Sabtu, 4 Februari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


“HAJI EKSPRESS” HARAM???? TANYA JAMIL….

Posted: 04 Feb 2012 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan beberapa pegawai dan kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang disyaki terlibat dalam sindiket 'haji ekspres' sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia .
Menurutnya, siasatan dijalankan hasil susulan laporan yang diterima pihak berkuasa tentang tuduhan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada dijadualkan."
Read More / Baca Lagi >>

YB Zuraida Kamaruddin - Dengkil

Posted: 04 Feb 2012 07:43 PM PST

Bandar Raub dilanda banjir kilat lagi

Posted: 04 Feb 2012 07:40 PM PST


Bandar Raub dilanda banjir kilat lagi
RAUB – Bandar Raub dilanda banjir kilat buat kali kedua dalam tempoh lebih kurang dua bulan selepas berlaku hujan lebat selama lebih satu jam bermula lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin.

Seorang penduduk, Muhammad Zulkifly Mat Yatim, 30-an, berkata, banjir kilat kali ini disertai lumpur dan berlaku pada sebelah petang.
Menurutnya, sebelum ini, kejadian serupa berlaku pada sebelah malam sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas selama lebih dua jam.

"Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada projek pembinaan di kawasan bukit pinggiran bandar ini yang menjadikan kawasan tadahan air terjejas dan air hujan terus mengalir deras tanpa halangan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas bimbang politik ala mafia pihak lawan.

Posted: 04 Feb 2012 07:38 PM PST

KUALA TERENGGANU – Pas semalam melahirkan rasa bimbang terhadap perubahan terkini landskap politik negara yang disifatkannya sebagai sudah diresapi politik ala mafia.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu terbukti de­ngan kes terbaru yang menimpa Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad apabila rumahnya dibakar malam kelmarin.

Sebelum itu, menurutnya, negara ini pernah dikejutkan dengan letupan di luar Mahkamah Jalan Duta ketika penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Mesra Rakyat : Lima jam atas kerusi roda tunggu rawatan

Posted: 04 Feb 2012 07:36 PM PST


Lima jam atas kerusi roda tunggu rawatan
KOTA BHARU - Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) yang mengalami patah tulang kaki mendakwa terpaksa tunggu kira-kira 5 jam atas kerusi roda ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik daerah, kelmarin.

Minah Sulong, 82, yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Pengkalan Chepa berkata, dia bersama dua jururawat daripada rumah berkenaan cuba untuk mendapatkan sedikit ihsan dari klinik berkenaan supaya mempercepatkan rawatan memandangkan dia OKU.

"Kaki makcik berasa sangat kebas dan lenguh kerana terpaksa menunggu lama dari pagi sampailah jam 4 petang baru dipanggil untuk berjumpa doktor.
Read More / Baca Lagi >>

Kepala Babi : 10 laporan polis, desak siasatan terperinci

Posted: 04 Feb 2012 07:35 PM PST


10 laporan polis, desak siasatan terperinci
KUALA LUMPUR - Sebanyak sepuluh laporan polis dibuat bagi memastikan siasatan terperinci dilaksanakan pihak berkuasa berkenaan kes penemuan kepala babi di Masjid Al Hidayah, Sentul.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, beberapa aktivis daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan dua individu tampil di Balai Polis Sentul semalam bagi membuat laporan ke atas kejadian tersebut.

Tian Chua menyifatkan kejadian tersebut bermotifkan politik dan mahu mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Salahuddin Ayub tanding di Johor?

Posted: 04 Feb 2012 07:14 PM PST

G MANIMARAN
salahuddin
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.
Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."
Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau.
"Mungkin dalam masa terdekat. Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan.
Read More / Baca Lagi >>

TPM: Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?

Posted: 04 Feb 2012 07:11 PM PST

muhyiddin yasinTan Sri Muhyiddin Yassin memperlekehkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

Sebaliknya dakwa timbalan perdana menteri, tidak ada sesiapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?" katanya dipetik Bernama pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata beliau hendak menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding, tetapi disergah oleh PAS Kelantan. Atas sebab itu, beliau terus berkecimpung dalam politik hingga hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali - thank goodness, he didn't appeal!

Posted: 04 Feb 2012 07:09 PM PST

Hasan Ali - thank goodness, he didn't appeal!A long time ago, when you mentioned Hasan Ali's name, there was some respect for this PAS leader even though he was basically another self-proclaimed defender of Islam. Respect was extended to him for his Islamic standing and that was mostly due to his position as the head of PAS Selangor.
Less focus was placed on his persona, educational background but mainly he was held in esteemed and given face because he had been handpicked by PAS to defend the Muslims in the state, and perceived to be performing his religious duties to uphold the good name of Islam. But things changed. Something happened.
Even from before 2008, Hasan was interested in UMNO
Read More / Baca Lagi >>

Check-list penyelewengan & pembaziran k/jaan UMNO@BN

Posted: 04 Feb 2012 06:47 PM PST

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1.    Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

Read More / Baca Lagi >>

Iktibar daripada Maulidur Rasul

Posted: 04 Feb 2012 06:33 PM PST

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
SAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja.
Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Adalah Gerakan Islam, Bukan Hanya Parti Politik

Posted: 04 Feb 2012 06:32 PM PST

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Ishttp://pasabah.files.wordpress.com/2008/02/bendera-8.jpglami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini.

Read More / Baca Lagi >>

Akidah ummah kian terhakis

Posted: 04 Feb 2012 06:32 PM PST


Oleh ZAINUDIN HASHIM
AKIDAH adahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifywz3u4gPUGxnDchPl9i07Kcp42UsSUmNOWCC4wLPi8V8aHLJFMD4RZKPkySIlWWR46DfpYEVZVE5dNSBhcGjaS-Xe1A9OSjFy2Mrua5T3LQIuFX3MmSlmvbALpCN-xgz5FXImEvyHLI/s1600/love-islam.jpglah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan mereka dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.

Read More / Baca Lagi >>

SEBAB MENGAPA AKU MEMILIH ASAL BUKAN UMNO.

Posted: 04 Feb 2012 06:31 PM PST

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/395840_10150530582747157_319981142156_8963762_939682097_n.jpg

Mat Sabu Hormati Keputusan Hasan Ali

Posted: 04 Feb 2012 06:30 PM PST

Post Pic
PETALING JAYA, 5 FEB : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menghormati keputusan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk tidak merayu terhadap keputusan pemecatannya pada 8 Januari lalu.

"Itu hak dia sama ada mahu merayu atau tidak. Saya hormati keputusan beliau," katanya lapor mStar Online.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : UMNO@BN Makin Terdesak....!!!

Posted: 04 Feb 2012 06:18 PM PST

Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan. Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.

Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, terutama selepas Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan liwat kedua (kes kini dalam proses rayuan) yang menyebabkan semangat dan moral penyokong pembangkang amat tinggi semantara moral penyokong UMNO dilihat merudum serta UMNO terus diselubungi pelbagai isu, kedudukan antara BN dan Pakatan Rakyat nampaknya seimbang dan mempunyai peluang 50-50.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : 430,000 guru tidak setuju SBPA

Posted: 04 Feb 2012 06:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 430,000 guru dari seluruh negara tidak bersetuju dengan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan meminta kerajaan menimbang semula kepentingan penjawat awam, terutama golongan pendidik, dalam mesyuarat anjuran Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) di Taman Setiawangsa, di sini, semalam.
Pengerusinya, Jemale Paiman berharap kerajaan menimbang seadil-adilnya rumusan mesyuarat yang diputuskan bersama 320 pemimpin kesatuan dengan memberi tempoh lapan hari.

Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: PAS sedia tawar kerusi kepada Zaid..??

Posted: 04 Feb 2012 06:13 PM PST

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabuMingguan Malaysia hari ini melaporkan PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Memetik kenyataan dari Mohamad Sabu, akhbar milik Umno itu berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.

"Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno bayangkan strategik kotor pertahan Putrajaya

Posted: 04 Feb 2012 06:11 PM PST

MACHANG, 5 Feb: Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.

Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir.  Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : `Saya tidak serah air kepada Syabas’...Pusat yang beri kontrak 30 tahun....!!!

Posted: 04 Feb 2012 06:09 PM PST

Dr Khir berkata, kerajaan pusat yang memberi kontrak 30 tahun kepada anak syarikat Puncak Niaga itu bagi mengelak krisis air berulang.
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, beliau tidak menyerahkan air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagaimana sangkaan ramai.
Beliau menyerahkan  pengurusan air kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor.
Katanya, Selangor dan Kuala Lumpur berdepan krisis air sekitar tahun 1997 atau 1998.
"Kerajaan pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya.
"Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie.
Puncak Niaga merupakan syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail yang dipercayai rapat dengan Umno Selangor.
Dr Khir menegaskan kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya.
Read More / Baca Lagi >>

Police Clear Tents From Occupy Site in DC

Posted: 04 Feb 2012 06:01 PM PST

RABBANI SOLLA'ALAIKALLAH

Posted: 04 Feb 2012 05:59 PM PST

SALAM MAULIDUR RASUL 2012

Posted: 04 Feb 2012 05:57 PM PST

Selawat Nabi by Ustaz Amal

Posted: 04 Feb 2012 05:55 PM PST

Ya Rasulullah - Dato' Siti Nurhaliza

Posted: 04 Feb 2012 05:54 PM PST

Tiada ulasan: