Pahang Daily Online |
- Panas: 'Guan Eng Bidas Tiong Lai', Jaga Bumbung Stadium Pun Runtuh Ada Hati Nak Pantau Lynas!
- Hudud: Beza Pandangan Sultan Brunei Dan Najib
- Memalukan: Taklimat Peluang Kerja, Jadi Senjata Kerajaan Guna Mahasiswa Supaya Sokong Lynas !
- NGO Bantah Lynas Perlu Menyahut Cabaran Dan Keterbukaan MB Terhadap Himpunan Hijau 2.0 !
- Panas: Anwar Dakwa Daftar Pemilih Di Ragui, SPR Di Gesa Agar Batalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 !!
Panas: 'Guan Eng Bidas Tiong Lai', Jaga Bumbung Stadium Pun Runtuh Ada Hati Nak Pantau Lynas! Posted: 14 Feb 2012 12:42 AM PST PETALING JAYA, 14 Feb - Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan? Ketika menimbulkan persoalan ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (foto) berkata, mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Liow untuk memantau projek Lynas sama seperti menaruh kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina stadium di Kuala Terengganu yang lambat laun bumbungnya runtuh. Guan Eng memberi komen demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan MCA Pahang mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang mendapat Lesen Kendali Sementara (TOL) selama dua tahun oleh kerajaan BN. Menurutnya, Liow jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak bertanggungjawab kerana menafikan tindakan pasukan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. "Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka. "Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu," jelas Guan Eng lagi. Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Beri Lesen TOL Beliau menegaskan bahawa pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. "Ini kerana projek Lynas membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan,' tegas beliau. Ujar beliau, dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas. "Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu. "Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa. Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan? Berhubung masalah bahan sisa ini, Guan Eng menyoal "siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak? "Adalah jelas bahawa MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak -pihak yang mempunyai kepentingan dengan benarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas," jelas beliau lagi. [Kerajaan sebenarnya harus akur dengan kehendak rakyat dan tidak boleh mendabik dada atas kejayaan membawa masuk kilang berisiko itu. Sudah banyak kejadian yang berlaku dalam negara kita, walau dipantau dan mendapat kajian oleh pakar-pakar namun ia tetap berlaku seperti stadium di Terengganu. Malah, di Stadium SUKPA Kuantan sendiri pernah berlaku kejadian bumbung runtuh itu sebelum ini. Di kawasan MB Pahang dekat Bentong, MRSM sampai sekarang terbiar akibat tanah runtuh. Walhal kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar yang berkenaan. Maka, apakah rakyat boleh percaya dengan kajian oleh pakar terhadap Lynas. Semua ini menjurus ke arah memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata. Mereka akan mendapat hasilnya, tetapi rakyat dibiarkan hidup dalam risiko untuk tempoh yang lama. Maka itu. usahlah bersandiwara untuk memantau dan memberi lima syarat untuk kerajaan keluarkan TOL. Padahal, lima syarat itu adalah bukti kukuh Lynas tidak harus dibenarkan beroperasi di negara kita sebenarnya. Maka, fikirkanlah]. |
Hudud: Beza Pandangan Sultan Brunei Dan Najib Posted: 14 Feb 2012 12:08 AM PST |
Memalukan: Taklimat Peluang Kerja, Jadi Senjata Kerajaan Guna Mahasiswa Supaya Sokong Lynas ! Posted: 13 Feb 2012 11:49 PM PST KUANTAN, 14 Feb - Orang ramai kecewa dengan tindakan kerajaan mempergunakan "mahasiswa IPT" untuk membantu mereka mempromosikan Lynas yang kononnya bagi menagkis dakyah pihak tertentu berhubung isu tersebut. Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa terdiri daripada lebih 100 orang yang kononnya bergerak atas nama Program Aman Kampus telah digunakan sebagai "senjata baru" oleh kerajaan untuk menyakinkan rakyat tentang projek itu. Paling mengejutkan ialah mahasiswa terbabit turut dibawa mendengar taklimat berkaitan projek itu di kilang Lynas sendiri dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini. Lebih menarik apabila dengan sekali taklimat sahaja Pengerusi program itu, Mohd. Shahar Abdullah (foto) berkata, kehadiran Lynasakan memberi banyak impak positif kepada penduduk. "Lynas adalah projek yang baik dan bakal memberi impak positif kepada sosioekonomi negara dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan tempatan," katanya. Beliau dan mahasiswa terbabit diberi peluang mendengar taklimat hampir dua jam oleh wakil syarikat mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang memproses nadir bumi tersebut Mohd. Shahar berkata, selepas ini wakil Aman Kampus akan mengedarkan risalah mengandungi maklumat terperinci berkaitan pembinaan kilang itu di setiap kampus universiti. Mahasiswa IPT terbabit sempat bergambar pula dengan kakitangan Lynas [Tindakan kerajaan dan Lynas menipu para pelajar supaya menyokong mereka dengan memberi taklimat tentang peluang pekerjaan dengan kilang terbabit. Sepatutnya penerangan harus diberikan tentang risiko sisa buangan rare earth dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada manusia. Keduanta, taklimat perlu diberikan kenapa kontraktor utama boleh tarik diri gara-gara sola keselamatan dan kesihatan kilang terbabit. Malah, paling memalukan tidak mungkin dengan satu taklimat sahaja maka mahasiswa itu boleh menerima segalanya. Kerajaan perlu ingat, mahasiswa terbabit dari luar Pahang dan mereka tidak akan menetap di Kuantan. Jika ada pun yang belajar di Kuantan, paling lama mereka akan menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun disini. Sedangkan risiko radioaktif akan diterima oleh rakyat mungkin dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Justeru, usahlah mempergunakan mahasiwa untuk menipu rakyat. Kerajaan perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi rakyat, bukannya dengan menjaja cerita yang bukan-bukan untuk tutup kelemahan mereka]. |
NGO Bantah Lynas Perlu Menyahut Cabaran Dan Keterbukaan MB Terhadap Himpunan Hijau 2.0 ! Posted: 13 Feb 2012 11:06 PM PST KUANTAN, 14 Feb - NGO yang membantah projek pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation dekat sini, perlu menyahut cabaran Menteri Besar Pahang dan membuktikan mereka boleh mengumpul lebih dari 20,000 orang peserta dalam Perhimpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan akan diadakan di Padang MPK 1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I pada 26 Februari ini. MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) dalam satu kenyataannya semalam menyatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka. Dalam satu kenyataannya yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini Adnan berkata, kehadiran peserta himpunan terbabit akan menambahkan sumber pendapatan buat peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini. "Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga. "Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut," katanya. Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan Penyampaian Cek Kerajaan Negeri terhadap 12 penerima yang menjadi pelapor kesalahan rasuah di di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di sini, semalam. Adnan berkata, negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai. "Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai,."Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga," katanya. Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing. "Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua," katanya yang juga cadangkan agar perhimpunan itu dibuat secara bersiri seperti Himpunan Bersih. [NGO yang terbabit dalam gerakan mengajak rakyat membantah Lynas seperi Stop Lynas Save Malaysia (SLML), Stop Lynas Coalition (SLC) dan banyak lagi perlulah membuktikan kepada MB Pahang bahawa mereka mampu mengumpul jumlah 20,000 tersebut bagi membuktikan kepada kerajaan majoriti rakyat menolak projek berkenaan. Jika gagal, maka "millage politik" akan diperolehi oleh kerajaan, dan membuktikan bahawa bantahan Lynas itu sebenarnya hanyalah retorik politik pihak tertentu untuk memancing undi dan meraih sokongan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Walau pun kenyataan Adnan itu dilihat seperti tindakan memperli pihak terbabit, namun realitinya mereka harus membuktikan. Apa yang diharapkan agar keterbukaan Kerajaan Negeri Pahang ini tidak menjurus kearah tindakan ganas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak dulu. Malah, kita amatlah berharap agar pihak polis juga akan memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk memantai program ini nanti. Tidak perlu berlaku provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara dan masalah yang lebih besar. Justeru, seluruh rakyat digesa hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan terhadap bantahan Lynas. Inilah masanya untuk rakyat buktikan pendirian mereka]. |
Panas: Anwar Dakwa Daftar Pemilih Di Ragui, SPR Di Gesa Agar Batalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 !! Posted: 13 Feb 2012 07:51 AM PST PETALING JAYA 13 Feb - Pilihanraya Umum Ke-13 wajar dibatalkan sekirannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengambil sebarang tindakan berhubung daftar pemilih yang dilihat semakin hari semakin meragukan. Gesaan itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) terhadap SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersikap berpeluk tubuh walaupun setahun perkara ini dibangkitkan, sekaligus menguatkan dakwaan wujudnya unsur 'khianat'. Menurut Anwar sejak Oktober 2011, sejumlah 42,000 dalam daftar pemilih diragui tidak didaftarkan dengan JPN. "Oleh itu, kami menggesa SPR harus batalkan pilihanraya ini, kebanyakannya yang didaftarkan itu berumur lebih 90 tahun dan 100 tahun," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini. Prihatin dengan perkembangan yang membimbangkan ini, Anwar memberi contoh analisis pertambahan pengundi di negeri Selangor. "Di Selangor umpamanya, berdasarkan analisis terperinci, beberapa kawasan Parlimen, berlaku pertumbuhan (pengundi) mendadak, Subang umpamanya, pertumbuhan pemilih 35 peratus daripada 84,000 kepada 114,000. "Kota Raja 29.5 peratus, penambahan 21,000, Puchong 25 peratus, soal daftar pemilih itu perlu dijelaskan, tapi ini keupayaan pembangkang meneliti kerana kecurigaan terhadap kebebasan integriti atau kewibawaan SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu teliti dengan urusan kerja mereka supaya tidak timbul isu berbangkit. "Sebab itu perlu ada mekanisma yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti. "Dibangkitkan juga perpindahan pengundi Wilayah Persekutuan yang salah di segi undang-undang iaitu 600 pemilih dipindahkan ke alamat yang sama, ada masalah di sini. "Jawatankuasa Parlimen Terpilih (PSC), Azmin (Ali), Dr Hatta (Ramli) dan Anthony Loke akan terus hadir dan mendesak supaya hal ini dibaiki sebelum pilihanraya akan datang," ujarnya. Terdahulu, perkara tersebut dibangkit apabila daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun di Perak. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan