Isnin, 6 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


ANEH!! Udang gergasi...

Posted: 06 Feb 2012 10:30 AM PST

Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan haiwan laut dalam seperti udang gergasi di luar pantai New Zealand.

WELLINGTON – Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.

Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.

Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).

Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.

"Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki," kata Jamieson.

Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.

"Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik," jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.

Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.

Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.

Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi (HMOnline)

Bergambar!! Jongkong emas bersepah di Iraq

Posted: 06 Feb 2012 09:35 AM PST

Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar)

Beratus-ratus jongkong emas yang beharga lebih dari setengah billion ringgit dijumpai bersepah di negara Iraq akibat peperangan yang meletus.

Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) | Semua tau negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat yang sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi kenal apa itu keamanan. Setiap hari kemusnahan dan kematian berlaku.

Terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq. Semacam sudah tidak lagi berharga, kelihatan jongkong emas itu kelihatan seperti batu bata untuk membuat binaan sahaja. Jom tengok!!!

 
 
 

TERKINI!!! 6 orang menteri BN mental... kahkahkah...

Posted: 06 Feb 2012 07:10 AM PST

LIHAT JIRAN SEBELAH - DIA MUNGKIN MENTAL

TEMPAT REHAT SEMUA TANGGUNG

12 PERATUS RAKYAT MALAYSIA HADAPI MASALAH MENTAL:MPA – berita hairan

SUNGAI PETANI: Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berdepan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Antaranya ialah kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius pula adalah psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

"Antara punca yang dikenal pasti adalah masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... BERITA INI AMAT MENAKUTKAN.... kah kah kah..

kah kah kah.... KALAU ADA 100 ORANG ERTINYA 12 ORANG MENTAL... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU DALAM AIR ASIA ADA 300 PENUMPANG ERTINYA ADA 36 ORANG YANG MENTAL.... kah kah ka..

kah kah kah... KABINET MAT MONGOL ADA 30 MENTERI ..ERTINYA 6 ORANG MENTAL.... kah kah kah...

kah kah kah...DALAM PARLIMEN ADA 222 YB... ERTINYA ADA 24 ORANG MENTAL.... kah kah kah...

NOTA:
cuba teka siapa yang mental
dlam kabinet mat monggol
kah kah kah

NOTA:
sila tek selain dari
zul nordeng yang mental
siapa lagi yb yang jelasn kelihatan mental
kah kah kah

(Bro TT)

Lawak woii... lawak... kahkahkah...

Posted: 06 Feb 2012 05:00 AM PST

Gambar hiasan...

Memang betoi Cina nakkan perubahan.....
Depa nak berubah dari tuan Melayu pada tuan Melayu yang lain....
Depa nak berubah dari penyamun duit rakyat pada pemerintahan rakyat...
Depa nak berubah dari Asalkan BN pada Asalkan Bukan UMNO...
ABU....

Baguih adanya tukang kipas camni dalam UMNO...
Baru orang atas depa tidoq lena...
Biarkan... biarkan...
Biarkan... biarkan...
Kahkahkah....
Kahkahkah....

**************************

Masyarakat Cina Akan Sokong BN Kerana Mahukan Perubahan - Mustapa


JELI: Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS walaupun mentadbir selama 22 tahun.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lepas.

"Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap B Nsemakin meningkat di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di sini, Ahad.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota Umno di Kelantan bersatu padu.

Katanya Umno juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut. -BERNAMA

Kurang ajaq mana yang tak mau ber"kurang ajaq" nih...

Posted: 06 Feb 2012 03:00 AM PST

Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

Menurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.

"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.

"When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya.

Perkara biasa

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.

"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.

Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.

Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

First Lady Of Shopping... kahkahkah...

Posted: 06 Feb 2012 01:30 AM PST

Najib Digesa Buktikan Rosmah Bukan 'First Lady Of Shopping'

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM 3 FEB : Aktivis politik, Jingga 13 hari ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan undang-undang menyaman kesemua mereka yang terlibat mendedahkan sikap boros isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata cabarannya adalah untuk Perdana Menteri membuktikan segala tuduhan terhadap isterinya yang digelar 'First Lady Of Shopping' adalah tidak benar.

"Kalau benar ianya satu fitnah, sila tampil untuk saman kesemua mereka yang terlibat, bukannya hanya bermain persepsi untuk mempengaruhi siasatan dan kefahaman rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) di sini hari ini. Jingga 13 tampil ke SPRM hari ini untuk mengemukakan bukti tambahan bagi laporan rasmi mereka yang telah dihantar pada 26 Januari lalu.

Beberapa media antarabangsa dan tempatan sebelum ini pernah melaporkan gelagat Rosmah yang suka membeli belah di luar negara.

Terbaru, Najib dan Rosmah telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Rosmah telah "berbelanja sakan" di dalam satu lawatan membeli belah ke Sydney, Australia Januari lepas.

Akhbar Autralia Sydney Morning Herald (SMH), Kolumis Andrew Hornery dalam kolum 'Private Sydney' serta artikel wartawan fesyen, Patty Huntington mendakwa Rosmah telah membelanjakan RM325,000 (A$ 100,000) di butik milik pereka fesyen, Carl Kapp.

"Kita yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia sedang menanti reaksi dan tindakan Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung isu scandal ini.

"Tidak pernah berlaku pada mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini tidak kira Siti Hasmah (isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed Tun Siti Hasmah Mohd Ali) mahupun Arwahyarhamah Endon (Datin Seri Endon Mahmood), sebaliknya berlaku apabila Rosmah bersikap boros dan tidak sensitif kepada kesusahan rakyat yang menderita dengan kenaikan harga barang dan sebagainya,"katanya.

Dalam pada itu, Jingga 13 juga mendesak Najib agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelamatkan beliau dan isterinya dengan scandal tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Fariz juga mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara telus dan tidak bersikap 'double standart' terhadap kes-kes seperti ini.

"Kita tidak mahu melihat kes-kes kecil ditangkap sedangkan jerung-jerung besar bebas tanpa sebarang tindakan secara tegas.

"Kita lihat sepertimana yang berlaku pada kes Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo) dan rakyat biasa, kes mencuri susu bayi melibatkan RM20 ditangkap mencuri dan dihukum 3 tahun penjara. Kes Khir Toyo melibatkan jutaan ringgit hanya satu tahun penjara," katanya.

Cara-cara nak dapat lebih dari 1 baucer RM500...

Posted: 06 Feb 2012 01:10 AM PST

Bagaimana seorang dapat lebih dari 1 Baucer RM500?

Oleh: rozmal

"
Sekarang ini sedang sibuk dengan program agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 atau BR1M yang dalam bentuk baucer yang boleh ditunaikan. Namun dalam satu tulisan blog ada kemungkinan seorang yang sama boleh mendapat 2 atau mungkin lebih baucer RM500 ini kerana terdapat kelemahan dari segi agihan yang dilakukan secara manual. Pihak berkaitan haruslah menyiasat akan kemungkinan dakwaan ini agar tidak menzalimi yang benar-benar sepatutnya dan mengharapkan bantuan tersebut.

Di bawah artikel dari blog tersebut :

Saya terbaca ada kes di Kuala Lumpur di mana dua orang telah menerima dua baucar tiap seorang dan menunaikannya. Saya perhatikan jika saya hendak berbuat demikian boleh juga, tetapi risikonya akan ditanggung kemudian.

Oleh kerana terdapat lapan kaunter pendaftaran saya boleh mendaftar sehingga lapan kali jika saya mahu dan mendapat lapan stiker oleh kerana setiap kaunter mempunyai senarai nama yang sama. Kemudian saya boleh keluar masuk dewan sebanyak lapan kali semasa Menteri Besar menyerahkan baucar. Saya akan meletakkan lapan stiker yang berlainan dan mendapat lapan baucar.

Tetapi saya hanya boleh menunaikan dua baucar kerana terdapat dua kaunter pendaftaran bayaran dan dua bilik kaunter bayaran. Saya perhatikan tidak ada komputer digunakan dan tidak ada cara untuk mengesan jika sesiapa mendaftar dan menunaikan baucar lebih dari sekali.

Lim Guan Eng anti Islam...

Posted: 05 Feb 2012 10:30 PM PST

Kebanyakan kawan hang Anwar woii, sekoq pun tak boleh pakai...

Posted: 05 Feb 2012 09:50 PM PST

'Malaysia tidak terjamin bawah Anwar'


Mukadimah

SEORANG demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Datuk Seri Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.

Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia AZMAN ANUAR, NIZAM YATIM dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.

Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

MINGGUAN: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?

AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini. Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain. Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an. Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.

Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998. Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya: pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku. Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam. Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).

Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.

Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau. Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.

Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?

AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim. Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya. Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.

Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya. Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.

Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?

AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.

Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh. Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka. Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.

Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada. Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca. Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah. Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.

Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?

AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar. Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam. Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran. Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat. Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.

Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?

AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram. Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam. Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima. Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.

Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia? Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna. Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.

Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?

AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil. Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.

Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah. Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan. Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah.

-Utusan

Tian Chua dah pecah lobang... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 08:00 PM PST

Najib masih guna khidmat pegawai Israel- Tian Chua

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 3 Feb: Tindakan pemimpin Umno bersama media kawalannya memainkan isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel menyerlahkan sikap hipokrit mereka, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ini kerana menurut Tian Chua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat seorang pegawai Israel bernama Paul Stadlen, sebagai pegawai media.

Beliau difahamkan sehingga kini, Paul Stadlen – bekas Pengarah Urusan APCO di Malaysia- masih berkhidmat untuk Najib di Jabatan Perdana Menteri.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua

"Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih mengupah Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

"Siapa Paul ini? Beliau ialah bekas Pengarah Apco di Malaysia yang kini antara tugasnya menonjolkan imej baik Najib," kata Tian kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurut beliau lagi, Najib sebelum ini juga bersetuju supaya Malaysia menyertai pasukan keselamatan yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan, ketika bertemu Presiden Barrack Obama tahun lalu.

"Lagi bukti betapa pentadbiran Najib merupakan balaci Israel ialah dalam pertemuan dengan Obama tahun lalu, beliau menyatakan persetujuannnya agar Malaysia menyertai pasukan keselamatan Amerika di Iraq dan Afghanistan selepas Amerika menyerang negara Islam berkenaan.

"Hakikatnya dunia Islam tahu dalang serangan Amerika ini didalangi Zionis-Israel dan ditentang majoriti negara Islam seluruh dunia," tegasnya.

Sekatan terhadap Iran

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan tindakan tidak konsisten pentadbiran Najib berhubung sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

"Iran kita tahu adalah negara Islam dan sekatan ekonomi Amerika ini hasil desakan 'Negara' Israel dan Najib membisu berhubung sekatannya itu semata-mata mahu menjaga hubungan dengan Amerika-Israel.

"Kalau Najib tidak menyokong Israel, kita cabar beliau desak Amerika tarik balik sekatan ekonomi itu," katanya.

Pentadbiran Najib sebelum ini membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

PANAS!!! Berita terbaik buat Johor...

Posted: 05 Feb 2012 06:10 PM PST

Pakatan Johor 'pikat' Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan "perbincangan serius" dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.

The Malaysian Insiderdiberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin(gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai "perbincangan serius" dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.

"Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau," katanya.

"...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor."

Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

"Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN," katanya.

Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.

Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.

"Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini," katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia "berhijrah" ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.

"Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

"Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.

Keris telanjang tak dak sarung... kahkahkah...

Posted: 05 Feb 2012 04:43 PM PST

PAS Pecat Seorang "Pejuang Akidah ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM tadi aku sempat menghadiri Program Hi-Tea bersama kepimpinan PR Pahang di sebuah kedai makan di tempat `hangit' Umno di Pahang iaitu di Felda Jengka 2, dalam Parlimen Maran. Di antara kepimpinan PR Pahang yang hadir adalah Pengerusi Keadilan Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man. MP Kuantan, YB Fuziah Salleh juga turut hadir di samping beberapa pimpinan PR tempatan.

Melihat kepada jumlah meja yang disediakan, aku menganggarkan tidak kurang dari 200 penyokong PR tempatan yang hadir sehinggakan kerusi meja yang dihidangkan dengan makanan dan lauk ikan tiga rasa tidak cukup menampung orang ramai yang hadir. Program tersebut sebenarnya tidak layak dipanggil Program Hi-Tea kerana jamuan yang disediakan `berat-berat' belaka. Bagi sebuah kawasan felda, pekat pula Umno nya di situ, kehadiran sebanyak itu sudah cukup menggentarkan Umno di Maran khususnya. Oleh itu, tidak pelik apabila kehadiran aku ke situ dapat melihat di tepi kiri dan kanan jalanraya dikibarkan bendera berlogo `keris telanjang tanpa sarung' dan juga bendera `dacing baghdad'.

Seolah-olah yang hadir ke situ adalah DS Anwar ataupun Presiden PAS, Umno Maran berhumpas pulas memacakkan bendera di kawasan program berkenaan. Penganjur, iaitu Keadilan Cabang Maran di bawah Sdr Boestamin tidak melatah dengan `peperangan propaganda dan psikologi' Umno berkenaan. Bendera PR banyak dikibarkan sekitar kawasan program sahaja.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ucapannya turut menyentuh tentang isu Dr Hassan Ali atau lebih dikenali sebagai `Hassan Akidah' dan juga `Hassan Kayu JATI'. Beliau tidak mahu isu Hassan dilayan sehingga melupakan agenda PR. Hassan, kata beliau bukan ahli PAS lagi dan dakwaan Hassan bahawa beliau seorang `pejuang akidah' amat melucukan. Tidak masuk akal PAS akan memecat `seorang pejuang akidah', sedangkan PAS adalah parti yang hidup atas perjuangan akidah.

Aku bersetuju dengan kata-kata Us Tuan Ibrahim. Pimpinan PAS atau PR khususnya tidak perlu membuang masa melayan Hassan Kayu JATI ini. Setakat Hassan ini, memadailah kami di alam media baru ini sahaja yang mendepaninya kerana hujah Hassan lemah, bengap dan langsung tidak berwibawa. Hujah Hassan saling tidak tumpah seperti hujah Umno jika tidak pun PERKASA. Kami sudah biasa mendepani hujah sebengap itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: