MIMPI SENJA |
- Ustaz 50 pun nakkk juga ... dicekup khalwat dengan remaja 20an
- Pemandu Bas Express ehem ehem penumpang remaja 20 dalam bas ... memang sial
- Saksikan pelakon porno di Times Square esok 5 ptg.
- Akhirnya .... Malek Noor 58 nikah doktor pakar 12032012
- Nenek 16 thn yang punya 4 anak 19 cucu 47 cicit sebenarnya berumur 116 thn, warga paling tua di Perlis
- Untung rugi PAS dalam Pakatan
- Cerita yang orang dah tak hairan pun dari puak2 UmporNo ...dah memang kerja depa
Ustaz 50 pun nakkk juga ... dicekup khalwat dengan remaja 20an Posted: 16 Feb 2012 10:04 PM PST PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan. "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. - Sinar Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. |
Pemandu Bas Express ehem ehem penumpang remaja 20 dalam bas ... memang sial Posted: 16 Feb 2012 08:04 PM PST KULIM - Seorang remaja berusia 20 tahun membuat laporan polis di Balai polis Kulim kira-kira jam 9.50 pagi kelmarin berikutan trauma akibat dicabul seorang lelaki dalam bas ekspres. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kulim. "Memandangkan perjalanan jauh, mangsa tertidur dan tidak ramai penumpang berada dalam bas. Apabila sampai di sekitar kawasan Junjung, mangsa dapat merasakan dia telah dicium di bahagian bibir manakala buah dadanya diraba seseorang. "Mangsa terkejut apabila mendapati lelaki itu adalah pemandu kedua bas terbabit," katanya. Menurutnya, akibat terlalu takut mangsa tidak berbuat apa-apa sebaliknya cuba menjauhkan diri daripada suspek. "Tanpa rasa bersalah, suspek yang bersahaja kemudiannya meminta nombor telefon mangsa dengan tujuan untuk berkenalan. "Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian berkenaan kepada waris dan segera menghubungi syarikat bas terlibat untuk mendapat nama dan nombor telefon suspek sebelum menyerahkan butiran suspek kepada polis," katanya. Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Penumpang bas terutama wanita dinasihatkan supaya tidak duduk berseorangan terutama di bahagian belakang bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku |
Saksikan pelakon porno di Times Square esok 5 ptg. Posted: 16 Feb 2012 07:09 PM PST Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama. Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi setiap satu. Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. - mStar |
Akhirnya .... Malek Noor 58 nikah doktor pakar 12032012 Posted: 16 Feb 2012 10:19 AM PST PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar. Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan. Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu. ..... Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang. "Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis. Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan. Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing. "Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya. Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka. Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah. Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri. Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan. "Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya. Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992). Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit. |
Posted: 16 Feb 2012 06:32 AM PST KANGAR: Bukan 16, tetapi 116 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996. Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menjelaskan perkara itu kepada media di sini Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN. Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu pada Khamis. Katanya, beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini. Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - BERNAMA BERITA AWAL : Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di Kangar. "Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu. Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau .... menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas. Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya. "Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan," kata Noratikah. - Bernama |
Posted: 16 Feb 2012 05:49 AM PST Muda Mohd Noor Kesabaran PAS terhadap DAP khususnya tiada tolak banding sehingga melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR. PETALING JAYA: Tidak ada pakatan politik yang tidak retak, tetapi yang berlaku dalam Pakatan Rakyat ialah PAS telah mengorbankan prinsipnya untuk mempertahankan pakatan yang berlaku secara tiba-tiba. Kesabaran PAS terhadap DAP khususnya tiada tolak banding sehingga melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR. Berbanding kedua parti itu, PAS merupakan paling tua diikuti DAP dan PKR. Begitu pun, ketua Pakatan Rakyat bukan PAS tetapi DAP dan PKR. Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupalam ketua umum Pakatan Rakyat. Beberapa siri yang berlaku menunjukkan PAS amat mengalah kepada DAP. Paling ketara DAP menggertak PAS dalam kontroversi penjualan arak di Selangor. Datuk Dr Hasan Ali, exco agama Selangor waktu yang mengeluarkan arahan itu telahpun dipecat dari PAS. Adun Gombak Setia itu mendakwa pemecatannya kerana kelantangannya memperjuangkan Islam yang tidak disenangi Pakatan Rakyat. Tagline Islam PAS yang sekian lama memahatkan diri dengan slogan Islam sedikit demi sedikit melepaskan tagline itu demi memuaskan PKR dan DAP. Konsep negara Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama bertukar negara berkebajikan supaya PAS senada dengan PKR dan DAP. Konsep PAS untuk semua memudahkan lagi parti Islam itu diterima PKR dan DAP. Sejak pilihan raya umum 2008, PAS berusaha mengimbangi rentak kedua-dua rakan pakatan itu dalam mengejar impian menawan Putrajaya dalam pilihan umum 13 kelak. Jadi ketiga-tiga parti itu bergerak bersama untuk mendedahkan keburukan politik BN khususnya Umno dan betapa perlunya kerajaan baru dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi PAS pakatan politik dengan PKR dan DAP bukannya merugikan. Pilihan raya umum 2008 telah menjadi bukti. Sudah pasti mahu kemenangan lebih besar dalam pilihan raya 13. PAS menawan Kedah, negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri – Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Satu lagi negeri yang ditawan Pakatan Rakyat iaitu Perak memilih Adun PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri PAS. Lupa dakwah Tetapi, tanpa diduga Pakatan Rakyat diserang tanpa henti-henti atas kesalahan Anwar sendiri. PAS yang mulanya memerhatikan dari jauh, bangkit mempertahankan pemimpin itu. Ujian terhadap hubungan PAS-DAP tidak kurang hebatnya. Ia tampil dari DAP sendiri. Karpal Singh berkata, pakatan politik itu akan hilang sokongan jika PAS tidak berhenti melaungkan keinginan melaksanakan hukum hudud. Anwar tidak juga kurang hebatnya. Kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu menyokong Israel menimbulkan marah PAS. Mursydul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat pemimpin tertinggi dan paling dihormati dalam kabinet PAS mahukan Anwar menarik balik kenyataan itu. Bagaimanapun, Anwar mahu bertemu menteri besar Kelantan itu bagi menjelaskan perkara sebenar. Barangkali kerana mata sudah membayangkan impian memeluk Putrajaya sudah dekat, PAS seolah terlupa soal dakwah terhadap DAP dan PKR. Mungkin akan melakukannya selepas berkuasa kelak - FMT |
Cerita yang orang dah tak hairan pun dari puak2 UmporNo ...dah memang kerja depa Posted: 16 Feb 2012 04:33 AM PST Bekas Bendahari Umno S'ngor didakwa seleweng RM18.85 jutaSHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri. Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail. "Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996. "Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek. "Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco," kata Irwan kepada Keadilandaily.com. Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian. "Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?," Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari 'orang dalam' MBSA sendiri. Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud. Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang. "Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tegas Irwan. Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA. "Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain," jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26737 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan