Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! 'Buku Jingga' palsu diedar pula oleh UMNO?
- Chua Soi Lek puji kehebatan Guan Eng.. tentu pencacai UMNO tak puas hati..
- Selepas Guan Eng vs Soi Lek.. 1Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar pula...
- Pemaju sahkan tanah Bayan Mutiara diperolehi melalui tender terbuka.. Pengerusi UMNO Penang dan MP Kota Belut sila letak jawatan!!
- PAS Permatang Pauh gesa PAS keluar Pakatan?.. TV3 pulak Kantoi!! Bukan Ahli PAS dikatakan Ahli PAS..
- Ibrahim Ali bertanding di Permatang Pauh?
PANAS!! 'Buku Jingga' palsu diedar pula oleh UMNO? Posted: 18 Feb 2012 08:20 AM PST Biarpun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan. Dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang tiba-tiba diangkat sebagai hero oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO bila beliau mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda Namun.. masih ada gerombolan dalm UMNO/BN yang takut dengan apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' itu, hinggakan mereka terpaksa mengeluarkan 'Buku Jingga' palsu untuk diedarkan pula.. Buku Jingga atau flyers yang diberikan tajuk Buku Jingga ini, telah di temui oleh seorang sahabat setelah beliau selesai menunaikan solat Jumaat semalam di Jejantas pejalan kaki dari Pudu Sentral menghala ke KFC (bukan NFC) Dimuka hadapannya tertulis diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat bukannya diterbitkan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terdapat pada Buku Jingga sebenar. Tujuan ditulis diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat sudah tentu untuk memudahkan pengedarannya, kerana jika ditulis terbitan UMNO atau BN, tak ramai yang mahu menerimannya bila diedarkan malah menjauhinya. Kandungannya adalah propaganda murahan pihak UMNO/BN yang cuba mahu memperbodohkan rakyat, kebanyakannya tanpa fakta dan bercanggah dengan fakta. |
Chua Soi Lek puji kehebatan Guan Eng.. tentu pencacai UMNO tak puas hati.. Posted: 18 Feb 2012 05:41 AM PST KUALA LUMPUR: Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah satu pertembungan untuk menentukan menang atau kalah tetapi pentas untuk menyatakan pandangan masing-masing secara ikhlas dan jujur. Bercakap pada sidang akhbar selepas debat selama sejam itu berlangsung, Dr Chua, 65, menegaskan yang menang sebenarnya adalah rakyat jelata yang akan dapat membuat pertimbangan yang lebih seimbang dan jelas selepas mengikutinya. Beliau turut memuji Guan Eng sebagai seorang pemidato yang hebat dan berpengalaman. "Beliau (Guan Eng) adalah seorang ahli politik yang muda, penuh bertenaga dan berpengetahuan luas," katanya mengenai ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 52 tahun itu. Berhubung cadangan Guan Eng agar debat yang sama diadakan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Chua berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri. mStar |
Selepas Guan Eng vs Soi Lek.. 1Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar pula... Posted: 18 Feb 2012 04:17 AM PST Debat yang dianggap sedikit keluar tajuk dan berat sebelah.. Meskipun dianggap sedikit keluar tajuk, namun kesemuanya teruja dengan debat antara Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Chua Soi Lek. Dari pengulas, pengacara rancangan, sehingga hadirin yang ditemubual, kesemuanya menyatakan hasrat yang sama, yang turut diungkapkan oleh Lim Guan Eng sebermulanya debat pada petang ini, "Seluruh rakyat Malaysia ingin menyaksikan debat antara Najib dengan Anwar!" Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square. Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO. Chua Soi Lek bermula dengan mengakui kebaikan "sistem dua parti" di negara demokrasi, namun menyerang DAP sebagai parti yang menabur fitnah dan mengamalkan politik dendam untuk merampas kuasa. Chua mendakwa DAP sekarang sudah tidak sama dengan DAP yang lalu, kerana bersekutu dengan PKR dan PAS - satu gandingan politik yang akan didominasi PAS pada akhirnya. Chua mengulangi serangannya, bahawa PAS akan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia, dan ia gagal dihalang oleh DAP, yang disifatkan olehnya sebagai "eunuch" (pegawai yang dimandulkan) politik. Chua menyindir DAP sebagai parti yang bijak menyolek imej dirinya, memberi contoh bagaimana parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum itu selama ini hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Malah, Chua sekali lagi menyindir bahawa DAP tidak berani bertanding untuk mencabar UMNO. Pakatan bersedia diperalatkan Rakyat Lim yang berucap kemudiannya, mampu menjawab beberapa soalan, termasuk menyanggah tuduhan dengan mengemukakan hujah UMNO yang menyerang bahawa PAS dan PKR diperalatkan DAP. Malah Lim menambah, parti komponen Pakatan Rakyat bukan saling memperalatkan, tetapi hanya bersedia diperalatkan oleh rakyat. Sebaliknya, Lim berkata sistem perkauman wujud dalam Barisan Nasional sendiri, dengan UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Lim juga memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai orang Melayu lebih daripada sebagai orang Malaysia, untuk menunjukkan sistem perkauman dalam BN. Malah, beliau mencabar pemimpin UMNO untuk mencontohi keberanian Anwar Ibrahim, yang melaungkan "Ketuanan Rakyat", menggantikan "Ketuanan Melayu", bukan sahaja di depan bukan Melayu, tetapi di depan masyarakat Melayu sendiri. Malah Lim menekankan sekurang-kurangnya 40% Melayu menyokong parti komponen PR dalam PRU 12, yang menyebabkan beliau mampu diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua-Lim bersilat lidah Perdebatan semakin menyimpang dari tajuk, apabila memasuki pusingan seterusnya. Beberapa contoh dipetik oleh Chua, mahupun hadirin di bawah pentas, antaranya isu pengambilan komisen di Kedah yang didedahkan baru-baru ini, malah bantahan Pemuda PAS ketika Najib mengumumkan untuk memansuhkan kuota bumiputera - untuk menunjukkan PAS masih mengamalkan politik rasuah dan perkauman. Malah, Lim diserang dengan isu tender "kot" yang melibatkan Nga Kor Ming (bekas EXCO Pakatan Rakyat Perak), dan ketidaksampaian kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan manifesto pilihan rayanya. Lim apabila sampai gilirannya, menyerang dengan mendakwa bekas Presiden MCA yang terpalit dengan skandal-skandal, termasuk skandal koperasi pada tahun 1980-an, hingga PKFZ pada beberapa tahun kebelakangan ini. Malah beliau mempersoalkan sama ada Chua menerima keadaan di mana tiada pimpinan UMNO didakwa dalam kes PKFZ? Chua tidak menyerah begitu sahaja, mendakwa MCA yang berumur lebih 60 tahun, semestinya melakukan kesilapan, sementara kebaikan yang juga dilakukan pada masa yang sama. Namun, Pakatan Rakyat yang hanya berumur 3.5 tahun, telah menunjukkan rekod yang tercemar, menurutnya. Malah, Chua mendakwa MCA yakin dengan sistem penghakiman untuk menegakkan keadilan, berbeza dengan mereka yang mengerah demonstrasi apabila dibicarakan di mahkamah. Ketika menggulung perdebatan, Lim lebih untuk mempromosi dasar Pakatan Rakyat, mengambil kesempatan untuk menyeru agar masyarakat Cina menyokong PR. Lim tidak menjawab isu Negara Islam, cuma membalas dengan "PAS tidak pernah membunuh orang Cina", tanpa sebut nama Teoh Beng Hock. Bagaimanapun, Chua mengasak Lim untuk mengemukakan satu dasar ekonomi - bagaimana untuk mengeluarkan rakyat dari tersepit dengan pendapatan rendah? Chua menganggap Lim masih kekal dengan perangainya sebagai kaki demo, dan hanya mengubal dasar populis ketika menerajui tampuk kerajaan. Debat itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang dalam dewan, terdiri daripada penyokong MCA, DAP, orang awam dan pengamal media, dengan kelebihan peluang soal diberikan kepada penyokong MCA - sehingga diprotes penyokong DAP. Pengerusi debat ini, Tang Ah Chai bagaimanapun memuji prestasi kedua-dua Lim dan Chua, dan berharap masyarakat ini memiliki keberanian untuk bersuara, dan kelapangan dada untuk mendengar pandangan yang berbeza. MerdekaReview |
Posted: 18 Feb 2012 01:35 AM PST Ivory Properties Group Bhd (IPGB) hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Kedua-dua mereka telah mendakwa bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan. Guan Eng juga telah mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka. Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan. UMNO Pulau Pinang semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya kononnya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010. Bagaimanapun.. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi dan juga CEO Ivory Properties Group Bhd, Datuk Low Eng Hock hari ini telah menjadikan keadaan adalah sebaliknya.. CEO Ivory Properties Group Bhd, Datuk Low Eng Hock menegaskan Ivory Properties Group Bhd telah membeli tanah tersebut secara tender terbuka dan oleh itu kedua-dua pemimpin UMNO/BN di atas sila bersara dari politik.. Sanggup ka depa dua orang tu nak letak jawatan?? *********************************************** Bayan Mutiara: Pemaju akui menang projek melalui tender terbuka, bukti pemimpin UMNO bohong KUALA LUMPUR, 18 FEB: Syarikat Ivory Properties Group Berhad (IPGB) menjelaskan hari ini bahawa ia telah memperolehi tanah 41.5 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang melalui sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dalam satu kenyataan akhbar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IPGB, Datuk Low Eng Hock, menyatakan syarikatnya bangga apabila memenangi tender terbuka itu yang ditawarkan pada harga RM240 untuk satu kaki persegi atau nilai penuhnya RM1.072 bilion. Katanya, IPGB memasuki tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditutup tarikh permohonan pada 31 Disember 2010 dan memenanginya setelah membuat tawaran yang paling tinggi, iaitu RM240 untuk sekaki persegi. Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menganugerahkan tender itu kepada IPGB dan menambah lagi syarat, iaitu meminta syarikat itu mempercepatkan tempoh bayaran, iaitu daripada lapan tahun kepada lima tahun. Menurut Low, semua itu dipersetujui oleh IPGB dan segala keperluan termasuk pengumuman telah dibuat kepada Bursa Malaysia. IPGB juga telah membayar deposit RM22.1 juta manakala bayaran selebihnya akan dibayar mengikut pembayaran berjadual selepas diluluskan oleh para pemegang saham IPGB dalam satu mesyuarat agung luar biasa syarikat yang dijadualkan pada 5 Mac depan. Guan Eng semalam telah menyatakan kekecewaanya terhadap fitnah yang dilemparkan oleh para pemimpin UMNO, termasuk seorang Ahli Parlimennya dari Sabah, berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 yang dijalankan secara tender terbuka itu. Katanya, antara penipuan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan ialah kononnya: - Tiada tender terbuka; - Harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan - Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan. Menurutnya, apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebusguna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan. Jelasnya lagi, harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh kerajaan negeri pada 7 April 2010 sungguh pun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi. Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31.12.2010, keputusan berani kerajaan negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion, tambah beliau. "Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media Bahasa Inggeris dan Melayu. "Sehingga sekarang, UMNO dan Abdul Rahman masih tidak menyahut cabaran saya untuk membeli 102.3 ekar tanah dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO. "Saya bersedia untuk berundur daripada area politik sekiranya UMNO dapat membuktikan sedemikian…Jika Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Abdul Rahman gagal membuktikan bahawa tiada tender terbuka dijalankan, adakah mereka berani menerima cabaran saya untuk berundur dari arena politik?" soal beliau. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menjelaskan bahawa HDB Singapura telah dipilih berikutan kepakaran dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan pengurusan. Katanya, HDB Singapura tidak terlibat dalam bangunan atau pembinaan, dan tender untuk bangunan dan pembinaan akan dijalankan pada akhir tahun ini. "Atas sebab itu, kerajaan negeri kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya kita memilih Singapura. "Memainkan sentimen anti-Singapura bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah, tetapi tidak boleh pula di Pulau Pinang. "Taktik ekstrem sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia," ujarnya. Roketkini.com |
PAS Permatang Pauh gesa PAS keluar Pakatan?.. TV3 pulak Kantoi!! Bukan Ahli PAS dikatakan Ahli PAS.. Posted: 17 Feb 2012 07:12 PM PST TV3 suku dalam siaran malam semalam kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel. Berita penuh disertakan di bawah. Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat. Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya). Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan. Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam - JALAN PULANG empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia". Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan 'tahi manusia' yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri. Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu. Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini. Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah 'tahi manusia', hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam 'pulau tahi". "Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula - Milo Suam Berita dari KLPos.com Iktiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar. Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang. Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima. Menurut mereka yang berhimpun, Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung, mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini, Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia. |
Ibrahim Ali bertanding di Permatang Pauh? Posted: 17 Feb 2012 06:54 PM PST PASIR MAS – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya. Beliau berkata sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian. "Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sini, malam tadi. Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket Pas setelah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi. Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukan Melayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja. "Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan