Selasa, 21 Februari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Nik Aziz Terima Penjelasan Saya - Anwar

Posted: 20 Feb 2012 08:15 PM PST

Post Pic
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu Mursyidul Am Pas itu telah menerima penjelasan berkenaan pendiriannya berhubung negara Israel seperti yang disiarkan akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Menurut Anwar, dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, beliau telah menjelaskan kepada Nik Aziz secara terperinci berhubung pendiriannya bersabit isu Israel termasuk kontroversi mengenainya yang dimainkan oleh media UMNO-Barisan Nasional.
"Tok Guru dengar dan dia faham pendirian saya dan saya pun faham pertimbangan Pas yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel dan saya jelaskan bahawa jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana itu tidak berbangkit kerana selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," katanya.

"Jadi saya rasa baik.. saya telah memberikan penjelasan sedikit sebanyak dalam hal keraguan tentang hal ini. Tetapi akhirnya saya beritahu saya juga tunduk kepada kehendak Hamas dan Fatah sepertimana yang dirundingkan di Doha dua minggu yang lalu atas inisiatif Hanif Qatar," katanya. 
Nik Aziz sebelum ini menggesa Anwar menyaman akhbar WSJ jika ia tersalah lapor atau meminta akhbar itu menarik balik kenyataan berhubung isu Israel yang ditegaskan oleh Anwar dalam satu wawancara khas bersama akhbar itu.

Bagaimanapun Anwar bertegas tidak akan menyaman akhbar itu atau meminta akhbar itu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan ekoran pendirian Anwar dalam isu Israel itu disiarkan penuh.

Sebaliknya Anwar mendakwa media UMNO-Barisan Nasional tidak mengeluarkan petikan penuh berhubung pendiriannya itu sehingga mengelirukan rakyat.

Anwar Tiba Untuk Jumpa Nik Aziz

Posted: 20 Feb 2012 08:12 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sebuah hotel di ibu negara sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menjelaskan pendirian beliau mengenai Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wal Street Journal, bulan lalu.
Ketua Pembangkang itu tiba seorang diri kira-kira jam 9.15 pagi.

Tiada ulasan: