Addin |
- Sebab Apa Najib Bengang Dengan Ali Rustam?
- Gempar!! Padang Himpunan Hijau 2.0 Di Rosakkan
- Panas!! Adun BN Kena Tumbuk..
- Dr. Rosmah Akan Rampas Jawatan Menteri?
Sebab Apa Najib Bengang Dengan Ali Rustam? Posted: 25 Feb 2012 02:30 PM PST Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melawat Melaka hari ini. Beliau tiba dengan menaiki helikopter yang mendarat di Dusun Dato Murad, Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pagi ini. Rakyat tertanya-tanya mengapa pesawat yang membawa Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tetapi sebaliknya mendarat di Dusun Dato' Murad. Siapa yang mencadangkan kepada Datuk Seri Najib untuk mendarat di Dusun Dato Murad? Adakah ianya atas kehendak beliau sendiri atau ada sesiapa yang tidak suka Perdana Menteri mendarat di LTAM bagi menyembunyikan keadaan sebenar betapa lengangnya LTAM. Jika ada pihak yang cuba 'menyorokkan' LTAM dari Perdana Menteri itu tindakan yang silap kerana Perdana Menteri sudah tentu mempunyai maklumat tentang LTAM. Beliau pasti tahu betapa 'sibuk'nya LTAM mungkin lebih kurang sama kesibukannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London. Malah isu ini juga sudah banyak kali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka semasa sidang Parlimen dan ianya telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Sudah tentu Perdana Menteri arif tentang kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi LTAM. Jika Perdana Menteri memilih Dusun Dato' Murad sebagai tempat pendaratan pesawatnya, ini merupakan tamparan hebat kepada Mohd Ali kerana terbukti Najib sendiri tidak yakin dengan prasarana LTAM sehingga beliau tidak sudi mendarat di LTAM. Mungkin juga Perdana Menteri tidak berpuashati dengan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah LTAM yang gagal menarik minat syarikat penerbangan beroperasi di LTAM. Atau mungkin Najib 'bengang' dengan pembaziran duit rakyat sebanyak RM240juta yang digunakan untuk menaiktaraf LTAM sedangkan pada hakikatnya projek ini tidak berdaya maju. Kegagalan ini sebenarnya membuktikan kerajaan negeri tidak membuat kajian terperinci sebelum LTAM dinaiktaraf. ~mutaligat | ||
Gempar!! Padang Himpunan Hijau 2.0 Di Rosakkan Posted: 25 Feb 2012 08:42 AM PST
Addin dah berada di Kuantan sekarang.. my home town. Standby untuk Himpunan Hijau 2.0 esok..I'allah kalau ada kesempatan Addin akan laporkan secara live Himpunan Hijau 2.0 ni. Kenapa kita perlu sama-sama turun untuk sertai Himpunan nih.. simple je.. takde radioaktif yang tak berbahaya so kita semua rakyat Malaysia mesti tentang habis-habisan. Kepada semua warga Malaysia terutamanya di sekitar Kuantan ramai-ramai kita turun ke padang MPK4 esok.. Sempat ronda-ronda sekitar Kuantan pagi tadi. Jelas padang MPK 1 depan masjid telah dipagar malam tadi jentolak gali lubang, rosakkan padang. Kemudian pagar zink macam fun fair dan mungkin terbaik untuk buat konsert je. Kemudan kami diberitahu bahawa padang rugby (padang MPK 4, Kemunting) sebagai ganti... lega tidak terpaksa ler berhimpun dalam lubang. Sempat jugak tengok rugby pagi tadi.. ada pertandingan dan harap-harap petang ni abih ler.. Addin : Malam ni ada ceramah Anwar di pejabat PKR Pahang di Beserah, Kuantan. Kita datang beramai-ramai.. suntik semangat untuk berhimpun pagi esok.. | ||
Posted: 25 Feb 2012 02:11 AM PST Minggu lalu, satu peristiwa yang agak mengejutkan berlaku sehingga menjadi tajuk perbualan di kedai-kedai kopi bahawa seorang peniaga Sarang Burung, Salleh Amrie tiba-tiba telah menyerang Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dengan melepaskan tumbukan ke arah muka Saddi. Menurut saksi yang memberitahu Paparazzi, kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Sandakan. Sebaik sahaja Saddi sampai di Balai Ketibaan, tiba-tiba Salleh menyerang Saddi tanpa sebarang amaran, namun Saddi sempat mengelak serangan tersebut. Agak menghairankan, kata saksi tersebut, semasa kejadian beberapa orang anggota Polis berada di tempat kejadian, tetapi mereka tidak berbuat sesuatu, seolah-olah tidak melihat serangan di hadapan mata kepala mereka; sekalipun ketika diserang, isteri Saddi, Datin Shikin Sulong bersama beliau. Menurut saksi itu lagi, Saddi tidak melaporkan kes ini kepada Polis sehingga ke hari ini dan usaha Paparazzi 'memburu' Salleh Amri tidak berjaya, manakala Saddi pula enggan mengulas kerana hanya "silap faham" katanya. Bagaimanapun mengikut orang terdekat dengan Saddi, Salleh marah kerana Saddi enggan membantunya mendapatkan satu lagi lubang sarang burung di Gua Gomantong kerana telah diluluskan kepada kontraktor lain; menyebabkan Salleh melepaskan geram yang terbuku di hati, namun belum ada sebarang pengesahan berhubung punca pergaduhan tersebut. ~sabahkini | ||
Dr. Rosmah Akan Rampas Jawatan Menteri? Posted: 24 Feb 2012 10:11 PM PST Setelah kita dihebohkan dengan berita-berita kurang enak mengenai isteri Perdana Menteri, Dr. Rosmah Mansor sejak sekian lama, mutakhir ini menyusul pula berita yang agak mengagumkan mengenai beliau. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Curtin, Australia dan diberikan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia oleh NASEBA atas pelbagai sumbangannya dalam dunia kebajikan selama ini. Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali juga turut memberikan gelaran Serikandi kepada Rosmah atas ketabahannya menghadapi pelbagai cabaran, fitnah serta tohmahan daripada pelbagai pihak. Gelaran ini diberikan dalam sebuah majlis makan malam yang turut dihadiri Rosmah, baru-baru ini. Sejak Najib mengambil alih kepimpinan UMNO dan kerajaan, nama Rosmah dilihat sama naik dengan suaminya. Permata yang ditubuhkannya telah menimbulkan kegemparan kepada rakyat berikutan tindakan Najib memberikan bajet yang besar kepada Permata dalam dua belanjawan iaitu 2009 dan 2010 yang dibentangkannya di Parlimen. Beliau bukan sahaja menjadikan Permata begitu aktif dan diperkatakan tetapi keaktifannya dalam pelbagai program lain seperti berkempen dalam pilihanraya kecil turut mencetuskan fenomena baru dalam politik negara. Ia sesuatu yang janggal sebelum ini tetapi Rosmah telah membuka laluan baru mengenainya. Tidak cukup bergelar isteri Perdana Menteri, beliau mahu digelar pula Wanita Pertama Malaysia meskipun hakikatnya gelaran itu tidak terpakai dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen seperti Malaysia. Gelaran Wanita Pertama biasanya hanya digunakan untuk negara repuplik. Najib kemudiannya terpaksa menjawab di Parlimen bahawa gelaran Wanita Pertama yang digunakan oleh isterinya adalah dibenarkan kerana ia tidak mengatasi status dan kedudukan Raja Permaisuri Agong yang sepatutnya merupakan wanita berstatus palng tinggi dalam negara. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga kemudian mengadakan Sidang Puncak Wanita-Wanita Pertama Dunia di Kuala Lumpur serta banyak melakukan lawatan ke luar negara menggunakan bajet kerajaan dengan membawa sama isteri-isteri menteri mengiringinya. Sudah tentu isu perbelanjaan mengenainya dibangkit dan diperkatakan oleh rakyat dari pelbagai peringkat. Berselang-seli dengan itu, pelbagai pendedahan mengenai perbelanjaan, kemewahan dan pemborosan Rosmah didedahkan media satu persatu dan ini menjadikan namanya sentiasa basah dibibir hampir setiap rakyat negara ini. Dari pakaian, hiasan, permata, cincin, gelang, beg tangan, kos penginapan bilik hotel dan sebagainya didedahkan satu demi satu dan semua ini menjadikan beliau terus popular serta diperbualkan. Sesuatu yang mengagumkan tentang Rosmah ialah beliau tidak peduli tentang semua cakap-cakap orang mengenainya. Beliau tetap terus dengan agendanya, kalau dia mahu menonjol diri, dia akan terus menonjol diri, kalau dia mahu bershopping sakan, dia juga akan terus berbuat demikian. Kalau dia mahu bercuti mewah, dia tetap juga bercuti mewah di Dubai, Australia, Monaco dan sebagainya. Ketidakpeduliannya terhadap cakap-cakap orang amat mengagumkan dan luar biasa. Di sudut yang lain, harus diakui Rosmah juga mempunyai stamina dan gaya hidup yang berbeza berbanding isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini. Beliau nampaknya tidak mahu sekadar menjadi peneman suami di acara-acara rasmi atau mempunyai rutin menghantar dan menyambut di muka pintu setiap kali Najib pergi dan pulang dari pejabat. Beliau mahu lebih dari itu. Beliau mahu kelihatan berkuasa dan memiliki kuasa. Penonjolannya yang ketara di khalayak ramai berbanding isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini adalah bertujuan ke arah itu. Dengan banyak memberi ucapan, melontarkan idea serta memberi pendapat di pelbagai acara dan kerapkali kali pula wajahnya muncul di media-media, secara langsung dan tidak langsung menjadikan beliau kelihatan penting dan berkuasa. Dan Rosmah juga tidak menyembunyikan keghairahannya itu. Dia ternyata wanita yang suka kepada kuasa dan gembira bila khalayak menganggapnya demikian. Ramai pemimpin UMNO sendiri yang amat menghormati Rosmah berbanding rasa hormat terhadap menteri-menteri kabinet lain. Ramai pula yang cuba mendekatinya dan tunduk apabila bercakap atau berpeluang bersalam dengannya. Malahan terdapat mereka yang bersalam sambil mencium tangannya. Ibrahim Ali, pengasas Perkasa yang lebih berusia daripada Rosmah pun bersalam mencium tangannya baru-baru ini. Nampaknya Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa untuk memperjuangkan ketuanan Melayu turut tunduk kepada ketuanan Rosmah. Dari wajahnya jelas terpamer kegembiran apabila dihormati, disanjung dan diperakui tentang kuasa yang ada adanya. Rosmah tidak pernah menolak sesiapa pun mahu mencium tangannya. Oleh itu, melihat kepada kegigihan Rosmah muncul di khalayak ramai, ketidakpedualiannya terhadap cemuhan awam dan kesukaannya kepada kuasa, rasanya wajar untuk Najib memikirkan untuk meletakkan isterinya itu di kedudukan yang sesuai selepas pilihanraya nanti. Berilah peluang beliau bertanding dalam pilihanraya akan datang dan jika BN terus diberi mandat oleh rakyat, berilah juga jawatan menteri kepadanya. Dengan kedudukan Shahrizat Jalil yang begitu nazak di mata rakyat berkaitan skandal NFC, Rosmah adalah calon yang sesuai diberikan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kepimpinan Rosmah yang hebat mungkin boleh mengelakkan Wanita UMNO daripada berpecah dan lemah semangat kiranya Shahrizat tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya nanti. Dengan memberikan Rosmah kedudukan dalam kabinet, tiada lagi isu jika beliau rajin bertemu rakyat dan menjelajah ke serata pelosok dunia atas kapasiti menterinya. Isu perbelanjaan dan menggunakan bajet kerajaan juga tidak akan berbangkit lagi. Ataupun beliau juga boleh dijadikan peneraju kepada mana-mana agensi kerajaan atau GLC bagi membolehkannya kerap bertemu rakyat, tampil bergaya dan menggunakan peruntukan kerajaan. Barangkali menjadi peneraju sayap pelaburan utama kerajaan iaitu Danaharta amat bersesuaian dengan Rosmah dan jika ini berlaku, beliau setaraf dengan isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching yang mengetuai Temasik Holding, sayap pelaburan Singapura. Jika Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri hanya berjaya menjadikan anaknya Mokhzani sebagai Bendahari Pemuda UMNO Malaysia manakala Pak Lah pula hanya berjaya menjadikan menantunya Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau, kejayaan Najib meletakkan isterinya di tahap yang lebih tinggi daripada itu, pastinya ia sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia dan dikenang dalam lipatan sejarah sepanjang zaman. Najib pastinya menyedari bakat kepimpinan dan keghairahan yang ada dalam diri isterinya itu. Mudah-mudahan disebaliknya merudumnya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN berikutan pelbagai isu dan skandal yang bertali arus sejak sekian lama, dengan menguar-uarkan bahawa Rosmah adalah salah seorang "winnable candidate" dan akan dijadikan menteri selepas itu, ia berupaya menjadikan sokongan rakyat membuak-buak dan BN berjaya meraih kejayaan paling gemilang dalam sejarah pilihanraya negara ini, mengatasi pencapaian cemerlang pilihanraya tahun 2004 yang dianggap paling cemerlang setakat ini. ~shahbudindotcom |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan