Selasa, 21 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'

Posted: 21 Feb 2012 01:53 AM PST



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.


"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan kedudukan Israel sebagaimana disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan ini, di ibu negara hari ini.

Dalam mesejnya, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau rasa hairan kerana sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi "masih tergamak menjalin hubungan dagang dengan Israel", bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis," kata beliau dilihat merujuk kepada kehadiran dua kapal milik syarikat Yahudi di Westport minggu lalu. Satu lagi dijangka akan berlabuh esok.


Asalnya dari SINI

BN Boleh Menang Besar PRU13 ini - racau Pak Lah setelah bangun dari tidur..

Posted: 21 Feb 2012 01:11 AM PST



Tak tahulah aku sumber risikan dari mana yang Pak Lah dapat maklumat ni.. Kata Pak Lah Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya yang lepas pada 2008.


Boeh jadi dari risikan PDRM atau risikan pihak tentera ataupun risikan dari pihak UMNO sendiri atau mungkin dia sedang meracau setelah terbangun dari tidur..

BN Boleh Menang Besar PRU-13 - Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 FEB : Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya yang lepas pada 2008, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin BN dalam memberi khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di negara ini.

"Boleh (menang lebih besar)...bergantung kepada sejauh mana kita dapat yakinkan rakyat bahawa kerajaan kita dapat membawa kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang.

"Bukan tumpu kejayaan pada pilihan raya sahaja, kejayaan memberi khidmat kepada rakyat ini perlu berterusan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka : Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran
Sambutan 20 Tahun Penubuhan Insitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini.

Beliau adalah Pengerusi Ikim.

Turut hadir Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Seminar dua hari itu dihadiri lebih 200 peserta.

Mengulas cabaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata debat bukan
cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Debat bukan satu penyudahan bagi segala-galanya. Apa yang penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat melalui program perlu dilaksanakan.

"Jayakan projek seperti dimahukan rakyat, itu diutamakan. Debat bukan sesuatu yang boleh dipaksa, terpulang kepada Najib. Tidak perlu saya beri nasihat, beliau lebih memahami," katanya.


Antarapos

Bukti Bayan Mutiara dianugerahkan melalui tender terbuka.. Dua Pemimpin UMNO/BN itu sila letak jawatan!!

Posted: 20 Feb 2012 09:50 PM PST



Apabila aku menyiarkan satu laporan dari CEO Ivory Properties Group Bhd (IPGB) yang telah menang dalam membida harga tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion, ada pencacai UMNO tidak berpuashati dan tidak boleh menerima hakikat.


Hakikatnya kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Ivory Properties Group Bhd itu adalah satu kenyataan yang membuktikan bahawa dua orang pemimpin UMNO/BN iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah berbohong dalam isu ini.

Pencacai UMNO tersebut telah meninggalkan komen seperti berikut..

ASD dengan Tokwan . Korang tahu tak apa isu yang dibangkitkan ni .

Kalau pihak Ivory dah mengaku ada nya tender terbuka maka sekarang ni tugas kerajaan negeri lah pulak keluarkan maklumat keputusan tender tersebut . Berapa pihak yang masuk , tawaran mana tertinggi , tawaran mana terendah , kaedah pembayaran dll. Tender terbuka apa kejadahnya kalau maklumat keputusan tender pun tak di siarkan kepada orang awam ????- komennya di SINI

Hari ini aku terima satu kenyataan Media dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjelaskan berapakah jumlah pihak yang telah membida tawaran ini, berapakah jumlah yang telah dibida oleh mereka.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima.

Empat syarikat atau pihak itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd,Ivory Properties Group Berhad, AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta dan juga SP Setia Berhad.

Harga yang dibida mereka pula adalah seperti di bawah..



Tak payah banyak cakap… sekarang telah dibuktikan kedua-dua peminpin UMNO/BN itu sememangnya telah berbohong dalam isu ini..

Jadi.. letaklah jawatan!!

Tapi……. Sanggup ke pemimpin UMNO/BN tu nak letak jawatan?

*******************************************

Sudikah Datuk Zainal Abidin Osman Dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Bersara Daripada Politik Dengan Serta Merta Memandangkan Kerajaan Negeri PR P.Pinang Telah Membuktikan Tanpa Sebarang Keraguan Bahawa Penjualan Tanah 102.3 Ekar di Bayan Mutiara Telah Dilakukan Dengan Tender Terbuka Yang Berdaya Saing?

Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan melalui "Request For Proposal" yang merupakan:

• Tender terbuka yang berdaya saing
• Dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar; dan
• Diperhatikan oleh Juruukur Bertauliah dan Penilai Berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, KL dan Singapura.

Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:

1. Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd
2. Ivory Properties Group Berhad
3. AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta
4. SP Setia Berhad

Tawaran-tawaran tunai yang diterima:



Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih. Kemudian, Kerajaan Negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada 8 tahun kepada 5 tahun.Ini telah diterima oleh Ivory.

Sudikah Ketua UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bersara daripada politik dengan serta merta memandangkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing?

Lim Guan Eng

*Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 21.2.2012*

TG Nik Aziz terima penjelasan Anwar..

Posted: 20 Feb 2012 08:15 PM PST



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pahgi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.


Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.

Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.

"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.


Sinar Harian

Chua serang peribadi, The Star bohong - Guan Eng

Posted: 20 Feb 2012 05:41 PM PST



Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah pemenang dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Walau bagaimana pun, Lim menjelaskan, beliau enggan terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan satu pertandingan yang berlandaskan idea, cita- cita dan prinsip.

"Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton di rumah," katanya dalam satu kenyataan dan disiarkan di portal Roketkini.

Menurut Lim, contoh pembohongan yang jelas dilakukan oleh MCA selaku pemilik akhbar The Star di mana beliau terpaksa menulis surat kepada Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu kerana mengada-adakan berita secara palsu.

Di bawah artikel "What they said" di muka surat 6 akhbar The Star pada 19 Februari 2012, Lim dilaporkan kononnya berkata:

"We do not agree the Prime Minister must always be Malay because we want the people to decide."

("Kami tidak bersetuju bahawa Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan.")

"Disebabkan The Star adalah milik MCA, saya menghormati hak The Star untuk menyiarkan 'laporan berat sebelah' mengenai pendebatan tersebut.

NONE"Walau bagaimana pun, petikan yang dikeluarkan itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang rujukan atau apa juga sekali pun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini ketika perbahasan. Saya kesal bahawa The Star tidak mencetak surat saya dan hanya mengakui kesilapan tersebut dengan berat hati dalam edisinya semalam (Isnin)," katanya.

Sikap The Star yang tidak jujur itu ditambah pula dengan tulisan kolumnis The Star, Baradan Kuppusamy dalam kolumnya semalam di muak surat 24 di bawah tajuk "All hype but no climax?" (Semua gembar-gembur tetapi tiada kemuncak?") di mana Baradan menulis:

"Furthermore, he (Lim) said the Pakatan did not agree that only a Malay could be the Prime Minister, and that this should be put to the people to decide."

(Tambahan Lim berkata Pakatan tidak bersetuju bahawa hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, dan ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan").

"Ini bukan merupakan satu-satunya penipuan oleh Baradan. Satu lagi penipuan oleh Baradan dalam kolumnya ialah saya hanya mahu debat kedua dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk membaiki kerosakan reputasi selepas perdebatan dalam bahasa Mandarin itu.

chua soi lek and lim guan eng debate"Saya telah menulis sebelum debat (pada 18 Februari 2012) pada 15 Februari 2012 meminta perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia demi kebaikan orang bukan Cina. Ini telah dipersetujui oleh Chua sebelum membuat keputusan sebelum perdebatan pertama dalam Mandarin ini.

"Atas sebab itu, The Star seharusnya menarik balik dan memohon maaf untuk kolum Baradan yang tidak patuh kepada fakta selaras dengan semangat Comment is free, but facts are sacred!", katanya.

Lim berkata, beliau tidak membantah pendebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia diadakan di Kuala Lumpur di lokasi yang sama iaitu di Berjaya Times Square atau mana-mana pihak penganjur dengan syarat ia adalah neutral dan memastikan layanan yang adil kepada kedua-dua pendebat.

Menurutnya, tidak seharusnya ada ulangan debat dalam bahasa Mandarin yang dianjurkan bersama oleh MCA di mana parti itu telah menghimpunkan 12 daripada 13 soalan yang ditanya daripada ahli- ahli mereka yang mengecam dirinya.

lim guan eng chua soi lek debate question from audience"Bagaimana saya boleh menjawab 12 daripada 13 soalan dalam tiga minit terutamanya apabila kebanyakan daripada mereka adalah dusta?

"Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak menjawab pembohongan kerana debat seharusnya dilakukan demi kebenaran dan polisi-polisi yang Pakatan Rakyat mahu laksanakan untuk mengubah Malaysia.

"Dasar-dasar ini perlu dibentangkan untuk pertimbangan penonton kerana kita mahu sebuah negara polisi, bukan negara polis (policy state, not a police state)," katanya lagi.


Malaysiakini

Tiada ulasan: