OTAI MANJUNG |
TRAGEDI BENCANA ALAM FASA 3A MANJUNG Posted: 12 Feb 2012 02:59 AM PST 02.02.2012, Seri Manjung, Fasa 3A. Simpati kepada seluruh Mangsa Ribut Petir Seri Manjung, Fasa 3A yang dilanda musibah petang 02.02.2012. Mengikut keluarga mangsa yang daftar kepada J/K Komuniti Penduduk secara sukarela (Kecemasan) diumumkan lebih kurang 170 pintu rumah dari 400 buah rumah setempat. Sebelum kejadian Ribut Petir yg kuat, Petir & Guruh menyelubungi sesetengah tempat sekitar Manjung. Pelbagai Wakil-wakil badan Politik, PDRM dan Jabatan serta syarikat-syarikat besar spt TNB JanaManjung (TNBJM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) datang menghulurkan bantuan teknikal dan juga material serta sumbangan kecemasan bagi mengatasi segera. Ia biasa, lumrah budaya Malaysia, kehadiran bagi sesetengah pihak hanya ketika masyarakat menghadapi musibah, segala bantuan perlu diumumkan. Yang tak pernah nampak muka sebelum ini, mala tu ramai yang tayang muka, muka bakal-bakal calon pun muncul. Bagaimanapun penduduk hargai dan ini sememangnya kewajipan pihak-pihak yang berkaitan. Kebanyakan mangsa adalah pekerja BNS, Pegawai Tinggi BNS umumkan 'pemberian cuti' kepada Mangsa yang bekerja BNS, secara tak langsung ia mengurangkan beban keluarga utk atasi bencana yg mereka hadapi, Terima Kasih BNS! Krew OM dimaklumkan oleh seorang sahabat utk liputi kejadian ini, amaran ini telah di'dialog & santai' bersama Nelayan-Nelayan sebelum kejadian ini pada 31.01.2012 di sebuah kunci air Permatang, Pasir Panjang, gambar di seperti video di bawah ini. Berbalik kepada peristiwa bencana, ada anak muda yg prihatin gua kenali yg bertindak lebih baik dr menunggu kehadiran orang-orang besar, J/K komuniti juga bertindak dgn sukarela, pendaftaran mangsa dibuka dan hubungi pelbagai agensi. Anak muda ini memberi no tel Pegawai TNB JanaManjung ketika J/k umumkan siapa yang ada no tel TNBJM. Kehadiran Pegawai Tinggi TNBJM menjamin sumbangan kecemasan sebyk RM10,000 kepada komuniti, juga permasalahan kuasa elektrik di rumah mangsa juga TNB sediakan Jurutera bertugas serta merta. Satu perkara tentang TNBJM, Pusat Operasinya di Teluk Rubiah mgkin ia antara efek berlakunya bencana ini namun sifat keterbukaan Pegawai Masyarakatnya membuat aktivis boleh bekerjasama dalam melestarikan alam, antara cadangan sumber arang batu kepada sumber angin. Bahkan Pegawai Masyarakat sendiri bersama Pegawai Tinggi TNBJM malam itu berjumpa Aktivis untuk mendapatkan gambar-gambar rumah yang terkesan dari bencana ini dan sempat menyatakan kerjasama dengan Aktivis Manjung melalui NGO Sahabat Alam M'sia & Persatuan Alam Sekitar Perak untuk menanam bakau sejumlah 500 pokok. Dan PT TNBJM mohon adakan kajian atau percubaan dalam kuantiti yang sesuai untuk pastikan ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan yang dimaklumkan oleh Nelayan-Nelayan Permatang Pasir Panjang di dialog bersama aktivis alam sekitar 2 hari lepas. Terima Kasih TNBJM! Bila mana penduduk kata perlu membuat report polis, PDRM hulurkan kemudahan dengan membuka kaunter di lokasi, asalnya setiap wakil rumah diperkecilkan ikut blok utk wakili membuat report, kalau tak jenuh 170org nak kedepan, siapa nak gotongroyong utk bantuan bagi rumah yg perlu diatasi dahulu bagi keselamatan isi rumah malam itu. Nak buat repot kena bagi salinan fotokopi mykad, datang anak muda ini tegur kat mana jam lewat macam ni kedai fotokopi mana ada yg buka, dia syorkan sesiapa yg ada scanner printer boleh dipinjamkan dahulu. Dtg org yg hulur, Selesai masalah! Terima Kasih PDRM kerana melancarkan rondaan di perumahan mangsa-mangsa agar tidak berlaku sebarang yang tidak dingini dan cubaan mengambil kesempatan. Namun, agak lucu tiada siapa bentangkan punca kejadian, Ya Bencana Allah, kenapa? Iktibarnya? Tentang Kaji cuaca spt di huraian bawah ini?! Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH Darirekod kaji cuaca secara online bacaan taburan hujan 24jam 02.02.2012 12:00UTC ;Seksyen C: Amaran Ribut Petir Menyeluruh. Boleh mencecah kelajuan Angin 50km/jdan laut gelombang 3.5meter. Bahaya Kepada Bot Kecil. Persekitaranyang tidak seimbang dan berhampiran kawasan terbesar pendudukan manusia daerahManjung serta Zon-zon sensitif Alam Sekitar. data diperolehi oleh NGO- Sahabat Alam Malaysia. 1. Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung. Berkaitan Perancangan Fizikal • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal; • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkanoleh Jabatan Alam Sekitar. 2. Kegiatan Pemusnahan Hutan Paya Laut di Daerah Manjung, Perak Berkaitan Perancangan Fizikal, Perhutanan dan Perikanan • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal; • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; • Tidak bersungguh-sungguh mmenguatkuasa peruntukan perundangan*, dan • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai Dasar Perhutanan Negara, 1978. 3. Kegiatan Pemusnahan Hutan di Hutan Simpan Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak Berkaitan Perhutanan • Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*. 4. Cadangan Pembangunan Kawasan Pelancongan Teluk Segadas Pulau Pangkor, DaerahManjung, Perak Berkaitan Perhutanan Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikutSeksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984 i. Hutan Simpan Lumut - 5.24 hektar - 8 Julai 2009 ii. Hutan Simpan Teluk Muroh- 121.16 hektar - 6 Januari 2010 iii. Hutan Simpan Pangkor Selatan - 2.20 hektar- 31 Disember 2009 Maklumat Teluk Rubiah terkini di : Save Teluk Rubiah . Dari Peter Van Der Lans: Theworldwide Reef Check network, registered as an NGO in Malaysia in 2007 wrote areport about Pulau Sembilan. It's important to realize that not only ValeIndustries has an effect on the situation at Pulau Sembilan.... as the reportclearly shows: http://www.pulau-pangkor.com/support-files/sembilan-islands-report.pdf |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan