Selasa, 14 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Raja Nazrin sindir siapa ni?

Posted: 14 Feb 2012 08:16 AM PST



KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.


Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan. Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.

Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis.

Raja Nazrin turut melahirkan rasa kesal kerana ada individu yang bersifat "pagar memakan padi" yang telah menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah.

"Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sedia ada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam... berpegang kepada konsep iman dan takwa," titah baginda.

Idea wakaf korporat sudah pun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga ummah tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehinggalah akhirnya ia berkubur akibat manipulasi penjajah, titah baginda.

Konsep ini telah dibuktikan kejayaannya di negara ini melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 yang boleh dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas.

Menurut Baginda, bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada mereka yang menghayati semangat Fisabilillah.


Sinar Harian

Dr.Mahathir dah nyanyuk - Saifuddin

Posted: 14 Feb 2012 05:37 AM PST



SHAH ALAM, 14 FEB:Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lupa dengan tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama Presiden George W.Bush.


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat dengan AS ketika itu .

Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit.

"Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat. Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada Antarapos petang tadi,

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai kepentingan mereka.

Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.

"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang buat"

"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Awar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.

Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.

"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka.

"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia dengan ISrael yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja diputarbelit,"tambah beliau lagi.

Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan negara-negara lain.

Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap temubual Anwar dengan Wall Street JOurnal (WSJ) lalu di mana beliau dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel.


Antarapos

NFCorp langgar syarat pinjaman atau dalam lain ayat Pecah Amanah kata Nazri..

Posted: 14 Feb 2012 01:19 AM PST



Kenyataan dari Nazri Aziz ini secara tidak langsung membuktikan bahawa anak lelaki Sharizat, Wan Shahinur Izmir Salleh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada National Feedlot Corporation (NFC) telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ini kerana pada 9 Feb. 2012 lalu dalam kenyataannya Wan Shahinur Izmir Salleh telah berkata Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta antara Kerajaan dan National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu.

Oleh itu syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dia ingat seluruh rakyat Malaysia ni sama dengan Lembu yang dia ternak kot?



*******************************************


NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

"Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

"Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah," jelas Nazri kepada pemberita di sini.

"Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri turut menafikan laporan akhbar ( SINI ) yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya," katanya.


Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu "tidak mati" walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.

"Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

"Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu," tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.

Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi "kesan" dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.

"Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju," tambah Nazri.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.

Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.


The Malaysian Insider

Kerajaan tak sokong sentimen Barat terhadap Iran?.. Ni apa bendanya Tun?

Posted: 13 Feb 2012 11:59 PM PST



Tulis Tun Mahathir di blognya, chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.


"Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

Kah..kah..kah.. aku kurang pasti adakah Tun mula menjadi seorang pelupa (nak kata nyanyuk… tak tergamak pulak aku..) atau Tun sememangnya tidak tahu menahu langsung, bahawa Malaysia baru saja menunjukkan kesetiaannya kepada Israel.

Malaysia dengan jelas sebenarnya telah menunjukkan kepada dunia bahawa Negara ini yang ditadbir oleh UMNO/BN telah menyokong sentiment Barat terhadap Iran..

Ini kerana pada 8hb Feb yang lalu Reuters edisi US telah melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan – sila baca laporannya di SINI

Tindakan ini adalah sejajar dengan tindakan Amarika Syarikat dan dunia barat yang melaksanakan sekatan ekonomi baru terhadap Iran.

Amerika Syarikat dan sekutunya dari barat telah mengumumkan melaksanakan sekatan ekonomi baru ke atas Iran dengan mensasarkan industri gas dan petrokimia serta sistem perbankan.

Berkecualikah macam tu Tun??

Jadi apa rasionalnya atau apa perlunya Amerika, Israel mahu kerajaan yang ada sekarang ditukar?


*******************************************

Dr M: Amerika, Israel mahu kerajaan sekarang ditukar

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

"Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

"Adalah menjadi harapan Amerika, apabila 'regime change' berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.

"Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia," kata Mahathir.

Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journal yang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel".

Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu.



Malaysiakini

Inikah sebabnya Rosmah Mansor diberikan Phd oleh Curtain University?

Posted: 13 Feb 2012 08:03 PM PST



Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur .

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara," katanya.

Itu kata Rosmah Mansor.. sepenuhnya sila baca di SINI

Cuba baca apa yang dikaitkan dengan penerimaan ijazah Doktor Kehormat Persuratan yang membawa gelaran Dr. buat Rosmah oleh Anilnetto ini..

Dari apa yang ditulus oleh Anilnetto ini, nampaknya Rosmah diberikan Phd itu bukanlah kerana beliau seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada Negara tetapi hanyalah sekadar membalas budi Kerajaan Malaysia.

Atau .. macam yang sering Najib kata.. "You Help Me.. I Help You…"

Curtin University of Technology Sarawak telah ditubuhkan di Miri pada tahun 1998, Walaupun ianya adalah sebuah Universiti dari luar Malaysia, Universiti ini menerima pembiayaan dari pelbagai sumber dari Negara Malaysia..

Antaranya.. Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

Berikut adalah terjemahannya..

Apa kaitan Curtain Universiti dengan Malaysia?

Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:
Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

Jika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas?

Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?

Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :
Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua ketua Kerajaan Komanwel.

Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ...

Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia.

Terjemahan dari 'Dr Rosmah' and Curtin University'

Artikel asal boleh dibaca di SINI



Nampaknya amalan 'You Help Me.. I Help You.." Najib tu dah menular hingga ke seberang laut...

Polis serbu rumah dan rampas komputer Ketua AMK Rembau..

Posted: 13 Feb 2012 07:30 PM PST



Pada 13 Febuari 2012 kira - kira jam 9.00 pagi saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang. Beliau memaklumkan saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.


Sampai di balai polis dia memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah menuju ke kediaman saya di Senawang. Dalam perjalanan saya telah menghubungi che'GuBard, Ketua Cabang Rembau memaklumkan perkara ini. Arahan che'GuBard ialah jangan benarkan polis masuk selagi peguam tidak sampai.




Setelah menunggu 15 minit dikawasan rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai. Juga tiba YB Ravi (ADUN PD Bandar) dan YB. P.Gunasekaran (ADUN Senawang). Sekumpulan polis masuk ke rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri saya yang sedang cuti sakit terkejut, anak-anak tentu keliru dan jiran - jiran pasti bercakap. Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak - anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka.

Kes ini bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu / menyamar yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau. Twitt ini wujud ketika pemilihan parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama Ketua Cabang Rembau yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat. Strategi ini memang berluasa tanpa dikawal ketika itu penggunaan akaun laamn sosial palsu meruapakn antara strategi utama politik jahat menjatuhkan che'GuBard ketika itu.

Namun semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja. Saya yakin ini semua untuk memburukkan che'GuBard.

Pada 5 Julai, saya selaku Ketua AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan twitter AMK Rembau ini.

Namun pada 27 Disember lepas, ASP Wiswar telah 'menahan' che'GuBard dan merampas telefon 'Blackberry' miliknya kononya kerana ada laporan oleh Umno ke atas twitter 'AMK Rembau' yang menghina raja.

Serentak dengan itu saya juga ada dihubungi oleh ASP Wismar. Kemudian saya sendiri dua kali menghubungi pegawai polis tersebut untuk bertanya apa yang saya perlu bantu atau adakah saya perlu hadir ke balai. Malangnya dia cuma kata tak apa nanti akan hubungi semula.

Sehingalah pagi semalam datang dan terus mendesak. Saya terangkan mengenai twitter tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu lansung bagaimana twitter beroperasi dan hanya ikut arahan iaitu 'bosnya' suruh rampas komputer dan bawa balik.

Saya cuma mahu tegaskan di sini hari ini keluarga saya terganggu, isteri saya dan anak saya. Saya beri masa tiga hari kepada manusia yang menyamar disebalik twitter AMK Rembau yang selepas dari siasatan polis bermula dengan menahan che'GuBard menjelang tahun 2012 lepas telah beberapa kali menukar twitt handle nya agar tampil segera.

Boleh hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa' menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini. Ternyata akaun twitter tersebut berbalas twitt dengan beberapa mereka yang kononya bertaraf pemimpin pusat. Termasuk berbincang hadir dalam program dan belanja makan.

Ketika kita perlu fokus berdepan Umno Bn dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti ini ? Kamu yang konon berwajah suci depan tetapi sebenarnya berhati busuk suka membunuh sesama jemaah dan umpama gunting dalam lipatan.


Sani Md Shah
Ketua AMK Rembau
14 Febuari 2012

*Kenyataan Media Ketua AMK Rembau*

Rosmah kata ada orang kecewa dan cemburu pasal dia dapat Phd.. (Video Inside)

Posted: 13 Feb 2012 05:27 PM PST



Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

Isu remeh

"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara," katanya.

Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.

"Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya .... Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya," katanya dengan nada kurang senang.

Terlampau banyak isu

Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.

"Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri.

"Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain.

"Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara," katanya.



Malaysiakini

Tiada ulasan: