dollah yankee |
Posted: 23 Feb 2012 06:12 AM PST Alias Mohd.Yasin dan Manaf Hussein ada lah wakil dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian, manakala Mat Ali Hassan pula wakil dari Kerajaan Negeri Sembilan. Ketiga-tiga mangkuk ini ada lah wakil (wakil? atau proksi?) yang dilantik sebagai antara ahli lembaga pengarah dalam organisasi NFC olih kerajaan pusat untuk menjaga kepentingan kerajaan pusat yang bagi duit 250 juta dan kepentingan kerajaan negeri sembilan telah yang bagi tanah. Tapi apa yang dah tiga ekor ini buat? Ketiga-tiga ekor ini tak buat apa-apa dan tak tau apa-apa langsung apa yang berlaku dalam pengurusan NFC sampai lah mereka sendiri terbaca dalam internet apa yang dah berlaku dalam NFC. Kalau ikut pada bahasa undang-undang, ahli-ahli lembaga pengarah ini dikehendaki dan hendaklah diberitahu tentang apa-apa juga rancangan 'pelaburan' bagi mendapatkan kelulusan dari mereka. Tapi apa sudah jadi? Ahli lembaga pengarah yang mewakili kerajaan ini 'nga-nga' dan tidor. Mereka pun dapat cerita tentang beli kondo, beli tanah ini dari internet, dari blog-blog politik. Yang pelik dan 'best' ialah tiga-tiga monyet ini tak pernah 'miss' mesyuarat lembaga pengarah NFC tiap-tiap bulan. Tak tau lah pulak kalau minit mesyuarat tu ada dua salinan yang berbeza isi kandungan. Atau juga mungkin tiga-tiga musibat ini hadir pada mesyuarat itu hanya kerana mahu membuat tuntutan elaun mesyuarat 700 ringgit sebulan yang di bayar NFC dan juga elaun sebagai pengarah yang dibayar setahun sekali itu. Dalam erti kata lain duduk diam-diam, sign apa yang patut lebih kurang, cukup bulan terima habuan. Sebab itu mereka tak tau apa-apa. dollah yankee - Melayu tipu melayu ! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan