BRIGED MP SEGAMBUT |
- 51 ORANG MINUM AIR SUCI KARENA MURTAD?
- Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama
- Umno guna taktik liar bagi elak kubunya digempur
51 ORANG MINUM AIR SUCI KARENA MURTAD? Posted: 16 Feb 2012 06:30 AM PST Datuk Hasan Ali berkata umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka. Beliau berkata, maklumat itu diperolehi dalam sesi pendengaran bawah 'Unit Selamatkan Akidah' (USA) yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam. Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu. "(Maklumat) daripada mereka itu kita petik... Kenyataan mereka kita petik. Saya tidak boleh menyatakan siapa dan bila, atas sebab-sebab keselamatan mereka. "Cukuplah saya menyatakan apa yang disebut hasil daripada pendengaran yang kita dapat daripada teman-teman terbabit," katanya dalam sidang media di Shah Alam. Dr Hasan berkata, ketika ini seramai 56 orang yang berada dalam unit itu dan masih memberi maklumat bagaimana mereka terbabit dengan gejala murtad. "Dalam hati mereka masih ada keimanan dan nak balik kepada Islam. Kita memberi kaunseling serta memberi gambar tentang kehidupan dalam Islam dan hati sebagai seorang Muslim," katanya. Hasan diminta menjelaskan berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa ada usaha licik memurtadkan umat Islam melalui kaedah itu. Beliau dilapor sebagai berkata ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka. Hasan dalam jelajahnya dilapor berkata, sasaran utama golongan itu ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, lemah akidah, berhutang, menghadapi masalah keluarga. Golongan berfikiran liberal, terbuka dan tidak mengamalkan cara hidup Islam juga termasuk dalam senarai itu. |
Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama Posted: 16 Feb 2012 05:53 AM PST Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama". "Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya. "Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket. Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin. Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka. [Baca berita penuh] |
Umno guna taktik liar bagi elak kubunya digempur Posted: 15 Feb 2012 09:15 PM PST BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda. Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan. "Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. "Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas. "Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal," kata Sim. Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan. Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan. "Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali. "Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan