnya mereka gembira kerana Hasan telah keluar dari parti yang 'menyeleweng'. Samalah seperti sebelum ini media-media talibarut BN sentiasa mendakwa PAS sebagai membawa versi negara Islam yang menyeleweng. Sebaliknya Umnolah kononnya yang memperjuangkan negara Islam sebenar lalu mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekalipun 'negara Islam' Umno itu menolak hukum Allah. Hampir separuh abad PAS dituduh berpura-pura menegakkan negara Islam atau negara Islam versi PAS tidak betul. Apabila tiba tiba PAS menyebut negara kebajikan dan bukan negara Islam, maka mereka menuduh PAS sudah menyeleweng kerana meninggalkan hasrat menegakkan negara Islam. Bukankah sepatutnya jika mereka menganggap konsep negara Islam PAS tidak betul, maka mereka akan menyokong PAS meninggalkan perkara 'tidak betul?' Itulah sikap hipokrit dan kontradik Umno yang hakikatnya setiap ungkapan mereka hanya untuk mengadu-domba PAS, langsung tiada keikhlasan. Benar atau salah sesuatu perkara itu adalah berdasarkan apa yang PAS buat. Sesuatu yang diperjuangkan PAS akan dianggap tidak betul atau sesat, tetapi jika PAS 'dilihat' meninggalkan perkara itu maka perkara yang dilihat seolah-olah ditinggalkan itu pulak yang betul. Umno sentiasa berdolak dalik, berputar pusing dan berloyar buruk. Dalam isu Dr Hasan Ali, PAS dituduh parti yang tiada beri hak kepada beliau membela diri. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, PAS Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan."Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan PAS Selangor. " Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus. Hasan bukan dibicara di mahkamah atas tuduhan jenayah. Kesalahannya ialah mengkhianati parti dengan menyerang secara terbuka menggunakan media musuh. Antara yang di serang ialah dasar parti yang diputuskan dalam muktamar tahunan. Bukan sekali dia buat perangai begitu tapi berkalikali. Jika beliau dipanggil membela diri melalui lisan atau tulisan, maka pasti dia akan menggunakan media musuh lagi untuk mempertahankan diri. Keputusan memecat ke atas dirinya sudah tentu setelah memikir kaedah memilih mudharat kecil dari mudharat besar. Masa juga sudah terlalu suntuk untuk menghadapi pilihan raya umum. Melambatkan permainan melalui 'surat tunjuk sebab' atau 'membela diri' lebih membawa mudharat. Masa yang berlalu pun boleh jadi musuh juga. Sepanjang waktu itu PAS akan terus dibelasah oleh pemimpin parti sendiri. Seluruh dunia tahu bahawa Dr Hasan sudah berpatah arang dengan PAS sekalipun masih memegang jawatan. Dia tidak hadir mesyuarat parti dan menempelak parti secara terbuka. Ia adalah keadaan yang genting dan kritikal. Ibarat rumah terbakar. Kalau waktu membina rumah orang masih boleh berbincang dengan tenang untuk memutuskan siapa tukang rumah yang layak serta harga rumah yang munasabah. Tapi kalau sudah terbakar, tuan rumah tidak akan bermesyuarat lagi untuk memanggil bomba mana yang lebih baik. Bomba pun tidak akan datang memadam api dengan kelajuan biasa. Semuanya drastik dan drastik itu adalah hikmah sewaktu kritikal. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri adalah berhikmah. Sekarang Dr Hasan melalak sekuat mana pun dia bukan lagi ahli parti. Dia bebas untuk menuduh Anwar terlalu kotor perjuangannya sambil merasa dirinya yang paling bersih, kerana dia tiada apa-apa komitment lagi dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Lantaklah andai dia nak bersahabat dengan Umno, Perkasa atau Apco, tiada ahli PAS yang akan peduli. Terpelantingnya Dr Hasan Ali bukan kali pertama berlaku terhadap kepimpinan parti. Yang Dipertua Agung (Dato' Asri Muda) dan Naib yang Dipertua Agung (Nakhaie Ahmad) pernah keluar PAS yang membawa perjuangan Islam, tetapi PAS tidak terkubur. Selepas pengunduran mereka PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Lagi hikmah bagi orang yang berfikiran seperti Dr Hasan perlu renungkan ialah, apa yang dia boleh buat selepas tidak ada lagi jawatan dalam kerajaan? Tidak dinafikan beliau banyak mengatur program atau menghidupkan surau dan masjid di Selangor. PAS sokong dan DAP tidak pernah bantah. Beliau juga sekali sekala melakukan program nahi mungkar. Semua itu amat bersesuaian dengan perjuangan PAS, bahkan Pemuda PAS kawasan Shah Alam yang mengusulkan tindakan diambil terhadap premis jualan arak yang menjual secara terbuka kepada orang Islam. Meskipun sekali sekala tercetus kontroversi tetapi masih ada pihak dalam PAS yang mempertahankan tindakannya. Namun apabila dia sudah masuk perangkap Umno dengan menyerang PAS secara terbuka tanpa usul periksa maka ia menzahirkan hilangnya jati diri PAS dalam dirinya. Segalanya berlaku akibat kegopohan, tidak sabar, tidak mengukur kekuatan diri dan melakukan kerja amar makruf nahi mungkar yang tiada hikmah. Ada orang berhujah apa pentingnya undi, jika selepas menang kita tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya, seideal wawasan yang dijadikan matlamat? Jadi tak perlu kerjasama dengan DAP jika tahu DAP menolak negara Islam. Jawapan untuk soalan itu adalah dalam bentuk soalan juga, iaitu apakah jika bersendirian (tanpa DAP) dan kalah, BN terus berkuasa maka mereka akan tegakkan negara Islam? Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik sebagai kerajaan berbanding jika BN jadi kerajaan, sekalipun tidak dapat melakukan sepenuhnya. Parti AK pimpinan Reccep Tayyip Erdogan mengambil masa yang panjang untuk membolehkan kakitangan menutup aurat di pejabat, melantik seorang Presiden daripada kumpulan Islam dan melumpuhkan kuasa tentera. Tapi kalau dari hari pertama Erdogan sudah memulakan tindakan 'mengIslamkan' kerajaan Turki sepenuhnya, tanpa terlebih dahulu membina kekuatan dalam kerajaan maka barangkali sehingga hari ini rakyat Turki tiada kebebasan untuk menutup aurat sebab tempat Erdogan selepas itu bukan di pejabat Perdana Menteri tetapi dalam penjara. Berkempen mengajak rakyat menolak PAS secara automatik bermakna berkempen untuk memenangkan Umno-BN. Kononnya 72 peratus kepimpinan PAS sekular. Berapa peratus pula pemimpin Umno yang tidak sekular? Berapa peratus pula pemimpin Umno yang isterinya tidak menutup aurat? Berapa peratus pula Wanita dan Puteri Umno yang menutup aurat berbanding Muslimat PAS? Berapa peratus pula pemimpin Umno yang menolak hudud berbanding PAS? Hasan Ali makin pening dan keliru sebenarnya. Berputar pusing macam wau putus ekor tapi talinya dipegang oleh Umno. Hasan pun sedar hal itu, namun perjuangan melepas geram dan membalas dendam menjadi lebih aula dalam dirinya sekarang. Bukan lagi isu kedaulatan Islam. |
Macam ngan betoi ja khabar angin nih... hihi... Posted: 16 Feb 2012 12:00 AM PST Tee Keat jadi Menteri Besar Cina Pertama Selangor? Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini. Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008. Berita ini sudah tersebar sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang begitu mengambil serius kerana terlalu faham pendirian Umno yang meletakkan Melayu dahulu. Tetapi, perlantikan Tee Keat sebagai pengerusi BN di situ yang juga didesak oleh Umno telah mengukuhkan lagi khabar angin tersebut. Sudah tentulah Ketua BN Selangor masih orang Umno tetapi ini adalah berita paling sensasi buat masa sekarang," beritahu satu sumber politik kepada Malaysia Chronicle. Cadangan penuh kontroversi Walaubagaimanapun, peluang BN menawan semula Selangor sangat tipis. Teapi, berita sebegitu sudah semestinya akan memberi kejutan kepada rakyat Malaysia terutama orang Cina dan Melayu. Walaupun secara kosmetiknya, kelihatan seperti masyarakat di Malaysia adalah masyarakat harmoni berbilang kaum, hakikatnya mereka masih tidak bersatu walaupun selepas 54 tahun diperintah oleh Umno-BN yang sentiasa menerapkan politik yang berdasarkan persamaan dan dengan terang-terangan bersikap pilih kasih mengikut kaum untuk kekal berkuasa. Masyarakat Melayu membentuk etnik terbesar negara ini iaitu 50% daripada populasi 28 juta. Masyarakat Cina pula pada 28%. Terdapat pelbagai pro dan kontra untuk cadangan sebegitu sama ada Tee Keat menerimanya atau tidak. Sekiranya Tee Keat menerima, beliau haruslah melepaskan kerusi parlimen beliau di Pandan yang sangat dikehendaki oleh Umno- beliau harus bertukar kepada kerusi negeri. Oleh itu, bekas presiden MCA itu haruslah menilai dengan baik peluang BN merampas semula Selangor. Pro dan Kontra untuk Najib Untuk Umno, kelihatan seperti pemimpin negeri itu telah bersetuju untuk untuk menjadikan Tee Keat sebagai ketua BN Pandan, suatu reaksi yang dinantikan daripada pihak akar umbi Umno dan sayap kanan konservatifnya. Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib telah memilih untuk menerima idea itu, menguji suasana sebelum membuat sebarang cadangan formal atau memberi komen mengenainya. Kebaikkannya untuk Najib adalah beliau boleh meletakkan orangnya di Pandan, memberikan masyarakat Cina sesuatu untuk difikirkan sekiranya BN benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berbaloi di undi pada PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, ramai dikalangan orang Cina lebih cenderung kepada Pakatan. Najib dan konsep 1Malaysia beliau yang nampak gagal akan mendapat nafas baru walaupun sebenarnya, idea itu akan tetap gagal kerana orang Melayu di Selangor tidak akan menerima Menteri Besar berbangsa Cina. Dijangka juga bahawa persatuan ekstrim yang menjaga hak Melayu seperti Perkasa akan memerangi idea Najib itu. Satu tamparan buat Soi Lek Bagi MCA pula, mereka mungkin akan merasa marah dan bukannya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini disebabkan permusuhan politik dan perasaan cemburu. Bukanlah rahsia bahawa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek dan anaknya Tee Yong memang benci pada Tee Keat. Mereka telah memberi tekanan pada beliau dan juga penyokong beliau dalam parti. "Saya tidak berani membayangkan reaksi Soi Lek terhadap berita tersebut. Ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada beliau sekiranya Umno menyokong Tee Keat sebagai MB pertama di Selangor yang berbangsa Cina," kata pemerhati politik itu. "Saya tidak yakin Najib akan dapat meyakinkan yang lain mengenai idea itu. Beliau akan putus asa dan menyangkal semuanya apabila mendapat tekanan daripada ekstrimis Umno. Ia kelihatan seperti satu komplot untuk membuat Tee Keat menyerahkan kerusi Parlimen Pandan beliau dan menerima kerusi negeri." Malaysia Chronicle |
Takkan Raja Nazrin tibai Nik Aziz kot... kahkahkah... Posted: 15 Feb 2012 10:00 PM PST Raja Nazrin sindir siapa ni? KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam. Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan. "Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan. Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini. Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya. "Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda. Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis. Raja Nazrin turut melahirkan rasa kesal kerana ada individu yang bersifat "pagar memakan padi" yang telah menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah. "Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sedia ada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam... berpegang kepada konsep iman dan takwa," titah baginda. Idea wakaf korporat sudah pun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga ummah tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehinggalah akhirnya ia berkubur akibat manipulasi penjajah, titah baginda. Konsep ini telah dibuktikan kejayaannya di negara ini melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 yang boleh dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas. Menurut Baginda, bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada mereka yang menghayati semangat Fisabilillah. Sinar Harian |
PANAS!! Ni ka sebabnya Rosmah dapat Phd... Posted: 15 Feb 2012 08:00 PM PST Inikah sebabnya Rosmah Mansor diberikan Phd oleh Curtin University? Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia. Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur . Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu. "Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan. "Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara," katanya. Itu kata Rosmah Mansor.. Cuba baca apa yang dikaitkan dengan penerimaan ijazah Doktor Kehormat Persuratan yang membawa gelaran Dr. buat Rosmah oleh Anilnetto ini.. Dari apa yang ditulus oleh Anilnetto ini, nampaknya Rosmah diberikan Phd itu bukanlah kerana beliau seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada Negara tetapi hanyalah sekadar membalas budi Kerajaan Malaysia. Atau .. macam yang sering Najib kata.. "You Help Me.. I Help You…" Curtin University of Technology Sarawak telah ditubuhkan di Miri pada tahun 1998, Walaupun ianya adalah sebuah Universiti dari luar Malaysia, Universiti ini menerima pembiayaan dari pelbagai sumber dari Negara Malaysia.. Antaranya.. Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka. Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri. Berikut adalah terjemahannya.. Apa kaitan Curtain Universiti dengan Malaysia? Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998. Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia: Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka. Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri. Jika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas? Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ? Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak. |
PANAS: Nik Aziz kena mintak maaf kat Anwar? Posted: 15 Feb 2012 06:00 PM PST Israel: Nik Aziz Perlu Minta Maaf Dengan Anwar SEJAK semalam, penulis menerima pelbagai respon lanjutan dari penyiaran artikel mengecam tindakan PAS mengeluarkan surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari. Hasil dari semua respon tersebut, penulis insaf bahawa keputusan mengecam tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama berhubung dengan perkara di atas adalah perkara yang wajar dilakukan demi memastikan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang bakal menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan di negara ini. Walaupun dalam masa yang sama kecaman itu agak pahit untuk diterima sesetengah pihak tapi laman ini berpendapat ia adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Ramai orang bertanya kepada penulis, apakah agaknya tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS jika Anwar enggan menjawab surat penjelasan tersebut? Adakah PAS akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat? Penulis tidak rasa PAS punya keberanian untuk mengambil keputusan sedemikian kerana kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat ini telah dibuktikan terlalu bernilai untuk dilepaskan oleh PAS. Tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak mungkin berjaya meletakkan seorang pemimpinnya sebagai Menteri Besar Perak dan memegang portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Banyak pihak melihat tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama mengeluarkan surat penjelasan itu tidak akan membawa PAS kemana-mana. Seperti diterangkan semalam, Anwar tidak punya keperluan untuk menjawab surat penjelasan tersebut kerana beliau bukan ahli PAS dan dengan itu tidak tertakluk kepada sebarang keputusan oleh Majlis Syura Ulamanya. Berita baik untuk PAS, setakat ini penulis tidak membaca atau mendengar lagi Datuk Seri Anwar mengeluarkan sebarang respon keras terhadap keputusan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulamanya itu. Ini sesuai dengan keperibadian beliau sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak mudah melatah dengan hal-hal demikian. Demi perpaduan dalam Pakatan Rakyat, penulis menggesa Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS memohon maaf kepada Anwar dengan kadar yang segera. Hal ini tidak sepatutnya diperbesarkan lagi kerana penjelasan demi penjelasan telah diberikan Anwar melalui pelbagai saluran media dalam Pakatan Rakyat. Jika Nik Aziz gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar, penulis menggesa PAS mengambil tindakan sewajarnya ke atas Nik Aziz, walaupun penulis sedar kedudukkannya sebagai Mursyidul Am kelihatan agak 'mustahil untuk disentuh'. Penulis bukan mencadang tapi sekadar mengingatkan sahaja, jika PAS boleh 'melanggar' semua peraturan disiplin parti tersebut untuk menyingkirkan Datuk Dr. Hasan Ali dengan serta merta kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan kes fitnah liwat yang dihadapinya, kenapa tidak pemimpin lain PAS yang mengambil tindakan yang hampir sama? - SPR |
Kalaulah Karpal Singh berbangsa UMNO... kahkahkah... Posted: 15 Feb 2012 04:00 PM PST Kalaulah Karpal Singh keturunan Melayu Keputusan untuk mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang juga seorang peguam terkemuka, atas tuduhan "menghina" Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berikutan kejadian rampasan kuasa oleh Umno pada tahum 2009 sememangnya telah diduga sejak dari awal lagi. Kalaulah keturunan Karpal Singh adalah Melayu dan seorang pemimpin Umno, beliau tidak akan mengalami nasib yang sebegini. Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan dalam tahun 2010 di mana Karpal dibebaskan tanpa perlu membela diri daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan. Apabila terdapat kes-kes yang melibatkan salahlaku oleh Raja-raja, ramai hakim mahkamah tidak berani untuk menghakimi kes-kes sedemikian kerana takut dituduh menderhakai baginda dan karenah ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang sungguh ketara di dalam sistem perundangan negara kita. Kenyataan Karpal pada hari itu Apakah yang telah dinyatakan atau diperkatakan oleh Karpal pada hari itu, pada tahun 2009 yang menyebabkan beliau terjebak di dalam kancah penganiayaan? Mengikut kenyataan yang keluarkan oleh Karpal melalui suatu sidang akhbar pada tahun 2009 ekoran rampasan kuasa oleh Umno di negeri Perak, mengatakan bahawa Artikel 160 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang Raja boleh disaman atau di bawa ke hadapan muka pengadilan atas peranan dan kedudukan baginda sebagai "kuasa awam" (public authority). Karpal yang merujuk kepada Artikel 160 itu juga telah menegaskan bahawa seseorang Raja adalah sebahagian daripada institusi kerajaan dan oleh yang demikian, jikalau sesebuah kerajaan itu boleh ditegur atau dikritik, maka Raja-raja juga tidak akan terkecuali daripada pandangan tersebut demi kepentingan umum. Ini bermakna, rakyat jelata juga berhak menegur Raja-raja mereka, jika sekiranya terdapat apa-apa salahlaku yang disengaja atau tidak disengajakan oleh para baginda. Pada 8 Februari 2012 yang lalu, Mahkamah Rayuan telah menyatakan secara rasmi bahawa hak dan kebebasan bercakap atau bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak semestinya mutlak atau dimiliki oleh rakyat jelata. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal mengenai Sultan Azlan Shah yang berhubung kait dengan kejadian rampasan kuasa di negeri Perak yang didalangi oleh Umno telah melepasi had yang telah ditetapkan oleh undang-undang yang ada dan kini telah disifatkan sebagai "menghasut". Hakim Datuk Ahmad Maarop turut menambah Karpal selaku ahli parlimen dan peguam juga tidak akan terkecuali daripada intepretasi Mahkamah Rayuan tersebut. Jika sekiranya seorang peguam yang juga seorang ahli parlimen pada masa yang sama dilarang daripada menyatakan pendapat mereka berkenaan dengan undang-undang ataupun perlembagaan, maka Tuhan atau Allah s.w.t. perlulah menyelamatkan negara ini dengan segera. Yang lebih menyakitkan hati rakyat jelata adalah bahawa kenyataan Karpal yang menyebut "kuasa awam" bukannya sesuatu perkara yang akan dipersetujui oleh setiap peguam di negara kita ini. Malah, sewaktu kes Universiti Merdeka yang disebut di hadapan mahkamah dalam tahun 1982, hakim-hakim yang meneliti kes tersebut tidak dapat menyetujui sama ada sesebuah universiti patut ditafsirkan sebagai sebuah "institusi awam" atau sebaliknya. Sama ada Raja-raja kita adalah sebahagian daripada kerajaan dan merupakan "kuasa awam", kita serahlah sahaja kepada para peguam untuk menentukannya. Dalam pada itu, ingin kami menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu adalah sah mengikut lunas undang-undang dan hak beliau itu adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Umno lebih berkuasa daripada Raja-raja Kami yakin bahawa ramai di antara kita telahpun menyaksikan bagaimana para pemimpin Umno ini telah mengeluarkan macam-macam kenyataan yang berbentuk menghasut, mencaci, mengutuk dan menggalakkan orang ramai agar membenci Raja-raja Melayu pada tahun 1990an, tetapi mereka ini tidak pula dibawa ke muka pengadilan atas perbuatan mereka yang jelas menderhaka ini. Para pemimpin Umno ini secara terbuka mengecam dan menghina Raja-raja Melayu tanpa segan silu oleh kerana mereka ini punyai kuasa lebih kebal yang dapat menghindari mereka daripada sebarang tindakan undang-undang. Sikap hipokrasi dan talam dua muka inilah yang bakal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini tidak lama lagi. Apa yang tidak sedap didengar atau dipandang oleh kerajaan BN semuanya akan dianggap sebagai menghasut dan mereka boleh juga menggunakan perkataan "menderhaka" terhadap mana-mana pihak yang tidak menyetujui mereka. Kita pun dapat memerhati segala tingkah laku para pemimpin Umno ini dengan jelas yang memperbodoh-bodohkan rakyat jelata, kononnya rakyat adalah benar-benar bodoh belaka. Penghakiman yang melucukan Sebab-sebab yang dinyatakan di dalam penghakiman tersebut adalah amat lucu dan memalukan profesion perundangan. Hakim-hakim ini tidak mahu mengkaji perkara-perkara yang sebenarnya, malah tanpa berasa malu boleh mengeluarkan suatu penghakiman yang tidak masuk akal dengan menyatakan tidak ada kebebasan mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan. Siapakah sebenarnya yang mengarahkan agar hakim-hakim di Mahkamah Rayuan itu untuk mengeluarkan penghakiman mengenai had kebebasan bersuara dan mengeluarkan kenyataan? Adakah penghakiman mereka ini ditulis atau disediakan oleh pihak lain dan hakim-hakim tersebut hanya membacanya pada hari keputusan? Adakah hakim-hakim tersebut benar-benar layak? Jika hakim-hakim tersebut benar-benar ikhlas dan professional , mereka ini sepatutnya memberikan beberapa siri contoh mengenai apakah dan bagaimana sesuatu kenyataan, teguran ataupun kritikan itu patut dibuat terhadap Raja-raja dan macam mana contoh-contoh tersebut dapat ditafsirkan sebagai menghasut, menderhaka atau menghina dan sebaliknya. Contohnya, sekarang kami menyatakan ada beberapa jenis tradisi yang diamalkan oleh Raja-raja Melayu sekarang adalah berasal daripada tradisi India dan agama Hindu, adakah kami akan didakwa mengikut Akta Hasutan pada keesokan hari? Mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh para hakim Mahkamah Rayuan itu, dakwaan menghasut ataupun menghina Raja-raja Melayu itu mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya ada pihak yang membuat laporan atau mengadu mengenai kenyataan tersebut. Jika benar-benar tidak mempunyai sebarang bentuk kebebasan untuk bercakap, bertutur, bersuara, menegur, mengkritik dan sebagainya di bawah sistem perundangan dan perlembagaan negara kita ini, berterus-teranglah! Apakah yang perlu disorok? Para pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah memastikan agar Akta Hasutan dan lain-lain akta yang mengancam hak asasi kemanusiaan itu dimansuhkan selepas Putrajaya ditawan (tidak lama lagi). Biarlah sahaja rakyat jelata menyatakan apa yang sepatutnya mengenai Raja-raja mereka dan pemimpin-pemimpin negara juga harus berani menerima sebarang kritikan dan teguran. Ianya adalah merupakan nilai yang diterap oleh setiap kaum dan agama. Oleh yang demikian, kita tidak perlu takut dengan pihak berkuasa atau tunduk kepada segala kemahuan dan nafsu kerajaan BN ini semata-mata. Kami ingin bertanyakan kepada Peguam Negara, adakah rencana ini dianggap berbaur hasutan dan jika ianya dianggap sebagai satu hasutan, bolehkah Peguam Negara menerangkan di manakah tafsiran yang berbaur hasutan itu dan bagaimanakah ianya ditafsirkan, disertakan dengan pelbagai contoh-contoh yang paling hampir. Kami sedia menunggu jawapan daripada Peguam Negara! |
MENGEJUTKAN: Penerbit filem peluk Islam di Iran... Posted: 15 Feb 2012 02:30 PM PST Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP. "Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain," kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi. Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian. Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam. Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali. Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari. Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran. Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan