Jumaat, 17 Februari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kata Kau Dulu UMNO Perlu Contohi PAS, Bila Terdesak Kau Tuduh PAS Sesat Pula.

Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST

Sesat: Kenyataan Ahmad provokasi, terdesak

KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Dewan Ulamak PAS Terengganu menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya PAS adalah 'parti ajaran sesat' kerana terdesak serta bersifat provokasi.

Ketuanya, Datuk Husain Awang menjelaskan bahawa ajaran sesat adalah ajaran yang menderhakakan Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu, katanya siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran.

"PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang negara. Dasarnya ialah Islam dan hukum tertingginya adalah al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias.

"Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum syariat dan bertindak melalui kaedah amar maaruf dan nahi munkar," ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini. (Gambar)

Menurutnya, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan orang nombor satu di negeri ini.

Katanya, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan di manakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.

Bahkan, kata beliau kerajaan PAS Terengganu pernah meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, sunnah, ijmak dan qias serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir. -HD

Ulasan GB

MB Terengganu yang dah terdesak dan tersesat. Pada hal dulu beliau yang menyuruh UMNO mencontohi PAS sebab PAS sebuah organisasi tersusun, tidak memburukkan sesama sendiri, ikut akhlak Islam.

Sekarang apa hal? Setelah banyak yang terlondeh di Terengganu, hendak disalahkan kepada PAS. Apabila melihat sokongan rakyat sudah mula beralih arah, beliau pula yang jadi tak tentu arah.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Rosmah Dapat Hadiah "Bag" Besar, Sindiran Tajam Bagi Yang Faham

Posted: 16 Feb 2012 11:06 PM PST

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.- Bernama

Curtin University stands by Rosmah's award

PETALING JAYA: Curtin University has defended its honouring of Rosmah Mansor – the Prime Minister's wife- with its Doctor of Letters degree.

According to its Vice-Chancellor Jeanette Hacket, the Perth-based university in Australia said that nominees to Curtin's awards – including Rosmah's – were "considered on their own merits".

According to her, the flak arising from the awarding of the doctorate to Rosmah on Feb 11 did not change Curtin's opinion of the PM's wife.

"We acknowledge that there are a range of views on this award, but the University stands by its decision to grant the honorary doctorate," Hacket said in a Facebook statement.

She added however that Curtin would no longer refer to Rosmah as Malaysia's "First Lady", and would change its media statements accordingly.

"The University accepts that the decision to make this award has attracted criticism. We also accept that our use of the term 'First Lady' has offended some people, and apologise for this."

"We will no longer use that term," Hacket said.

The Vice-Chancellor said that Curtin recognised Rosmah for her efforts behind the more than 600 Permata Negara early childhood centres, which Hacket said reached "tens of thousands of children".

Public uproar

Public uproar erupted earlier this week when Rosmah was conferred with the Australian degree. Many Malaysians did not appear to accept Curtin's explanation, lashing out over Facebook.

Edmund Yong said: "Obviously your standards aren't so high after all. What was the basis and motivation for the award? This certainly reflects a lack of integrity and honour. Thumbs down to Curtin!"

To Curtin, Mohd Arif Juhani said: "I just clicked 'like' on your page. How many years should I wait to get Master or PhD?"

Andrew Ooi said: "I'm really thankful I didn't graduate from Curtin, otherwise I would be looking for the deepest hole to crawl into right now."

Rosmah has been thrust into the limelight over her alleged excesses on personal items, including the furore over the purported RM73-million ring.

Her brainchild, the Permata Negara childhood centres, was also not exempt from criticism.

According to a previous FMT report, many "inconsistencies" were seen in the setting up of the centres.

Sarawak PKR also criticised Permata for not showing any results in the East Malaysian state. Women NGOs and the indigenous Penan community, according to them, were also allegedly ignored by Rosmah.

Rosmah has since accused her critics of being petty and jealous of her achievements.


Iktiraf 'Imelda Rosmah', Universiti Curtin dikritik

KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin.

Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat.

Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu.

Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald.

Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Sikapnya yang gemar berbelanja boros itu dikaitkan dengan Imelda Marcos, isteri kepada bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos.


Ulasan GB

Rosmah terima anugerah, dan diberikan sebuah "bag" besar.

Ingat pihak penganjur kecik anak ke? Bijak sungguh mereka membincangkan bab hadiah untuk Rosmah Mansor. Mereka tahu apa "kegemaran" Rosmah. ada kisah sebelum ini rosmah berbelanja sakan, termasuk membeli bag-bag berjenama pelbagai warna. Lalu diberikan sebuah bag peti yang besar. lagi pun bleh pergi berjalan shopping lagi selepas ini, bag yang dihadiahkan itu boleh digunakan letak macam-macam di dalamnya nanti.

Pelbagai usaha untuk menggilap semula nama Rosmah mansor setelah isu "shopping" tersebar di persada antarabangsa. Kita tak tahu berapa banyak dibelanjakan dalam usaha sedemikian sebagaimana usaha Najib membersihkan namanya dengan mengupah wartawan FBC dengan perbelanjaan RM80 juta bagi menggilap semula namanya selepas dikaitkan dengan isu Altantuya.

Namun yang pasti rakyat sudah tahu bahawa itu semua wayang untuk memperbodohkan rakyat.

Semua orang tahu, Najib memang ada banyak wang. Semuanya akan dilakukan dengan cara menaburkan wang yang banyak untuk mencapai sesuatu hasrat. Masihkah kau ingat, Perak tumbang dengan pembelian DUN-ADUN PR?

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku juga. Taburlah wang seberapa banyak lagi, semakin cepat UMNO BN dihambat kelaur dari Putrajaya.

GB pernah mengulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5)

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Noh Omar Jangan Cakap Banyak Lagi, Beri Keterangan Kepada TI Jika Ada Bukti

Posted: 16 Feb 2012 07:30 PM PST

Noh Di Mminta Sedia Dedah Isu Pasir Kepada TI

SHAH ALAM 15 FEB : Transparency Internasional (TI) akan menemui Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bagi mendapatkan bukti dakwaannya sebelum ini berhubung penyelewengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pengurusan pasir.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya memohon kerjasama badan itu bagi menemubual Noh untuk mencari kesahihan dakwaannya itu.

"Jika benar Noh Omar mempunyai bukti seperti mana yang didakwanya itu, beliau sewajarnya memberi kerjasama kepada TI dan segala kebenaran akan dibentangkan kepada umum kelak.

"Kami (Kerajaan Negeri) mengharapkan kerjasama itu berlangsung dengan baik,"katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini hari ini.

Sebelum ini, pada Sabtu lalu Noh mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Menjawab dakwaan ini, Khalid berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan TI diberi kebebasan penuh untuk memantau syarikat milik penuh Kerajaan Negeri itu.

Menurut beliau pegawai SPRM dibenarkan memasuk secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

Selain itu, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau TI dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

Inisiatif ini dibuat kerajaan negeri bagi memastikan syarikat ini diurus secara telus dan bertanggungjawab.

"Saya sangat berharap Noh Omar bersiap sedia bertemu dengan wakil TI,"jelasnya.

Selain itu kerajaan negeri juga telah memperuntukan RM20 juta kepada orang ramai untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan rasuah di Selangor.



Stadium Runtuh Stadium Bergelap. Berjuta Hangus Dikerjakan UMNO BN Terengganu

Posted: 16 Feb 2012 05:30 PM PST

MB kesal insiden lampu stadium padam

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menganggap kejadian lampu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam lebih 30 minit ketika perlawanan Liga Super 2012 antara Terengganu dan Kedah malam kelmarin adalah insiden yang amat memalukan.

Menurutnya, beliau juga kesal kerana sehingga kini permasalahan lampu limpah itu belum ada jalan penyelesaian malah pihak yang bertanggugjawab juga masih belum berjumpa dengan pihaknya sehingga kini.

"Ini yang membuatkan saya marah dan perkara ini sesuatu yangmemalukan, sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memaklumkan keadaan yang sebenar.

"Sampai sekarang pun, tidak ada pihak yang datang jumpa saya beri penjelasan dan menceritakan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco berkaitan. Ini kerja mereka dan kita tidak perlu panggil untuk beri penjelasan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak terbabit kerana Kerajaan Negeri memerlukan maklumat teknikal secara terperinci sebelum kerja-kerja membaik pulih dilakukan.

"Saya dah bagitahu dulu, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih 900 lux kerana pencahayaan ini akan menurun atau sebaliknya.

"Tetapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu bagitahu kita. Bila kita pasang 800 lux mereka kata cukup, tiba-tiba cakap tak cukup balik kerana perlu melebihi 1,200 bagi memenuhi standard antarabangsa," katanya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya lampu 1,200 lux dipasang maka tiang lama sudah tidak boleh digunakan lagi sedangkan Kerajaan Negeri sudah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pemasangan lampu limpah 800 lux.

"Sekarang kita kena buat balik, pasang kabel dan tiang baru, maka apa yang dilakukan sebelum ini membazir. Ini yang saya kesal dan sebab itu saya merungut kerana kita tidak diberitahu perkara sebenar dan apa yang diperlukan.

"Kalau kita buat sekarang mesti orang marah pada kita, orang akan kata kita bodoh dan tak ada pengalaman. Buat kerja membazir, lepas buat pasang balik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, apa yang berlaku pada malam kelmarin berkemungkinan disebabkan masalah teknikal memandangkan stadium itu sudah lama dan pihak bertanggungjawab seharusnya menanganinya segera dengan mengemukan laporan teknika berhubung perkara itu.

"Kita tengok lah macam mana, kalau susah sangat kita bermain pada waktu siang, susah lah kita kalau perkara ini berpanjangan dan saya tidak suka perkara sebegini berlaku," katanya. -SH

Ulasan GB

Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.

Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya.

Tanda "gelap" adalah juga berkemungkinannya kerajaan UMNO BN bakal menghadapi zaman kegelapannya tidak berapa lagi. InsyaAllah.

Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah - Husam Pula Saman Papagomo

Posted: 16 Feb 2012 03:19 PM PST

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula

KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. -HD


Ulasan GB

GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menghamipiri menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!

Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




UMNO BN Ingin Disembah Apabila Paksa Logo 1Malaysia Untuk Barangan Kawalan

Posted: 16 Feb 2012 09:26 AM PST

Tiada logo 1Malaysia, tiada subsidi

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.

Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.

Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya. -mk

PAS: Kerajaan 'hilang akal' wajibkan logo 1 Malaysia bagi produk kawalan

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar, menyifatkan kerajaan semakin hilang kewarasan apabila mewajibkan pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak memaparkan logo 1Malaysia pada produk-produk mereka sekiranya ingin terus menikmati subsidi.

Mohd Firdaus berkata, syarikat yang terbabit terpaksa menanggung peningkatan kos dalam mematuhi arahan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa walaupun kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

"Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia?" soalnya, sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe.

Ahli Parlimen Jerai ini turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya pengilang sudah pun menyimpan stok untuk produk mereka bagi tempoh jangka masa panjang.

Perlaksaaan itu jelasnya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.

"Cukuplah logo Halal sebagai contoh. Apakah kerajaan boleh mendabik dada bagi memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?" soalnya lagi dipetik Harakah Online.

Tambahnya lagi, barang-barang yang diwartakan adalah barang kawalan yang rakyat sepatutnya dapat menikmatinya dengan harga yang murah, namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa mesti dilaksanakan secara bersyarat.

"Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umum maklum perangai pucuk pimpinan Umno BN yang kerap menukar 'tagline' mengikut citarasa tersendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, pihaknya menasihati kerajaan, supaya tidak menjadi "Berhala Moden" yang perlu "disembah" untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi menjadi sebuah kerajaan yang matang sekiranya 54 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) dijadikan ukuran.

"Rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan," katanya lagi.
-TMI



Lagi Kes Bayi Tercampak Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS Senawang- Alor Gajah

Posted: 16 Feb 2012 06:50 AM PST

Kereta terhumban, anak tercampak

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal dalam keadaan mengerikan manakala abangnya parah selepas masing-masing tercampak dari kereta dipandu bapa mereka dalam kemalangan di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Siti Nurnajwa Nordin,7, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala abangnya, Amir Haziq, 12, mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari kereta jenis Perodua Kancil tersebut.

Bapa mangsa, Nordin Mohamad Shukor, 36, dan ibu mereka, Siti Aisyah Othman, 36, cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan ke Parit Sulong, Muar dari ibu negara.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian berlaku apabila Nordin yang memandu kereta hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang. -kosmo

Ulasan GB

Hanya baru beberapa bulan GB membuat ulasan mengenai berpuluh-puluh kejadian kemalangan berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Tol Senawang dan meminta supaya pihak Lebuhraya PLUS membuat kajian terperinci mengenai keadaan lebuhraya di situ kerana terlalu banyak kemalangan maut berlaku di tempat yang hampir sama.

Kini di tempat yang sama, kejadian yang hampir serupa berlaku di kawasan yang hampir sama - anak tercampak dari kereta setelah kereta hilang kawalan di situ.

Berapa banyak lagi kemalangan dan berapa ramai lagi yang bakal terkorban agaknya selepas ini di tempat yang sama?

Petikan ulasan GB pada 21 Ogos 2011

Berpuluh-puluh kejadian kemalangan berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Tol Senawang.

GB cuba membuat carian di Google dengan menulis "kemalangan tol senawang", maka dipaparkan pautan kepada berpululoh-puloh laporan kemalangan, yang sebahagian besarnya kemalangan maut berlaku di jajaran 20KM-30KM di sepanjang Tol Senawang dan Tol Simpang Ampat.

Jangan lupa insiden pada tarikh 10.10.10 dimana seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di kawasan yang berhampiran di Kilometer 223.

Sebelumnya pada 27.09.10 lima sekeluarga menempuh detik ngeri apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 254.5

Dan 6 sekeluarga, Pengarah Urusan Fadhilat Herb, Suhaimi Ghazali, isteri dan empat anak mereka disahkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Senawang pada bulan Februari 2010.

Pada 16.07.11, seorang wanita dan bayi lelakinya maut manakala suaminya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km252.9

Ia menunjukkan kawasan lebuhraya di sepanjang 20KM-30KM Tol Senawang adalah kawasan kemalangan maut.

Kita ingin tahu samada pihak Lebuhraya PLUS sudah membuat kajian terperinci mengenai keadaan lebuhraya di situ dan sebab-sebab terlalu banyak kemalangan maut berlaku di tempat yang hampir sama.

Kepada pemandu, berwaspadalah tatkala melalui kawasan berkenaan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apa Hal Mak Nyah Berjalan Di Bandar Pukul 3.30 Pagi?

Posted: 16 Feb 2012 04:40 AM PST

Mak nyah diserang enam lelaki

KUANTAN - "Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala," kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal.

"Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal," katanya.

Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya.

Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam.

Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ.

"Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha," katanya.

Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital," katanya.

Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan.

Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa.

Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa.

"Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar.

"Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kum­pulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu.

"Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gang­guan lelaki yang bersikap ganas seperti ini," katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruz­zaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -SH

Ulasan GB

Kena serang satu hal, yang anehnya apa mak nyah-mak nyah tersebut berjalan pukul 3.30 pagi sewaktu orang lain sedang tidur?

Perniagaan apa cari pelanggan dalam suasana sunyi sepi sedemikian?

Bukan kita nak membela penyerang-penyerang tersebut, tetapi berjalan pada pukul 3.30 pagi, bukan kata maknyah, lelaki sasa yang ada ilmu kuntau dan silat tembaga pun perlu berwaspada.

Eloklah dihentikan "bermundar-mandir" atas apa jua alasan pada waktu sedemikian.

Kenyataan Nazri Sahkan Dakwaan PR Mengenai Skandal NFC Adalah Benar

Posted: 16 Feb 2012 02:45 AM PST

NFC: Kenyataan Nazri bukti dakwaan Pakatan benar

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp) melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini benar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Nazri selaku menteri yang memegang portfolio undang-undang harus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan proses siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat.

"Kita tidak faham kenapa Datuk Seri Nazri Aziz yang bertangungjawab ke atas SPRM sudah membuat pengumuman terbuka tapi SPRM masih belum mengambil apa-apa tindakan.

"PAS desak Nazri mengarahkan SPRM untuk segera ambil tindakan kerana ini melibatkan wang rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Nazri semalam mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

PAS sebelum ini meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007.

NFC mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

Sehubungan itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat NFC selain siasatan oleh SPRM.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai dakwaan perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan NFCorp tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

Beliau meminta Najib menyatakan pihak mana yang menyediakan perjanjian itu jika benar ia tidak disediakan oleh Peguam Negara. -HD

NFC: Menteri sahkan pecah amanah, namun tiada tindakan- Guan Eng

KUALA LUMPUR 15 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwa menyalahguna dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

Beliau berkata, pihak berkuasa juga gagal mengambil sebarang tindakan meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengesahkan NFCorp telah melakukan pecah amanah dan melanggar syarat pinjaman mudah kerajaan.

"Rakyat Malaysia kini menuntut untuk tahu mengapa SPRM dan pihak polis tidak bertindak terhadap mereka yang bertanggungjawab, apabila menteri undang-undang sendiri menyatakan skandal RM250 juta projek lembu dan kondo NFC merupakan pecah amanah," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Pada 22 Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentuk pasukan siasatan yang diketuai Pengarah Siasatan, Datuk Mustafar Ali bagi menyiasat skandal itu.

Manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Syed Ismail Syed Azizan juga memberitahu pihak polis telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan semula kertas siasatan mereka kepada peguam negara.

"Dalam erti kata lain, telah banyak siasatan dan peralihan tanggungjawab, tetapi tiada sebarang tindakan diambil," ujar Guan Eng.

Menurutnya lagi, Nazri dalam kenyataannya baru-baru ini juga mendedahkan kegagalan kerajaan untuk mengadakan tender terbuka bagi projek tersebut,yang menunjukkan berlakunya unsur penyelewengan.

"Di negara-negara maju yang komited untuk memerangi rasuah, kegagalan untuk mengadakan tender terbuka adalah sama seperti perbuatan rasuah," ujar Guan Eng.

Semalam, Nazri yang memegang portfolio undang-undang berkata, NFC melanggar syarat perjanjian pinjaman mudah dan melakukan pecah amanah apabila wang yang disalurkan kepada syarikat itu diguna untuk tujuan lain.

"Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkan kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah.

"Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider. -roketkini



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: