Sabtu, 11 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] ANAK Dakwa Isa Samad SELEWENG Duit Rumah Terbuka FELDA

Posted: 11 Feb 2012 07:00 AM PST


Berita berkaitan di sini.





Polis Buru Perompak MAINAN SEKS

Posted: 11 Feb 2012 05:30 AM PST

Polis Iowa City, Iowa, Amerika Syarikat sedang memburu seorang lelaki yang merompak kedai alat dan aksesori seks. Lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau itu mencuri sebuah patung seks getah seberat 9kg lapor DM yang memetik beberapa sumber.

Rompakan itu berlaku bulan lepas, tetapi polis masih gagal  mengesan lelaki bertopeng yang mencuri patung seks berbentuk seperti bahagian punggung. Patung seks yang diperbuat daripada getah kulit seakan-akan hidup itu berharga sekitar AS$ 250 (RM751.62).

Pihak polis mengeluarkan sekeping gambar lelaki bertopeng yang diambil dari kamera pengawasan kedai, dengan harapan ada anggota masyarakat yang dapat mengenal pasti suspek dan tampil memberikan maklumat.

Menurut polis, lelaki itu ke Kedai Romantix Pleasure Palace kira-kira pukul 3:00 pagi, 17 Januari lalu, kemudiannya mengeluarkan pisau dan mengacukannya kepada pekerja.

Perompak gila seks itu mencuri mainan seks, 'F *** Me Silly # 1. Lebih mengejutkan, dia berlalu pergi tanpa mengambil wang atau barangan lain dari kedai tersebut.

Mainan seks itu merupakan produk Pipedream dan motif rompakan mungkin berpunca daripada maklumat produk yang tertera di laman sesawang syarikat.

Kata-kata yang tertera pada iklan produk itu berbunyi "over 20 lbs (9kg). of soft, Fanta-flesh" mungkin menarik minat lelaki itu.

Menurut sumber syarikat, mainan seks ini sangat popular dan telah habis dijual buat masa ini. -DCM




[Video] Lelaki TEMBAK Komputer Riba Anak Gadisnya, Mengapa?

Posted: 11 Feb 2012 04:00 AM PST


Video yang memaparkan seorang ayah menembak komputer riba anak perempuannya selepas membaca rungutan anaknya yang turut bermuat kata-kata kasar di akaun Facebook. Anaknya merungut kerana terpaksa melakukan banyak kerja rumah, tidak pernah menerima bayaran atas kerja-kerja yang dilakukannya, dan sebagainya. Pada satu tahap anaknya turut menulis, "Kepada ibu bapa saya, saya bukan hamba abdi kamu," 

Lelaki itu bertindak menembak komputer riba anaknya yang berusia 15 tahun untuk mendidiknya agar menghormati ibu bapa. Katanya, dia melakukan tindakan itu demi kasih sayang terhadap anaknya. Lelaki itu juga berharap video itu dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain.

Video bertajuk Facebook Parenting: For the troubled teen itu berjaya menarik lebih 3 juta penonton.

Keterangan lanjut boleh dibaca pada info video ini. -DCM






Akibat Pengaruh Dadah, Lelaki ROGOL, PUKUL Adik Kandung

Posted: 11 Feb 2012 02:15 AM PST

 
Saya petik:
[Bernama] BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Feb lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Jumaat. 
 
 
P/s: Lahanat!

[Video] Perakam Insiden KFC I-City Tampil Kisah Sebenar

Posted: 11 Feb 2012 12:41 AM PST

Jurublog UMNO sedang menghangatkan isu insiden kekasaran pekerja di KFC i-City sebagai isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. DAP yang menyediakan platform untuk pelanggan yang dikasari oleh pekerja KFC telah difitnah dengan pelbagai macam tohmahan. 

Mereka menulis seolah-olah kejadian itu berlaku di depan mata mereka. Mereka menulis seolah-olah rakaman yang disiarkan di Youtube itu dirakam oleh mereka.

Sepatutnya, kita dengar daripada mulut saksi dan orang yang terlibat.

Saya petik:

[MK] Individu di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

NONE"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng.  Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak.


 



 Berkaitan:

P/s: Walau apapun rungutan pelanggan, walau setinggi mana pun suara pelanggan, pekerja sesebuah premis perniagaan tiada hak untuk membalas rungutan pelanggan dengan kata-kata yang kasar apatah lagi bertindak memukul pelanggan. Jika mereka merasakan diri dianiayai, hal itu sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan atau pihak polis. Hal itu tidak perlu dipersoalkan, melainkan jika pelanggan bertindak menggunakan kekerasan fizikal, maka pekerja berhak mempertahankan diri daripada dicederakan.

Persoalannya, mengapa pihak pengurusan KFC itu tidak memaklumkan kepada pelanggan bahawa ayam stok ayam hampir habis? Pengurus atau pekerja yang cekap dan beretika pasti akan menyedari hal itu dan bertindak memaklumkan kepada pelanggan yang beratur dengan lebih awal agar mereka boleh beredar dari premis itu. Mengapa pengurus atau pekerja syif hari berkenaan gagal berbuat demikian? 





Gadis Dirogol di dalam Kereta yang Melintasi Sekatan Polis

Posted: 10 Feb 2012 10:31 PM PST

Sekadar hiasan.

Times of India melaporkan  dua orang lelaki didakwa menculik dan merogol seorang remaja berusia 16 tahun di dalam sebuah kereta yang bergerak di Delhi. Yang mengejutkan kereta itu pada suatu ketika melintasi sekatan polis di sebatang jalan rata.

Mereka tidak berhenti dan terus merogol mangsa bergilir-gilir. Kedua-dua suspek memandu di sekitar kejiranan di dalam sebuah R Wagon, kata polis.

Remaja itu akhirnya ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya selepas empat jam diperlakukan seperti hamba seks.
 
Semasa memberikan kenyataan, remaja itu memberitahu polis bahawa salah seorang tertuduh adalah rakan abang iparnya yang pernah berkunjung ke rumahnya sebelum ini.

Tertuduh yang dikenali Amit dan Manoj telah ditahan oleh pihak berkuasa. -DCM



Daripada JUTAWAN kepada FAKIR

Posted: 10 Feb 2012 08:46 PM PST

Antara laporan tentang jutawan LBJ.

Saya petik:

[HM] SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.

Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya.

"Keadaan itu berlaku kerana kebanyakan mereka 'rambang mata' apabila mendapat bayaran antara RM1.3 hingga RM1.8 juta, bergantung kepada keluasan tanah.

"Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik," katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat 'durian runtuh' pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira 32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan.

Katanya, faktor lokasi menyebabkan kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri atau perumahan.

"Kami menjual tanah tetapi akhirnya ada yang menjadi 'jutawan fakir' dalam masa beberapa tahun kerana boros membelanjakan wang pampasan, termasuk ada yang melabur dalam skim cepat kaya," katanya.

Menurutnya, ketika menerima wang jualan tanah, suasana ketika itu meriah kerana banyak pameran kereta dan hartanah diadakan di Dewan Orang Ramai, tidak termasuk risalah yang dihantar dari rumah ke rumah," katanya.


 P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah jutawan fakir Kampung LBJ. Kata peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis.


[Wajib Baca] Khalid Samad: Hasan & Alasan

Posted: 10 Feb 2012 06:00 PM PST


Saya petik:

Hassan dan Alasan
 
InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

ALASAN HASSAN YANG PERTAMA
Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (perlaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai 'golongan parasit' bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama' lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh 'golongan parasit'. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama' lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujjah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujjah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASSAN YANG KEDUA
Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hassan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama' dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASSAN YANG KETIGA
Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASSAN YANG KEEMPAT
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah 'Negara Berkebajikan' tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama' dalam parti dengan tertubuhnya 'Majlis Syura Ulama' yang kesemua ahlinya adalah ulama'. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hassan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama' tetapi ingin ulama' ikut cakapnya! Atau adakah ulama' juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hassan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASSAN YANG KELIMA
Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hassan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! "Kaji semula kedudukan dalam PR" cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hassan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KEENAM
Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia "menghadapi kesukaran dan suasana serba salah" bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; "Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan". Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah".

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan 'bull-doze' sahaja.

ALASAN HASSAN YANG KETUJUH
Soal pimpinan, yang Hassan Ali gemar menggelar sebagai 'parasit dalam PAS', lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hassan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KELAPAN
Hassan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu 'mungkar' ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah 'bil lisan' atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik". Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASSAN YANG KESEMBILAN
Hassan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan 'parasit PAS' apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai 'parasit' apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah 'penguasaannya'? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hassan Ali sendiri.

KESIMPULAN
Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

[Wajib Baca] Isu Malaysia Negara Republik: Khalid Samad MENYEKOLAHKAN Hasan Ali yang Ada PHD

Posted: 10 Feb 2012 05:00 PM PST


Saya petik:
Saya tidaklah mempunyai PhD, tetapi saya ingin meminta jasa baik Hassan Ali untuk menjelaskan bagaimana dengan hanya bertanding 46 kerusi Parlimen, DAP boleh menang 112 kerusi?

Untuk menguasai Malaysia, DAP perlukan 112 kerusi iaitu lebih 50% dari kerusi Parlimen sebanyak 222 kerusi.

Sedangkan DAP hanya bertanding 46 kerusi.

Maka sudah pasti ianya satu thesis menarik jikalau ianya boleh dibuktikan bahawa DAP boleh menangi 112 kerusi dengan hanya bertanding 46 kerusi!

Itu tidak termasuk persoalan bagaimana DAP boleh mendapat majoriti 2/3 yang akan diperlukan untuk mencantumkan Malaysia dengan Singapura dan dijadikan Malaysia sebuah Republik!

Amatlah malang sekali nasib Hassan Ali.

Sudah mula merapu dan cakap tidak menentu.

Lebih baik beliau berehat seketika, insafi apa yang sedang dilaluinya dan kembali ke pangkal jalan.

Jangan termakan dengan hasutan puak UMNO yang jelas hanya mempergunakan beliau.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD


P/s: Tepat dan padat. Tidak tahulah TM, nak sorok muka di mana, kalau TM jadi Hasan Ali. Penyokong Hasan Ali, anda masih mahu bersama dengan orang macam itu?





[Video] "Apa dah jadi dengan UMNO?"

Posted: 10 Feb 2012 04:00 PM PST


Saya petik:

[MK] Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

Katanya, kenyataan dan rakaman temubual dengan Malaysiakini, Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI  telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan.

"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.

Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.

Kaji dahulu 'kritikannya'
Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan  dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya.

Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno  yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti.

Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak  - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.

"Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut.
'Kita diperhati'

"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya.

Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka.

"Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya.

Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya.

Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan.

Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan.

"Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet. Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978.

"Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik.

"Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu  akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti.

Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno.

Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah".

"Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya.





Tiada ulasan: