Khamis, 9 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Siri 12: Melaka Panas!! Bukti Video Anak ADUN Sungai Udang Terlibat Skandal

Posted: 09 Feb 2012 12:15 AM PST


Beliau merupakan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan anak ADUN Sungai Udang yang terlibat skandal bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang didedahkan sebelum ini oleh admin kijang59 [baca sini].

Blogger UMNO/BN pernah mencabar admin-admin kijang59 untuk mendedahkan bukti video sebelum ini dan pihak admin sengaja melambatkan pendedahan tersebut supaya keadaan tidak cepat 'sejuk'. Hari ini admin akan mendedahkan seperti permintaan blogger UMNO/BN.

Blogger UMNO/BN tidak seharusnya mencabar pihak admin kijang59 sebelum ini. Ini kerana perbuatan mencabar fakta adalah memakan diri blogger UMNO/BN. Pihak kami akan mendedahkan fakta yang sebenar dan bukannya auta seperti blogger UMNO/BN.

Diharapkan video siri pertama ini dapat membuka mata ADUN Sungai Udang tentang penglibatan anaknya dalam kerja-kerja yang tidak bertamadun ini. Anak beliau dalam video itu berkata bahawa kalau UMNO atau PAS memerintah Melaka beliau tidak kisah tetapi yang paling risau apabila orang Cina memerintah.

Tahukah anak ADUN Sungai Udang itu bahawa Malaysia sebelum ini yang menjadi Perdana Menteri Malaysia 10 hari di pegang oleh otai skandal PKFZ dari MCA [baca sini]. Bukan itu sahaja, beliau tidak kisah PAS perintah asalkan bukan Cina namun ada yang menyalak seperti video di bawah ini.


Saksikan video anak ADUN Sungai Udang ini dan nantikan video kedua dari admin-admin kijang59 yang akan mendedahkan salah seorang Hal Ehwal Pelajar UTeM yang terlibat dalam video ini. Nantikan kemunculan dalam Siri 13: Melaka Panas!!

Tiada ulasan: