Rabu, 22 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jurusolek dicabul pemimpin MCA.. Polis kata dah tangkap tapi Pemimpin MCA tu kata tak kena tangkap pun...

Posted: 22 Feb 2012 06:33 AM PST



Kalau korang baca apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO kat atas tu, langsung tak disebut siapakah lelaki yang telah mencabul jurusolek yang bernama Ng Sook Mei itu..


Tetapi jika yang mencabul itu adalah pemimpin dari PAS, PKR ataupun DAP sedah tentu namanya akan ditulis atau dijadikan headline berita..

Menurut laporan dari Merdekareview lelaki tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Ng Tian Poh..

Kalau korang baca betul-betul laporan di bawah ni.. korang akan nampak bukan Lidah Rasmi UMNO saja yang cuba melindungi AJK Perhubungan MCA Perak itu malah pihak Polis juga begitu.

Pihak Polis mendakwa AJK Perhubungan MCA Perak itu telah ditangkap tetapi apabila AJK Perhubungan MCA Perak itu dihubungi beliau mengatakan beliau tidak pernah ditangkap.. apa cerita ni?

Walaubagaimanapun Memang ngam lah MCA dengan UMNO nih.. pasal dalam UMNO pun ada pemimpin kaki raba macam ni..

***********************************************

Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh (gambar kanan), yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya. Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.

Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya.

Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kiri) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.

Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan.


Merdekareview

Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam, kata Dr Asri

Posted: 22 Feb 2012 05:52 AM PST



KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi "asabiyah" yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.


Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

"Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain."

Asri (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian.

Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam.

Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak.

"Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa," katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa.

"Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji."

Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam.

Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah.

"Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu.

"Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menambah "asabiyah" ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam.


The Malaysian Insider

Mahathir pula akui Malaysia benarkan Kapal Israel berlabuh .. Pencacai UMNO Kantoi lagi...

Posted: 22 Feb 2012 01:22 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa kapal Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia selaras dengan "undang-undang antarabangsa".


"Persoalan yang timbul ialah mengapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel ke pelabuhan kami ... ya, ini adalah amalan antarabangsa.

"Jika kita menyekat mereka, kita boleh melanggar undang-undang antarabangsa," kata bekas Perdana Menteri itu kepada satu sidang akhbar hari ini.

Pengakuan dari Mahathir itu telah mengkantoikan dakwaan blogger Pro UMNO yang popular dengan video seks..
Pada peringkat awal blogger pembangkang mendakwa kapal israel memasuki Pelabuhan Klang. Setelah berjaya dibuktikan bahawa ianya bukan kapal israel sebaliknya kapal Liberia, puak pembangkang pusing cerita pula kata syarikat Zim milik Israel.

Itu antara tulisan Blogger tersebut.. perhatikan image di bawah dan lihat sipakah pemilik dan apakah bendera yang dibawa oleh kedua-dua kapal dari Negara Yahudi itu..





Tulis blogger itu lagi..
Undang-undang Malaysia telah menetapkan bahawa kapal-kapal yang berdaftar di Israel (kapal Israel) tidak dibenarkan berlabuh dimana-mana pelabuhan dalam Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jauh sama sekali lagi untuk melindungi negara israel.

Apa pula kata Tun Mahathir mantan PM Malaysia…
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa kapal Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia selaras dengan "undang-undang antarabangsa".

Walaupun Tun Mahathir bukanlah seorang yang boleh dipercayai, kredibilitinya lebih baik dari penayang video seks itu..

Hmmm.. terpaksa atau tidak, Hakikatnya ialah Malaysia telah membenarkan Kapal dari negara haram Yahudi itu berlabuh di Malaysia...

*******************************************

Israeli ships let in due to 'international laws', says ex-premier

SHAH ALAM, Feb 22 — Tun Dr Mahathir Mohamad said today that Israeli vessels are allowed to dock at Malaysian ports in accordance with "international laws", insisting that this did not mean the government supports the Jewish state.

"The question that has arisen (over) why the Malaysian government allows Israeli ships into our ports... yes, this is an international practice.

"If we block them, we could be infringing on international laws," the former prime minister told a press conference today.

But he firmly said the Malaysian government "cannot" support Israel as it is a "country of territories seized from others".

"This is not good. The world may recognise Israel... but it (Israel) is quite violent and ignorant of international laws, even mounting blockades in Gaza... gunning dead nine people," he said.

In May 2010, nine Turkish activists were killed during an Israeli military raid on a Gaza-bound aid ship that had attempted to run a naval blockade.

Malaysia's alleged trade relations with Israel was raised recently by PKR leaders in an apparent attempt by the party to prove the Barisan Nasional-led (BN) government sympathised with Israel's Zionist regime.

According to PKR-linked pressure group, Jingga 13, Israeli-owned ships have been docking at Malaysian ports. The group said this confirmed the existence of trade ties between both countries.

The claim also appears to be part of the party's efforts to stave off similar accusations made against its de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, who has often been labelled a Jewish sympathiser by his political foes in Umno.

The opposition leader invited further suspicion over his alleged ties with Israel when he expressed support during a recent interview with the influential Wall Street Journal (WSJ) for "all efforts to protect the security of the state of Israel".

Anwar has since explained that this support remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians but has continued to draw flak for his remarks, including from his political partners in Islamist party PAS.

The leader even held a meeting with PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to explain his statement.

But Dr Mahathir continued to insist today that Anwar, his former deputy in the government, has always been a strong supporter of the Israeli cause.

He further accused Nik Aziz today of attempting to "protect" Anwar, when it was pointed out by reporters that the PAS leader did not pressure his PKR comrade to retract his statement or sue the WSJ.

"He (Anwar) has always been a strong supporter of Israel... Now Nik Aziz is trying to defend him.

"But what the Israelis are doing... Is this humane? ... Guarantee their (Israel's) security? What should be done is stop them (Israel) from attacking others, not protect them.

"Thousands of Palestinians are still detained there, no trial, nothing for years. This is a cruel regime... If America wants a regime change, this is the regime that should be changed," he said.

In a recent blog posting, Dr Mahathir had alleged that Israel and the US are conspiring to affect a regime change in Malaysia through a "puppet government" to be helmed by Anwar.

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

Posted: 21 Feb 2012 10:58 PM PST



Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.


Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja.


Harakahdaily

Westports sahkan Kapal Israel singgah di Pelabuhan Kelang...

Posted: 21 Feb 2012 07:35 PM PST



Biarpun ada pihak yang menyokong UMNO cuba memutarbelitkan isu dua buah kapal kontena dari Israel yang telah didedahkan berlabuh di pelabuhan Kelang dengan mengatakan kapal tersebut bukanlah milik Israel kerana ianya menggunakan bendera Liberia, hari ini pihak Westports membuktikan pencacai UMNO tersebut cuba membohongi rakyat Malaysia.


Pihak Westports melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran telah mengesahkan kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Kelang namun menafikan ianya dibenarkan berlabuh kerana kononnya gagal mendapat kebenaran kerajaan Malaysia.

Kapal dari Israel itu hanya singgah dan Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.

Apa yang hendak dinafikannya entahlah.. jika kapal kontena tersebut hanya singgah mengapa pula ianya dibenarkan menghampiri dermaga? sila lihat video di SINI





Tidakkah membenarkan sebuah kapal kontena yang sepanjang lebih dari 250 Meter berlabuh ditepi dermaga hanya untuk singgah merupakan satu tindakan yang tidak produktif kerana ruang tersebut sepatutnya diberikan kepada kapal lain yang mahu menurunkan muatan?

Kenapa tidak arahkannya berlabuh jauh dari dermaga?

Adakah pihak Westports menyangka semua rakyat Malaysia masih bodoh?

*******************************************

"Kapal Israel singgah, tiada urusan"

SHAH ALAM – Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.

"Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.

"Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk 'mengganggu' kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.

"Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat," katanya.

Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.

"Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.

"Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun," katanya.

Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.

Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.


Sinar Harian

Logo JATI macam logo setan?.. sejak bila pula setan ada logo?

Posted: 21 Feb 2012 09:36 AM PST



Bagi yang mengemari irama Heavy Metal di era 80an dulu pasti kenal dengan gambar di atas, gambar diatas merupakan kulit album DIO (Devil in order) yang popular dengan lagu Holy Diver.


Bukan dalam album 'Holy Diver' sahaja image makhluk tah apa-apa yang digambarkan sebagai syaitan itu menjadi hiasan dikulit album mereka, malah boleh dikatakan hampir kesemua album mereka image makhluk yang digambarkan sebagai syaitan itu digunakan..

Di bawah ini pula adalah gambar dari kulit album Iron Maiden, image makhluk yang tah apa-apa ni juga digambarkan sebagai syaitan..



Sama seperti DIO, Iron Maiden juga menggunakan image makhluk tersebut sebagai image utama dikulit album mereka.

Kedua-dua image tersebut adalah hasil imaginasi pereka grafik mereka..

Berikut pula adalah gambar Hassan Ali dan Harussani Mufti Perak sedang menyaksikan logo JATI yang dilancarkan secara rasmi oleh Hassan Ali.



Menurut Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu Dato Dr. Hasan Mohamed Ali, JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).



Malang buat Hassan Ali.. berdasarkan sebuah blog yang mana pemiliknya menjadikan Bible sebagai pedoman, Harakahdaily melaporkan Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.



Petikan dari blog tersebut..

And regardless of your theological comprehension you no doubt have seen enough references over the years via movies and books to know that the number "666" is related to the prince of darkness. In fact the Bible has this to say about it.

"He also forced everyone, small and great, rich and poor, free and slave, to receive a mark on his right hand or on his forehead, so that no one could buy or sell unless he had the mark, which is the name of the beast or the number of his name.

This calls for wisdom. If anyone has insight, let him calculate the number of the beast, for it is man's number. His number is 666." - Revelation 13:18



Imaginasi pemilik blog tersebut hanyalah berdasarkan dari apa yang dilihatnya melalui wayang dan juga buku-buku serta sedikit panduan dari Bible, ianya menghasilkan apa yang boleh dilihat digambar diatas..

Sama seperti gambar makhluk yang tah apa-apa diatas ianya adalah hasil imaginasi manusia yang diciptakan Allah..

Persoalannya disini.. apakah kita perlu percaya kepada Bible hanya kerana kita benci kepada Hassan Ali?

Sehingga kita sanggup mengatakan logo JATI itu logo syaitan hanya bersandarkan kenyataan dari sebuah Blog yang menggunakan Bible sebagai panduan?

Dan sejak bilakah pula syaitan mempunyai logo?

Baca juga apa pendapat di SINI

Tiada ulasan: