Khamis, 9 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Scandal NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah.. tapi mengapa melabur atas nama individu?

Posted: 09 Feb 2012 07:51 AM PST



Jika pagi tadi Malaysiakini melaporkan anak Sharizat cuba meraih simpati dengan menyatakan NFC hanyalah mangsa PKR (baca di SINI).

Malam ini pula seorang lagi anak Sharizat cuba menegakkan benang yang basah, katanya dalam perjanjian NFC tidak terdapat sebarang larangan untuk melabur..


Oleh itu lebih baik dana dari NFC itu dilaburkan daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Tapi timbul pula persoalan disini, jika dana tersebut digunakan untuk melabur mengapa pula ianya didaftarkan atas nama individu bukannya atas nama NFC sendiri?

Contohnya seperti pendedahan Rafizi yang terbaru, dimana dua buah Kondominium mewah di Singapura yang nilainya hampir RM35 Juta.

Dimana dari apa yang tertera dalam sijil hak miliknya ialah nama suami Sharizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak perempuan Sharizat,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh - lihat di SINI

Kenapa tidak boleh digunakan nama NFC?

***********************************************

NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah

Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.

Katanya, daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Adalah difahamkan bahawa pelaburan itu merujuk kepada harta yang dibeli di bawah nama syarikat tersebut, termasuk dua unit kondominium One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur dan sebidang tanah di Putrajaya.

Tiga unit kondominium mewah di Singapura yang didedahkan oleh PKR, telah dibeli di bawah nama pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka.


Malaysiakini

Timbalan Presiden Gerakan pula mahu Sharizat berundur

Posted: 09 Feb 2012 07:01 AM PST



Biarpun semakin ramai pemimpin-pemimpin yang mendesak Sharizat supaya meletak jawatan namun Sharizat buat pekak...


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Dalam satu kenyataan, Chang berkata walaupun beliau amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

Sementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata,beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbar The Star.

Scandal Pasir Selangor: Double Dignity tidak wujud dalam industri pasir Selangor..

Posted: 09 Feb 2012 03:43 AM PST



Surat diatas yang menggunakan 'letter head' syarikat Double Dignity Sdn. Bhd. Telah disertakan bersama dalam satu artikel bertajuk 'The Selangor sand-mining scandal ' yang ditulis oleh Raja Petra mendakwa wujudnya rasuah dalam industri pasir negeri Selangor.


Double Dignity adalah nama syarikat yang didakwa oleh Raja Petra Kamarudin sebagai Syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja mengorek pasir di Selangor.

Dan pengarah bagi Syarikat Double Dignity tersebut adalah Mat Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan Amirudin Shari, ADUN Batu Caves manakala elaun sebagai Pengarah yang telah dipersetujui oleh mereka berdua ialah RM5000.

Korang baca sebahagian dari artikel Raja Petra yang medakwa wujudnya rasuah dalam industri pasir Selangor yang diterjemahkan oleh Mat Saman Kati @ Malaysia Times.

Pada 23 Mei 2009, sekitar jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan diantara Kontraktor Pasir (selepas ini dipanggil KP) dan Mat Suhaimi Shafei di Sunway Hotel di Seberang Perai. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan pengorekan pasir di Selangor.

Mat Suhaimi meminta KP menyerahkan permohonan untuk mengorek pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan satu salinan kepadanya (Mat Suhaimi). Kumpulan Semesta Sdn bhd merupakan syarikat milik kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam mengorek dan menjual pasir di Selangor.

Pada 2 Julai 2009, sekitar tengahari, satu mesyuarat dilakukan di pejabat Mat Suhaimi dimana dia mengarahkan KP untuk menyertakan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd (No. syarikat 308078W)

Pengarah-pengarah syarikat ini ialah:

1. Adnan Bin Abd Mokhtar (IC number 691119-10-5105)
2. Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli (IC number 751115-08-5026)
3. Marzaniyah Binti Arshad (IC number 721127-08-5444)
4. Mat Suhaimi Bin Shafiei (IC number 680227-08-5275)
5. Amirudin Bin Shari (IC number 800208-01-6059)

Elaun Pengarah untuk Mat Suhaimi and Amirudin yang dipersetujui ialah RM5,000 sebulan.

Pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, menghantar permohonan untuk mengorek pasir di Dengkil (Sepang, Selangor), seluas 45 ekar.

Satu perkara yang penting ialah kedua-dua Mat Suhaimi dan Amirudin didaftarkan sebagai Pengarah syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, 18 Januari 2010. Ini bukan satu kebetulan.

Untuk terjemahan sepenuhnya sila baca di SINI

Sebenarnya syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak terlibat didalam industri pasir di Negeri Selangor kerana ianya tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.

Berikut pula adalah penafian dari KSSB

KSSB nafi Double Dignity terlibat dalam industri pasir

SHAH ALAM, 9 Feb: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.

Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.

Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di Negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan dari syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.

"KSSB sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak berkuasa lain dalam apa jua siasatan yang melibatkan KSSB," kata kenyataan itu - Harakahdaily

Lihat pula senarai Kontraktor Lantikan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dibawah ini..






Sila klik pada image untuk lebih jelas atau lihat di SINI


Syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan..

Oleh itu ianya juga boleh dikatakan tidak wujud dalam Industri Pasir Selangor..

Jadi.. Benar atau Tidak artikel Raja Petra itu?

Buktikan jika semua tuduhan PKR itu fitnah - Ketua UMNO Bahagian Cheras

Posted: 09 Feb 2012 01:00 AM PST



ISU NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat Abdul Jalil perlu diselesaikan sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-13 diadakan, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Jika tidak kata beliau, isu tersebut bakal menjadi beban besar kepada UMNO dan kemungkinan akan menghakis keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak mahu kecemerlangan kepimpinan Najib akan menjadi cacat disebabkan oleh isu NFC," tegasnya.

Menurut beliau, rakyat sedang memerhati sejauhmana ketegasan dan ketelusan pihak berkuasa menangani isu tersebut.

Beliau menegaskan, rakyat juga sudah bosan dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan kepimpinan UMNO yang turut diekspoloitasikan pembangkang untuk menarik sokongan pengundi.

"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu melahirkan rasa kecewa kerana pihak pembangkang semakin ghairah membongkar satu persatu pembelian pelbagai aset mewah terutama di Singapura yang dikaitkan dengan suami Shahrziat, peneraju utama NFC," katanya.

Katanya, jika dakwaan pembangkang itu tidak dinafikan oleh pihak terbabit (keluarga Shahrizat) kemungkinan boleh menimbulkan persepsi umum bahawa dakwaan tersebut sebagai benar.

"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," tegas beliau.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat mahu kepada penjelasan yang sahih berhubung isu tersebut yang turun mendapat perhatian media aasing.

Keluarga Shahrizat kata beliau, tidak perlu berasa takut atau cemas jika terbukti mereka tidak terbabit dalam sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berkait isu NFC.

Syed Ali sekali lagi mengingakan bagaimana pembangkang dalam siri ceramah politik diseluruh negeri telah menggunakan isu NFC sebagai modal mereka memburukkan UMNO dan Najib selaku Perdana Menteri.

"Pembangkang tuduh macam-macam pasal NFC dan mereka juga menunding jari kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bagaimana pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan negeri agak sukar untuk menjelaskan kepada rakyat apabila isu NFC dibangkitkan.

Sehubungan itu katanya, jalan terbaik ialah isu NFC mesti diselesaikan sebelum berlakunya PRU ke-13 supaya sokongan rakyat tidak terhakis.


UMNO Bahagian Cheras

Kerana Fitnah. Umno Online, Papagomo dan Pisau.net dilaporkan ke SKMM

Posted: 08 Feb 2012 11:58 PM PST



PETALING JAYA: Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.


Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

"Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.

"Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk "Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali", di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

"Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL".

Motif jelik dan keji

"Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah," kata Zairil di dalam satu kenyataan media.

Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh 'pelajar perempuan' tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.

"Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya," jelas Zairil.

Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.

Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka.


Free Malaysiakini

Demi Israel, Malaysia hentikan eksport Minyak Sawit ke Iran?

Posted: 08 Feb 2012 09:02 PM PST



Reuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.


Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan.

Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel.

Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Dalam hal minyak masak ini.. jelas demi Israel, Malaysia telah menyekat penghantaran minyak masak tersebut kepada Iran..

Ini kerana menurut Chegu Bard .. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. Beliau yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini beliau cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

Kenyataan media sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030 - sepenuhnya sila baca di ( SINI )


*******************************************

Exclusive: Malaysian exporters halt palm oil supply to Iran

(Reuters) - Malaysian palm oil exporters have stopped supplying Iran with most of the 30,000 tonnes of the food staple the Middle Eastern country buys each month, or about half its demand, as Western financial curbs on Tehran stymie payments, two trading sources said.

The halt in Malaysia's palm oil exports to Iran, which the traders said started late last year, is the latest sign that sanctions aimed at persuading Tehran to abandon a suspected nuclear weapons program have started to bite.

The sanctions, spearheaded by the United States and European Union, have made it difficult for Iranian palm oil buyers to use letters of credit and make payments via middlemen in the United Arab Emirates (UAE) to Malaysian exporters.

Malaysia is the world No.2 producer of palm oil, used to make products from bio-diesel to cooking oil. It is a key supplier of Iran's palm oil, along with Indonesia, the world's top producer.

"Most of the companies selling palm oil to Iran have stopped since the end of last year," one trader with direct knowledge of the deals told Reuters on Wednesday.

"Payments are not coming through and no palm oil shipper wants to risk sending the cargoes to Iran with such a tense political situation," added the trader, who declined to be identified due to the sensitivity of the issue.

Malaysia's Commodities Ministry and the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) -- the country's key marketing agency for the tropical oil -- were not immediately available for comment.

Source : Reuters US Edition

Aku jumpa berita ini di Semut dan papan kekunci

NFC dakwa jadi mangsa PKR?.. bodohnya alasan..

Posted: 08 Feb 2012 07:23 PM PST



Segalanya bermula dengan pendedahan oleh Ketua Audit Negara tetapi anak Sharizat ini meletakkan kesalahan terhadap PKR, yang kononnya menjadikan NFC sebagai mangsa..


Apa yang dipertikaikan ialah penyalahgunaan dana awam oleh pihak pengurusan tertinggi NFC bukannya siapa yang memegang jawatan tertinggi itu.

Adalah satu kerja yang membuang masa jika PKR menyerang sebuah entiti perniagaan iaitu NFC kerana NFC bukanlah satu pertubuhan politik.

Jika anak Sharizat Izran mendakwa PKR telah memutarbelit segala-galanya kenapa tidak beliau sendiri menjelaskan bagaimana Pengerusi NFC iaitu bapanya sendiri mampu membeli berbagai aset yang mewah hanya setelah mendapat pinjaman untuk projek Pusat Fidlot?

Sebahagian dari transaksi account menunjukkan bahawa mereka telah membelanjakan pinjaman itu seolah-olah mereka telah menang loteri..


NFC dakwa jadi mangsa PKR

National Feedlot Corporation (NFC), syarikat kontroversi yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan menyalahgunakan pinjaman kerajaan, mengulangi bahawa ia tidak bersalah dan mendakwa ia menjadi mangsa PKR.

Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh, dalam Twitternya, semalam berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikan oleh pihaknya.

Sebaliknya, tegas beliau, syarikatnya jujur untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan, tetapi menegaskan ia mengambil masa.

Sambil menekankan bahawa syarikat itu telus dalam semua operasinya, Izran menuduh PKR memutarbelit isu tersebut.

Izran berkata, pihaknya tidak pernah menyembunyikan apa-apa.

Menurutnya lagi, terdapat liputan media bagi setiap langkah, termasuk apabila perjanjian pinjaman ditandatangani.

Sekali lagi, Izran mendakwa PKR telah memutarbelit segala-galanya.

NFC, sebuah syarikat yang dimiliki anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, telah diberikan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat fidlot Kebangsaan.

Izran adalah anak lelaki Shahrizat, manakala suami menteri itu, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Malaysiakini

Tiada ulasan: