Sabtu, 18 Februari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Posted: 18 Feb 2012 09:04 AM PST



Bukti pertama telah diberikan iaitu kenyataan daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IPGB, Datuk Low Eng Hoc bahawa IPGB peroleh tanah itu hasil daripada tender terbuka.

Then.... Guan Eng juga kata bahawa lagi bukti akan diberikan pada hari Isnin nanti untuk membuktikan bahawa IPGB peroleh tanah itu melalui tender terbuka. Ya... nak bukti, dia akan bagi bukti. Tak per.... Kasi semua orang puas hati.

Persoalannya sekarang..... jka benar apa yang dikatakan oleh Guan Eng dan pihak IPGB, apakah MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan sanggup melepaskan jawatannya seperti mana yang dia cabar Guan Eng.

Jangan pandai mencabar orang jer. Jika apa yang kamu dakwa itu satu fitnah, ayuh.... telan balik cabaran kamu dengan meletakkan jawatan. Baru ler ada maruah.

Tapi.... puak-puak UMNO ni mana ada maruah. Pandai bikin fitnah jer tapi tak der akauntabiliti terhadap fitnah yang yang dilemparkan.

Sebab tu, rakyat kena ubah dan jatuhkan UMNO@BN dalam PRU13 ni nanti.

[Baca juga di sini]

UMNO dan PM-PM-nya GAGAL!!

Posted: 18 Feb 2012 08:00 AM PST


Hahahaha.... Bukak jer mulut dia, terserlah ke-BANGANG-annya. Sebab tu kena hentam.

Bersuara jer..... makan diri sendiri. Bersuara.... ibarat bagi peluru pada orang untuk attack dia balik.

Cakap salah tak cakap kalah...

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau-Harakahdaily

Pelesit kata... Kelantan ada parasit

Posted: 17 Feb 2012 11:00 PM PST


Awas kerajaan PAS Kelantan!!
Di sana pun ada parasit, kata si pelesit

Hancur luluh ler Kelantan.
Uuuuu... Ta.. ta... ta... takuuutnya!!

Kah kah kah wakakakaka

[sini]

Bravo!! Hebat wayang ahli PAS TAIK!!

Posted: 17 Feb 2012 08:36 PM PST



Dalam gambar dia atas, cer teka ahli PAS 'TAIK' yang gesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat??

Lakonan terBAEEKK mereka di sini.

Kah kah kah kah....

RM20 trillion??? Uishhh.... Bior betoi. Bukan labun??

Posted: 17 Feb 2012 05:22 PM PST


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya Kamal Ashnawi itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar 'trillionaire'.

Kamal Ashnawi adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

"Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

"Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Kata Kamal Ashnawi , tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal Ashnawi memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, Kamal Ashnawi juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber GEMPAR! Kamal Ashnawi dari PERAK Jadi Orang Terkaya di Dunia, Miliki RM20 trilion! : utusan.com.my

Tiada ulasan: