Isnin, 6 Februari 2012

Addin

Addin


(Video) Bukti Nih Membuatkan UMNO Melaka Tidak Tidur Malam..

Posted: 06 Feb 2012 08:20 AM PST

UMNO Melaka sedaya upaya memainkan isu kononnya jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada PRU 13 nanti, Ketua Menteri akan berpindah tangan kepada DAP. Ternyata kenyataan tersebut pembohongan besar UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP telah membuktikan sebaliknya. 

Kenyataan terbuka Adun DAP Kesidang memberi tamparan hebat buat UMNO Melaka. Sebenarnya isu ini kerap kali dimainkan oleh UMNO.

Ternyata slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib sekadar retorik sahaja, cakap tak serupa bikin.

Addin sendiri sebenarnya agak lama jugak mencari video nih, sehinggalah di bantu oleh seorang sahabat.. terima kasih buat Kijang59.

Semoga video dapat disebar luaskan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan pembaca blog nih terutamanya rakyat negeri Melaka.

Nyatakan ini hanyalah pembohongan UMNO untuk terus kekal berkuasa. Semata-mata propaganda UMNO untuk menakutkan orang Melayu sahaja.



Bongkar!! Blogger UMNO Kutuk Rapat Hassan Ali

Posted: 06 Feb 2012 02:03 AM PST

Addin sebenarnya pun bukan berkenan nak ulas tulisan blogger Umno nih.. banyak fitnah dan bahan lucah. Tapi disebabkan blogger nih hentam rapat Hassan Ali, kira oklah untuk dijadikan peluru buat tembak Hassan Ali balik. Selepas dipecat oleh PAS, Hassan Ali sekarang terus menerus menghentam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. 

Parti yang diwakili sejak zaman reformasi. Ramai sahabat Addin beritahu yang Hassan Ali nih jadi meroyan tak tentu pasal sebab tak di angkat menjadi MB, mungkin ada kebenarannya. Jikalau berjuang dalam jemaah untuk mengharapkan habuan dunia inilah akibatnya.. di dunia lagi mendapat kehinaan..wallahualam.

Lagi Pasal Jelajah Hassan Ali Di Ampang

Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.

Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentang Hassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadar tertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.

Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecuali KEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasan PERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.


Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agenda KUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampang memperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi dengan MENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORM untuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.

APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???~akupeduliapa

Kat Indon Pun Ada Salam 1 Indonesia

Posted: 05 Feb 2012 06:58 PM PST


Ada 3 kemungkinan mengapa perkara nih boleh berlaku..

1. Pemerintah Yogyakarta mendapat ilham dari idea asal Najib Razak
2. Pemerintah Yogyakarta tiru idea asal Najib Razak
3. Najib Razak beli idea orang lain..orang lain tu pun jual idea yang sama dekat pemerintah Yogyakarta... Senang citer macam ni ler.. Yahudi APCO jual idea yang sama (1 Israel) nih pada Malaysia dan Indonesia..

Sumber kat sini.


Tiada ulasan: