Selasa, 21 Februari 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Siapa kawan Israel?

Posted: 21 Feb 2012 09:02 PM PST




Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1326.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"

Bila saya membaca dan meneliti hadis tersebut fahamlah saya bahawa yahudi sampai bila-bilapun akan memusuhi islam dan tidak mengiktiraf Palestin. Maknanya, kisah Israel mengiktiraf dan memenuhi asperasi dan kehendak rakyat Palestin hanyalah fallacy.

Melihat hadis ini dalam konteks kenyataan Anwar dalam WSJ, tiadalah apa-apa yang membimbangkan sebenarnya kerana Anwar meletakkan syarat ketat (yang tidak mungkin Israel penuhi) sekiranya keselamatan Israel hendak dijamin MAKA Israel mesti memenuhi asperasi dan kehendak rakyat Palestin yang diwakili Hamas dan Fatah. Anwar faham perangai yahudi.

Cuma Anwar sepatutnya menjawab dengan bahasa yang lebih mudah difahami semua, 'Kita tidak akan pasti keselamatan Israel dapat dijamin selagi semua tuntutan rakyat Palestin yang diwakili Hamas dan Fatah dipatuhi sepenuhnya oleh rejim tersebut."

Ayat di atas menerangkan maksud yang sama sebagaimana yang Anwar utarakan dalam temuramahnya dengan WSJ.

Perbezaannya dengan PAS ialah, parti itu lebih direct to the point.

Mengambil dari hadis ini juga bermakna pada PAS bahawa, kalau itulah kesudahannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. memanglah jalan yang pasti bagi kita umat islam semua ialah memerangi yahudi sampai bila-bila. Kalau dah kita perang dengan yahudi, apa pasal kita nak jamin keselamatan mereka?

Banyak lagi ayat Quran dan hadis-hadis yang menceritakan kecelakaan yahudi ini.

Cuma yang menjadi persoalannya ialah, apakah cara PAS mensyurakan perkara ini dan menegur Anwar secara terbuka begitu merupakan satu-satunya mekanisma yang ada dan terbaik dalam menjamin keharmonian Pakatan Rakyat? Apakah selepas ini, sekiranya ada kepimpinan tertinggi PAS membuat kenyataan kontroversi ataupun 'Faux Pas', maka PKR pakat-pakat bermesyuarat dan tegur kepimpinan PAS secara terbuka begitu? Begitu juga DAP? Tidak bolehkah KITA duduk berbincang dan pohon penjelasan ataupun pencerahan terlebih dahulu?

Bukan apa, mengambil iktibar dari peristiwa ini ialah masalah sebesar manapun boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Apa yang kita lihat selepas Anwar berjumpa TGNA, jelas kelihatan ruang untuk penyelesaian lebih sukar dan sempit sedangkan masing-masing tidak mengiktiraf Israel. Yang untung dan yang nampak macam hero ialah musuh yang berdagang dengan Israel. Tak kiralah macam mana banyak kita cuba nak serang mereka semula, the damage has been done.

Saya juga cuba memahami situasi Anwar sebagai pemimpin yang disegani dunia baik barat mahupun timur. Diplomasinya berbeza. Hubungan antara negara-negara dunia lebih complicated.

Mari ambil contoh Turki. Kita mungkin masih lagi ingat bagaimana Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan memarahi Simon Peres di khalayak lantas dengan bergaya meninggalkan majlis sedangkan Turki punya hubungan diplomatik dengan Israel. Mereka adalah pemimpin berdiplomasi tapi berprinsip. Berbeda dengan Najib dan Mahathir yang mengecam Israel (tiada hubungan diplomatik) tetapi punya hubungan dagang dengan regim Yahudi itu. Masih ingat lagi siapakah APCO?

Tiada ulasan: