Sabtu, 11 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


LAWAK: Raja tanpa hamba... kahkahkah...

Posted: 11 Feb 2012 10:00 AM PST

Raja Nong Chik bekal maklumat untuk jatuhkan Shahrizat?

Bagi yang telah lama menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai pasti mengetahui"perang dingin" yang berlaku di dalam Umno bahagian tersebut.

Dalam PRU 12 lalu, Datuk Raja Nong Chik yang merupakan Ketua Umno Lembah Pentai diketepikan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjadi calon BN.

Bagi yang telah lama menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai pasti mengetahui"perang dingin" yang berlaku di dalam Umno bahagian tersebut.

Dalam PRU 12 lalu, Datuk Raja Nong Chik yang merupakan Ketua Umno Lembah Pentai diketepikan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjadi calon BN.

Team Raja Nong Chik dalam Umno Lembah Pantai tidak pernah berkempen membantu Shahrizat dalam PRU 12 lalu. Mereka dipercayai turut mensabotaj Ketua Wanita Umno itu sehingga tumpas ditangan Nurul Izzah - pertama kali bertanding dlm pilihan raya.

Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today hari ini mendakwa Raja Nong Chik lah yang membekalkan maklumat kepada PKR dalam isu NFC dengan niat untuk "menghapuskan" pencabarnya itu. Klik disini.

Ini tidak mustahil berlaku kerana jika Shahrizat Jalil jatuh, kedudukan Raja Nong Chik sebagai calon BN di Lembah Pantai tidak tergugat. Lebih bertuah lagi, perdana menteri pada hari ini, Datuk Seri Najib Razak adalah sahabat baiknya.

Lihatlah berapa banyak kali Najib turun ke program Raja Nong Chik di Lembah Pantai?

Cabaran besar Raja Nong Chik adalah bagaimana untuk menewaskan Nurul Izzah. Jika berjaya, Najib akan melantiknya ke jawatan menteri yang lebih kanan. Dengan syarat BN masih menang dalam PRU 13.

Bayangkan Najib nyanyi lagu ni kat Rosmah... kahkahkah...

Posted: 11 Feb 2012 08:00 AM PST

Tengok muka mamat ni betoi betoi...
Dan bayangkan muka Najib sedang nyanyi di depan Rosmah...
Kahkahkah...

Kadiaq Sheikh Fazdil bekaih Polis pencen... kahkahkah...

Posted: 11 Feb 2012 07:00 AM PST

MEMAHAMI EEE DAN FENOMENA POLIS PENCEN



NOTA:
ini dinamakan fenomena polis pencen
apakah dia fenomena ini ?

di kampong kampong
kalau kita pergi ke surau
kakau kita pergi makan kenduri
tika ada terdengar seorang lelaki
bagitu gah sekali berlabon
tentang itu tentang ini

lelaki ini akan bercerita dia tahu
siapa boy fren rosmah sebelum najib
dia tahu siapa shahrizat blow job masa student
dia tahu musa hasan kena bayar
dia tahu towkay mana bawa china doll
macam macam dia tahu
bukan main lagi heboh dia bercerita

cuba selidik betul betul
jamin 100% lelaki ini adalah polis pencen

polis pencen banyak cerita
polis pencen banyak maklumat

EEE INI POLIS PENCEN

klip di bawah ini adalah klip polis pencen
yang patut melawat eee ini bukan badan displin gerombolan
tetapi tim SPRM

sila tanya masa eee ini di RTM
berapa ratus jam program eee ini sudah lelong
pada towkay mana di lelong air time RTM ini

sila tanya eee ini
masa eee ini di kementerian pelancungan
saudara mara siapa dapat kontrek

kenapa ketika ada kuasa tak bercakap
kenapa ketika jadi menteri tak bersuara
kenapa ketika tahu hal rasuah beli undi senyap
semua ini adalh tanda tanda fenomena polis pencen

eee ini heboh sekarang
kerana dalam budaya gerombolan
eee ini sudah jadi selipar buruk
sudah tak ada orang pakai

eee ini kata kalau bersih buat demo
eee ini akan ke hadapan
kah kah kah
sebelum ke hadapan
anak anak muda
akan humbankan eee ini ke dalam sungai klang
bagi makan buaya sungai klang

entah entah buaya sungai klang pun
tak mahu makan daging eee yang
penuh dengan duit rasuah ini
kah kah kah

Bro: TT

EEE DAN FENOMENA POLIS PENCEN

PELIK: Mat Sabu gatai cari penyakit...

Posted: 11 Feb 2012 04:00 AM PST

Zaid: Mat Sabu tawar saya kerusi untuk bertanding

Nigel Aw

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengakui bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi percaya tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

"Semua ini spekulasi yang ditulis dalam blog, tetapi yang paling hampir mereka mereka dapat ialah Mat Sabu. Beliau kawan saya dan saya percaya beliau cuba mengambil hati saya tetapi saya tidak fikir ia keputusan parti.

"Beliau kata, kita akan biarkan Zaid bertanding, kita akan memberikannya kerusi, sesuatu lebih kurang seperti itu, tetapi saya berpendapat tawaran itu pandangan peribadi beliau," kata Zaid (kiri) memberitahuMalaysiakini dalam satu temu bual di kediamannya di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau diminta untuk membubarkan KITA sebagai pertukaran bagi mendapatkan kerusi di bawah tiket PKR dan juga mengenai ura-ura bahawa beliau akan menyertai DAP dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zaid, bekas menteri kabinet dan ahli PKR, menambah bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tak akan bertanding

Keputusan itu, kata beliau, dibuat selepas kajian yang teliti mengenai kemungkinan pencalonannya.

"Saya tidak akan bertanding, mudah sahaja, bukan saya membuat keputusan tanpa sebarang kajian," katanya.

Akhir tahun lalu, Zaid berkata beliau menghabiskan masa selama dua bulan di kawasan parlimen Kota Bharu dan Petaling Jaya Selatan untuk mengukur sama ada dia boleh menang atas kekuatan sendiri.

"Saya mahu uji sama ada Zaid Ibrahim boleh menang sendiri. Saya rasa sukar kerana semua orang berkata saya mesti sertai dalam (parti) ini dan itu, tetapi saya bukannya akan menyertai mana-mana parti lain," katanya.

Menurut beliau, untuk bertanding di bawah tiket KITA juga bukan sesuatu yang bijak kerana kajian beliau menunjukkan bahawa adalah sukar untuk menang di bawah tiket parti kecil.

"Tetapi jika ada parti-parti politik yang menawarkan saya (untuk bertanding), maka saya akan menilai, di mana, mengapa dan jika terdapat sebarang syarat yang dikenakan," katanya.

Bagaimanapun, tegas Zaid bahawa jika tawaran itu memerlukan beliau menyertai parti tertentu, beliau akan menolaknya.

TERKINI: Najib bakal dihambat tidoq luaq...

Posted: 11 Feb 2012 01:30 AM PST

Penganut Hindu pun rasa tersinggung...

Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.

Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.

Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-oleh pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah.

Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.

Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.

Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.

Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan keatas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?

Jangan merendah-rendahkan Thaipusam

Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?

Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?

Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupaka tujuan utama Thaipusam?

Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekaligus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?

Tiada rasa malu dan sensitif

Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?

Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?

Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.

Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?

Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle

JOM: Hampa ingat Mat Sabu sesaja gempaq ka...

Posted: 11 Feb 2012 12:00 AM PST

Jangan pandang rendah 'fenomena ABU'- Mat Sabu

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 10 Feb: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengingatkan peranan media baru dalam proses menyebarkan maklumat terutama mengenai penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Mengaitkan peranan media dengan kebangkitan rakyat Tunisia menggulingkan presidennya yang bersikap diktator, Mohamad menekan kepentingan laman sosial seperti facebook dan twitter.

Beliau berkata demikian dalam 'Forum kiri: Kebangkitan Dunia Arab, Apa Terjadi Selepas Setahun' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur KLSCAH) , malam tadi.

Bercakap dalam forum berkenaan, beliau turut merujuk kumpulan 'Asalkan Bukan Umno (ABU), yang diwujudkan untuk menentang parti itu, meskipun kumpulan berkenaan tidak mempunyai struktur dan organisasi sepertimana kebanyakan pertubuhan lain.

"Mereka ini ABU (Asalkan Bukan Umno) Tunisia. Jangan pandang rendah kekuatan anak muda ABU ini," kata Mohamad disambut tepukan gemuruh hadirin.

Katanya, fenomena 'ABU' kini bukan sekadar menjadi ejen semak dan imbang, bahkan berkeupayaan menumbangkan kerajaan baru jika didapati menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

"Sebab masalah orang berkuasa sama sahaja. Di mulut cakap 'Amal Makruf Nahi Mungkar', tapi masih tak buat perubahan. Bila khalifah duduk di istana besar, satu persatu negara dalam empayar Islam tumbang," katanya.

Kepada satu soalan bertanyakan sama ada kerajaan Umno-BN boleh ditumbangkan, Mohamad mengakui ia tidak mudah, namun beliau percaya rakyat di negara ini optimis mahukan perubahan.

"Revolusi tidak tewas. Mereka tetap mahu menentang kezaliman. Walaupun masih tidak ada organisasi yang cukup kuat untuk memperkukuh peranan rakyat.

"Sebagai contoh Ikhwan (al- Muslimin, yang menang pilihan raya Mesir baru-baru ini) tak boleh bermusuh dengan Amerika.

"Bimbang nasib yang sama berlaku kepada (Presiden Mesir) Mubarak. Justeru mereka perlu kekalkan hubungan," katanya.

Dalam konteks Malaysia pula, Mohamad menegaskan, Pakatan Rakyat akan melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam Buku Jingga- dokumen bersama yang dirangka untuk membela nasib rakyat.

"Bila saya jadi Menteri Dalam Negeri, bolehkah kita tangkap (Tun) Dr Mahathir dan tahan dia bawah ISA? Tak boleh. Kalau tidak, kita sama sahaja macam mereka – mengulangi kezaliman," selorohnya.

"Sekarang bukan zaman slogan. Mesti ada pelaksanaan demi keadilan sejagat," kata Mohamad sambil menegaskan antara langkah awal ialah melalui desakan pembersihan sistem pilihan raya, termasuk himpunan Bersih 3.0.

UMNO dilarang tengok... kahkahkah...

Posted: 10 Feb 2012 10:00 PM PST

Umno sudah menyimpang jauh- Kadir Sheikh Fadzir

SERDANG 10 Feb: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin, ekoran kritikannya terhadap parti itu.

"Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti (Umno), cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Januari lalu memaklumkan, Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat beliau.

Harakahdaily melaporkan tindakan itu diambil berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif seperti TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv.

"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya, lapor Malaysiakini.

Kadir juga berkata, Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN masuk ke kampung untuk membeli undi pada pilihan raya.

Beliau juga mendakwa kerajaan BN gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya, sedangkan BN mentadbir negara ini sejak 50 tahun lalu.

Ia katanya, termasuk kegagalan menyediakan kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.- KD

PANAS!! Rosmah cubit Najib hari2 pasai kes ni laa...

Posted: 10 Feb 2012 08:00 PM PST

Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan

Khairil Abdul Rahim,

PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

"Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

"Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

"Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini," katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa.

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. (Gambar kiri)

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

"Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya.

(Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu.)

Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob.

Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi.

"Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini," tegas Abu Kassim.

HANGAT!! Anwar jangan nak tunjuk hebat, baca nie...

Posted: 10 Feb 2012 06:00 PM PST

PAS dan negara haram Israel

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.

Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.

Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.

Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.

Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.

Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.

Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.

61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

Firman Allah:

إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .

21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.

22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.

Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

TERBAIK: Mat Sabu cerita sapa tu Najib...

Posted: 10 Feb 2012 04:00 PM PST

Rakan dagang Israel identiti sebenar Najib - Md Sabu

KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan Umno menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat beragama Islam, mereka jadi rakan dagang penting Israel.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib dan Umno juga menjadi pecacai Israel apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran," katanya.

Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu tidak sedikit pun memeranjatkan walaupun mencabar dan mencalar maruah umat Islam di negara ini.

"Selama ini pun, siapakah di hadapan umum bertempik kononnya sebagai pejuang Melayu dan mengapi-apikan perkauman tetapi pada masa yang sama menjadi pecacai tauke-tauke termasuk tauke judi yang menjadi tempat mereka mengemis rasuah.

"Semua orang yang mengikuti perkembangan politik negara ini tahu perkara itu," kata beliau.

Beliau berkata, selain laporan terbaru mengenai tindakan kerajaan Umno menyekat pembekalan minyak sawit kepada Iran dalam tindakan menyertai sekatan dagang terhadap negara itu, tahun 2010 lalu Malaysia juga dilaporkan menyekat penjualan gas gasolin kepada Republik Islam itu atas titah perintah Amerika Syarikat.

Menurut Mohamad, sikap pro Israel kerajaan Umno telah lama dan berkali-kali terserlah antaranya ialah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna.

Dalam peristiwa yang jelas membuktikan ketaatan kerajaanUmno kepada Amerika Syarikat yang menjadi penaung utama Israel, perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar.

Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bercanggah dengan prosedur kerajaan".

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengakui pemecatan Mohamad Arshad mempunyai kaitan dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear," kata Mohamad.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sebelum ini mendedahkan bahawa Israel adalah salah satu rakan dagang penting kerajaan Umno termasuk dalam pemasaran minyak sawit.

Pada hari yang sama juga Reuters melaporkan bahawa sejak tahun lalu lagi Malaysia menghentikan bekalan minyak sawit kepada Iran sebagai salah satu tindakan menyertai sekatan dagang terhadap Iran.

Sekatan dagang terhadap Iran diterajui dan dipaksakan oleh Amerika dan Israel berikutan tindakan Republik Islam itu memajukan tenaga nuklear.

Walaupun telah dibuktikan tindakan Iran memajukan kuasa nuklear tidak digunakan sebagai senjata, Amerika dan Israel yang disertai kuasa-kuasa Barat dan negara-negara yang berada di bawah telunjuk Amerika tetap menentang habis-habisan usaha itu.

-Harakahdaily

HANGIT!! Ni ka yang Mahathir kata...

Posted: 10 Feb 2012 02:30 PM PST


Isk... isk...
Ni ka yang Mahathir kata...

Tiada ulasan: