Selasa, 21 Februari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Penyenaraian FGVH bahaya kepada peneroka – Ku Li

Posted: 21 Feb 2012 09:27 PM PST


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar diserang setiap malam, macam tiada isu lain- Wan Azizah

Posted: 21 Feb 2012 09:25 PM PST

GEMAS 22 Feb- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar dan melahirkan kekesalan terhadap kepimpinan Umno-BN yang berterusan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah katanya, media arus perdana termasuk stesen televisyen RTM dan TV3 terus melakukan fitnah terhadap ketua Umum KEADILAN itu setiap hari.
"Sedangkan rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu besar. Antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan macam-macam skandal lagi.
"Apakah tidak ada isu lain selain dari memaki dan menfitnah suami saya Anwar Ibrahim?,"  soal beliau  di hadapan lebih 1,500 peneroka Felda Palong 4, 5 & 6.
Anwar kebelakangan ini diserang oleh Umno -Barisan Nasional yang memutar belitkan kenyatannya dalam Asian Wall Street Journal berhubung isu Palestin-Israel.
Bagaimanapun, Anwar tegas menyatakan pandangannya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib the "lap dog poodle" of Dr M's: Debate exposes the real coward in BN is Umno

Posted: 21 Feb 2012 09:22 PM PST

Najib the "lap dog poodle" of Dr M's: Debate exposes the real coward in BN is UmnoAs expected, after making a grand show of support for the Great Chinese Debate between the MCA and DAP, Prime Minister Najib Razak found himself forced to crawl away tail between the legs after ex-premier Mahathir Mohamad slammed the door on the possibility of a similar contest between Najib and Opposition Leader Anwar Ibrahim.
"Najib has proven what I warned all along, he is just Mahathir's lap dog poodle. Who better to take on the PM of any nation than the Opposition Leader of the same nation? Even the mahasiswa (undergraduates) know this, but Ku Nan, the Umno sec-gen, can only refer Anwar to Saiful? This only shows the low class mentality of the Umno leaders," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Gov’t fails to learn from Bkt Merah tragedy

Posted: 21 Feb 2012 09:21 PM PST

Is the RM700 million in Lynas investment more important to the government than the lives of its citizens?

By Charles Santiago
Severe birth defects, eight leukemia cases over five years in a community of 11,000, tears and anguish of the poor people from a largely shoe-making community – these are not news headlines. Neither is it the plot of a movie.
These are the consequences of carelessly allowing the Asian Rare Earth factory to be built in Bukit Merah, Perak in 1982. When Mitsubishi Chemical started operating its rare earth factory, the villagers complained of choking sensation, pungent smell, coughs and colds.
The community also saw a sharp rise in the cases of infant deaths, congenital disease, leukemia and lead poisoning. While US$100 million is estimated to be the clean-up cost of the factory and dump site, the largest in the rare earth industry, it has not wiped out the memories and heartache of the villagers who lost their children and loved ones.
Read More / Baca Lagi >>

Transformer UMNO : Tinggal dalam pondok usang...54 tahun berkuasa..!!!

Posted: 21 Feb 2012 09:19 PM PST


rumah usang
rumah usang2
MUAR - Lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat dekat sini, terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Norhawa Arip, 37, berkata, pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurutnya, pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami, Ariffin Md Amin, 39, dan enam anak mereka berusia 15 hingga tiga tahun, sejak lapan bulan lalu.

"Pendapatan suami sebagai pemandu lori tidak menentu kerana bergantung kepada perjalanan lori telah menyukarkan kami untuk membina rumah baru.

"Ia sekadar mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk perlu menanggung lima daripada enam anak yang masih bersekolah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Norhawa berkata, keadaan pondok itu juga sudah tidak kukuh, selain tidak mempunyai ciri keselamatan kerana hanya berdindingkan zink dan kanvas serta tidak berpintu.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Terpaksa kerah kudrat jantan

Posted: 21 Feb 2012 09:17 PM PST


Pondan
KUANTAN - Kumpulan mak nyah yang berpelesiran mencari pelanggan di sekitar Lorong Kunyit di sini, terpa­ksa mengerah 'kudrat jantan' mereka untuk melarikan diri, bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang menyerbu lokasi itu, awal pagi semalam.
Sebaik menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa di lokasi itu, mereka melarikan diri sehingga ada yang terjatuh, malah ada yang lari berkaki ayam selepas kasut tumit tinggi yang dipakai tercabut.
 
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, seorang mak nyah berusia 31 tahun berjaya dicekup, manakala rakan-rakannya berjaya melepaskan diri dengan menyelinap masuk ke dalam bangunan berhampiran.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan UMNO/BN Memang Suka Buat Hutang

Posted: 21 Feb 2012 09:15 PM PST

Kalau semasa pembentangan Bajet 2012, bajet yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet defisit. Bajet defisit bukanlah suatu yang teruk tetapi jika terus-menerus kerajaan mengemukakan bajet defisit kepada rakyat, ada masalah sebenarnya.

Hutang Malaysia 2012 berdasakan semakan kami di laman Bank Negara menunjukkan ianya terus meningkat ke angka RM456.1 billion. Masih lagi meneruskan dengan trend yang meningkat naik. Rakyat Malaysia perlu risau?
Read More / Baca Lagi >>

“Kapal Israel singgah, tiada urusan”..hi..hi..singgah berhari2 tak sama dengan berlabuh eh..!!!

Posted: 21 Feb 2012 09:14 PM PST


Wesports
SHAH ALAM – Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
 
Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
 
"Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
 
Read More / Baca Lagi >>

Tak perlu bai'ah, kata Tun Mahathir....dia ni ahli PAS eh..!!! Jawatan Ape yerk..!!

Posted: 21 Feb 2012 09:08 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohammed
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Nik Aziz: 'Haram sekongkol dengan Israel'

Posted: 21 Feb 2012 09:01 PM PST


Nik Aziz & Anwar
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan, adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.
"Oleh kerana itu tidak berbangkit Pas telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Demo anti ISA: 14 Dipenjara 1 hari, Denda RM 2 ribu (atau 1 minggu penjara) .

Posted: 21 Feb 2012 08:58 PM PST

NONEEmpat belas daripada 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dengan perhimpunan haram.
Kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
Pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.
Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah pagi ini dan hakim Ainul mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas ialah isu seluruh rakyat Malaysia – Fuziah

Posted: 21 Feb 2012 08:55 PM PST

KUANTAN 22 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata projek pemprosesan nadir bumi di Gebeng, bukan hanya merupakan masalah masyarakat setempat, tetapi isu rakyat Malaysia keseluruhannya.
Beliau berkata, Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Febuari ini adalah untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia dalam membantah loji tersebut yang mendatangkan bahaya kesihatan manusia.
"Loji ini juga berisiko tinggi untuk membawa pencemaran kepada alam sekitar. Maka ia bukan isu penduduk Kuantan sahaja, tetapi seluruh rakyat Malaysia," kata Fuziah kepada Keadilandaily.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, KEADILAN memberikan sokongan kuat terhadap Himpunan  tersebut yang bakal diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan.
Tambah beliau, cabang-cabang parti juga memberi maklum balas untuk turut serta bagi menyuarakan bantahan terhadap projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) itu.
"Timbalan Presiden (Azmin Ali) juga telah memberikan komitmen beliau (untuk hadir)", tambahnya lagi.
Himpunan Hijau 2.0 adalah perhimpunan kedua yang diadakan bagi membantah projek ini.
Read More / Baca Lagi >>

Cuba teka, siapa PM?

Posted: 21 Feb 2012 08:51 PM PST



(Gambar yang sangat popular dalam Facebook Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Sekeping gambar mencerita seribu perkataan dan gambar ini telah menjadi antara gambar yang paling popular di kalangan penyokong Facebook Harakahdaily.

Gambar ini telah di'like' oleh 435 pembaca, dikongsi oleh 83 pembaca dan menerima 487 komen pembaca.

Apabila Harakahdaily menyiarkan gambar ini dalam Facebook, soalan yang ditanya mudah sahaja "Macam rasa ada benda tak kena saja dengan gambar ini.... Apa pendapat anda semua?"

Ekoran itu, pelbagai jenis tafsiran yang diberikan oleh pembaca dan yang paling popular adalah lambang siapakah Perdana Menteri sebenar antara Datuk Seri Najib atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anda pula apa pandangan...anda tentukan sendiri.

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

Posted: 21 Feb 2012 08:49 PM PST


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan  pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.
Read More / Baca Lagi >>

I Help You, You Help Me...dapat projek lebuhraya

Posted: 21 Feb 2012 08:46 PM PST

Projek Lebuhraya KIDEX untuk Hakim dan Peguam UMNO: Nurul tuntut penjelasan PM

Krisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Nizar Jamaluddin pula.

Watak utama kemelut ini merupakan Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Ahmad Zaki.
Read More / Baca Lagi >>

Usaha halang Himpunan Hijau 2.0 guna padang

Posted: 21 Feb 2012 08:07 PM PST

Penganjur Himpunan Hijau 2.0, bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang mendakwa ada cubaan bagi menghalang mereka menggunakan padang di Kuantan untuk perhimpunan pada hari Ahad ini.

Menurut pengerusi bersama penganjur Wong Tack, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 20 Feb memaklumkan kepada mereka bahawa bahawa permohonan hanya boleh diluluskan dengan surat sokongan daripada polis.

Walau bagaimanapun, pihak polis dalam jawapan lisan mereka kepada Himpunan Hijau 2.0 pada 15 Februari lalu, berkata kelulusan diperlukan terlebih dari MPK.

"Ia seperti permainan ping-pong dan kita tidak berminat. Pada 26 Februari ini, rakyat akan berhimpun secara aman di Kuantan, di padang ataupun di bandar Kuantan. (MPK) mempunyai pilihan," kata Wong.

Debat DAP-MCA – Bahagian III

Posted: 21 Feb 2012 08:06 PM PST

Nota editor: Dalam bahagian kedua, sewaktu sesi soal jawab pertama, pihak penganjur lebih memberi peluang kepada para penyokong MCA. Pada sesi soal jawab kedua, semakin ramai penyokong MCA yang emosi dengan membuat tuduhan liar. Chua Soi Lek pula tidak banyak menjawab soalan, sebaliknya menyerang Lim Guan Eng secara peribadi )
Sesi soal jawab bersama hadirin
  1. Bolehkah anda menghuraikan macam mana parti anda mempromosikan pendidikan dan meningkatkan peluang pendidikan dan tahap membaca? Soalan kepada kedua-dua pendebat.
Read More / Baca Lagi >>

Debat DAP-MCA – Bahagian II

Posted: 21 Feb 2012 08:04 PM PST

(Nota editor: Dalam bahagian pertama, debat di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berjalan lancar dengan hujah masing-masing. Bagaimana pun, dalam sesi soal jawab, pihak penganjur lebih banyak memberi peluang kepada para penyokong MCA yang nampaknya lebih ghairah untuk menuding jari terhadap Guan Eng daripada ikhlas mencari penyelesaian)
Sesi soal jawab bersama hadirin
  1. Adakah anda bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran atau sistem pendidikan dwi-aliran yang termasuk pendidikan vernakular dan macam mana anda akan mempromosikan agenda tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

Debat DAP-MCA – Bahagian I

Posted: 21 Feb 2012 08:02 PM PST

Nota editor: Debat di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang diadakan dalam bahasa Mandarin di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2012 dijalankan dalam keadaan yang berat sebelah di mana hampir semua penyokong adalah daripada MCA, semua kecuali satu soalan daripada hadirin adalah daripada MCA dan semuanya bersifat menyerang peribadi Guan Eng.
Berikut adalah transkrip debat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
Pendahuluan  - Chua Soi Lek
Tuan pengacara, Setiausaha Agung DAP, para perwakilan sekalian, selamat petang.
Dalam negara yang demokrasi, sistem dua parti adalah sesuatu perkara yang baik jika ada persaingan sesama lain dan mekanisme 'semak dan imbang'. Tetapi malangnya di Malaysia, apa yang kita nampak waktu 308 (nota: pilihan raya umum 8 Mac 2008), DAP tidak berhenti-henti menyerang dan menfitnah pihak saingan, mewujudkan suatu politik kebencian, dan menyebabkan berpecah-belah demi merampas kuasa.
Yang lebih serius lagi, DAP sudah berlainan dengan DAP yang dahulu. Hari ini, DAP sudah berpakat dengan PAS dan PKR menjadi barisan pembangkang. Tuan-tuan dan puan-puan harus faham bahawa PAS akan medominasi segala-galanya, kerana ahlinya lebih ramai, sumbernya lebih banyak, kerusi yang ditandinginya pun lebih banyak. Oleh sebab itu, PAS tidak akan mudah berputus asa untuk memerintah dengan Islam, melaksanakan hudud dan merealisasikan negara teokratik Islam.
Read More / Baca Lagi >>

M'sians must know how nation came about : ex-top cop Yuen Yuet Leng

Posted: 21 Feb 2012 07:57 PM PST

M'sians must know how nation came about : ex-top cop Yuen Yuet LengIt is imperative that the current and future generations of Malaysians know how the nation has evolved to where it is today.
Inspite of inherent and distinctive diversities among its people, they still could unite to win the war against communist terrorists (CTs).
Former top cop Tan Sri Yuen Yuet Leng said, this was particulary so, during the time when the CTs were still unprepared to openly give up violence and their armed struggle as a means to achieve political power.
"Even after retirement, I still continue to play my part to ensure that the incumbent government, whatever the political party, continues to administer the nation fairly and justly in the interests of all communities and especially, the needs of all communities," he said in a special interview with Bernama recently.
He explained that all efforts must be carried out according to the Federal Constitution and must be appreciated by everyone.
Read More / Baca Lagi >>

Demo anti ISA: 16 didapati bersalah...sejarah hitam negara ISA dihalalkan..!!!

Posted: 21 Feb 2012 07:46 PM PST

Enam belas individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dengan perhimpunan haram.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah kerana tertuduh gagal mewujudkan keraguan berhubung kes tersebut.

Pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.Read More / Baca Lagi >>

Samseng Sembrong: PAS mahu Hisham bertanggungjawab

Posted: 21 Feb 2012 07:42 PM PST


KUALA LUMPUR, 22 Feb: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab berhubung serangan fizikal terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor Ahad lalu.

Beliau yang juga ahli parlimen Tumpat berkata, apa yang mendukacitakan, insiden itu berlaku dalam kawasan parlimen Hishammuddin sendiri yang juga  Menteri Dalam Negeri.

"Sangat memalukan apabila keganasan itu berlaku dalam kawasan Menteri Dalam Negeri sendiri.

"Macam mana nak jaga keselamatan negara, keselamatan dalam kawasan sendiri pun tak boleh jaga," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?

Posted: 21 Feb 2012 07:40 PM PST

Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?

Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan 'jihad perkauman' yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..

Posted: 21 Feb 2012 07:15 PM PST

kapal israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada "slot Israel" di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.
Read More / Baca Lagi >>

Israel dan sekutu dalam ketakutan

Posted: 21 Feb 2012 07:06 PM PST



BAITULMUQADDIS - Israel sebenarnya bimbang negara berkenaan terdedah dengan serangan balas yang dahsyat jika ia menyerang program nuklear Iran.
Baru-baru ini, beberapa pegawai Israel yang memetik laporan perisikan memberitahu, bandar Tel Aviv di negara itu akan menjadi sasaran utama jika berlaku serangan.
Timbalan Perdana Menteri Israel, Dan Meridor yang juga Menteri Perisikan dan Tenaga Atom, membayangkan pada Sabtu lepas bahawa Israel kini berdepan dengan ancaman baharu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: