Jumaat, 3 Februari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


HASSAN ALI DAPAT TENAGA PELURU BARU

Posted: 03 Feb 2012 07:00 AM PST

Daripada membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), pengerusi parti itu di Kedah, Zamil Ibrahim berkata adalah lebih baik bagi mereka bekerjasama dengan pergerakan "kuasa ketiga" yang diterajui Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS, baru-baru ini.

NONEKatanya, pilihan bersatu dengan NGO baru, JATI yang ditubuhkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, lebih logik daripada menyokong Pakatan Rakyat.
"Kita perlu berdialog dengan Hasan, kuasa ketiga yang baru, dan bukannya membubarkan parti itu.

"Ia adalah pendirian non-partisan yang telah menarik ramai ahli dan beberapa kenyataan saya yang mesra BN tidak bermakna saya sokong BN. Sebaliknya, saya puji mereka kerana membuat  keputusan yang baik," kata Zamil.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrjaya sebagai mengulas pengumuman presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim yang parti pimpinannya itu akan didibubarkan, Zamil yang berang berkata KITA sedang berkembang dan boleh berdiri kukuh tanpa kehadiran Zaid.

NONE"Dari segi dana, sokongan Zaid adalah minimum ... dia hanya beri kami 10 peratus daripada kos pejabat negeri semasa perasmian," katanya.

Zamil yang pada sidang akhbar ini yang disertai oleh pengerusi KITA Selangor Azmi Othman dan Ketua KITA Johor Mohd Zaid Mohd Yusof berkata beliau mengesyaki ketuanya itu mempunyai "kepentingan peribadi" dalam cubaan membubarkan KITA.

"Adakah beliau cuba untuk merapatkan diri semula dengan (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim? Saya tidak pasti, tetapi jika ya, beliau  hanya perlu letakkan jawatan sebagai kPresiden KITA," katanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 03Menurut Zamil, tindakan Zaid sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa pelantikan beliau sebagai presiden KITA adalah satu "kesilapan".

"Saya tidak fikir pemimpin Akim menyedari perkara ini apabila mereka membiarkan beliau  mengambil alih parti itu tahun lalu," katanya lagi.
[Baca berita penuh]

Dana KWSP diguna bagi wang saku BN, kata PKR

Posted: 03 Feb 2012 06:16 AM PST

PKR hari ini menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP?

NONE"Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soal naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) pada sidang media hari ini.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan bahawa dana KWSP juga telah digunakan untuk membiayai projek transit aliran ringan (LRT).

"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.

"Awak (kerajaan) boleh membantu Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi jangan gunakan dana KWSP bagi maksud itu," kata Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

low cost housing ppr 131108 02Isnin lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Ketua Penerangan DAP Tony Pua juga menyelar tindakan itu dengan mengatakan bahawa peranan KWSP adalah memastikan pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Kedua-dua mereka, Pua dan Nurul Izzah mencadangkan Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil-alih tanggungjawab itu.

SUDAH SEMAKIN MELAMPAU:Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar

Posted: 02 Feb 2012 04:57 PM PST

Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmad"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

"Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan  ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

"Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui," tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Tiada ulasan: