Jumaat, 3 Februari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


YB Tonggong..?? Ooooppss!! Slip of the tongue.

Posted: 02 Feb 2012 07:00 PM PST


Jika di-ikutkan....RM500 dari BR1M hanya untuk orang UMNO BN saja....depa orang PAS tak layak..!!!"

Woit!! Duit BR1M tu bukan duit UMNO. Juga... bukan duit mak bapak korang. Itu duit rakyat la wooii!! Apa orang PAS bukan rakyat Malaysia ke??

Apa punya tuuurrr da. Ini YB Terong ke atau YB Tonggong??

Ya Allah.. Macamana Najib boleh pilih YB setonggong ini jadi wakil rakyat??

Hahahahaha.... Agaknya, yang tonggong jer akan pilih si tonggong!!! Sebab tu.... rakyat kena tolak puak-puak tonggong ni. Kerana ketonggongan merekalah.... negara kita jadi hancoorr!!

PRU13 nanti tolak mereka!!

[Ceritanya di sini]

At last... si bingai mengaku bangang.

Posted: 02 Feb 2012 05:04 PM PST


SHAH ALAM, 1 FEB: Perkasa, hari ini mengakui mereka melakukan kesilapan mengedarkan paket Ang Pow berwarna putih dan berjanji insiden yang sama tidak akan berulang lagi.

Setiausaha Agungnya, , Syed Hassan Syed Ali, berkata episod tersebut memberikan pengajaran kepada pertubuhan itu dan meggesa semua pihak berkaitan supaya berhati-hati dan tidak membiarkan sebarang tindakan mereka menyentuh sensiviti orang lain.

"Kami akan mematuhi kenyataan perdana menteri berhubung isu terbabit, Memang benar, ia wajar dijadikan pengajaran kepada Perkasa dan semua pihak bekaitan supaya lebih peka supaya tidak menyentuh sensiviti budaya (kaum)lain.

Perkasa juga menghormati dan bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong bahawa semua kaum perlu sensitif dengan budaya lain.

Beliau bagaimanapun berharap teguran tersebut bukan hanya ditujukan kepadda pertubuhan itu sahaja, malah semua pertubuhan berasaskan kaum lain dimana dakwanya adakalanya sukar bagi mereka untuk memohon maaf.

Sehubungan itu, tambah beliau lagi, Perkasa meliihat teguran dari Wee sebagai satu teguran yang membina bagi memastikan tidak akan tercetus ketegangan berhubung isu terbabit.

"Perkasa berharap perkara ini sudah selesai. Perkasa mengakui kesilapan yang dilakukan secar tidak sengaja dan kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi," tambah beliau lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, berkata ketua NGO Perkasa, Datuk Ibrahim Ali adalah ahli parlimen bebas dan pentadbirannya tiada kena mengena dengan tindakan Perkasa memberikan ang pow bersampulkan paket berwarna putih dalam majlis sambuatn Tahuin Baru Cina anjuran pertubuhan berkenaan.

Perkasa, dilaporkan sebagai berkata Ibrahim Ali telah memberikan ang pow bersampul surat putih di majlis berkenaan, Ahad lalu yang menurut adat kaum Cina digunakan hanya ketika majlis pengkebumian.

Tindakannya itu, mengundang kemarahan di kalangan masyarakat Cina dan juga daripada parti komponen BN pimpinan Najib, iaitu MCA dan Gerakan. -Antarapos.com

Tiada ulasan: