A Mum Of Three Mohd |
- Doa kami bersama kamu semua.
- Oi... Hangpa tunggu apa lagi?? Sila lepaskan jawatan.
- PERKASA menyebarkan wabak muntah. Bahaya tu...
- Ambik tau. Jangan cari nahas. Bala jangan dicari!!
Posted: 21 Feb 2012 09:30 AM PST Saya antara yang gagal gembira menyambut pemansuhan ISA Nashita Md Noor | Feb 21, 2012 11:54:56 am 1 Ogos 2009. Kami ditahan selama tiga hari dua malam di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang baru dibuka pada 27 Julai 2009, maka kami bernasib baik kerana tandas yang terbuka dan terdedah itu masih bersih. Kami hanya dapat mandi pada jam 1.00 pagi hari Isnin (3 Ogos). Dua hari tidak dapat mandi dan tiga hari menahan diri dari membuang air besar! Syukur dengan tidak memakan nasi selama tiga hari kami selamat dari menyimpan makanan berat di dalam perut untuk diproses menjadi bahan buangan. Kami hanya menjamah sedikit roti yang dikongsi bersama dan sedikit air kosong yang juga turut dikongsi. Ini adalah sebahagian pengalaman yang berharga yang telah saya (gambar kanan, kanan) kongsikan pada tarikh 4 Ogos 2009 sebaik dibebaskan dari Penjara. Berpeluang menghuni sebuah penjara. Dipenjarakan kerana kami berani melawan. Apa yang kami lawan hingga kami tertangkap pada tarikh tersebut 1 Ogos 2009? Apakah signifikannya tarikh tersebut yang berjaya menarik perhatian puluhan ribu rakyat turun memenuhi segenap jalan di Kota Raya tanpa ada rasa gentar walau amaran demi amaran diberikan oleh pihak Polis untuk tidak turun ke jalanraya pada tarikh tersebut. 1 Ogos 2009 adalah hari ulangtahun ISA digubalkan pada tahun 1969, maka tarikh tersebut telah dipilih oleh GMI, Gerakan Mansuhkan ISA untuk menjadi lambang kebencian rakyat yang membuak kepada sikap pemerintah yang masih mahu mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim dan kuno. Pada 1 Ogos 2009 dilaporkan puluhan ribu orang turun ke jalanraya di Kuala Lumpur walaupun pelbagai sekatan dijalankan dan amaran dikeluarkan. Himpunan dicadangkan bermula pada jam 2.30 petang, namun seawal jam 3 pagi telah berlaku tangkapan oleh pihak polis ke atas mereka yang dipercayai datang ke perhimpunan tersebut. ISA Zalim. Saya tidak mempunyai ahli saudara yang pernah ditahan ISA, namun saya tetap berkongsi penderitaan mangsa kezaliman ISA khususnya yang menimpa para isteri tahanan ISA serta anak-anak mereka. Saya melihat dan berkongsi penderitaan mereka. Sebagai AJK Gerakan Mansuhkan ISA kami merancang pelbagai aktiviti seperti menghantar memorandum kepada SUHAKAM, Kementerian Dalam Negeri, PDRM termasuk cubaan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri. Malah GMI juga membuat pertemuan dengan pihak Mufti setiap negeri di Malaysia bagai menjelaskan bahawa ISA juga adalah haram di sisi Islam dan mesti dimansuhkan. Semuanya gagal. Maka dengan kefahaman rakyat tentang betapa zalimnya ISA dan menghayati penderitaan keluarga maka rakyat berani untuk meluahkan rasa mereka di secara terbuka bagi membuat desakan. Pada hari tersebut sejumlah 589 orang telah ditangkap dan dikumpulkan di Pusat Gerakan Am Cheras. 489 orang telah dibebaskan pada tarikh yang sama, 91 orang dihantar ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk dilokapkan. Akhirnya 29 orang telah didakwa di mahkamah dan dibicarakan. 16 orang didakwa menyertai perhimpunan haram dan 13 orang didakwa di bawah akta Pertubuhan. Saya bersama anak lelaki, Ammar (gambar kanan, kanan), adalah antara yang ditangkap pada tarikh tersebut. Ammar yang ketika itu baru berusia 13 tahun telah dipenjarakan di Penjara Juvenil Sri Petaling bersama seorang rakannya yang berusia 16 tahun, Suhaib Mat Sah (gambar kanan, kiri), yang merupakan anak kepada seorang tahanan ISA yang masih meringkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting ketika itu. Anak saya melalui pengalaman yang perit dengan mereka digari dan dipakaikan pakaian lokap. Dihalang dari berjumpa dengan peguam dan tidak diberikan makanan sehingga peguam menemui mereka pada jam 10 malam sedangkan kami ditangkap sejak jam 12.30 tengahari. Ammar dan Suhaib dibebaskan keesokan harinya setelah dibawa ke hadapan majistret. Saya dan empat orang lagi wanita ditangkap ketika kami duduk-duduk di bangku di hadapan Pertama Kompleks. Perhimpunan dijangka bermula pada jam 2.30 petang. Pada jam 12.30 tengahari sekumpulan polis yang berpakaian preman datang menghampiri kami dan mengepung kami sehingga sekumpulan polis yang beruniform datang dan mengarahkan kami menaiki sebuah trak polis. Makluman awal mereka hanya mahu membuat sedikit dokumentasi ke atas kami. Seterusnya kami dibawa dengan trak ke Cheras. Di sana kami melihat ramai pihak polis telah bersedia ada di sana di satu tempat yang sungguh besar. Proses dokumentasi dijalankan di sana. Walaupun berada di bawah kawalan polis saya dan empat orang lagi sahabat wanita tetap menjalankan tugas kami menyampaikan maklumat kepada semua yang ditangkap dan dibawa ke sana. "Jangan beri apa-apa keterangan kepada polis. Kita hanya beri keterangan bila peguam kita ada bersama." Kami berusaha menyampaikan kepada seramai mungkin akan hak mereka untuk berdiam diri. Kami memberikan semangat kepada mereka. Kami lantang, kami melawan apabila polis gagal menunaikan permintaan asas kami iaitu hak kami untuk bertemu dengan peguam yang setia menanti kami di luar pusat tahanan. Akhirnya kami 29 orang, 24 lelaki dan lima wanita dipenjara dan didakwa di Mahkamah. Perbicaraan berjalan hampir dua tahun. Pada November 2011 Hakim membebaskan 13 orang yang dituduh di bawah akta Pertubuhan dan 16 orang lagi termasuk saya dan empat wanita yang lain diperintah untuk membela diri. Dengan membuat pilihan untuk memberikan keterangan dari kandang salah dan tidak boleh disoal balas kami memberikan kenyataan bela diri kami pada 16 Januari 2012. Kami bersyukur kerana ianya selesai dengan pantas. Tiada siapa yang suka didera terpaksa turun naik mahkamah berkali-kali bertahun-tahun lamanya. Kami berpendapat tujuan sebenar peserta perhimpunan aman ditangkap, dipenjara dan didakwa tiada lain selain dari mahu mendera dan menyusahkan rakyat yang berani bangun melawan. Pada malam 15 September 2011, bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, dengan bangganya Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman bahawa Akta ISA akan dimansuhkan, begitu juga Seksyen 27 Akta Polis. Ini memang satu pengumuman yang agak mengejutkan namun saya adalah salah seorang yang tidak menyambutnya dengan gembira dan bertepuk tangan. ISA masih wujud, masih ada yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA, kini ada seramai 13 keluarga yang baru menjadi mangsa kezaliman ISA di Tawau Sabah. 22 Februari 2012, esok adalah tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ke atas kami 16 orang bagi dakwaan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Ironi bukan? Ianya sudah diumumkan untuk dimansuhkan namun kami masih menjadi menjadi mangsanya. Apakah hukumannya pula? "Hukuman - Mana-mana orang yang melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada RM10,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun." Kami? Pasrah kepada Allah Yang Maha Esa. Kami tidak bersalah, kami bertujuan berhimpun dengan aman dengan peruntukan yang ada di bawah Perlembagaan. Kami ditangkap sebelum perhimpunan berlangsung. Kami rakyat biasa yang mahu bangun menentang kezaliman atas rakyat. Atas prinsip ini kami tidak pernah mengaku bersalah atau terlintas di hati untuk mengaku bersalah. Jika denda yang dikenakan atas prinsip perjuangan kami rela dipenjarakan demi sebuah perjuangan! *Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA. | ||||||||||||||||||||
Oi... Hangpa tunggu apa lagi?? Sila lepaskan jawatan. Posted: 21 Feb 2012 06:39 AM PST Tuduhan telah ditepis. Bukti telak dikemukakan. Jadi hangpa berdua tunngu apa lagi?? Kalau ada maruah... sila lepaskan jawatan. Tunggu bukti daripada depa berdua, tak juga muncul dan kunjung tiba. Asyik pandai nak menuduh jer. Itulah perangai tak mengasi puak-puak laknat ni.... Kuat buat fitnah!! Dasar manusia tak der maruah!! Cakap pulak tu tak serupa bikin. Bayan Mutiara: Bukti telah diberikan, beranikah pemimpin UMNO letak jawatan? 21 February 2012 GEORGE TOWN, 21 FEB: Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan secara tender terbuka, telus dan mematuhi semua aspek undang-undang. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penjualan tanah itu melalui "Request For Proposal" dilaukan secara:
"Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, jelasnya, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010, hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:
Tawaran-tawaran tunai yang diterima:
"Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih. "Kemudian, kerajaan negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada 8 tahun kepada 5 tahun. Ini telah diterima oleh Ivory," jelasnya. Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencabar Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud (Sabah) Datuk Abdul Rahman Dahlan – yang mempertikaikan penjualan tanah itu dengan maklumat palsu – agar berani meletakkan jawatan mereka. Memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing, beliau mencadangkan kedua-dua ahli politik UMNO itu bersara dari politik serta-merta. – Roketkini.com | ||||||||||||||||||||
PERKASA menyebarkan wabak muntah. Bahaya tu... Posted: 20 Feb 2012 08:00 PM PST Komer ingat tak, Najib pernah kata yang dia akan pertahankan Putrajaya biar sampai ke titisan darah terakhir. Macam tulah bunyinyer. Come what may..,, Putrajaya mesti dipertahankan. So.... dalam keadaan UMNO@BN yang sedang nazak dan terdesak menjelang PRU13 ini, maka tak heranlah Najib sanggup menjadi pengemis, mintak mandat daripada rakyat untuk memberinya peluang agar dapat terus 'hidup'. Weh.... 54 tahun rakyat dah beri mandat, takkan 'perjuangan' belum selesai lagi?? Hapa?? Nak tunggu sampai Malaysia dah bangkrup baru nak selesai, ek?? Selain itu, tak heran juga, jika Najib akan terus memperkukuh talian-talian hayat yang sedang memberinya 'oksigen' untuk terus 'hidup', malah dia akan terus berpaut pada apa saja, asalkan dia dapat terus bergayut pada 'kuasa' bagi membolehkannya terus bermaharajalela menindas dan menzalimi demi kesenangan para kroni UMNO@BN. Jadi.... apabila Rosmah Mansor hadir dalam majlis Makan Malam PERKASA, yang obvious sebuah pertubuhan yang very rasis... aku tak heran. After all, dia bini kepada 'kepala' parti politik ynag bersifat perkauman. So, apa nak diherankan. "I support you". You support me. Cer baca apa kata Guan Eng.... Guan Eng: Najib main api dengan sokong PERKASA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang bermain dengan api dengan menyokong kumpulan pelampau Melayu PERKASA, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Mengulas kehadiran isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu, Lim (kanan) berkata sokongan itu tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaan. "Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong. "Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Lim, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu, jelas membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong "pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman". [Seterusnya di sini] Sebab itu, aku kata 1Malaysia is all bull shit!! Satu jenama 'make up' untuk menutup sifat rasis pemimpin UMNO dan juga alat untuk mendapatkan sokongan pelbagai kaum di Malaysia yang yang 'buta' untuk melihat 'cacat dan hodoh'nya, rupa sebenar pemimpin UMNO tersebut. Bagi yang 'celik'.... mereka tak terpedaya dengan 'make up' yang Najib pakai. Kita tahu siapa Najib di sebalik 'make up' tersebut. Hodoh gilerr beb!! Itu seperkara. Seperkara lagi.... adalah tentang Raja Katak bernama Ibrahim Ali. Fuuhh... beriya-iya dia menjemput si Rosmah. Hahahahaha.... Jemput ada makna tu. Hai... bukan ke dia dah hebahkan yang dia akan bertanding dalam PRU13 nanti. So.... sekarang inilah masa untuk dia memprakikkan kepakaran yang ada pada dia iaitu 'jilat dan bodek'. Manalah tahu, kot-kot Rosmah termakan 'bodek dan jilat'nya, lantas mengarahkan Najib agar memberi satu 'lubuk' untuk ditandingi oleh si Raja Katak. Hello katak. You are doomed!! So, jika Najib pilih katak doomed ini sebagai calon PRU13-nya atas whatsoever tiket, memang BODOH ler dia. Komer rasa Rosmah bodoh ke untuk termakan 'bodek dan jilat' si katak despeate tu?? Uuuu.... cer komer tengok, siapakah gerangan yang sedang mencium tangan si Rosmah tu?? Hahahahha.... Aku tak tahu siapa, sebab aku tak der di situ. Gambar pulak tu, nampak bontot orang tengan tunduk mencium tangan Rosmah jer. Siapakah gerangan empunya bontot itu, wallahualam.... Dan, yang paling lawak dan menggelikan hati adalah apabila PERKASA bodek Rosmah dengan memberikan gelaran 'Srikandi Negara' kepada minah tu. Rosmah, Srikandi Negara??? Kah kah kah kah....... Nak bodek pun berpada-padaler wooiii!! Pun begitu... Bodek jangan tak bodek!! Untuk makluman semua.... bahayanya bodek PERKASA itu ialah ia mengakibatkan 1Malaysia diserang muntah. Whheekk...!! Di sana orang muntah. Di sini pun orang termuntah. Sekian dimaklumkan. | ||||||||||||||||||||
Ambik tau. Jangan cari nahas. Bala jangan dicari!! Posted: 20 Feb 2012 05:08 PM PST France & Denmark have banned it from the country... Description: 1.708476084@web130111.mail.mud As a public health safety, please pass on this email to all the contacts in your address book especially those with teenage children? RED BULL was created to stimulate the brains in people who are subjected to great physical force and in stress coma and never to be consumed like an innocent drink or soda pop. 'RED BULL has managed to arrive at almost 100 countries worldwide. The RED BULL logo is targeted at young people and sportsmen, two attractive segments that have been captivated by the stimulus that the drink provides. The liquid, based on a formula that contained caffeine and taurine, caused a rage in that country. Imagine the grand success of this drink in Europe where the product still did not exist, besides it was a superb opportunity to become an entrepreneur. FRANCE and DENMARK have just prohibited it as a cocktail of death, due to its vitamin components mixed with GLUCURONOLACTONE' , a highly dangerous chemical, which was developed by the United States Department of Defense during the sixties to stimulate the moral of the troops based in VIETNAM, which acted like a hallucinogenic drug that calmed the stress of the war. And in spite of it, in the can of RED BULL you can still find as one of its components: GLUCURONOLACTONE, categorized medically as a stimulant.. But what it does not say on the can of ,RED BULL are the consequences of its consumption, and that has forced us to place a series of WARNINGS: 2. You run the risk of undergoing a cerebral hemorrhage, because RED BULL contains components that dilute the blood so that the heart utilizes less energy to pump the blood, and thus be able to deliver physical force with less effort being exerted. 4. One of the main components of RED BULL is the B12 vitamin, used in medicine to recover patients who are in a coma; from here the hypertension and the state of excitement which is experienced after taking it, as if you were in a drunken state. 5. The regular consumption of RED BULL triggers off symptoms in the form of a series of irreversible nervous and neuronal diseases. By: Zar Ali |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan