RAKYAT MARHAEN |
- Sepatutnya Isa keluar dewan - Tangam
- Pecat: Bekas felo akademik saman Unisza
- Penderitaan rakyat Palestin jadi mainan politik UMNO
- Politik sakit dan politik sihat
- Ada apa dengan bebat
- Polis : Permit Untuk Himpunan Hijau Belum Keluarkan
- Penyenaraian FGVB: PKR ajak Ahmad Maslan atau Isa Samad berdebat
- MB: 'Tunggu 28 Feb, saya pun ada kejutan'
- Growing resistance from settlers may force Najib to defer Felda IPO
- Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal
- Imam pertahan tindakan baling kasut ke arah hakim
- Anwar dan semua pimpinan utama PKR akan hadir Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini
- Surat Cabaran Debat dengan YB UMNO, Zakaria Isu Rampasan Tanah SRIDB
- Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?
- Pahang, Lynas dan hutan kekal yang gondol!
- Dr. Rosmah Wajar Dijadikan Menteri.....
- Nafsu Politik Anwar Macam Pol Pot, kata RTC....Nafsu RTC...!!!!
- Mahathir akui balas surat Israel
- Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera'
- Iran tension boosts oil prices
- Koran desecration protests continue in Afghanistan
- Anwar Ibrahim Berucap Dalam "Zon Perang" Di Johor
- Kemaraan Anwar di Melaka cuba di halang 'samseng umno'.
- Syrians Remember Journalists Killed
- Has Yemen's revolution succeeded?
Sepatutnya Isa keluar dewan - Tangam Posted: 23 Feb 2012 06:18 PM PST TEMERLOH, 24 Feb: Pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang diusir oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam program taklimat di Dewan Perdana Felda kelmarin, meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan tersebut. Read More / Baca Lagi >>R. Tangam, 50, dalam sidang medianya bersama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman semalam, berkata insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana beliau merupakan perwakilan KPF dan dijemput untuk berdialog. "Saya kesal dengan tindakan seorang Pengerusi Felda seperti itu dan ekoran daripada berlaku kekecohan sehingga ada yang meneriakkan bahasa yang kasar dan kesat seperti 'keling' dan 'paria' yang boleh membangkitkan perkauman. |
Pecat: Bekas felo akademik saman Unisza Posted: 23 Feb 2012 06:10 PM PST UALA TERENGGANU, 24 Feb: Seorang bekas Felo Akademik Univesiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang telah dipecat kerana menghantar 'email' kepada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Institusi tersebut telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, 20 Februari. Menurut Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil, 29, (gambar) beliau ditawarkan jawatan sebagai Felo Akademik di bawah Skim Latihan Pegawai Akademik Universiti pada 24 Disember 2009. Walaupun beliau merupakan Felo Akademik yang bertanggungjawab menyambung pelajaran sahaja, namun telah diminta oleh Unisza mengendalikan kuliah pelajar Diploma bagi subjek Investment dan Islamic Financial Institution and Market bagi semester 1 sesi 2010/2011. Read More / Baca Lagi >> |
Penderitaan rakyat Palestin jadi mainan politik UMNO Posted: 23 Feb 2012 06:07 PM PST KUALA LUMPUR, 23 FEB: DAP kesal dengan sikap kerajaan pusat dalam menangani perjuangan rakyat Palestin menuntut hak negara merdeka kerana ia telah dijadikan politik murahan oleh para pemimpin UMNO. Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, amat menyedihkan apabila kepimpinan UMNO hanya berminat untuk mengambil kesempatan daripada penderitaan rakyat Palestin untuk mengukuhkan kedudukan politiknya sahaja. Katanya, para pemimpin UMNO tidak berminat untuk benar-benar menjuarai perjuangan Palestin yang hanya digunakan sebagai isu tempatan bagi menyerang Pakatan Rakyat dengan pelbagai tohamahan tidak berasas. "DAP menjunjung idealisme keadilan, kebebasan dan solidarity, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di negara-negara lain yang mana rakyat mereka ditindas tanpa mengira kaum dan agama. "Justeru, kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang dipinggirkan dan sentiasa memberi tekanan terhadap masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan segera konflik dan keganasan di Gaza dam Tebing Barat," katanya dalam satu kenyataan. |
Politik sakit dan politik sihat Posted: 23 Feb 2012 06:06 PM PST Oleh Adil Mat Selamat Modal konco-konco UMNO kini hanya tertumpu untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Selain DAP yang difitnah sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, para pemimpin PAS dan UMNO pula dihentam keromo dengan isu-isu yang semakin tidak masuk akal. Barisan Third Force yang seangkatan pemikiran mereka dengan UMNO seperti Perkasa dan Jati pula menggunakan Melayu, Islam dan Raja-raja untuk menekan PAS dengan mimpi agar sesetengah pemimpin dan ahli PAS meragui barisan kepimpinan mereka sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 23 Feb 2012 06:04 PM PST Debat antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek masih lagi hangat diperbincangkan. Masyarakat nyata teruja dengan pendekatan debat ini. Banyak perbincangan, wacana dan cakap-cakap yang terbit sebaik sahaja debat ini tamat. Sungguh pun tajuknya seakan mirip kepada isu kedudukan politik dan sikap orang Cina, ternyata Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek berjaya menggerakkan tema ini jauh daripada sekadar itu. Paling nyata, masyarakat kini dapat menilai betapa politik Malaysia larut dalam sentimen kebencian yang amat. |
Polis : Permit Untuk Himpunan Hijau Belum Keluarkan Posted: 23 Feb 2012 06:02 PM PST KUANTAN, 23 FEB : Polis belum memutuskan sama ada untuk mengeluarkan permit atau tidak bagi Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang diadakan di sini, Ahad ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata polis akan mengadakan perjumpaan dengan penganjur esok berhubung perkara itu. "Kami telah menghantar surat kepada penganjur untuk mengadakan mesyuarat pada hari Rabu lepas tetapi atas sebab-sebab tertentu, perjumpaan itu ditunda esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan, Haslinda Hassan, berkata MPK tidak akan mengeluarkan permit kepada penganjur perhimpunan itu di Padang MPK1 sekiranya mereka tidak mendapat kelulusan polis. Selasa lepas 26 pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang telah diberikan lesen beroperasi sementara. |
Penyenaraian FGVB: PKR ajak Ahmad Maslan atau Isa Samad berdebat Posted: 23 Feb 2012 05:59 PM PST Keputusan Barisan Nasional mengenepikan terus pandangan dan penyertaan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang mewakili kepentingan peneroka dan kakitangan FELDA bermakna proses penyenaraian FELDA Global Ventures Berhad yang cuba dilakukan akan membelakangkan dan mengorbankan kepentingan penoraka dan kakitangan FELDA. Kerajaan Barisan Nasional memerlukan persetujuan KPF yang kini mempunyai pegangan 51% di dalam FELDA Holdings Berhad untuk memindahkan keseluruhan pegangan itu kepada FELDA Global Ventures Berhad yang ingin disenaraikan. |
MB: 'Tunggu 28 Feb, saya pun ada kejutan' Posted: 23 Feb 2012 05:54 PM PST "Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu. Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar. |
Growing resistance from settlers may force Najib to defer Felda IPO Posted: 23 Feb 2012 05:53 PM PST Putrajaya could delay the US$2-billion (RM6 billion) listing of FELDA Global Ventures (FGVH) as settlers' opposition to the deal risks undermining Barisan Nasional's (BN) support in fiercely contested national polls expected this year. The listing of FGVH, originally set for mid-2012, aimed to give Malaysia's US$27-billion palm oil sector much-needed financial firepower to boost yields and expand when top producer Indonesia is gaining market share. But the initial public offering has triggered unexpectedly strong resistance from some of the 113,000 farmers who together own 60 per cent of the land given to them by FGVH's parent, the Federal Land Development Authority (FELDA). |
Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal Posted: 23 Feb 2012 05:47 PM PST PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif. "Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Imam pertahan tindakan baling kasut ke arah hakim Posted: 23 Feb 2012 05:45 PM PST Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak." Read More / Baca Lagi >>Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya. |
Anwar dan semua pimpinan utama PKR akan hadir Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini Posted: 23 Feb 2012 05:31 PM PST Parti Keadilan Rakyat memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini. Sebelum ini Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek radiaoktif Lynas di Gebeng, Pahang. Malah, Temurapat Pimpinan KEADILAN pada 24-26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak telah dipindahkan ke Kuantan, Pahang bagi membolehkan semua pimpinan parti diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0. Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas. DATO' SAIFUDDIN NASUTION SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT |
Surat Cabaran Debat dengan YB UMNO, Zakaria Isu Rampasan Tanah SRIDB Posted: 23 Feb 2012 05:29 PM PST KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah 'berbohong' kepada rakyat serta menfitnah pihak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB). Menurutnya, Adun Paka cuba menutup kesilapan Umno 'merampas' tanah SRIDB yang diagihkan hanya kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbong. Katanya, terdapat hampir 16 tuduhan yang tidak berasas tentang fakta sebenar isu tanah serta bersifat memfitnah bagi menutup kesalahan merampas tanah SRIDB. Read More / Baca Lagi >> |
Bila pula Sultan jadi bayangan Allah? Posted: 23 Feb 2012 05:21 PM PST Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Pahang, Lynas dan hutan kekal yang gondol! Posted: 23 Feb 2012 08:57 AM PST Oleh BASIRON ABD WAHAB Ketika ini rakyat tertunggu-tunggu tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Ada menjangkakan seawal Mac tetapi ramai juga meramalkan bulan Jun. Apa pun semua politik dilihat sudah bersiap sedia menghadapinya. Bilik gerakan telah dibuka, bendera parti dikibarkan di mana-mana. Di Jengka, kawasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka bertanding, bendera PAS dan BN sudah dikibarkan di merata tempat. Suasana pilihan raya benar-benar sudah dirasai. Difahamkan, Majlis Daerah Maran memanggil semua parti politik termasuk PAS berbincang mengenainya. MDM mahu semua parti politik menurunkan bendera masing-masing. Read More / Baca Lagi >> |
Dr. Rosmah Wajar Dijadikan Menteri..... Posted: 23 Feb 2012 08:54 AM PST Oleh Shahbudin Husin Setelah kita dihebohkan dengan berita-berita kurang enak mengenai isteri Perdana Menteri, Dr. Rosmah Mansor sejak sekian lama, mutakhir ini menyusul pula berita yang agak mengagumkan mengenai beliau. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Curtin, Australia dan diberikan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia oleh NASEBA atas pelbagai sumbangannya dalam dunia kebajikan selama ini. Read More / Baca Lagi >> |
Nafsu Politik Anwar Macam Pol Pot, kata RTC....Nafsu RTC...!!!! Posted: 23 Feb 2012 08:52 AM PST PETALING JAYA, 23 FEB: Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau tetap yakin pelaku dalam video seks yang didedahkannya tahun lalu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan tidak menolak kemungkinan sebuah lagi video akan muncul. |
Mahathir akui balas surat Israel Posted: 23 Feb 2012 08:49 AM PST Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel. "Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera' Posted: 23 Feb 2012 08:46 AM PST Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kontroversi yang menyelubungi Nasional Feedlot Corporation (NFC) "diselesaikan segera" supaya "adil" kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal tersebut. Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, kes itu telah terlalu dipolitikkan, maka SPRM perlu memutuskan sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut. Beliau pemberita bahawa SPRM telah menyelesaikan siasatannya dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun, Peguam Negara telah menyerah balik kertas siasatan itu dan meminta dijalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu. |
Iran tension boosts oil prices Posted: 23 Feb 2012 08:36 AM PST |
Koran desecration protests continue in Afghanistan Posted: 23 Feb 2012 07:59 AM PST |
Anwar Ibrahim Berucap Dalam "Zon Perang" Di Johor Posted: 23 Feb 2012 07:57 AM PST |
Kemaraan Anwar di Melaka cuba di halang 'samseng umno'. Posted: 23 Feb 2012 07:55 AM PST |
Syrians Remember Journalists Killed Posted: 23 Feb 2012 06:39 AM PST |
Has Yemen's revolution succeeded? Posted: 23 Feb 2012 06:38 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan