Sabtu, 11 Februari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Umno Terus Ugut, Anak Muda Terus Berjuang !!

Posted: 11 Feb 2012 02:27 AM PST

Umno tidak pernah meraikan demokrasi. Ketika setiap saluran media arus perdana berada di pihak mereka, memberi ruang untuk Umno membuat tohmahan hingga ke ruang tamu setiap rumah dalam negara ini, sedikit ruang untuk membalas hujah tohmahan itu juga turut dinafikan.

Ceramah penerangan, pidato pencerahan, itu sahajalah ruang yang dipunyai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan (sebenar) selain akhbar yang diluluskan sekitar 2 kali sebulan. Kita seolah-olah hidup di alam sebelum merdeka, tidak dibenarkan bebas bersuara, tidak langsung diberi ruang apabila sejak akhir-akhir ini banyak ceramah yang diganggu.

Namun ingin aku ingatkan di sini, ganggulah macamana pun, buatlah ugutan apa pun, anak muda dan pimpian Pakatan Rakyat akan tetap teruskan siri-siri penerangan dan kempen-kempen kesedaran betapa Umno itu adalah legasi penjajah dan perlu ditumbangkan bagi kemerdekaan sebenar. Barulah demokrasi itu benar-benar dapat diraikan !

Malam ini di Dewan Kg Idaman Klang ada ura-ura akan berlaku kekacauan. Itu sahajalah modus operandi yang tinggal buat Umno mempertahankan ketuanan eletisnya. Mereka tiada hujah, hanya menghalang kebenaran itu sampai kepada rakyat. 

Pelbagai gerakan akan diteruskan tidak kira siapa pun penghalangnya. Gerakan ABU juga telah melepasi fasa pemanas badan dan akan menyerang seluruh negara dalam masa terdekat. Serangan berpelurukan maklumat dan fakta, serangan yang menyedarkan semua orang bahawa Umno retorik itu perlu ditumbangkan demi Malaysia yang lebih terjamin, bukan sekadar retorika!

Ayuh malam ini bersama anak muda dan mahasiswa. Inilah masa depan negara, tanggungjawab kita bersama untuk pastikan demokrasi sebenar diraikan !!

Malaysia negara kita, selamatkanlah! Sudah sampai masanya untuk kita bergerak dengan lebih mapan dengan penuh keberanian. Asalkan Bukan Umno ! ABU adalah Jawapan !!


Guan Eng gesa PM kembalikan wang kepada rakyat

Posted: 10 Feb 2012 10:37 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menjadikan bayaran RM500 tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah, sebagai satu program tahunan.

najib lim guan eng cycle event 250911 3Ketika membuat gesaan tersebut hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkata, ia bagi membuktikan bahawa Najib ikhlas membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata bayaran tersebut, yang masing-masing berjumlah RM1.8 bilion bagi 3.4 juta isirumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar, adalah tidak besar berbanding dengan pembaziran kerajaan.

Katanya, anggaran RM1, 077 bilion wang haram dibawa keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.

Ini, dakwanya, adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhah Klang (PKFZ), skandal RM52 bilion saham bumiputera dan yang terbaru kontroversi RM250 juta membabitkan National Feedlot Corporation.

NONELim yang juga ahli parlimen Bagan berkata adalah lebih baik bagi kerajaan memulangkan kembali wang kepada rakyat "yang yang amat memerlukan bantuan sepanjang masa inflasi yang tinggi dan hutang isirumah yang melambung tinggi", dan bukan membazirkannya dalam projek yang dilanda skandal.

Menurutnya lagi, harga beberapa komoditi asas telah melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan kesusahan kepada jutaan rakyat Malaysia:

- Gula: RM1.45/kg (Januari 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) - 58% dalam tempoh 18 bulan.

- Telur: Gred B RM9 bagi 30 butir telur (September 2010) kepada RM10 untuk 30 telur (sekarang).

- Bawang: Harga naik 17% sejak Disember 2010.

- Cukai perkhidmatan: Meningkat 1%,  tambahan RM720 juta dalam bentuk cukai kepada kerajaan persekutuan.

- Teh tarik dan kopi susu: Meningkat RM0.10 kepada RM0.20 (9.1% kepada 18.2%).

- Tarif elektrik: Peningkatan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

- Roti Gardenia: kenaikan 5% kepada 14% (2011).

Lim berkata peningkatan kadar inflasi menyebabkan tahap hutang isirumah yang tinggi, seperti Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isirumah Malaysia pada akhir tahun 2010 ialah RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK. -M'kini

Najib Perlu Selesaikan Kemiskinan Melampau Di Pekan

Posted: 10 Feb 2012 10:34 PM PST

Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan

PEKAN : Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

"Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

Gambar kanan: Ust Abu Kassim manaf

"Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

"Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini," katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa.

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata.

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

"Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya.

Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu.

Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob.

Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi.

"Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini," tegas Abu Kassim. -Hrkh

Najib dan Rosmah malukan Thaipusam

Posted: 10 Feb 2012 10:33 PM PST


Najib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkanNajib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkan

Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan dimana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaanThaipusam berlangsung.

Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.

Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan keatas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?


Jangan merendah-rendahkan Thaipusam

Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian,

keabdian dan penyerahan diri?

Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?

Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupaka tujuan utama Thaipusam?

Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai bahawa rasa rendah diri dan

peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekaligus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?

Tiada rasa malu dan sensitif


Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?

Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?

Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.

Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?

J. D. Lovrenciear adalah pembaca Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: