Sabtu, 25 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Najib Kuburkan BN di Melaka

Posted: 25 Feb 2012 05:46 AM PST


Melaka merupakan sebuah negeri maju 2010 tetapi untuk tahun 2011 dan 2012 tidak pula kedengaran kemajuan itu. Najib bagaikan datang ke Melaka dalam keadaan hati yang gundah-gulana dan sedikit marah kepada Ketua Menteri Melaka.

Kemarahan Najib tidak boleh terima apabila terpaksa mendarat di sebuah Dusun Dato' Murad di ayer Keroh sedangkan Melaka mempunyai sebuah lapangan terbang yang dipanjangkan landasan dengan nilai mencecah RM240juta tetapi tidak mendapat sambutan dari syarikat penerbangan.

Bagi menutup kemaluan Ketua Menteri Melaka ekoran lapangan terbang yang maju dan pesat itu, maka Dusun Dato' Murad menjadi destinasi Najib dengan Rosmah mendarat. Beza antara Dusun Dato' Murad dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak jauh dari tapak perumahan Sungai Patat seperti yang disebut Najib dalam video dibawah ini.


Najib tidak bertanyakah kepada Ketua Menteri Melaka kenapa beliau tidak mendarat di LTAM? Lapangan terbang yang menjadi kegilaan rakyat Melaka khususnya orang kampung yang menyokong BN tidak dapat menyambut Perdana Menteri kesayangan mereka. Tidak majulah macam ni.

Kerisauan Najib juga menyebabkan beliau berkempen di Sungai Patat supaya jangka hayat BN ditambah lima tahun lagi dan Ali rustam juga menyeru supaya mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang namun kedatangan rakyat di situ bukan untuk undi BN sebaliknya untuk mengambil surat tawaran perumahan.

Tiada ulasan: