pemuda cheh |
PRU 13 : Pakatan Rakyat berpotensi besar untuk memerintah Johor Posted: 21 Feb 2012 08:40 PM PST WALAUPUN misi untuk menawan negeri Johor dipandang mustahil oleh Umno dan Barisan Nasional, namun Pakatan Rakyat negeri Johor sebenarnya sudah bersedia untuk memerintah negeri Johor dan sekali gus merealisasikan misi berkenaan. Sejarah pernah membuktikan betapa Johor adalah negeri unik bagi PAS selaku parti kompenan dalam Pakatan Rakyat di mana pada PRU11 (Pilihan Raya Umum ke-11), PAS berjaya mendapatkan kerusi pertamanya di negeri Johor ini secara percuma tanpa membuang undi Dengan berbekalkan kelalaian seorang wanita (calon Umno) mengisi borang maka dalam keadaan kekuatan Umno sedang membara waktu itu, mereka dikejutkan dengan kekalahan yang memalukan sehingga terlepasnya satu kerusi DUN Senggarang kepada PAS. Selaku negeri yang tertubuhnya Umno, pergerakan untuk menawan Johor ini dilihat sukar di sisi masyarakat di luar negeri Johor. Hakikat itu juga turut dirasai oleh seluruh kepimpinan serta ahli Pakatan Rakyat Johor seluruhnya. Tetapi setelah PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) yang lalu, misi untuk menawan Johor dilihat sudah mampu menjadi kenyataan. Kenyataan ini dimanifestasikan dengan kemenangan enam kerusi DUN serta satu kerusi Parlimen sewaktu PRU12. Dari fakta itulah yang membuatkan Pakatan Rakyat negeri Johor menggariskan misi fokus untuk menawan negeri Johor pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang akan datang. Bagi Pakatan Rakyat negeri Johor, misi ini tidak lagi mustahil. Rakyat Johor mula terbuka pemikiran mereka. Maka dari itu, Pakatan Rakyat negeri Johor terus bergerak aktif tanpa henti untuk memastikan misi menawan Johor atau misi ke Nusajaya dapat direalisasikan. Pergerakan demi pergerakan dilakukan secara konsisten itu mula merisaukan dan merimaskan Umno di negeri Johor ini. Desakan dan tekanan ke atas pemerintah Umno di Johor terus dilakukan sehingga ada di kalangan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Johor disabotaj dengan kejam. Namun, tekanan 'ala gengster' itu tidak berjaya mematahkan semangat pemimpin Pakatan Rakyat negeri Johor dari terus bergerak aktif bagi memastikan perubahan dapat dilakukan. Justeru dari itu, Pakatan Rakyat negeri Johor telah mengambil pendekatan yang drastik ke atas pengundi di setiap lima puluh enam DUN di negeri Johor ini. Pada peringkat menghadapi PRU13, beberapa faktor potensi telah digariskan bagi menggerakkan usaha untuk mengambil alih pemerintahan yang sedia ada di negeri Johor. Faktor-faktor potensi Sejak dari tahun 1998 lagi, resam pengundi di Johor tidak berganjak dari usaha memilih parti komponen Pakatan Rakyat khususnya dan parti pembangkang negeri Johor amnya. Analisis yang dibuat ternyata membuahkan hasil perangkaan yang munasabah. Peristiwa 'Reformasi' di tahun 1998 benar-benar mendetak hati pengundi di Johor untuk terus menyokong parti komponen Pakatan Rakyat. Ini berjaya dibuktikan di mana analisis dan kajian telah dibuat menunjukkan graf pengundi di Johor sentiasa meningkat pada setiap kali PRU diadakan. Graf ini tidak menunjukkan penurun sekalipun selepas PRU10 (Pilihan Raya Umum ke- 10) tahun 1999 hinggalah terbaru di PRU 12 tahun 2008. Implikasi dari krisis Anwar Ibrahim betulbetul membuka mata pengundi khususnya di negeri Johor ini. Impaknya memang jelas. Hasil yang terbaru diperolehi adalah berkenaan kes fitnah Anwar kedua di mana Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang lalu sekali lagi memihak kepada Anwar Ibrahim dan sekali gus meleraikan segala fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar Ibrahim. Ternyata pengundi Umno tegar di Johor mula merasa kurang senang serta kepercayaan kepada parti lama yang masih memerintah Johor ini terus susut dan semakin parah. Hal ini juga tergolong di dalam faktor utama keberjayaan misi menawan Johor pada PRU13 akan datang Faktor kedua yang berpotensi untuk menjayakan misi menawan Johor ini adalah berkenaan kawasan-kawasan campuran kaum yang banyak berada di dalam DUN dan Parlimen di negeri Johor ini. Kawasan-kawasan bandar seperti Muar, Batu Pahat, Kluang, Simpang Renggam, Pontian, Skudai, Kulai, Tampoi, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Segamat adalah contohcontoh bandar yang mempunyai kepadatan penduduk berbilang kaum atau campuran bangsa. Walhasil dari kepadatan penduduk campuran bangsa ini juga boleh mendatangkan kesan keterbukaan minda untuk menerima segala penyampaian yang rasional tidak hanya berpaksikan kepada sebelah atau sesetengah pihak semata. Kawasan-kawasan bandar yang banyak ini lagi, boleh mendorong akses penyebaran maklumat dilakukan dengan cara yang mudah berbanding di kawasan pendalaman kampung yang susah untuk mendapatkan akses maklumat. Maklumat berbentuk media alternatif amat dititik beratkan di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Justeru faktor memfokus kawasankawasan potensi menang adalah penting dengan mendahulukan kawasan bandar sebagai sasaran. Maka sasaran tiga puluh DUN menang dari lima puluh enam DUN di negeri Johor ini berada di dalam kawasan-kawasan bandar yang berpotensi seperti yang disebut di atas. Tiga puluh dari lima puluh enam DUN dipertandingkan memang cukup untuk Pakatan Rakyat negeri Johor menawan dan secara langsung memerintah negeri Johor. Faktor yang ketiga untuk menjayakan misi bagi menawan negeri Johor ini adalah sokongan masyarakat Cina yang terlalu luar biasa. Untuk pengetahuan, semasa PRU12 yang lalu, masyarakat Cina hanya memberi undi sekitar empat puluh lima hingga lima puluh peratus sahaja. Kajian serta analisis telah dilakukan melalui tinjauan dan culaan menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat telah meningkat dengan begitu mendadak. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat negeri Johor menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat meningkat sehingga lapan puluh peratus untuk PRU13 yang akan datang. Sokongan masyarakat Cina itu dapat dibuktikan melalui himpunan-himpunan yang dianjurkan oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Jika ada sahaja sesuatu majlis yang berlangsung tidak kira siapa penceramahnya dan apa acaranya, pasti masyarakat Cina di Johor ini memenuhi setiap ruang kosong di majlis tersebut. Petanda aras ini cukup positif bagi Pakatan Rakyat khususnya di negeri Johor. Bukan setakat hadir saja malah hari ini di negeri Johor masyarakat Cina telah banyak berjasa dengan meringankan tangan masing-masing untuk memberi sumbangan berbentuk dana kepada setiap pergerakan Pakatan Rakyat di negeri Johor. Perkara ini sekali gus menjadikan realiti untuk menawan Johor itu akan berhasil dalam PRU13. Kerja keras untuk mendekati masyarakat Cina ternyata berhasil. Peningkatan sokongan ini juga adalah sebahagian usaha progresif dari semua lapisan ahli Pakatan Rakyat. Statistik yang dikeluarkan, jika undi masyarakat Cina meningkat sehingga mencecah lapan puluh peratus dan undi bangsa Melayu statik seperti PRU12, maka harapan untuk menawan Johor itu dilihat terlalu cerah. Faktor keempat adalah berkenaan pengaruh politik persekitaran. Kejayaan Pakatan Rakyat menawan empat negeri (sebelum Perak dirampas) serta mempertahankan Kelantan telah memberi impak yang kuat di mana pencerahan minda mula menjelma. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan