Pahang Daily Online |
- Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini !
- Panas: Saman Parking, Ramai Kecewa MPK Terus Jalankan Operasi Mereka Pada Hari Cuti Umum !!
- Panas: East Coat Mall (ECM) Bakal Hilang Identiti Bila Saham Syarikat Kini Terjual Ke Tangan Asing
- Panas: 'Bicara Ummah' Di Temerloh, Dr.Hasan Ali Mendakwa PR Mahu Jadikan Negara Ini Republik
| Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini ! Posted: 06 Feb 2012 10:41 AM PST
[Nampaknya, bantahan rakyat Kuantan terhadap isu Lynas kini sudah semakin memuncak. Bahkan, hanya majoriti penyokong upahan yang telah dibayar untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan projek ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kini rakyat Kuantan secara majoritinya menolak Lynas. Tidak kira apa jua fahaman politik kepartian, agama, bangsa mereka namun kini masing-masing bersatu hati dan sebulat suara untuk menyatakan bantahan. Dijangka, ribuan rakyat pelbagai bangsa akan datang beramai-ramai pada hari itu nanti. Padang MPK1 bakal menjadi saksi betapa memuncaknya bantahan rakyat terhadap isu yang paling kontroversi ini. Kerajaan yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat berdasarkan konsep "rakyat didahulukan" kini lebih berselera membela Lynas yang sudah kaya raya itu. Kini rakyat bangkit untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap isu ini. Soalnya, apakah pertembungan dengan penyokong yang dibayar akan berulang lagi?. Kini, segalanya terletak ditangan MB bagi menentukannya]. |
| Panas: Saman Parking, Ramai Kecewa MPK Terus Jalankan Operasi Mereka Pada Hari Cuti Umum !! Posted: 06 Feb 2012 09:48 AM PST ![]() KUANTAN, 7 Feb - Orang ramai kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terus menjalankan operasi "saman parking" membabi-buta walau pun pada hari cuti am dan cuti umum. Kami menerima banyak laporan dan rungutan daripada orang ramai yang begitu marah dengan tindakan tersebut. "Bayangkan, ketika cuti am (Ahad) dan Cuti Umum (Maulidur Rasul) mereka boleh menjalankan operasi saman parking tanpa belas kasihan kepada rakyat. Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya, Penguatkuasa MPK yang berbaju biru sanggup menyaman kenderaan biar pun ada pemiliknya yang merayu untuk alihkan kenderaan beliau ketika itu. Bayangkan, dia tunggu anak balik menaiki bas dari Kuala Lumpur... datang dari jauh (Chini), parking sekejap untuk jemput anak turun bas... tiba-tiba mahu disaman oleh MPK. Sedangkan dia sempat balik ke keratanya sebelum surat saman dikeluarkan. Dia bagi alasan untuk alihkan keretanya, tapi tetap di saman oleh pegawai terbabit", kata seorang pemandu teksi di Terminal Makmur kepada krew kami. Sementara itu, seorang peneroka dari Felda Bukit Goh dekat sini berkata, dia sudah lali dengan tindakan MPK itu. "Saya tak pernah bayar sebab marah. Takkan lah nak beli rokok sekejap pun di saman, nak beli top up prepaid di saman, nak beli pampers anak di saman. Apa kejadah semua ni.. Bukan ker hari ni cuti (Ahad) dan Cuti Maulidur Rasul ..Sepatutnay berilah kelongaran sikit.. atau bertimbang rasa.. Undang-undang dibuat untuk mengajar dan mendidik rakyat... tapi bukan mendera... Nampak benar MPK kemaruk nak kutip duit saman. Saya juga difahamkan, kerja pada hari cuit pegawai terbabit akan dapat elaun berganda, itu belum termasuk komisyen atas saman-saman yang dikeluarkan", kata beliau. ![]() Bukti, operasi saman terus dilakukan pada hari Ahad (Cuti Maulidur Rasul) pada 5 Februari baru-baru ini (lokasi depan pasaraya Alamoda Kuantan) |
| Panas: East Coat Mall (ECM) Bakal Hilang Identiti Bila Saham Syarikat Kini Terjual Ke Tangan Asing Posted: 06 Feb 2012 08:47 AM PST ![]() KUANTAN, 7 Feb - Orang ramai yang berkunjung ke Komplek Membeli Belah East Cost Mall (ECM) dekat sini pasti terkejut apabila terlihat lambang CapitaMalls kini tersergam indah di puncak bangunan terbabit. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan logo baru tersebut. Namun, kini rupanya sudah menjadi kenyataan. Walau pun baru sahaja dibuka, kini East Cost Mall sudah pun terjual ke pihak lain dengan harga RM330 juta pertengahan tahun lalu. Perkara ini mungkin tidak disedari oleh orang ramai, namun besar kemungkinan nama East Cost Mall (ECM) juga akan terpadam tidak lama lagi. Di awal kewujudannya dulu ECM menjadi daya tarikan warga Kuantan termasuk pelancong dari luar. Ini kerana lokasinya yang strategik dan menarik menyebabkan kawasan itu sering dikunjungi oleh orang ramai. Ia dikatakan syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur. Nama ECM semakin harum dan bertambah popular dan ia menaikkan imej bandar Kuantan itu sendiri. Namun, kemungkinan besar nama ECM akan hanya tinggal sejarah apabila ia telah terjual kepada pihak lain rupanya. Difahamkan, saham ECM telah dibeli oleh CapitaMalls Malaysia REIT Management Sdn. Bhd (CMRM) tahun lalu. Penjualan ini menyebabkan ECM sudah hilang pegangan terhadap komplek membeli belah terbabit. Lantaran itulah kita tidak hairan kini lambang CapitaMalls mula dinaikkan pada bangunan itu. CapitalMalls adalah anak syarikat kepada CapitaLand (Singapura) iaitu sebuah syarikat pembangunan hartanah yang terbesar di Asia. Antara lain-lain komplek membeli belah besar yang telah dibeli oleh syarikat terbabit di Malaysia ialah Sungei Wang, The Mines dan Gurney Plaza. ![]() Bukti, lambang CapitaMalls sudah mula dipasang di atas bumbung ECM Klik sini untuk lihat sendiri bukti dokumen jual beli ECM tersebut [Nampaknya, satu lagi tanah yang berada dalam kawasan Rezab Melayu Transit Point kini akhirnya terjual ke tangan warga asing (Singapura). Inilah jadinya apabila kuasa berada ditangan mereka yang tidak sayangkan negara. Transit Point dulunya merupakan tanah Rizab Melayu yang amat dibanggakan oleh warga Kuantan. Kini identiti itu sudah terhakis apabila ia dibangunkan sebagai Koridorraya Multimedia (MSC Kuantan) dan menjadi pengangan bebas. Namun, akhirnya satu persatu tanah terbabit terjual ke tangan warga asing. Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat Kuantan sekarang?. Mana perginya pemimpin Melayu yang kononnya berjuang untuk membela nasib orang Melayu. Tanah tergadai dan kini menjadi milik orang. Siapa harus dipersalahkan?. Apapun, orang ramai amatlah berharap agar imej East Cost Mall (ECM) akan tetap dikekalkan, kerana ia sudah sinoniom dimulut rakyat sekarang. Jika namanya juga bertukar, maka apa lagi yang boleh kita banggakan. Nasi sudah menjadi bubur, apa yang penting ialah melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika tidak, satu demi satu tanah rizab Melayu tergadai ke tangan asing]. |
| Panas: 'Bicara Ummah' Di Temerloh, Dr.Hasan Ali Mendakwa PR Mahu Jadikan Negara Ini Republik Posted: 06 Feb 2012 07:50 AM PST
"Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik. "Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya. Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu. Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka. Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah PAS yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik. sumber [Nampaknya pasti ramai yang melenting dengan kenyataan terbaru Datuk Dr.Hasan Ali ini. Namun, beliau berhak mengeluar kenyataan sedemikian kerana dia kini adalah wakil rakyat bebas. Namun, kesilapan beliau ialah dia rela hadir bertemu rakyat menerusi pentas UMNO. Ini yang menjadi masalah sekarang. Seolah-olah Hasan merasakan UMNO itu lebih benar dalam memperjuangkan Islam selama ini. Walhal dia sendiri tahu yang dia digam oleh RTM atas arahan kerajaan UMNO BN gara-gara mengeluarkan kenyataan pedas ketika mengendalikan rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 dulu. Maknanya, kerajaan UMNO BN tidak mahu mana-mana pihak yang cuba berkata benar untuk mendidik rakyat supaya mahu kepada Islam. Bukan dulu saja, malah hari ini juga kerajaan masih mengenakan berbagai peraturan dan syarat untuk mengekang pihak yang cuba berdakwah dan mengajar Islam sebenar kepada umat Islam. Hasan juga telah terpalit dengan isu itu. Namun, kini segalanya sudah berubah. Dia mula melihat parti PAS itu berada di pihak yang salah dan UMNO pula di landasan kebenaran. Sedangkan dia tahu, kuasa untuk melaksanakan hukum Allah atas muka bumi ini berada di tangan Melayu Islam UMNO. Namun, hingga kini masih tidak mahu dilaksanakan. Apakah Hasan rela untuk bersekongkol dengan parti itu pula selepas ini. Apa yang pasti, perjuangan beliau hanyalah untuk cari keuntungan dunia semata-mata]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan