Sabtu, 4 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


"Majlis Perbandaran Kuantan", Bercadang Untuk Ambil Kakitangan Baru Dalam Tempoh Terdekat !

Posted: 03 Feb 2012 08:27 PM PST

KUANTAN 4 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang mengambil kakitangan baru bagi memenuhi beberapa jawatan dalam tempoh terdekat ini. Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, pengambilan tersebut dibuat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Menurutnya, antara perkhidmatan itu adalah bagi mengutip cukai taksiran yang tertunggak selain menyelesaikan aduan penduduk. Jelasnya, dalam hal berkaitan pihaknya terpaksa menambah kakitangan untuk jawatan Pembantu Penilaian yang akan ditugaskan mengutip bayaran cukai taksiran tertunggak sehingga kini mencecah kira-kira RM18 juta. "Kami terpaksa mengutip cukai itu kerana ia dilihat tidak adil kepada mereka yang membayar cukai setiap tahun. "Mereka yang tidak membayar cukai itu turut mendapat perkhidmatan daripada MPK sedangkan ia diberikan kepada mereka yang membayarnya sahaja. Jadi ini dilihat tidak adil dan mahu tak mahu kita kena kutip juga," katanya di sini baru-baru ini. Haslinda berkata, MPK juga memerlukan kira-kira 20 orang untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pekerja Awam dan 12 lagi sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Tambahnya, antara tugas lain dilakukan adalah menjalankan kerja-kerja di bawah unit tindakan khas dengan kebanyakannya berkaitan aduan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPK seperti pokok tumbang, banjir kilat, jalan rosak, kerosakan lampu isyarat dan sebagainya. "Kesemua jawatan itu akan diiklankan dalam masa terdekat ini dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.mpk.gov.my," katanya.

[Tindakan MPK untuk mengambil kakitangan baru bagi memudahkan urusan yang berkenaan adalah wajar, namun dalam masa yang sama mereka haruslah meningkatkan kualiti perkhidmatan itu sendiri. Banyak aduan rakyat berkaitan pokok tumbang, sampah tidak dipungut dan jalan rosak di sana-sini begitu lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkenaan selama ini. Maka itulah, jika penambahan ini bertujuan untuk melancarkan urusan mereka maka warga Kuantan amatlah menyokong. Namun, jika penambahan itu bertujuan untuk mendera rakyat maka mereka akan terus bangkit menentang. Namun, dalam masa yang sama, MPK digesa menyelesaikan segala masalah yang berkaitan sebelum mahukan rakyat mengikut undang-undang yang telah mereka tetapkan. Perkhidmatan berkuali akan menyebabkan sesebuah Majlis Tempatan itu terus dihormati. Justeru, lakukanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat].

Panas: Polemik Lynas Berterusan, AJK Himpunan Hijau 2.0 Kesal Keputusan LPTA Luluskan Lesen !

Posted: 03 Feb 2012 07:44 PM PST

KUANTAN, 4 Feb - Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 kesal dengan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) yang meluluskan lesen operasi sementara projek Lynas, di Gebeng walaupun masih banyak syarat yang belum dipenuhi. Pengerusinya, Wong Tack berkata, lesen operasi sementara itu sebenarnya tidak perlu jika LPTA benar-benar yakin projek itu selamat. "Jika mereka kata projek itu tidak merbahaya, mengapa perlu ada lesen operasi sementara. "Mereka seolah-olah ingin menjalankan eksperimen terlebih dahulu bagi mengetahui projek ini sebenarnya selamat atau sebaliknya," katanya pada sidang media kelmarin. Katanya, beliau benar-benar kecewa kerana selepas tempoh setahun bertungkus-lumus membantah projek ini, pihak bertanggungjawab tetap meluluskan operasi. "Kini, kami sudah sampai ke tahap merayu pada kontraktor, pembekal, perunding, arkitek dan semua syarikat yang berkaitan dengan projek ini untuk berhenti bekerjasama bagi menyelamatkan nyawa 700,000 penduduk Kuantan dan Kemaman. "Saya berharap supaya masyarakat dapat membuka mata dan minda bagi menentukan yang terb. "Jika mereka enggan berhenti, saya rayu kepada penduduk supaya memboikot syarikat-syarikat ini,"aik untuk masa depan mereka," katanya katanya. Tambahnya lagi, pihaknya 'berjanji' akan meneruskan perjuangan menentang projek ini bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin. "Kita tidak akan berhenti setakat ini sebaliknya akan terus berusaha untuk menjatuhkan kilang itu," katanya. Sehubungan itu katanya, Himpunan Hijau 2.0 menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung pada 26 Februari ini di sini, bagi menyuarakan bantahan terhadap keputusan ini. Dalam perkembangan lain, Stop Lynas Coalition turut mengadakan sidang media berkaitan bantahan terhadap isu yang sama. Pengerusinya, Andansura Rabu (foto) berkata, beliau terkejut dengan keputusan LPTA walaupun kemudahan pelupusan tetap (PDF) masih belum diselesaikan. "Salah satu syarat LPTA ialah pelan dan lokasi PDF mesti didedahkan dalam masa sepuluh bulan pengeluaran TOL. "Mengapa pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya tidak memaksa Lynas untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan," katanya. sinarpahang


AJK Himpunan Hijau 2.0 kecewa tindakan LPTA meluluskan lesen Lynas

[Tindakan kerajaan yang terus mengabaikan kepentingan rakyat dalam isu Lynas ini jelas sekali menunjukkan yang mereka tidak serius untuk membela nasib rakyat. Apa yang dibela ialah kepentingan ekonomi bagi menjaga "periuk nasi" masing-masing. Malah, jika dibuat kajian ternyata majoriti rakyat di Kuantan menolak Lynas. Hanya mereka yang tidak berhati perut, dibutakan mata dan dipekakkan telinga sahaja yang terkinja-kinja mengatakan menyokong Lynas. Itu pun selepas dibayar dengan jumlah tertentu untuk mengadakan himpunan sokongan projek tersebut. Perjuangan merela tidak ikhlas sebenarnya. Apa yang penting ialah mereka mahukan imbuhan disebalik kejayaan membawa masuk projek itu ke negeri Pahang selepas ditolak di mana-mana negara seantero dunia. Oleh itulah, rakyat perlu bangkit dan terus menentang projek ini demi keselamatan, kesihatan dan masa depan generasi akan datang ini pastinya].

Tiada ulasan: