Selasa, 21 Februari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


HABUAN RAMPASAN PERAK?

Posted: 21 Feb 2012 06:30 AM PST

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

perak state govt crisis 030309 hafarizam harunSebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hafarizam diminta mengulas dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa  kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

NONEBeliau membayangkan bahawa Hafarizam dan Zaki mungkin diberi habuan untuk peranan masing-masing dalam pergelutan di mahkamah selepas BN merampas kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Hafarizam adalah antara peguam yang mewakili Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, manakala Zaki pula adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. Zaki bagaimanapun tidak menduduki mana-mana panel yang membicarakan kes berkenaan.

[Baca berita penuh]

SIAPA YG TAKUT ANWAR JADI PERDANA MENTERI DAN KENAPA?

Posted: 21 Feb 2012 01:17 AM PST

Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim".

Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.

Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.

NONEPengerusi DAP Melaka Goh Leong San (gambar kanan, berbaju putih) dilapor menyifatkan perbuatan vandalisme itu mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba mengelirukan rakyat dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau," ujar Goh yang juga ADUN Kesidang, tanpa menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bukan tindakan bijak dan profesional.

NONE"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan.

"Tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu," Yusof dipetik sebagai berkata.

Penubuhan ABU - gabungan aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik - diumumkan pada 9 Disember lalu bertujuan menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Pergerakan itu berkata, walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

MENGAPA POLIS CUMA DIAM ADA JENAYAH DIDEPAN MATA MEREKA? POLIS UMNO ATAU POLIS KERAJAAN?

Posted: 20 Feb 2012 05:52 PM PST

Di sebalik taktik liar kerajaan BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

NONEMenceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

NONE"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah" sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

NONEKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya (gambar di bawah).
Pada ceramahnya, malam semalam, Anwar juga mengambil kesempatan bagi menjelaskan dakwaan kerajaan bahawa beliau menyokong negara Israel dan tidak membantu perjuangan rakyat Palestin.

Beliau mengulangi kepada hadirin  bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks.

anwar ibrahim on motorbike in pekanJelasnya, beliau memang menyebut bahawa beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, tetapi pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.

"Saya secara konsisten mempertahankan isu Palestin tetapi Umno mengatakan saya sokong Israel dan mengutuk saya, jika ini adalah benar, maka mari kita berdebat," katanya.

[Baca berita penuh]

Guan Eng: Najib main api dengan sokong PERKASA

Posted: 20 Feb 2012 04:00 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang bermain dengan api dengan menyokong kumpulan pelampau Melayu PERKASA, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

lim guan eng at asli debate 200212 01Mengulas kehadiran isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu, Lim (kanan) berkata sokongan itu tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaan.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu, jelas membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong "pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

NONE"(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".

Pada Sabtu lalu, Ibrahim memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".
Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

NONEMalah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.
Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA  turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

[Baca berita penuh]

TAKKANLAH DS NAJIB TAKUT JUGA DENGAN PRESIDEN PAS UNTUK BERDEBAT?

Posted: 20 Feb 2012 09:31 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.

"Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz.

"Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah."

Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat.

NONEPada masa itu, katanya, Profesor Diraja Ungku Aziz, juga telah dilantik bagi mempengerusikan perdebatan yang bertajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?", tetapi debat itu dibatalkan pada saat-saat terakhir.

"Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin (kanan) untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya.

Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: